Isu Terowong Pulau Pinang

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,932
Reaction score
21,020
Points
1,671
Najib Razak
9h ·

Saya bongkar cara Tony Pua dan DAP menipu dan memfitnah SPRM serta UMNO dalam usaha DAP hari ini mempertahankan boss dia Guan Eng dalam skandal rasuah terowong.

Tony Pua tuduh antara syarat UMNO sertai PN ialah supaya kes terowong dibuka semula kerana Tony dakwa kes sudah ditutup SPRM pada bulan November 2018 (masa Tommy Thomas bermaharajalela).

Ini satu pembohongan amat jelas.

Kes tidak ditutup. Malah ENAM kertas siasatan masih terbuka masa itu.

"4 Mac 2019: SPRM Buka 6 Kertas Siasatan Berkaitan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang"

Ini kenyataan media SPRM pada bulan Mac 2019 tahun lepas di mana mereka jelaskan kertas siasatan pertama bermula pada Julai 2017.

Hasil dari siasatan bagi kertas pertama bulan Julai 2017, lima lagi kertas siasatan baru dibuka pada bulan Januari 2018.

Namun kesemua siasatan tak sempat siap sebelum PRU14.

Setelah PRU14, kertas-kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara di bawah Tommy Thomas.

Ada yang dihantar balik kepada SPRM untuk siasatan tambahan dan ada kertas siasatan yang tersangkut di Pejabat Peguam Negara tanpa apa-apa tindakan lanjut.

Setelah SPRM keluarkan kenyataan berhubung siasatan terowong mereka pada bulan Mac 2019, ketua pesuruhjaya SPRM diganti dengan lantikan politik Latheefa Koya dari parti PH pada bulan Jun 2019.

Pada bulan September 2019, Latheefa membidas mereka yang bertanya tentang skandal terowong.

Latheefa sendiri kata dia tak boleh dedahkan apa-apa kerana siasatan MASIH aktif berjalan.

"6 Sep 2019: Pressed for undersea tunnel probe report, MACC says such info confidential while cases active"

Sebab itu, tang mana kes terowong ditutup pada November 2018 seperti ditipu Tony?

SPRM bawah kerajaan PH keluarkan "fake news" pada Mac 2019 dan Latheefa Koya bohong pada Sep 2019 ke?

Artikel Tony:

 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,932
Reaction score
21,020
Points
1,671
Najib Razak
56m ·

Pakar kewayangan ini makan lunch RM34 tapi bayar RM305,000,000 untuk kos laporan yang selepas 7 tahun tak pernah siap.

Walaupun saya tak setuju bahawa menteri-menteri PN mengadakan jamuan mewah pada zaman krisis Covid ini, saya rasa ianya lebih bagus berbanding menteri-menteri PH yang kononnya berjimat cermat dan memetik petai tetapi defisit negara naik melambung, hutang negara tambah RM140 bilion dalam masa 22 bulan, aset-aset negara dijual, pasaran saham negara rugi RM300 bilion setelah kita menjadi paling corot dalam dunia, dividen-dividen tabung Rakyat menjadi paling rendah dalam sejarah dan Rakyat dapat 30 Ringgek.

You pay peanuts, you get monkeys.

Ya, memang #TakAdaUdangGalah

Tapi juga #TakAdaLaporanRM305juta

dan #TakAdaTerowongAjaib.

Tapi #AdaBangloRM7jutaTanpaKolamRenang

 
Sponsored Post
Top
Log in Register