Viral Jadi jutawan segera kerana batu meteorit

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,155
Reaction score
1,866
Points
206
jutawan-meteorit.jpg

Josua berharap batu angkasa itu juga akan membawa tuah kepada keluarganya. - Foto Agensi
A
A
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 17 November 2020


MEDAN - Seorang pembuat keranda di Indonesia menjadi jutawan segera selepas batu angkasa jatuh di atas bumbung rumahnya ketika kejadian pada Ogos lalu.

Josua Hutagalung, 33, berada di kediamannya di Kolang, Sumatera Utara ketika meteorit berukuran seperti saiz football itu menimpa beranda.
Menurutnya, dia telah menjual batu angkasa seberat 2.2 kilogram yang mempunyai nilai kira-kira 1.4 juta pound (RM7.6 juta) yang bersamaan gaji diterima untuk tempoh selama 30 tahun.

"Saya sedang membuat keranda apabila terdengar dentuman yang kuat hingga menyebabkan rumah saya bergegar. Batu itu terlalu panas untuk dipegang. Oleh itu, isteri saya menggunakan cangkul dan membawanya masuk ke dalam rumah," ujarnya.

Jelasnya, wang diterima hasil jualan meteorit tersebut menyebabkan dia memilih untuk berhenti kerja dan berhasrat mahu membina gereja baharu di kampung didiaminya.
"Saya mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan. Saya harap ia akan membawa tuah kepada kami," kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu, pakar batu angkasa, Jared Collins memberitahu dia mendapat tawaran yang tinggi untuk membeli batu angkasa itu.
Collins kemudiannya menghantar meteorit tersebut ke Amerika Syarikat yang kini disimpan di Pusat untuk Penyelidikan Meteorit di Arizona State University.

Batu angkasa itu diklasifikasikan sebagai CM1/2 carbonaceous Chondrite, jenis yang sangat jarang ditemui dan dipercayai mengandungi asid amino unik dan unsur primordial lain.
Difahamkan, serpihan meteorit itu turut dibeli pengumpul kedua dan kini dijual di laman eBay. - Agensi


 
Top
Log in Register