Isu teksi vs Grab : Pemandu e-hailing wajib daftar lesen PSV mulai 2019

CG Sponsors




Latest Threads General Chat

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,236
Reaction score
21,042
Points
1,671

Tanda-tanda menunjukkan industri teksi akan tumbang tidak lama lagi

KUALA LUMPUR - 2016 merupakan tahun yang baik untuk perkhidmatan perkongsian kenderaan, dan malang buat industri teksi.

FMT menemui pemandu GrabCar dan Uber dan mendapati mereka positif akan masa depan industri itu.

Nick Koh, seorang siswa universiti berusia 23 tahun dan memandu GrabCar dan Uber secara separuh masa, percaya industri perkongsian kenderaan berkembang dengan pantas.

“Saya perasan kedua-dua syarikat giat mengambil pemandu baharu,” katanya. “Itu perkembangan yang bagus daripada segi perkhidmatan untuk pelanggan kerana lebih mudah untuk membuat tempahan.”

Sementara itu, Marvin Chong, seorang lagi pemandu GrabCar, tidak bimbang akan persaingan sesama mereka.

“Industri ini memang berkembang dengan baik, dan sebagai pemandu, memang boleh buat duit lebih,” katanya.

Koh, yang secara purata bekerja 20 jam seminggu, berharap kerajaan tidak mengenakan terlalu banyak peraturan ke atas mereka.

“Jangan terlalu mengawal industri ini,” katanya. “Galakkan persaingan sihat. GrabCar dan Uber boleh tawarkan kadar terbaik untuk pelanggan serta insentif bagi mengalakkan pemandu memberi khidmat terbaik.”

Perkembangan ini nampaknya berita buruk untuk pengusaha teksi.

Pengasas Perkhidmatan teksi Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, masa depan industri teksi menjadi kelam apabila Uber memulakan perkhidmatan mereka 3 tahun lalu.

“Kita sedar ribut sudah melanda industri,” katanya.

“2016 tahun yang malang untuk pengusaha teksi, dan tanda-tanda menunjukkan industri ini akan tumbang tidak lama lagi.

“Bahkan, lebih 10,000 pemandu menyerahkan teksi masing-masing. Tiada lagi pemandu baharu ambil kereta itu kerana mahu pandu Uber dan GrabCar.”

Oktober lepas, media memetik seorang pegawai Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia sebagai berkata pengusaha teksi mungkin tidak mampu bertahan selepas 2018, sekurang-kurangnya di Lembah Klang.

Shamsubahrin berkata pemilik permit teksi perlu bertanggungjawab akan masalah industri itu.

“Sejak sekian lama, mereka tidak memilih, memantau dan menguruskan pemandu dengan betul,” katanya.

“Misalnya, syarikat teksi serah kereta kepada pemandu tanpa membuat pemeriksaan latar belakang secara menyeluruh. Pendek kata, pemilik permit tak peduli sejarah pemandu. Mereka hanya peduli duit.”

Beliau menggesa kerajaan supaya menunjukkan sokongan kepada industri teksi.

“Bantu kami,” katanya. “Saya sedia bantu Spad (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) untuk memperbaiki industri teksi.

“Antara cara untuk menangani isu ini adalah dengan memastikan pemilik permit bertanggungjawab sepenuhnya. Kita sudah tunjukkan contoh yang baik dan Spad mengakui perkara itu. Kita berjaya ubah pemandu yang buruk menjadi pemandu yang baik.”


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...saha-teksi-kalah-perang-melawan-grabcar-uber/
 
Last edited:
Sponsored Post

azam575

CG Hardcore Club
Joined
Jul 19, 2007
Messages
98,695
Reaction score
829
Points
576
kasi tumbang je la ...

mcm gangster kat jalan ... siot :(scam
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
perbaiki la mutu servis pemandu teksi ni. jadikan industri teksi ni berdaya saing. pemandu teksi ni, nak seribu daya, tak nak seribu dalih

nak generalize kata pemandu teksi berperangai buruk, mcm tak leh jugak sebab ada yg baik, nak cari rezeki halal
 

azam575

CG Hardcore Club
Joined
Jul 19, 2007
Messages
98,695
Reaction score
829
Points
576
pastu pula ... harap kerajaan kena buat satu KAD KUASA / PERMIT untuk pemandu Uber dan Grab nie ...

so kalau apa2 berlaku dekat penumpang ... mudah nak kesan ... :D
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,105
Reaction score
11,490
Points
2,376
Teksi dapat saingan sengit dari uber dan grabcar
 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,070
Reaction score
565
Points
161
Kalau kerja jujur,insyaallah Allah tolong...pelbagaikan la lagi fungsi tugasan...
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,585
Reaction score
2,971
Points
201
satu kelemahan ride sharing..

penumpang xde insuran macam teksi..

betul ke??
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,318
Reaction score
424
Points
91
Esok bila dah melingkup, driver grab car / uber pulak akan naik tocang.
Aku dok nampak macam tu la kalau dah namanya malaysia.
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,565
Reaction score
262
Points
96
Mana blh tumbangkan teksi. kalau kita yg tahu IT blh la ambk service uber tapi kalau mcm org2 tua mcm mak dan ayah den mana tahu benda alah tu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register