Jadi pegawai ADUN tak semestinya kena naik kereta

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
33,977
Reaction score
1,860
Points
206

BALING - Pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selalunya sinonim dengan kereta mewah.

Tetapi lain ceritanya bagi pegawai khas ADUN pembangkang di Baling yang sanggup berkorban menjalankan tugas walaupun hanya menaiki motosikal EX5.

Fakrurazi Ahmad,55, berkata, beliau mula berkhidmat sebagai pegawai khas kepada ADUN Bayu, Abd Nasir Idris sejak Pas menang kali pertama Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Menurutnya yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah Yie dalam kalangan penduduk, menunggang motosikal bukan perkara baharu tetapi sudah digunakan sejak 20 tahun lalu bersama Pas.

"Dahulu motosikal digunakan untuk urusan parti saja. Tetapi hari ini ia digunakan untuk urusan parti dan wakil rakyat. Motosikal Pak Ngah gunakan sekarang ialah milik Pas Kawasan Baling.

"Menaiki motosikal melancarkan pergerakan Pak Ngah yang perlu banyak masuk ke kampung untuk menyelesaikan masalah penduduk sekiranya wakil rakyat mempunyai tugasan lain. Ia lebih efektif berbanding menaiki kereta," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Fakrurazi, bekerja dengan wakil rakyat yang mesra dipanggil Cikgu Nasir berdepan masalah sebenar rakyat menyemai perasaan prihatin dan kasih sayang dalam hidupnya.

"Kebanyakan penduduk di sini adalah penoreh getah. Hidup mereka tertekan apabila harga barang hari ini mahal tambahan pula harga getah skrap hanya di paras RM2.20.

"Setiap hari rakyat akan datang ke Pejabat DUN Bayu untuk meminta barang makanan. Walaupun tiada peruntukan tetapi wakil rakyat bantu sedaya yang mampu," katanya.

Katanya, antara perkara menyentuh hatinya apabila ramai warga emas yang sakit dan perlukan rawatan datang ke pejabat untuk dapatkan sumbangan.

https://www.sinarharian.com.my/article/42224/EDISI/Utara/Jadi-pegawai-ADUN-tak-semestinya-kena-naik-kereta
 
Sponsored Post

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
13,015
Reaction score
415
Points
141
Mmg ada pun Jenis Yang rendah diri cmni.. Aku kenal bekas timbalan ketua polis Daerah Batu pahat dulu g keje Naik ex5 je...kereta dia pun kereta bezza je
 

imrantech

Active Member
Joined
May 18, 2013
Messages
1,845
Reaction score
106
Points
33
org tua je yg mcm ni. budak2 skg baru kerja paling kurang nak myvi
 

imrantech

Active Member
Joined
May 18, 2013
Messages
1,845
Reaction score
106
Points
33
lejen apa ex5. mana ada keluar baru lagi skg
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,617
Reaction score
1,814
Points
191
patutnya kena beli y15..
saing2 najib..
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,322
Reaction score
1,575
Points
596
Mmg ada pun Jenis Yang rendah diri cmni.. Aku kenal bekas timbalan ketua polis Daerah Batu pahat dulu g keje Naik ex5 je...kereta dia pun kereta bezza je
terbaik lar:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Sponsored Post
Top
Log in Register