Isu teksi vs Grab : Pemandu e-hailing wajib daftar lesen PSV mulai 2019

CG Sponsors

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,236
Reaction score
21,042
Points
1,671
Grab tak boleh cari penumpang di airport

MULAI semalam, pemandu kenderaan e-hailing atau Grab tidak dibenarkan untuk menunggu penumpang atau berpangkalan di kawasan lapangan terbang di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, menurut arahan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP).

Selain itu, perkhidmatan e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hanya terhad kepada Terminal 2 iaitu kawasan menunggu secara percuma, Pintu 5 Ketibaan Domestik untuk mengambil penumpang dan Balai Pelepasan untuk menurunkan penumpang.

LPKP juga menyebut setiap pemandu yang berdaftar perlu mempamerkan pelekat kenderaan e-hailing berdasarkan spesifikasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Surat pekeliling bertarikh 8 Julai 2019 mengenai arahan itu diedarkan kepada pihak berkepentingan termasuk Persatuan Pemilik-Pemilik Teksi Labuan.

Salinan surat tersebut diperolehi Bernama di Labuan, hari ini.

LPKP berkata tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu e-hailing sekiranya masih lagi menunggu atau berpangkalan dalam kawasan lapangan terbang di Sabah dan Labuan kerana ia melanggar syarat khas lesen yang dinyatakan dalam Permit Kenderaan E-hailling (eVP).

Sementara itu, Pengurus Lapangan Terbang Labuan, Amat Madin berkata, pihaknya masih belum berbincang dengan JPJ dan LPKP Sabah mengenai kawasan khusus untuk pemandu e-hailing mengambil atau menurunkan penumpang di kawasan lapangan terbang itu.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan memberikan kerjasama dalam menyediakan kawasan yang ditetapkan untuk perkhidmatan e-hailing.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/475114/dah-tak-boleh-cari-penumpang-di-airport
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,236
Reaction score
21,042
Points
1,671
Penumpang e-hailing mengeluh tambang naik

KUALA LUMPUR 13 Julai - Walaupun tempoh masa bagi pemandu e-hailing memperoleh lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) telah dilanjutkan selama tiga bulan bermula Jumaat, beberapa penumpang e-hailing di Lembah Klang mengeluh kerana berdepan dengan kenaikan tambang.

Beberapa orang penumpang ketika dihubungi Bernama hari ini mendakwa kadar caj telah naik sebanyak RM10 daripada biasa dan mereka terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan pemandu.

Sebelum ini, beberapa syarikat e-hailing telah menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan penumpang membayar caj yang lebih tinggi berikutan tempoh akhir untuk mendapatkan PSV berakhir pada Jumaat dan pemandu yang tidak mempunyai lesen PSV tidak lagi dibenar untuk menyediakan perkhidmatan.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan tempoh akhir itu akan dilanjutkan selama tiga bulan lagi.

Aishah Abdul Rahim, yang menggunakan perkhidmatan e-hailing setiap hari, berkata tambang Grabnya telah meningkat sebanyak RM10 jika menaiki Grab dari rumahnya di Kampung Datuk Keramat ke tempat kerja di Jalan Tun Razak.

"Jarak dari rumah saya ke pejabat hanya kira-kira lima kilometer dan biasanya tambangnya ialah belanja sekitar RM8. Tetapi semalam, saya terpaksa membayar RM18, " kata eksekutif berusia 23 tahun yang menggunakan perkhidmatan e-hailing setiap hari.

Aishah menambah bahawa dia terpaksa mencuba tiga kali sebelum mendapatkan pemandu dan perlu menunggu lebih daripada 10 minit, sedangkan sebelum ini dia hanya mengambil masa tiga hingga empat minit.

Pereka grafik yang dikenali hanya sebagai Amelia mendakwa bahawa tambang biasanya juga meningkat sebanyak RM10 untuk perjalanan dari Bangsar ke pejabatnya di Bukit Bintang dan dia perlu menunggu selama 20 minit untuk mendapatkan pemandu.

"Sebagai penumpang, saya terpaksa menerimanya, kerana jika tidak, saya perlu mencari pilihan lain untuk ke tempat kerja. Saya harap isu ini tidak berterusan, " katanya sambil mengeluh.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia, Arif Asyraf Ali ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut berkata beliau belum menerima sebarang aduan berhubung kenaikan tambang, tetapi ada aduan yang diterima mengenai kekurangan pemandu e-hailing.

Sementara itu, di Melaka, seorang penumpang tetap Grab, Muhammad Zakiyudin Yusof, 30, berkata tidak berlaku kenaikan tambang di negeri ini dalam tempoh dua hari ini dan dia membayar kadar tambang yang sama.

"Setakat ini, kadar tambang masih sama, saya masih membayar kurang daripada RM10 seperti sebelum ini," kata pengurus kedai runcit yang menggunakan perkhidmatan itu dari Melaka Raya ke Aeon Bandaraya Melaka setiap hari.

Seorang penjawat awam yang berpangkalan di Johor Bahru, Nur Aqeela Arbaen, 27, meluahkan rasa lega kerana dia tidak berdepan kenaikan tambang di kawasannya sambil berkata tambang hanya akan naik pada waktu puncak, yang dianggapnya perkara biasa.

"Semasa di luar waktu puncak,tambangnya hanya RM5, tetapi pada waktu puncak, tambangnya boleh melonjak sehingga RM10. Pada masa ini, tiada berlaku kenaikan tambang dan tambangnya masih M5 untuk ke ;pejabagt saya, " katanya.

Di Terengganu, pemandu Grab sepenuh masa, Mohd Faez Mohd Fozi berkata tambang di negeri ini kekal stabil kerana banyak pemandu telah mendapat lesen PSV dan mematuhi peraturan.

"Permintaan di Terengganu tidak sama seperti di Lembah Klang. Oleh itu, masalah di Lembah Klang tidak berlaku di Terengganu, " katanya. - BERNAMA

https://www.utusan.com.my/berita/na...ling-di-kl-mengeluh-kenaikan-tambang-1.936303
 
eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,259
Reaction score
415
Points
86
suka la drebar2 teksi ... saingan grab dh bkurangan... berjaya agenda dorang.. nanti dh boleh sembelih kastomer balik..

menyusahkan betul la jenis main hasad dengki ..

susahkan penumpang
 
zari83

Active Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
2,294
Reaction score
578
Points
71

Berita tipu ni, takkan la apa yg dibuat kerajaan skrg telah menaikkan kos hidup pengguna grab... takkan la kerajaan sekejam tu.. tak mungkin..
 
muorian

Active+ Member
Joined
Apr 27, 2007
Messages
3,793
Reaction score
54
Points
40
Grab tak boleh cari penumpang di airport

MULAI semalam, pemandu kenderaan e-hailing atau Grab tidak dibenarkan untuk menunggu penumpang atau berpangkalan di kawasan lapangan terbang di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, menurut arahan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP).

Selain itu, perkhidmatan e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hanya terhad kepada Terminal 2 iaitu kawasan menunggu secara percuma, Pintu 5 Ketibaan Domestik untuk mengambil penumpang dan Balai Pelepasan untuk menurunkan penumpang.

LPKP juga menyebut setiap pemandu yang berdaftar perlu mempamerkan pelekat kenderaan e-hailing berdasarkan spesifikasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Surat pekeliling bertarikh 8 Julai 2019 mengenai arahan itu diedarkan kepada pihak berkepentingan termasuk Persatuan Pemilik-Pemilik Teksi Labuan.

Salinan surat tersebut diperolehi Bernama di Labuan, hari ini.

LPKP berkata tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu e-hailing sekiranya masih lagi menunggu atau berpangkalan dalam kawasan lapangan terbang di Sabah dan Labuan kerana ia melanggar syarat khas lesen yang dinyatakan dalam Permit Kenderaan E-hailling (eVP).

Sementara itu, Pengurus Lapangan Terbang Labuan, Amat Madin berkata, pihaknya masih belum berbincang dengan JPJ dan LPKP Sabah mengenai kawasan khusus untuk pemandu e-hailing mengambil atau menurunkan penumpang di kawasan lapangan terbang itu.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan memberikan kerjasama dalam menyediakan kawasan yang ditetapkan untuk perkhidmatan e-hailing.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/475114/dah-tak-boleh-cari-penumpang-di-airport
Nak larang cmne plak kalau penumpang yg oder, bodo gak deorg neh

Patutnye LPKP ambik langkah majukan lagi servis teksi dengan bangunkan apps yg sama mcm e-hailing lain

yg malas bkn rakyat ,tp org gomen
 
Last edited:

cyborg

Active+ Member
Joined
Aug 14, 2008
Messages
4,573
Reaction score
97
Points
40
memang la tambang grab naik .. tapi aku rasa masih rendah berbanding teksi.

service grab masih jauh lebih baik .
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,236
Reaction score
21,042
Points
1,671
Operasi polisi e-hailing masih bercelaru

KUALA LUMPUR: Tambahan tiga bulan kepada pemandu e-hailing untuk memenuhi syarat operasi menunjukkan kelemahan pelaksanaan dasar mengenainya kerana tidak difikirkan secara teliti oleh agensi berkaitan sehingga menyebabkan masalah kepada peserta industri itu.

Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan, berkata kecelaruan itu berpunca daripada beberapa penambahan dasar yang dilihat tidak bersesuaian dengan perkhidmatan e-hailing, berbeza dengan yang dipersetujui pada peringkat awal oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sudah dibubarkan dan diganti dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

SPAD pada masa itu katanya, berniat membenarkan pasaran berjalan sendiri dan tidak terlalu mengawal selia kerana sifat industri e-hailing yang dinamik.

Wan Agyl yang juga bekas Ketua Bahagian Perancangan dan Polisi bagi Kumpulan Operasi SPAD berkata, pada awalnya SPAD hanya mengenakan syarat latihan bagi pemilikan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Akan tetapi, ia sudah ditambah kepada keperluan untuk lulus peperiksaan PSV dan menjalani latihan selama enam jam di institut latihan memandu yang tidak pernah dipersetujui sebelum ini.

“Keadaan ini menyukarkan proses transisi pemandu e-hailing untuk memiliki lesen sah. Walaupun syarikat e-hailing dibenar memberi latihan digital, mereka perlu berdaftar dan memenuhi syarat JPJ sebagai institut latihan memandu.

“Setelah latihan dijalankan di syarikat e-hailing, mereka masih perlu ke pejabat JPJ untuk peperiksaan dan lulus sebelum mendapatkan PSV. Hanya ada satu pusat sedemikian di Selangor yang mampu menerima 50 orang pada satu-satu masa,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Sehubungan itu, Wan Agyl berkata, tempoh penangguhan tiga bulan syarat PSV tidak akan mencukupi disebabkan peraturan JPJ. Begitu juga had atas kemampuan agensi tu untuk memenuhi keperluan kira-kira 200,000 pemandu e-hailing bagi mendapatkan lesen PSV, terutama kerana prosedur operasi standard dan sifat kerjanya yang ketat.

Akhbar semalam melaporkan kerajaan bersetuju memberi tempoh tambahan tiga bulan melalui pendekatan soft landing dan mendidik semua pemandu e-hailing yang masih belum mematuhi syarat untuk terus beroperasi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kementeriannya melalui JPJ akan mengambil pendekatan penguatkuasaan berbentuk mendidik seperti diputuskan mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/584613/operasi-polisi-e-hailing-masih-bercelaru
 
lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,776
Reaction score
779
Points
121

Mslhnya ms zaman bn lg akta ehailing nie ditubuhkan....pi marah kerajaan dl la....kerajaan br ambik buat saja....
 
abdul_ir

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2009
Messages
6,732
Reaction score
36
Points
70
isu perlaksanaan telah disuarakan oleh grab dari masa ke masa.
grab sendiri tidak bermasalah untuk melaksanakan undang2 yang ditetapkan kerajaan.
kaedah perlaksanaaan perlu dilakukan secara logik.

contoh, jumlah pemandu 200k orang, berapa lama pihak kerajaan (puspakom) boleh selesaikan untuk memeriksa jumlah kereta sebanyak itu?

pengumuman dilakukan julai 2018 dan memberi masa setahun untuk mengikut undang2.
prosedur perlaksanaan undang2 bermula bukan april 2019.

Jadi masa yang diberikan sebenarnya bukan setahun, cuma 3 bulan.

Saya berpendapat, Ehailing layak untuk menyambung operasi tanpa dokumen lengkap sehingga 9 bulan akan datang.
 
CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,285
Reaction score
417
Points
131
Aku tambang mahal xde hal.. Janji fix. Boleh hantar..

Kalau teksi.. Dekat pun xnak hantar. Hampeh. Jauh pun x nak hantar gak.. Nak trip ikut sedap dia
 
Sponsored Post
Top
Log in Register