BTC USD 38,641.9 Gold USD 2,038.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal

Restoren yg jual makanan Halal..Rama perkerja Melayu Islam...Tapi JUAL ARAK

Makanan tetap halal. So apa masalahnya?

MASALAH BESAR o_O

Dan soalan Tuan ini adalah salah satu buktinya. :sneaky:


..........................


Non Muslim munkin belajar juga..tapi mcm org kampung saya punya perpatah bahasa kata..little knowledge is dangerous :)


Ambil cth soalan Tuan ni...TUAN SANGKA..Rest jual makanan Halal...tapi turut jual arak...guna perkerja Islam...apa masalahnya?


Sedangkan dalam Islam....Arak tu...daripada org yg usahakan bahan2nya.. (contoh tanam anggur utk wine...tanam kelapa utk todi dsbnya)
Yg menanam
Yg proses
Yg Jual...yg beli...semua HARAM


So..Kalau pulak restoren tu guna perkerja Islam..lagilah amat kesian....dia angkat..dia hidang dll...SEMUA HARAM

Jadi...Restoren yg sebeginilah yg benar2 masalah besar

dan Tuan tidak tahu & mempertikiankan ini
Bro tak semistinya yang bekerja di bahagian arak tu orang islam…salah satunya seperti hardrock cafe, the ship, Victoria station. Bahagian arak di dinamakan bar dan bahagian makanan di dapur, dua bahagian yang berbeza.

Sama juga di golf club.
 
Sponsored Post

Sebab memang ada yang buruk pun. Ko orang ni tak pernah buka News paper ke?
Tak semistinya jika orang Islam je mesti bersih. Yang kotor tu juga haram dimakan, ini sebagai contoh lah

2 kedai makan kotor di Kota Bharu diarah tutup​

  • Oleh ROHANA MOHD. NAWI
jknk.jpg
Anggota penguat kuasa JKNK memeriksa tahap kebersihan di dapur sebuah premis di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Dua buah kedai makan di sini diarahkan untuk tutup selama 14 hari selepas didapati tidak mencapai standard kebersihan yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).
Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, premis tersebut didapati tidak menepati kriteria semasa pihaknya menjalankan Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 08/2022 yang dikendalikan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan jabatan tersebut semalam.

Menurutnya, dalam operasi itu, sebanyak 50 buah premis makanan di Bandar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Jalan Bayam dan Jalan Kuala Krai yang menjadi tempat tumpuan orang ramai telah diperiksa.
“Dua premis terbabit diarahkan untuk tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak mencapai standard kebersihan yang ditetapkan.
“Selain itu, sebanyak 116 notis kompaun telah dikeluarkan oleh JKNK kepada pemilik premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zaini, pemilik premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen-elemen penting kebersihan akan diberi bimbingan bagi meningkatkan tahap kebersihan di gerai mereka.
Katanya, JKNK sentiasa komited terhadap kebersihan premis makanan bagi memastikan makanan yang disediakan adalah selamat untuk pelanggan. – KOSMO! ONLINE
Ni orang Islam punya restaurant tapi kotor di arah tutup,
 
Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal
FB_IMG_1700205006562.jpg
FB_IMG_1700205008188.jpg
FB_IMG_1700205009944.jpg
FB_IMG_1700205011712.jpg
FB_IMG_1700205013592.jpg

Kalau datang bandar Ipoh, antara benda yang orang akan serbu adalah makanan doranglah kan?

Antara tempat yang selalu orang pergi adalah Restoran New Hollywood. Kedai makan ni, memang penuh dengan orang waktu sarapan. Tapi kalau lambat bangun, memang tak sempatlah nak merasa.

Namun begitu, selepas restoran ini terus mendapat tempat di hati orang-orang yang berkunjung ke Ipoh, ramai juga yang mempersoalkan sama ada restoran ini halal atau pun tidak.

Ekoran ini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah pun mengeluarkan kenyataan yang menjadi kekeliruan orang ramai ini

JAIPk telah pun mengesahkan bahawa restoran New Hollywood ini bukanlah pemegang sijil halal Malaysia.

Selain itu, JAIPk turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memastikan sesuatu premis mempunyai Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya was-was.

"Jangan cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika masih tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana tanda HALAL adalah jika operasi dan bahan makanan menepati syariat.”

Bagaimanapun, sebelum ini menerusi The Star pemilik restoran ini ada memberitahu bahawa proses untuk mendapatkan sijil halal bukanlah mudah, jadi bagi mengekalkan kredibiliti restorannya ini, Chan telah memastikan segala bahan masakan yang digunakan diperolehi daripada pembekal yang mempunyai sijil halal.

Jadi, tepuk dada tanya selera…

Sumber : Suara Perak

Bagus JAIPk menasihati orang2 Islam yg lain tentang perkara ni. semoga Jabatan Agama negeri lain pun boleh alert umat Islam di negeri masing2. mungkin ada saudara2 kita terlepas pandang isu ni. ingat mengingati sesama saudara seIslam.
 
mula2 clappot.. asalkan pakai kopia 😂😂

Pekerja restoran pakai songkok dan rantai salib – Pengurus mohon maaf​

19 November 2023, 2:09pm


email sharing button
Email
RNGtFdQl-BULETIN-TV3-58.jpg
Tangkap layar video tular di TikTok, pekerja restoran pakai songkok dan rantai salib.
KUALA LUMPUR: Pengurusan Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang, di sini mengakui kesilapan pihaknya kerana terlepas pandang dengan isu pemakaian rantai salib membabitkan individu yang didakwa seorang daripada kakitangannya.

Pengurus restoran itu yang dikenali Sofia, 27, mengesahkan individu berkenaan sebelum ini adalah seorang daripada kakitangannya.
Bagaimanapun, lelaki itu sudah tidak lagi bekerja di restoran selepas diberhentikan dan pihak pengurusan memohon maaf kepada mereka yang tersinggung serta berasa kurang senang selepas menonton video tular itu.

ADVERTISING


Sofia berkata, pihaknya juga berjanji akan lebih peka supaya tidak terlepas dengan pandang dengan perkara menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
“Saya akui ia adalah kesilapan pihak pengurusan kerana tidak memeriksa dengan teliti latar belakang bekas kakitangan kami itu. Dia (bekas kakitangan) sudah diberhentikan oleh pengurusan sebelum saya dapat tahu lagi mengenai isu tular dan mohon maaf sangat atas kesilapan itu.

“Jujurnya, saya tak boleh tidur lena memikirkan isu berkenaan kerana terkejut apabila dapat tahu video berkenaan tular dengan begitu cepat,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Sofia berkata, buat masa ini, restoran berkenaan masih beroperasi dengan bantuan empat pekerja dari China dan seorang warga tempatan yang semuanya Cina Muslim.

Berhubung status halal pula, Sofia berkata, perkara itu memang menjadi keutamaan pihak pengurusan kerana menyedari ramai dalam kalangan pelanggan mereka adalah Muslim.

“Sebelum buka restoran di sini lagi, kami sudah berhubung dengan ejen dilantik bagi membantu dalam menguruskan proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Cuma proses mendapatkan sijil halal itu mengambil masa kerana banyak dokumen diperlukan dan saya pula masih muda dalam menguruskan perniagaan tapi akan cuba sehabis baik (bagi mendapatkan sijil halal),” katanya.

Mengenai sambutan diterima pula, Sofia tidak menyangka restoran diusahakannya akan tular hingga dikunjungi ramai pelanggan setiap hari kerana baru dua bulan dibuka di negara ini.

“Di China ada 52 cawangan dan memang popular hingga pelanggan berbaris panjang di semua premis di sana.
“Di sini pula adalah cawangan pertama dan sangat baru tapi tak sangka kerana sambutannya luar biasa. Terima kasih kepada semua yang datang,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial video dimuat naik seorang pengguna TikTok mengenai pengalamannya berkunjung ke Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang, di sini yang tular hingga ramai pelanggan sanggup berbaris panjang di luar premis.
Bagaimanapun, isu timbul apabila tersebar tangkap layar video berkenaan menunjukkan salah seorang kakitangan restoran memakai songkok dengan rantai salib di leher.

Ia sekali gus mengundang tanda tanya netizen yang mempersoalkan adakah restoran itu cuba mengaburi pelanggan meminta pekerja bukan Muslim memakai songkok.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register