Jabatan Kesihatan serbu klinik tanpa lesen di BM

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
GEORGETOWN: Sebuah klinik di Bukit Mertajam di sini diserbu dan diperintah menghentikan operasinya oleh Jabatan Kesihatan negeri hari ini kerana tidak mempunyai lesen.

Jurucakap jabatan itu berkata, semasa diserbu klinik di Lorong Bukit Kecil Indah itu juga didapati dikendalikan kakitangan yang tidak bertauliah.

"Orang yang mengurusnya dan mengaku sebagai doktor, juga gagal menunjukkan Sijil Amalan Tahunan yang wajib dimiliki semua doktor di Malaysia.

"Kes ini diklasifikasikan di bawah Akta Penjaga Kesihatan, Kemudahan dan Perkhidmatan Swasta 1998 (Akta 586) yang menyebut bahawa menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana kilinik beroperasi tanpa lesen," katanya.

Beliau berkata, pegawai jabatan itu juga merampas beberapa dokumen dan peralatan perubatan dari klinik itu sebelum membuat laporan polis petang tadi.

Klinik itu dipercayai mula beroperasi beberapa bulan lalu dan mendakwa memiliki kepakaran dalam rawatan kulit.

"Klinik berkenaan pernah dinasihati jabatan berkenaan supaya mendapatkan lesen untuk menjalankan operasinya," kata jurucakap itu.

Beliau menasihati orang ramai supaya mendapatkan rawatan di klinik dan hospital bertauliah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
 
Sponsored Post

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam....elok ler tu supaya org ramai x kena tipu da......elok
 

mimie813

Super Active Member
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,534
Reaction score
290
Points
81
bkn klinik jer...dr pun bnyk yg tipu dak skrg nie...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register