BTC USD 42,579.0 Gold USD 1,775.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Ivermectin: PPIM buat laporan polis terhadap KKM

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,115
Reaction score
5,513
Points
721
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis semalam terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) susulan keengganan menggunakan Ivermectin sebagai rawatan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.


Laporan polis itu dibuat kira-kira jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.


PPIM dalam satu kenyataan memaklumkan laporan itu dibuat sebagai inisiatif inklusif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam memperjuangkan hak kepenggunaan yang dilihat seakan tiada kompromi daripada pihak atasan dalam mempertimbangkan kaedah dan rawatan alternatif sebagai usaha mencegah penularan COVID-19.


Katanya, keengganan KKM dalam mempertimbangkan keberkesanan penggunaan Ivermectin adalah satu kesalahan jenayah.

"Walaupun KKM sudah mendapat nasihat dan surat daripada doktor pakar di Malaysia mengenai Ivermectin, namun keengganan KKM seakan menjadi persoalan kepada seluruh rakyat.


"Sudah banyak kajian klinikal membuktikan keberkesanan Ivermectin dalam mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 88 peratus dan kemampuannya mengurangkan kadar kematian sebanyak 83 peratus.


"Selain itu sudah banyak juga percubaan prophylaxis menunjukkan pengurangan yang menggalakkan penyebaran virus ini," katanya.


Kenyataan itu turut menjelaskan ketika ini jumlah kematian akibat COVID-19 semakin bertambah setiap hari dan jika lebih lambat, ia sudah pasti membimbangkan banyak pihak.


"Kita seharusnya bersikap terbuka dan menerima pandangan daripada pihak lain selagi ia terbukti berkesan bagi mencegah penularan COVID-19 ini," katanya.


Justeru, PPIM menggesa kerajaan dan pihak KKM bersedia untuk membuat kajian lanjut dan menerima kaedah rawatan penggunaan Ivermectin dengan membangunkan protokol rawatan yang selamat secara menyeluruh.


Katanya, ia terbukti berkesan di beberapa negara yang kini berjaya mengurangkan jumlah kes COVID-19 serta varian baharu.


Awal bulan ini, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital bawah kementerian itu.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).


Ia digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.


Bagaimanapun belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat COVID-19.


Penggunaan 'off-label' Ivermectin meraih perhatian global berikutan ada beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik.


Bagaimanapun FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah COVID0-19 ke atas manusia.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, yang mana pesakit perlu dipantau dengan teliti oleh doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanan.

 
Sponsored Post

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,227
Reaction score
332
Points
91
xFaham.
Kenapa KKM xnak ?
Adakah info yg PPIM dpt tu palsu... ?
Ngok sangat ke PPIM ni sampai xtau info tu palsu ?
Sudahnya... pening 😇
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,115
Reaction score
5,513
Points
721
xFaham.
Kenapa KKM xnak ?
Adakah info yg PPIM dpt tu palsu... ?
Ngok sangat ke PPIM ni sampai xtau info tu palsu ?
Sudahnya... pening 😇
KKM ni dia ikut abg long(WHO) dia..kalo WHO lulus dia pun lulus... kat Indon pun dah dibg kelulusan utk guna Ivm ni
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,128
Reaction score
2,780
Points
201
Pru indon da setel.. kita tgh berkira2 pru... So rasa2
Agaknya sbb negara mereka miskin tak mampu nak sediakan ambulan dan baksin byk2..apa saja alternatif mereka gunakan ikut bajet mereka

negara kita masih byk duit bos
Byk kasi bantuan prihatin 😂
 

pedang_setiawan

Active Member
Joined
Nov 16, 2010
Messages
1,205
Reaction score
396
Points
51
Bagi aku la, PPIM banyak bapak scammer dalam tu...ada yang pakai Prof. Sir lagi....patut PPIM clear dulu org2 mcm ni dlm PPIM br start naik isu....kita sendiri penuh taik, kata org bau busuk...geng2 homeopati guna title duktur perubatan pn berlambak dlm tu...
 
Last edited:

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,982
Reaction score
347
Points
91
Polis pun pening nak kena buat apa ni.. Hehe...
Malaysia ni pun semua nak kena tunggu orang lain... Buat lah kajian sendiri... Buat research paper sendiri... Baru la harum nama negara..
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,884
Reaction score
1,136
Points
201
Semasa zaman susah ni ramai je yg ambil kesempatan nak jadi hero tunjuk buat kerja. Hakikatnya tak bantu apa2 pun. Menyusahkan lg ada.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register