BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jabatan Facebook Negara?

lepas ni boleh kot buat...

jabatan youtube negara
jabatan google negara
 
Cer kekawan kabo ate..betoi ke ni?Mod kalau dah ade kasilempokan jee thread ni...

Bukan macam tu TT. Ni berita lengkap.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata setakat ini kementeriannya mendapati tiada keperluan untuk menerima cadangan mewajibkan pengguna laman sosial Facebook didaftarkan sebagai usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan laman siber.

Beliau berkata, cadangan itu mustahil untuk dilakukan berikutan jumlah pengguna laman sosial berkenaan mencecah 15 juta orang.

Katanya, jika kerajaan tetap ingin melaksanakan sistem pendaftaran sebagai lesen membenarkan rakyat di negara ini menggunakan laman sosial terkenal itu, ada kemungkinan Jabatan Pendaftaran Facebook Negara perlu ditubuhkan.

“Itu sebabnya kita tidak nampak ada keperluan untuk pengguna laman sosial di negara ini untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kita juga mengambil kira jumlah pengguna yang begitu ramai dan sudah pasti tidak relevan sekiranya kita terpaksa menubuhkan Jabatan Pendaftarahan Facebook Negara," katanya dalam sidang Dewan Negara di Parlimen, hari ini.

Shabery berkata, setakat ini SKMM mengenal pasti 36 kes melibatkan salah guna di laman sosial iaitu kes terdapat unsur penghinaan dan fitnah antaranya yang berkait isu Syiah.

"SKMM tidak mempunyai keupayaan mengawal sepenuhnya penggunaan laman Facebook kerana pelayan laman sosial tersebut beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan ia pasti melibatkan kos yang amat tinggi.

"Kita sentiasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penggunaan mereka di laman siber supaya tidak timbul perkara yang menyentuh sensitiviti," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.

Selain itu, katanya, undang-undang sedia ada di negara ini mencukupi untuk menangani isu berkait salah guna laman sosial. – 17 Disember, 2013.

themalaysianinsider
 
dia tak mampu buat, the idea is too stupid.
 
ok..
dah boleh tutup thread ni,
kalau tak tutup,akan keluar macai2 yg sedang bersembunyi disarang masing2,
singgah ke thread ini...
 
Menteri Telebisen, Radio dan Surat Kabo Negara Malangsiangmalam hari ini mencadangkan agar Jabatan Nyawa Negara diwujudkan dan mengenakan bayaran bagi setiap detik jantung yang berdetak dan hirupan nafas yang disedut bagi setiap rakyat memandangkan masih ramai rakyat yang masih hidup.

petikan dari status facebook malaysian gags
 
Back
Top
Log in Register