BTC USD 76,372.9 Gold USD 2,698.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu vape magic mushroom: Kelantan tunggu laporan lengkap JPN

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
55,608
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
55,608
Reaction score
6,549
Points
881
Awards
1
Isu magic mushroom: Kelantan tunggu laporan lengkap JPN

Oleh Hazira Ahmad Zaidi
A view of the sea
MOHAMED Fadzli ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2023 Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks YIK di Tunjong. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Kerajaan negeri sedang menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkaitan isu membabitkan pelajar di negeri itu yang dikesan menghisap rokok elektronik (vape) yang dicampur dengan dadah sintetik dikenali 'magic mushroom'.


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, beliau sudah berbincang dengan pihak JPN mengenai hal berkenaan pada minggu lalu untuk mengetahui berapa ramai pelajar yang terbabit dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah berkenaan.

Menurutnya, pihaknya turut meminta pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk mengumpul data dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu dan berharap supaya tidak ada pelajar terbabit hingga merosakkan masa depan mereka.

"Ia adalah perkara baharu yang kadang-kadang pelajar tidak tahu mengenai campuran dadah sintetik dikenali magic mushroom di dalam rokok elektronik sehingga menyerap masuk dalam institusi keluarga dan merosakkan negara serta masa depan mereka.

"Kerajaan negeri juga menubuhkan satu task force iaitu jawatankuasa khas sejak empat tahun lalu dalam menangani isu gejala sosial yang membabitkan 19 agensi kerajaan negeri serta Persekutuan dan dibahagikan kepada beberapa kluster," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media selepas menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2023 Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks YIK di Tunjong di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Kelantan Wan Roslan Wan Hamat.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution ketika Sidang Dewan Rakyat memaklumkan kajian Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) terdapat 65 daripada 152 pelajar di Kelantan dikesan terbabit dalam salah guna dadah dengan mencampurkan cecair vape dan magic mushroom.

Menurut Saifuddin, penemuan awal oleh penyelidik dari HUSM yang membentangkan kajian ketika program Majlis Tindakan Negeri Kelantan baru-baru ini, jauh lebih menggerunkan berikutan jumlah besar itu.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Fadzli berkata, kerajaan negeri sudah membelanjakan sebanyak RM8.194 juta dengan jumlah penerima seramai 16,388 orang pelajar cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sejak 2006.

"Kerajaan Kelantan antara negeri yang memberi peruntukan paling besar kepada pendidikan untuk menjadikan rakyat di negeri itu sebagai rakyat yang berilmu dan bermanfaat kepada masyarakat, malah dapat menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepakaran ke seluruh negara dalam berbagai bidang dan sektor.

"Dalam majlis yang diadakan pada hari ini, seramai 1,086 pelajar cemerlang menerima sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan RM543,000," katanya.

Disiarkan pada: July 14, 2024 @ 2:01pm
 
Sponsored Post

Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri

Bernama
Julai 10, 2024 09:40 MYT

Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri
Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pihaknya akan meneliti lebih lanjut mengenai perkara itu. - Bernama

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan negeri berkaitan isu melibatkan pelajar sekolah menengah di negeri ini yang dikesan menghisap rokok elektronik (vape) yang dicampur magic mushroom.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pihaknya akan meneliti lebih lanjut mengenai perkara itu.

"Saya akan teliti dahulu memandangkan saya baru mengetahui perkara ini dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan," katanya kepada pemberita di Majlis Penutup Kelantan Membangun Bersama Islam International Conference 2024 di sini hari ini.

Mohamed Fadzli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbahasan yang dilontarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen semalam mengenai kajian yang dilaksanakan Hospital Universiti Sains Malaysia terhadap 152 pelajar di Kelantan.

Saifuddin memaklumkan hasil kajian mendapati 65 peratus pelajar berkenaan dikesan terlibat menghisap rokok elektronik yang dicampur bahan dikenali sebagai magic mushroom, yang kesannya lebih menggerunkan daripada dadah jenis methamphetamine dan syabu.


-- BERNAMA

#rokok elektronik #magic mushroom #vape #Kelantan #pelajar sekolah #Mohamed Fadzli Hassan
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register