Isu teksi vs Grab : Pemandu e-hailing wajib daftar lesen PSV mulai 2019

CG Sponsors




Latest Threads General Chat

Duan82

Super Active Member
Joined
Dec 9, 2011
Messages
5,939
Reaction score
742
Points
121
Teksi blue ni tamak sbb tu dia bising. Yuran setiap teksi blue rm150 sebulan. Setiap booking passenger kena caj rm2. Tu belum sewa harian teksi blue lagi tu. Manyak untung oooo
Itu...boleh plak nak saman...
 
Sponsored Post

paparo

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2010
Messages
4,918
Reaction score
93
Points
65
Mahal pun tetap pilih grab dari teksi bila di lembah klang.
Jika balik boleh guna teksi lagi sbb dah kenal..call je diorg datang amik.harga pun standard kg je.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,949
Reaction score
2,044
Points
201
Gabungan teksi mahu saman Menteri Pengangkutan


Shamsubahrin (duduk tengah) pada sidang akhbar berkaitan pemandu teksi memperjuangkan industri teksi dan membela nasib warga teksi di ibu pejabat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Wisma Central.

KUALA LUMPUR - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) memberi amaran untuk mengenakan tindakan mahkamah terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke atas sebab penangguhan penguatkuasaan terhadap syarikat perkhidmatan e-hailing untuk tempoh tiga bulan lagi.

Pengarah Big Blue Capital (M) Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, tindakan tersebut adalah satu keputusan yang menggunakan kuasa veto dan tidak logik.

“Pendekatan pendidikan secara berperingkat (soft landing practise) yang diberikan kepada pemandu e-hailing tidak perlu kerana rata-rata mereka adalah golongan dewasa dan sudah sedia maklum (tentang penguatkuasaan).

“Pihak kami telah bersetuju melantik GTSM bagi mewakili semua persatuan teksi di Malaysia untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah yang akan berlangsung pada 15 atau 16 Ogos nanti,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Big Blue Capital (M) Sdn. Bhd. di Jalan Ampang, di sini hari ini.

Turut hadir bersama ialah Yang Di-Pertua Gabungan Teksi Malaysia (GTSM), Kamarudin Mohd. Hussain, Timbalan Yang Di-Pertua GTSM, Manugharan A/L Sellandy, Bendahari GTSM, Fazlizan Fathil dan Pengerusi Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Eksekutif Malaysia (Perjiwa) Melaka, Zulkiflie Baharom.

Bagaimanapun, Yang Di-Pertua GTSM, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, pihaknya akan bermesyuarat dengan menteri berkenaan terlebih dahulu untuk berunding tentang persetujuan menarik semula penangguhan tersebut.

“Jika dia bersetuju, kita akan membuat satu mesyuarat untuk menimbang tara, adakah persetujuan yang dicapai itu menyebelahi kita atau masih lagi mempunyai unsur-unsur untuk membuat pusingan U.

“Sebab kita sebenarnya sudah hilang kepercayaan pada dia, tapi kita masih mengamalkan sikap keterbukaan, jadi kita cuba untuk memberi peluang kepadanya. Jika betul dia melaksanakan undang-undang yang adil, maka kita akan tarik semula kes tersebut.

“Esok kita akan hantar surat, bermakna dia ada masa hampir tiga minggu untuk mempertimbangkannya sebelum kita bawa ke mahkamah,” jelasnya.


http://www.kosmo.com.my/negara/gtsm-mahu-saman-menteri-pengangkutan-1.943542
Buzze Azam boleh amik job ni.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,105
Reaction score
11,490
Points
2,376

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd. Zawawi memasang jalur gemilang ke kenderaan JPJ selepas perhimpunan Setia Dan Sambutan Hari Kebangsaan ke -62 Peringkat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini

Tindakan tegas terhadap pemandu e-hailing tidak berdaftar


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pemandu e-hailing yang masih gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan bermula 12 Oktober ini.

Pengarahnya, Datuk Ismail Mohd. Zawawi berkata, saman akan dikenakan terhadap pemandu yang menyalahi peraturan jalan raya terutamanya tidak memiliki lesen Vokasional (PSV).

Ujarnya, tempoh lanjutan untuk mengambil lesen PSV akan tamat pada 12 Oktober ini dan justeru itu, saman akan dikeluarkan terhadap pemandu yang didapati tidak mempunyai lesen berkenaan.

"Hasil pemantauan kita, sebanyak 55 pemandu dikenal pasti tidak mempunyai lesen PSV selain tidak memiliki permit kenderaan e-hailing (25) dan juga tiada pelekat e-hailing (73).

“Pada peringkat ini, kita mengamalkan pendekatan ‘soft landing’ dengan memberi amaran terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan selain membimbing mereka bagaimana langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjadi pemandu e-hailing berdaftar,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Setia dan Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 Peringkat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu pejabatnya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,105
Reaction score
11,490
Points
2,376
Sehingga semalam, seramai 55,673 pemandu e-hailing lulus ujian Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) daripada 86,789 pemandu yang berdaftar - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

- Berita Harian Online -
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,105
Reaction score
11,490
Points
2,376


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke. - Foto Mohd Fadli Hamzah
91,978 pemandu e-hailing lulus ujian PSV


KUALA LUMPUR: Hingga Isnin lalu seramai 91,978 pemandu e-hailing lulus ujian Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan dilesenkan.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata seramai 42,818 calon pula gagal dalam ujian berkenaan dan mereka adalah angka kumulatif dan kebanyakannya mengikuti peperiksaan semula dan sebahagiannya lulus.

"PSV yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah untuk semua pemandu kenderaan perkhidmatan awam merangkumi teksi dan bas. Hingga kini jumlah terkumpul lesen PSV adalah 358,944 yang mana PSV untuk pemandu teksi adalah 28,860," katanya.

Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan bilangan pemandu e-hailing yang berjaya mendapat lesen PSV dan gagal serta jumlah keseluruhan pemandu teksi berlesen masa kini dan bagaimana persaingannya dengan pengangkutan awam lain.

Anthony Loke berkata, kewujudan e-hailing memberi peluang kepada pengguna untuk memilih perkhidmatan awam yang lebih cepat, murah dan efisien menuju sesuatu destinasi.

Perkhidmatan itu memberikan keselesaan kepada penumpang dan memudahkan mereka bergerak ke mana-mana destinasi terutama bandar raya tanpa mengira masa dan tambang pula berpatutan.

Khidmat e-hailing juga membuka peluang pekerjaan kepada semua golongan termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan pemandu wanita mengikut syarat ditetapkan.

"Pemandu juga boleh memilih untuk bekerja sebagai pemandu sepenuh masa atau menjadikan e-hailing sebagai pekerjaan sambilan untuk menambah pendapatan," katanya.

E-hailing tidak menjejaskan pendapatan pemandu teksi kerana mereka juga boleh menawarkan khidmat itu kepada penumpang.

Menjawab soalan tambahan Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) mengenai operasi GoJek di negara ini, Loke berkata, konsep perkhidmatan e-hailing motosikal di negara ini tidak tertumpu kepada GoJek semata-mata.

Sebaliknya katanya, kerajaan memberi kelulusan konsep perkhidmatan e-hailing motosikal atau teksi motosikal dengan memberi tumpuan kepada syarikat tempatan untuk mengendali operasinya.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak menghalang operasi GoJek yang berpangkalan di Indonesia di negara ini.

"Projek perintis teksi motosikal itu akan diadakan tidak lama lagi di Lembah Klang dan ia akan menjadi penanda aras untuk pelaksanaannya di seluruh negara termasuk faktor keselamatan dan tambang.

"Bagi pembonceng wanita, kita menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan penunggang sama jantina dengan mereka bagi mengelak diskriminasi dan faktor keselamatan," katanya.

Sementara itu, Loke berkata, kerajaan sudah memutuskan sebanyak 54 jenis barangan dikecualikan syarat lesen, permit atau lesen import barangan kargo/komoditi pada 29 Ogos lalu.

Ini tertakluk kepada Jadual Ketiga, Bahagian 1, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 bagi aktiviti `transshipment' melalui kontena `Full Container Load' (FCL) di pelabuhan yang mempunyai status zon perdagangan bebas (FTZ).

Sehubungan itu, berkata kementeriannya melakukan langkah susulan untuk memastikan jabatan atau agensi kerajaan terbabit menyelaras dan menguatkuasakannya sebaik mungkin.

Kerajaan juga bersetuju semua 54 jenis barangan berkenaan adalah barangan kargo/komoditi berkaitan `transshipment' di pelabuhan seluruh negara untuk destinasi pasaran antarabangsa bukan dijual atau digunakan dalam pasaran tempatan.

Sebanyak 20 jenis barangan pula dikekalkan daripada penguatkuasaan syarat lesen, permit atau lesen import kerana barangan kargo/komoditi membabitkan keselamatan, Dasar Konvensyen Antarabangsa dan kawalan penyakit.

"Isu penguatkuasaan terhadap aktiviti penyeludupan di bawah tanggungjawab Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan bantuan jabatan atau agensi penguatkuasaan kerajaan lain.

"Saya dimaklumkan, JKDM sedang mengambil tindakan sewajarnya bersama agensi berkaitan bagi mengelak aktiviti penyeludupan barangan `transshipment' termasuk komoditi seperti beras dan gula di pelabuhan dan di pintu masuk sempadan negara," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Chan Foon Hin (PH-Kota Kinabalu) pada sesi soal jawab berhubung pengecualian 54 kargo yang memerlukan permit import (AP) dalam aktiviti `transshipment' di pelabuhan di negara ini dan tindakan diambil untuk mengawal dan membanteras aktiviti penyeludupan barangan `transshipment' seperti beras dan gula.


 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,236
Reaction score
21,042
Points
1,671

..........
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,006
Reaction score
1,371
Points
151
120,000 pemandu e-hailing sengsara
ehailing-3.jpg
PERANG harga didakwa merugikan pemandu e-hailing.
  • Oleh KHUZAIRI ISMAIL
  • 3 Ogos 2020, 2:36 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perang harga antara syarikat pengendali operator e-hailing menyebabkan nasib lebih 120,000 pemandu e-hailing di negara ini semakin tidak menentu dan sengsara.
Rata-rata dalam kalangan mereka mengeluh apabila syarikat pengendali didakwa menurunkan kadar tambang semata-mata mahu menarik penumpang.
Akibatnya ramai pemandu mengadu kehidupan mereka tidak keruan kerana pendapatan yang diterima tidak berbaloi dengan sehari suntuk mereka keluar bekerja.

Malah ‘seharian keluar pagi, balik malam, duit minyak pun tak lepas’.
Mendedahkan perkara itu kepada Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailling Malaysia (Mehda), Daryl Chong seterusnya menggesa kerajaan bertindak segera menangani masalah yang membelenggu industri e-hailing.

“Isu utama adalah tambang. Hingga sekarang belum ada undang-undang walaupun isu ini kami telah perjuangkan sejak 2017. Syarikat (operator) e-hailing terus perang harga.

“Kita minta kerajaan kawal tambang dengan memperkenalkan harga siling dan harga lantai.
“Harga siling penting untuk melindungi pengguna supaya tak ditindas, harga lantai bagi memastikan pemandu terima imbuhan setimpal. Kalau terus berlaku perang harga, yang untung syarikat e-hailing dan penumpang, pemandu ‘mati’,” katanya ketika dihubungi.

Industri e-hailing menjadi pilihan ramai penganggur terutama pasca Covid-19 kerana pekerjaan itu mudah diceburi – pemohon hanya perlu mempunyai lesen memandu dan kereta berusia di bawah 10 tahun.

Statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Februari lalu merekodkan terdapat kira-kira 100,000 pemandu e-hailing yang memiliki lesen kenderaan perkhidmatan awam (EVP) di seluruh negara.
Terbaharu, difahamkan bilangan mereka bertambah 20 peratus, menjadikan jumlah keseluruhan lebih 120,000 orang.
Mengulas lanjut, kata Daryl, penyertaan 20,000 pemandu e-hailing baharu tersebut walaupun baik kepada syarikat pengendali dan penumpang namun memberi kesan kepada pemandu keseluruhannya.
“Kebanyakan syarikat e-hailing sebenarnya tidak mempedulikan nasib rakan pemandu mereka.

“Kerajaan perlu serius tangani isu ini supaya industri dapat terus berkembang,” katanya.
Pada masa sama, kata beliau, wujud peraturan tidak selaras antara operator e-hailing yang memberi kesan tidak adil kepada sebahagian pemandu lain.
Lebih menyukarkan keadaan, ada dalam kalangan pemandu mengadu teraniaya apabila ‘job’ (tempahan penumpang) yang diterima digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Realitinya, industri e-hailing kian penting kerana ia membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat.
Akibat pandemik Covid-19, penganalisis menjangkakan kadar pengangguran di Malaysia menjelang Oktober ini akan mencecah tiga juta orang serta menyebabkan 1.5 juta usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ‘gulung tikar’.

Sementara itu, Daryl tidak bersetuju dengan desakan segelintir pemandu supaya kerajaan memansuhkan syarat kenderaan e-hailling tanpa perlu melalui pemeriksaan dan lulus Puspakom.
“Pemeriksaan Puspakom sangat penting untuk memastikan kenderaan dalam keadaan terbaik kerana ini melibatkan nyawa,” katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, pihak berkuasa wajar memudahkan urusan termasuk menyelaraskan sistem rangkaian berkaitan antara JPJ, Puspakom dan syarikat e-hailing.

“Satu lagi, longgarkan syarat seperti hanya kenderaan berusia lebih lima tahun yang perlu menjalani pemeriksaan Puspakom,” katanya.
Beliau turut menasihati pemandu tidak mengupah `runner’ untuk melakukan pemeriksaan.
“Saya pernah dimaklumkan ada pemandu e-hailling sanggup membayar sehingga RM500 kepada ‘runner’ untuk lulus Puspakom.

“Apa yang berlaku ialah ‘runner’ membawa kenderaan itu ke bengkel persendirian untuk diperiksa dengan kos hanya RM200 dan membawa pulang keuntungan atas angin RM300.

“Sebenarnya mudah untuk lulus Puspakom kerana mereka hanya perlu merujuk kepada piawaian ditetapkan dalam laman sesawang sebelum dihantar ke pusat pemeriksaan,” katanya. –

UTUSAN
DIKEMASKINI PADA 3 OGOS 2020 @ 2:36 PM
 
Sponsored Post
Top
Log in Register