Isu Soi Lek : Dakwa ucapan diputar belit

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Minta tarik balik kenyataan

BATU PAHAT 1 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat menggesa Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menarik balik dengan segera kenyataannya yang mempersoal dan menolak konsep ketuanan Melayu baru-baru ini.

Ketuanya, Azizul Kamar Abdul Rahman berkata, pihaknya juga meminta Soi Lek agar memperbetulkan semula tafsirannya berhubung perkara tersebut yang telah menimbulkan suasana tidak senang di kalangan orang Melayu.

‘‘Kami berharap beliau memandang serius perkara ini bagi memastikan hubungan sesama parti komponen di bawah Barisan Nasional (BN) sentiasa relevan dan harmoni demi memastikan integrasi sesama parti serta kejayaan gemilang pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Pemuda MCA Bahagian Batu Pahat terhadap kenyataan Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu dengan menyifatkannya tidak lagi relevan.

Memorandum itu diserahkan dalam suasana harmoni dan semangat setiakawan kepada Ketua Pemuda MCA Batu Pahat, Yeo Boon Kim di Pejabat MCA bahagian tersebut di Jalan Rahmat di sini hari ini.

Azizul berkata, selaku Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat, Soi Lek tidak seharusnya menyalahtafsirkan maksud ketuanan Melayu yang merupakan lambang kedaulatan Melayu.

‘‘Istilah sebenar ketuanan ialah Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua kepada ketuanan Melayu dan bukan sistem perhambaan,” katanya.

Menurutnya, Soi Lek perlu memahami makna sebenar perkara itu sebelum membuat sesuatu kenyataan.

Ekoran itu, menurutnya, Pemuda UMNO Batu Pahat mendesak pemimpin MCA itu menarik balik kenyataannya dan seterusnya membetulkan pengertian tentang maksud sebenar ketuanan Melayu itu.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Beri tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek diberi tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf kepada kaum Melayu atas kenyataan berbaur fitnah dan hasutan yang dikeluarkan beliau baru-baru ini.

Soi Lek juga diminta supaya membayar ganti rugi berjumlah RM2 juta kepada Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) sebagai tanda kekesalan terhadap kenyataannya yang disifatkan sebagai hasutan supaya kaum bukan Melayu membenci orang Melayu.

Ahli Exco GGMM, Nik Rizman Sapian berkata, tuntutan tersebut dibuat selepas pihaknya yang mewakili orang Melayu tersinggung dengan kenyataan melampau Soi Lek berhubung konsep ketuanan Melayu yang dianggap tidak lagi relevan di negara ini.

‘‘Kita beri dia tempoh 24 jam untuk mohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu. Bukan itu sahaja, kita juga menuntut ganti rugi berjumlah RM2 juta atas dakwaan yang sama.

‘‘Sekiranya segala tuntutan tersebut tidak dipenuhi, GGMM akan memfailkan saman terhadap Soi Lek di Mahkamah Tinggi Shah Alam,‘’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan notis tuntutan permohonan maaf kepada orang Melayu kepada Soi Lek di Wisma MCA di sini hari ini.

GGMM yang diwakili oleh Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz menyerahkan notis tersebut kepada Setiausaha Ketua Pegawai Pentadbiran MCA, Yap Chin Chin yang mewakili Soi Lek.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Kembalikan kekebalan raja-raja

KOTA BHARU 1 Dis. – UMNO perlu mengembalikan semula kekebalan raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan sebagai salah satu langkah tegas bagi menghentikan sebarang cubaan mencabar hak-hak keistimewaan dan ketuanan Melayu.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia tidak boleh dipertahankan semata-mata dengan kata-kata sebagai hujah untuk menangkis.

Namun katanya, pengembalian imuniti itu bukan bermaksud membenarkan raja-raja bertindak zalim dan menyalahgunakan kuasa sekiranya terdapat mereka yang melakukan perbuatan jenayah.

Menurut beliau, raja-raja sebagai ketua negara dan lambang ketuanan Melayu mesti diberi kekebalan dalam kedudukannya daripada segi undang-undang dan adat istiadat kerana institusi itu merupakan wakil bukan sahaja kepada Melayu tetapi juga negara dan seluruh rakyat.

“Rang Undang-Undang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan menjadi undang-undang jika tidak dikaitkan dengan raja yang merupakan komponen terpenting dalam sebuah negara yang mengamalkan Raja Berperlembagaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Baguslah. Jangan jadi peristiwa hitam pulak.... Tragedi 13 Mei
 

hafis_81

Super Active Member
Joined
Feb 15, 2008
Messages
6,386
Reaction score
32
Points
70
kecoh btl pelakon filem porno tu!!!
 

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
2 juta diorang mintak.. jual VCD ler solex pasnih..
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
porn star 'pancut' kepale pak lah...ape zombi2 umno buat?? :))

p/s: dah terang2 'pancut' dah ni tapi dah jadi rakan seselimut nak buat mcm mana, tadah je laa :))
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
kadang2 depa saje nak provoke2 n dah dirqncang supaya org melayu bertindak diluar kawalan...kan depa mmg ngah main isu perkauman skang..standart la juak2 ni bila dah banyak kalah....:p:p:))
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
porn star 'pancut' kepale pak lah...ape zombi2 umno buat?? :))

p/s: dah terang2 'pancut' dah ni tapi dah jadi rakan seselimut nak buat mcm mana, tadah je laa :))
wakakaka mesti pak mido n d geng ngah asah parang kontot depa la ni kan...:eek::eek::eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register