BTC USD 100,396 Gold USD 2,680.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others 'Jadi pendakwah tak semestinya kena pakai kopiah'

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,570
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,570
Reaction score
6,648
Points
881
Awards
1
'Jadi pendakwah tak semestinya kena pakai kopiah'

MUHAMMAD Ilham (kiri), Yaakub (dua dari kiri) dan Mohd Ashraf (kanan) konsisten dalami ilmu agama. FOTO Ihsan Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof
MUHAMMAD Ilham (kiri), Yaakub (dua dari kiri) dan Mohd Ashraf (kanan) konsisten dalami ilmu agama. FOTO Ihsan Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof
Sungai Petani: Menjadi pendakwah agama Islam tidak semestinya seseorang yang bergelar ustaz mesti tampil memakai kopiah dan berjubah, tetapi boleh mengikuti perkembangan zaman asalkan tidak timbul fitnah.

Bagi pendakwah yang juga imam dua dan pegawai khidmat pelanggan di Murtadha Dakwah Centre (Madad), Muhammad Ilham Hamizan Mohd Yusof, Islam tidak melarang umatnya bergaya cuma perlu ada batasnya dan mengikut kesesuaian yang wajar.

"Pemikiran kebanyakan orang, nak jadi pendakwah kena pakai kopiah. Tapi itu bukan pendekatan saya kerana Islam pun tak larang bergaya jauh sekali berhibur cuma kena ada batas," katanya.

Muhammad Ilham, baru berusia 24 tahun namun sudah mengikut jejak langkah bapa, abang dan kakaknya dengan menjadi pendakwah.

Meskipun begitu, Muhammad Ilham berkata dia bukan terlalu baik jauh sekali sempurna malah mengakui pernah melalui fasa nakal sebelum perlahan-lahan berubah ke arah yang lebih positif.

"Nakal itu memang tak dapat lari dengan diri saya sejak sekolah rendah dan makin menjadi-jadi selepas masuk sekolah menengah.

"Saya pernah saja lepak dengan kawan dan ronda tunggang motosikal sampai awal pagi. Ketika di Tingkatan Empat, saya ada ajar tuisyen dan masih buat benda yang sama malah.

"Tapi ada seronoknya bergaul dengan golongan itu kerana mereka banyak tanya mengenai hal agama dan saya pun dapat kongsi ilmu yang ada," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi latar belakangnya sebelum bergelar pendakwah, Muhammad Ilham berkata, dia berada dalam keluarga dan persekitaran yang mencintai agama jadi itu salah satu faktor membentuk dirinya seperti sekarang.

"Saya diajar mengenai ilmu agama secara khusus waktu umur lapan tahun malah pernah belajar di sekolah agama dan sekolah agama pondok.

"Sejak itu, saya nampak kesungguhan emak dan ayah dalam mengajar namun jujurnya dulu tak berapa suka (belajar agama) kerana masih kecil jadi masih ada perasaan nak bermain juga berseronok.

"Cuma nak lari memang susah kerana malam kena belajar mengaji dan pada awalnya memang tak nampak satu hari akan jadi pendakwah.

"Tapi selepas tertubuhnya Madad pada 2019, baru timbul keinginan nak jadi pendakwah dan selain minat, saya di sini (jadi pendakwah) kerana salah satu impian abang sulung sebelum meninggal dunia adalah nak saya jadi pendakwah.

"Jadi saya teruskan kerana berasa ralat andai tak tunaikan hajat arwah," katanya yang menjadikan bapanya sebagai idola dalam bidang dakwah.

Anak bongsu daripada sembilan beradik itu berkata, dia bersyukur dan seronok berada dalam keluarga pendakwah.

Bagaimanapun, Muhammad Ilham mengakui ada ketika perasaannya bercampur baur malah takut jika individu sekeliling meletakkan harapan tinggi kepadanya kerana sedar masih ada kekurangan.

Berkongsi perancangannya, Muhammad Ilham berhasrat menyambung pengajian peringkat ijazah dalam jurusan kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Masa kecil nakal, besar jadi ustaz

Melihat penampilannya kini, siapa sangka Mohd Ashraf Naim Mohd Yusof ketika zaman kanak-kanak adalah seorang budak yang nakal.

Berkat didikan agama oleh ibu dan bapanya, Mohd Ashraf Naim, 36, kini menjadi pendakwah bebas dan imam di Murtadha Dakwah Centre (Madad) dekat sini.

Mohd Ashraf mengakui dia juga sama seperti orang lain ketika zaman kanak-kanak yang suka bermain dan lebih memikirkan keseronokan.

"Teringat lagi kenangan arwah emak bagi saya duit pergi tuisyen, tapi saya gunakan untuk pergi main permainan video. Itu belum lagi masuk bilik laungkan Allahuakbar kononnya solat walaupun tak buat pun.

"Tapi sebab emak dan pak (gelaran untuk ayah) istiqamah didik saya, maka ajaran mereka melekat hingga membesar jadi manusia soleh walaupun pernah saja dirotan.

"Kiranya, daripada keterpaksaan datang kerelaan dan daripada kerelaan, datang keikhlasan," katanya.

Menurut Mohd Ashraf, selepas Rasulullah SAW, sudah tentu bapanya yang menjadi idola dan panduan untuk menjadi pendakwah.

Katanya, pengorbanan bapanya sangat besar malah ajaran dan pesanan itu yang tersemat dalam ingatannya sehingga kini.

"Pak mengaji al-Quran sedap, pandai bertaranum dan ilmu itu diturunkan kepada kami anaknya. Walaupun kurang bercakap, pak bagi dorongan kepada kami, sama juga dengan emak ketika hayatnya dulu.

"Hasilnya, kami adik beradik jadi seperti sekarang dan jujurnya saya tak minta gelaran ustaz sebaliknya mahu sedekahkan pahala kepada arwah emak yang sudah lama pergi," katanya

Berkongsi perancangannya, Mohd Ashraf Naim berkata, dia akan terus menimba ilmu agama selagi hayat dikandung badan kerana belum berasa cukup dengan apa yang ada.

"Kalau boleh nak timba ilmu sampai akhir hayat. Pada masa sama, saya memakmurkan lagi Madad dengan meramaikan lagi jemaah.

"Saya juga akan terus melayani dan menyantuni jemaah yang datang ke Madad bagi menyebarkan ajaran agama kepada mereka," katanya.

 
Sponsored Post

dakwah makna dia ajak,......jadi kalu kita nok ajok orang kepada kebaikan kena tunjuk akhlak bukan tunjuk kopiah 🤭 ,

pasal kadang kadang kopiah ni orang pakai buat pegi beli nombo
.

5WoAJJ.md.jpg
 
dakwah makna dia ajak,......jadi kalu kita nok ajok orang kepada kebaikan kena tunjuk akhlak bukan tunjuk kopiah 🤭 ,

pasal kadang kadang kopiah ni orang pakai buat pegi beli nombo
.

5WoAJJ.md.jpg
Bersangka baik mungkin tgh baca doa qunut nazilah utk Allah hancurkn pusat toto tu

Xkan lah lebai nak main judi pulak..ish3
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register