Isu Solat Jumat di Kalangan Pekerja Kilang

CG Sponsors




LC yellow

Junior Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
53
Reaction score
109
Points
19
Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah dalam waktu Zuhur, pada hari Jumaat di masjid atau tempat-tempat tertentu dan didahului dengan dua khutbah. Hukum solat Jumaat ialah fardu ke atas setiap lelaki Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya seperti beragama Islam, akil baligh, berakal, merdeka, bermastautin dan tidak sakit. Oleh itu, jelaslah bahawa solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap umat Islam kecuali hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa yang dapat menunaikan sembahyang Jumaat, maka baginya di sisi Allah pahala seratus orang yang mati syahid. Dan barang siapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya.”
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.” (Al-Jumaah: 9)

Kewajipan solat Jumaat ke atas lelaki Muslim amat jelas. Hikmah dan kebaikan solat Jumaat juga sering disebarluaskan demi menjaga kepentingan solat Jumaat di kalangan lelaki Muslim. Kebenaran daripada al-Quran yang manakah yang hendak disembunyikan, demi mengejar keseronokan duniawi sehingga berkira dengan masa yang tidak sampai dua jam untuk menunaikan solat Jumaat bersama jemaah yang lain.

Solat Jumaat jika dilakukan dengan sempurna bukan sahaja berfungsi sebagai penghapus dosa, mencegah perbuatan keji dan mungkar serta memantapkan jiwa dan sifat tawaduk dalam diri seperti solat wajib yang lain, malah ia juga berfungsi sebagai majlis ilmu.

Tidak menghormati solat Jumaat dengan berjalan ke sana sini, berseronok bersama pasangan dan sebagainya merupakan perbuatan yang keji. Masyarakat harus tahu hakikat itu. Bertindak menegur mereka yang lalai dan sengaja leka dengan hakikat kewajipan bersolat Jumaat adalah tanggungjawab yang dituntut.

Hukum melaksanakan solat Jumaat adalah fardu ain. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Jumaah, ayat 9. Solat Jumaat termasuk dalam fardu utama dalam syariat Islam, selain satu pertemuan besar mingguan bagi umat Islam. Siapa yang mempermudah- mudahkan kefarduannya, Allah mengecap orang itu sebagai munafik. Seluruh umat Islam hendaklah melakukan fardu Jumaat dengan penuh keimanan dan keyakinan yang teguh, sebagaimana sabda Rasulullah saw maksudnya: “Daripada Thariq bin Syihab, Nabi Muhamad bersabda:

“Solat Jumaat hak yang wajib melakukannya atas tiap-tiap orang Islam, kecuali hamba-hamba yang dimiliki, kaum perempuan, kanak-kanak dan orang sakit.” (Riwayat Abu Daud)

Demikian pentingnya kefarduan Jumaat.

Yakinlah dengan janji Allah, jika manusia mensyukuri nikmat-Nya dengan mengabdi dan menyembah-Nya, pasti Allah akan menambah nikmat dengan berlimpah ruah. Sebaliknya, jika manusia mengingkari nikmat itu, azab Allah akan datang dengan tidak diduga. Bahkan dalam al-Quran dijelaskan, jika selesai mengerjakan solat Jumaat, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki. Ini membuktikan keluasan nikmat yang Allah buka kepada hamba-Nya yang sudi dan mahu mengabdi kepada-Nya. Firman Allah maksudnya: “Apabila kamu selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan.” (Al Jumaah ayat 10)
Jelas sekali solat Jumaat adalah wajib , masalah sekarang pekerja-pekerja kilang di negeri Pulau Pinang kebanyakkan kilang hanya benarkan pekerja menunaikan solat Jumaat 2 minggu sekali sahaja . Negara kita sudah Merdeka 51thn, tetapi bab solat tak dapat diselesai sehingga kini. Isu solat ini bukan baru tetapi sudah lama .


Isu solat Jumaat dikalangan pekerja kilang pernah di suarakan kepada majlis agama Islam

Tetapi tidak pernah di beri perhatian . Apa fungsi majlis agama Islam untuk menyelesaikan masalah berkaitan solat Jumaat.



Kami pekerja kilang memohon jasa baik AHLI PARLIMEN PAS agar menyuarakan isu solat Jumaat di kalangan pekerja kilang di Parlimen . Kami mahu perkara ini dibangkitkan secepat mungkin.
 
Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,877
Reaction score
1,406
Points
201
dlu tmpt aku keja xleh solat jumaat,mase time interview xde lak bgtau.bile dh keja bru tau xleh solat jumaat
 

MrKacanG

Super Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
5,061
Reaction score
31
Points
70
Aku no problem sal x keja kilang :D
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
biar mido la yg selesaikan mslh ni..dia kan asyik kata UMNO pembela Islam yg sebenar2nya...

di kelantan bukan setakat kilang..pasar2 mlm bila masuk wktu magrib wajib kena tutup bisnes jap lebih kurang 15 minit utk sembahyang...apatah lg sembahyang jumaat..
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
13,996
Reaction score
207
Points
133
Isu ni dah di perjuangkan dulu. Aku pernah kerja Penang di AMD, SEAGATE (HD Div), DELL semua tak ada masalah time solat Jumaat. Kilang Motorola, Intel, HP pun tak ada masalah. Yang masih ada isu mungkin di kilang2 kecik kot. Minta tolong Mido settlekan pun boleh ni!
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,896
Reaction score
1,026
Points
201
pak mido mane ada power dah sekarang ... dia pon ikut belakang org gak ...cerita jer lebat..
 

kasmarol

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2008
Messages
9,935
Reaction score
59
Points
80
bdk2 kilang ni dapat get pass kuar smayang jumaat pon bkn semayang!balik tido ada la psl aku dh keje kilang dulu :D:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register