iswarahijau
Super Active Member
- Joined
- Dec 12, 2007
- Messages
- 6,060
- Reaction score
- 44
- Points
- 70
http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp
Kereta mewah untuk MB Selangor
Setelah kontroversi pembelian 15 buah kereta Toyota Camry untuk keguanaan Exco Kerajaan Negeri Selangor, terbaru, timbul satu lagi pendedahan mengenai pembelian kereta mewah yang melibatkan Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Khalid Ibrahim. Pendedahan tersebut dibuat oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo. Bercakap kepada Agendadaily, Khir berkata, kereta mewah jenis Lexus model 460 itu dibeli oleh Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) dan harganya hampir mencecah RM1 juta. Kereta itu, difahamkan dibeli untuk keguanaan Khalid. Khalid adalah Pengerusi KDEB.
Jumaat Februari 20, 2009
Ada bukti kukuh MB Selangor salah guna kuasa - SPRM
PULAU PINANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti yang kukuh menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban.
Katanya, perkara itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.
Khalid sebelum ini dikatakan telah menyalah gunakann kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada sambutan Aidiladha tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.
Rabu lalu, Khalid telah mengemukakan dua saman fitnah keatas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo kerana dikatakan membuat tuduhan palsu mengenai pekara itu.

Last edited: