Isu serangan gereja : Polis pantau semua laman blog & rangkaian sosial

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Polis Pantau Semua Blog Dan Laman Rangkaian Sosial

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Polis memantau laman-laman blog dan rangkaian sosial bagi mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai berhubung insiden serangan dan cubaan membakar gereja baru-baru ini dan siasatan mengenai kejadian itu masih giat dilakukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pasukan khas, yang ditubuhkan khusus bagi menyiasat insiden berkenaan, sedang bertungkus lumus mengenal pasti dalang kejadian itu.

"Semua petunjuk diteliti meskipun ia mungkin tidak penting," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Bakri mengulas satu laporan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memberi gambaran seolah-olah polis tidak efektif untuk menjejaki individu dan penjenayah, terutamanya membabitkan jenayah yang mencetuskan minat orang ramai.

Beliau berkata polis menyedari akan hakikat bahawa kes-kes sedemikian perlu ditangani dengan adil dan segera.

Mohd Bakri menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin mengenai kejadian seumpamanya, sebaliknya menyerahkan kepada polis melaksanakan tugas mereka.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai insiden berkenaan tampil membantu polis.

Beberapa buah gereja diserang dengan bom api baru-baru ini termasuk Gereja Assumption, The Life Chapel di Petaling Jaya, dan Gereja Metro Tabernacle Church di Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata siasatan kes bunuh Nurin Jazlin Jazimin dan kes kehilangan Sharlinie Mohd Nashar masih belum ditutup dan memerlukan maklumat baru.

"Polis terus berusaha dengan semua petunjuk yang ada, tidak mengira kecil dan tidak penting petunjuk berkenaan. Amat mengecewakan kerana tiada petunjuk baru ditemui. Kami tidak akan berhenti dalam usaha menyelesaikan kedua-dua kes dan membantu keluarga terbabit meneruskan kehidupan mereka," katanya.


-- BERNAMA
 
Last edited:
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,413
Reaction score
21,052
Points
1,671
ha..jaga2..
 

hairl

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2007
Messages
3,053
Reaction score
24
Points
25
bgs kalau pantau ni..tp kalau bleh trace penjenayah kat forum,blog memang hebat la mesti abg polis ni pandai SEO
 

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
bgs kalau pantau ni..tp kalau bleh trace penjenayah kat forum,blog memang hebat la mesti abg polis ni pandai SEO
Apa lagi, yang nak jadi mata-mata boleh la apply polis. :)cgrock
 
Sponsored Post
Top
Log in Register