akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,538
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,538
- Reaction score
- 6,645
- Points
- 881
- Awards
- 1
Isu terjun jambatan: Kerajaan Kelantan wujudkan talian bantuan
31 Julai 2024 08:59amMasa membaca: 4 minit
Rohani (tengah) semasa merasmikan Seminar Sihat & Cantik di Royal Safwah Event Hall di Bachok pada Selasa.
BACHOK - Kerajaan Kelantan mewujudkan beberapa talian bantuan untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan mental susulan isu terjun jambatan yang semakin membimbangkan ketika ini.
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Rohani Ibrahim berkata, talian tersebut ialah Mawaddah Centre (MC), Mawaddah Support Team (MST), Penyelaras Pembangunan Armalah Dun (PPAD) dan para penghulu.
"Dalam isu ini saya menekankan kepentingan para wanita untuk menjaga kesihatan yang merangkumi aspek fizikal, mental, rohani, emosi dan sosial," katanya semasa merasmikan Seminar Sihat & Cantik di Royal Safwah Event Hall di sini, pada Selasa.
Seramai 500 peserta yang terdiri daripada wanita telah hadir menjayakan seminar terbabit.
Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, seminar tersebut memperkenalkan formula 3H iaitu Health, Healing, Happiness.
Ujarnya, seminar itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para wanita tentang kepentingan menjaga kesihatan secara menyeluruh serta menawarkan pelbagai panduan dan kaedah untuk mencapai kebahagiaan dan penyembuhan diri.
Rohani turut mengucapkan penghargaan kepada semua peserta yang hadir dan tiga orang panel yang terdiri daripada "tok guru", doktor dan motivator yang sudi berkongsi ilmu.
"Saya ingin mengingatkan kepada para peserta tentang kehidupan ini penuh ranjau dan matlamat akhir hidup kita biarlah mendapatkan husnul khatimah," katanya.