BTC USD 28,175.0 Gold USD 1,940.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Izreen Azminda: Saya dan Amar Baharin hanya kawan baik

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
IMG_2512.JPG

Aktres jelita Izreen Azminda menjelaskan hubungannya dengan aktor Amar Baharin hanya sebagai kawan baik sahaja dan bukannya sebagai kekasih seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kami hanya berkawan baik dan rasanya belum sampai masa untuk ke fasa lebih serius. Saya berterima kasih kepada Amar kerana banyak memberi sokongan kepada saya ketika dalam kesusahan," katanya.

Dalam pada itu, Izreen yang sudah tamat tempoh edah perceraiannya bulan lalu menegaskan dia tidak mahu terburu-buru mencari pengganti kerana mahu fokus pada kerjayanya.

"Saya tidak mahu terburu-buru mencari pengganti dan mahu mencari insan yang serasi. Paling penting orang itu dapat menerima anak saya."

Dalam perkembagan lain, Izreen berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie "Cinta Gila" yang akan disiarkan di RTM dan juga bakal terlibat dalam telemovie "Tingkat Atas Tingkat Bawah" bersama Izzue Islam.

http://www.cari.gold/2014/10/izreen-azminda-saya-dan-amar-baharin.html
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register