Isu teksi vs Grab : Pemandu e-hailing wajib daftar lesen PSV mulai 2019

CG Sponsors




Latest Threads General Chat

SKK

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2013
Messages
647
Reaction score
213
Points
23
Mslhnya ms zaman bn lg akta ehailing nie ditubuhkan....pi marah kerajaan dl la....kerajaan br ambik buat saja....
Orang undi kerajaan baru sebab nak yang lebih baik. Kalau nak benda yang sama atau lebih buruk buat apa.
 
Sponsored Post

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,285
Reaction score
417
Points
131
patutnya zaman sekarang ni

dah takde pakai meter, order kat kaunter semua ni..

semua kena pakai apps. e hailing...

kerajaan pun boleh dapat duit cukai... ada rekod.

pengguna pun terselamat

tapi kawasan bandar la..

kat kg line internet pun tak kuat.
 

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,788
Reaction score
532
Points
171
Mslhnya ms zaman bn lg akta ehailing nie ditubuhkan....pi marah kerajaan dl la....kerajaan br ambik buat saja....
bn dok ding dong berapa lama dah.... ph yg kuat kuasa mengejut...bulan 4 baru module ehiling baru siap.... tgh bulan 4 baru skolah open psv..tu baru psv...insuran baru bulan 7 finalize ada pakej daily untuk part time drive.


isu skrg si antony loke tu kerek...nk jugak proceed 12 julai... sekali 20k je driver sempat siap...memamg kelaut la...

12 julai org susah dapat grab... klau dapat tambang mahal hampir 50% dari high fare biasa....


putrajaya xpernah2 hifare skrg tambang dah tahap maut....

putrajaya sentral rumah aku 17-18 je...srkg cecah 30-40....

aku xsalah kat grab.... dia sanggup cover semua kos driver...

psv up to 200
puspakom 70
medikal checkup 20
lesen ehiling 110
isuran ada panel pakej daily 1.36 sehari


cuma mot yg sengal...xtau kekuatan diri ...kalut nk impliment awal2..

klau nk duit sangat letak je sst dalam bil grab... berjuta dapat sehari
 

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,788
Reaction score
532
Points
171
Orang undi kerajaan baru sebab nak yang lebih baik. Kalau nak benda yang sama atau lebih buruk buat apa.
lagi teruk zaman ph... dulu teksi ada gak dapat subsidi...skrg tgk dsaja...

ehiling pun dah makin ketat undang2 dia.... driver banyak lari...12 julai hrtu klia xpayah tunggu q...lanside tempat tunggu tu kosong....nasib baik petang menteri uturn...klau x mau sabtu ahad tambang grab Rm 100+ sehala....
 

cyborg

Active+ Member
Joined
Aug 14, 2008
Messages
4,573
Reaction score
97
Points
40
Aku tambang mahal xde hal.. Janji fix. Boleh hantar..

Kalau teksi.. Dekat pun xnak hantar. Hampeh. Jauh pun x nak hantar gak.. Nak trip ikut sedap dia
Semua orang pernah rasa .
Dari bandar kota tinggi teksi tak nak pegi ke Bandar Sri Perani
Tempat dekat teksi tak nak hantar.

Rasa sombong mengatasi segala-galanya...
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,236
Reaction score
21,042
Points
1,671
Pemandu teksi himpun aman di KLCC

Sekumpulan pemandu teksi yang berhimpun aman di hadapan KLCC bagi menuntut hak dan meluahkan rasa kesal terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fok yang menganak tirikan pemandu teksi selain bersikap double standard terhadap syarikat pengendali e-hailing.

KUALA LUMPUR 19 Julai - Sekumpulan pemandu berkumpul secara aman di hadapan KLCC di sini bagi menuntut hak dan meluahkan rasa kesal terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fok yang didakwa menganaktirikan pemandu teksi selain bersikap 'double standard' terhadap syarikat pengendali e-hailing.

Kira-kira 100 pemandu teksi dari beberapa negeri Semenanjung secara rela hati mengambil bahagian dalam himpunan tersebut tanpa membabitkan persatuan masing-masing bagi membantah sikap kerajaan yang masih berlembut dengan pengendali operasi aplikasi perkongsian kereta di negara ini.

Seorang wakil pemandu teksi dari Perak, Mohd. Helmi Hashim, 47, berkata, dia merupakan pemandu teksi di Ipoh hadir dan berkumpul hari ini bersama rakan-rakan dari seluruh Semenanjung bagi menunjukkan bantahan terhadap kerajaan terutama Anthony.

“Pada 12 Julai lalu kerajaan sepatutnya menguatkuasakan syarat wajib Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) ke atas semua pemandu e-hailing tapi sebaliknya telah membuat pusingan U.

“Sebelum ini kerajaan terdahulu telah beri tempoh setahun, kali ini menteri baharu kita bagi pula tempoh tambahan tiga bulan lagi kepada pemandu e-hailing untuk penuhi syarat ditetapkan PSV dan dapat berbuat demikian dalam tempoh tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang pemandu teksi dari Kuala Lumpur, Mohd. Raffaie Rasul, 40, berkata, semua pemandu teksi kini mencurigai Kementerian Pengangkutan dalam menyelesaikan kemelut operasi aplikasi perkongsian kereta dan mula tidak mempercayai pendirian Anthony lagi.

“Jangan anggap kami ini pemandu kelas kedua dan memandang remeh pada kami. Mana prinsip ‘rule of law’ yang menjadi pegangan pemimpin kerajaan sekarang.

“Kita tidak marah kalau kerajaan laksanakan undang-undang seperti yang ditetapkan. Untuk itu kami berhimpun hari ini dan mahu kerajaan laksanakan apa yang dijanjikan.

“Pendekatan ‘soft landing’ yang dilakukan menteri mula membuatkan kami syak sesuatu,” ujarnya.

Sukarmee Ibrahim, 43, pemandu teksi dari Johor turut bersependapat dengan rakan-rakannya yang lain dan berharap pihak kementerian tidak lagi melanjutkan tempoh tiga bulan yang telah diberikan ketika ini.

“Kalau boleh saya harap kementerian ikut ketetapan sebelum ini dan mana-mana pemandu e-hailing yang tidak mendaftar PSV lagi mereka boleh kenakan tindakan sebagai peringatan dan pengajaran,” jelasnya.


https://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-pemandu-teksi-himpun-aman-di-klcc-1.940473
 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
13,299
Reaction score
484
Points
141
Ek eh driver teksi ni...dia pulak yg beri2 tempoh..apa lg yg X cukup
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,236
Reaction score
21,042
Points
1,671
Gabungan teksi mahu saman Menteri Pengangkutan


Shamsubahrin (duduk tengah) pada sidang akhbar berkaitan pemandu teksi memperjuangkan industri teksi dan membela nasib warga teksi di ibu pejabat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Wisma Central.

KUALA LUMPUR - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) memberi amaran untuk mengenakan tindakan mahkamah terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke atas sebab penangguhan penguatkuasaan terhadap syarikat perkhidmatan e-hailing untuk tempoh tiga bulan lagi.

Pengarah Big Blue Capital (M) Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, tindakan tersebut adalah satu keputusan yang menggunakan kuasa veto dan tidak logik.

“Pendekatan pendidikan secara berperingkat (soft landing practise) yang diberikan kepada pemandu e-hailing tidak perlu kerana rata-rata mereka adalah golongan dewasa dan sudah sedia maklum (tentang penguatkuasaan).

“Pihak kami telah bersetuju melantik GTSM bagi mewakili semua persatuan teksi di Malaysia untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah yang akan berlangsung pada 15 atau 16 Ogos nanti,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Big Blue Capital (M) Sdn. Bhd. di Jalan Ampang, di sini hari ini.

Turut hadir bersama ialah Yang Di-Pertua Gabungan Teksi Malaysia (GTSM), Kamarudin Mohd. Hussain, Timbalan Yang Di-Pertua GTSM, Manugharan A/L Sellandy, Bendahari GTSM, Fazlizan Fathil dan Pengerusi Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Eksekutif Malaysia (Perjiwa) Melaka, Zulkiflie Baharom.

Bagaimanapun, Yang Di-Pertua GTSM, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, pihaknya akan bermesyuarat dengan menteri berkenaan terlebih dahulu untuk berunding tentang persetujuan menarik semula penangguhan tersebut.

“Jika dia bersetuju, kita akan membuat satu mesyuarat untuk menimbang tara, adakah persetujuan yang dicapai itu menyebelahi kita atau masih lagi mempunyai unsur-unsur untuk membuat pusingan U.

“Sebab kita sebenarnya sudah hilang kepercayaan pada dia, tapi kita masih mengamalkan sikap keterbukaan, jadi kita cuba untuk memberi peluang kepadanya. Jika betul dia melaksanakan undang-undang yang adil, maka kita akan tarik semula kes tersebut.

“Esok kita akan hantar surat, bermakna dia ada masa hampir tiga minggu untuk mempertimbangkannya sebelum kita bawa ke mahkamah,” jelasnya.


http://www.kosmo.com.my/negara/gtsm-mahu-saman-menteri-pengangkutan-1.943542
 

Duan82

Super Active Member
Joined
Dec 9, 2011
Messages
5,939
Reaction score
742
Points
121
Tak habis buat kerja bodoh teksi blue ni
 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
3,980
Reaction score
544
Points
81
Tak habis buat kerja bodoh teksi blue ni
Teksi blue ni tamak sbb tu dia bising. Yuran setiap teksi blue rm150 sebulan. Setiap booking passenger kena caj rm2. Tu belum sewa harian teksi blue lagi tu. Manyak untung oooo
 
Sponsored Post
Top
Log in Register