Isu rasuah lembu korban oleh MB Selangor

CG Sponsors

Peecock

Active Member
Joined
Dec 6, 2007
Messages
1,265
Reaction score
2
Points
25
Siapakah yang ingin diper*****kan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu dakwaan kononnya beliau menyalahgunakan kuasa serta dana kerajaan negeri Selangor membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bagi kawasan parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur? Adakah Menteri Besar itu ingin memper*****kan wartawan, rakyat Selangor serta pengundi-pengundi di Bandar Tun Razak ataupun dirinya sendiri?Apa yang pasti ketika menjawab soalan wartawan mengenai dakwaan yang dikemukakan Gerakan Anti Korupsi (GERAK) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khalid cakap berpusing-pusing mengenai perkara tersebut.Beliau yang mengakui ada penghantaran lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak menganggap isu itu kecil, tidak tahu siapa yang membuat pembayaran malah mendakwa tidak tahu wujudnya Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) yang membayar RM110,400 harga haiwan tersebut.SIC adalah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang di pengerusikan sendiri oleh Khalid.Pasti sesuatu yang mustahil sebagai pengerusi, beliau tidak mengetahui kewujudan SIC yang sudah membuat pembayaran sebanyak itu kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang membekalkan lembu-lembu korban pada Aidil Adha lalu
 
Sponsored Post

mattop

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
12,396
Reaction score
10
Points
115
satu lagi kes yg dikorek...
 
akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,538
Reaction score
1,767
Points
206

xpe
yg penting rakyat dapat
bukan die beli lembu tu wat simpanan
tp wat korban
cube pikir ape yg khalid dapat?
dpt sekor lembu ke?
 
akay

Banned
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban baru-baru ini.

Beliau berkata sebaliknya, pemberian lembu-lembu korban itu, bernilai lebih RM110,000, adalah sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang ingin mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Hari Raya Aidiladha, Disember lepas.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa dana kerajaan negeri memang tidak digunakan bagi membiayai pembelian lembu-lembu korban berkenaan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Negeri di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

"Sebaliknya, derma ini (lembu-lembu korban) diagihkan kepada golongan yang betul-betul memerlukannya dan tidak timbullah unsur penyalahgunaan dana dalam kes ini disebabkan orang umumlah yang menerima keuntungan daripada sumbangan berkenaan," kata Khalid mengulas dakwaan tersebut. .

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dan meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pembelian lembu korban itu.

Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus, antara lain mendakwa pembelian lembu-lembu korban yang diagihkan di Bandar Tun Razak menyebabkan aliran dana kerajaan Selangor keluar dari sempadan negeri tanpa mengikuti prosedur urusan kewangan yang betul. BERNAMA
 
mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,760
Reaction score
71
Points
70
Lepas ****...lembu pula jadi mangsa...buat siasatan..kalau x betul memang GERAK dah terdesak...byk lagi kes yg perlu disiasat...JGN BUAT ORG LAGI MENYAMPAH....
 
Peecock

Active Member
Joined
Dec 6, 2007
Messages
1,265
Reaction score
2
Points
25
Khalid nafi beli lembu guna dana negeri
SHAH ALAM, 21 Jan. – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban baru-baru ini.

Beliau berkata sebaliknya, pemberian lembu-lembu korban itu, bernilai lebih RM110,000, adalah sumbangan daripada beberapa syarikat yang ingin mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Hari Raya Aidiladha, Disember lepas.

“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa dana kerajaan negeri memang tidak digunakan bagi membiayai pembelian lembu-lembu korban berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Negeri di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

“Sebaliknya, derma ini (lembu-lembu korban) diagihkan kepada golongan yang betul-betul memerlukannya dan tidak timbullah unsur penyalahgunaan dana dalam kes ini disebabkan orang umumlah yang menerima keuntungan daripada sumbangan berkenaan,” kata Khalid mengulas dakwaan tersebut. – Bernama
 
Peecock

Active Member
Joined
Dec 6, 2007
Messages
1,265
Reaction score
2
Points
25
kita tunggu komen mat tempe khir toyo sat g huhuhhu,
tapi bagus juga Gerak ni, menyiasat kes rasuah tanpa mengira bulu,fahaman politik
 
sposeng

Fun Poster
Joined
Dec 15, 2008
Messages
651
Reaction score
3
Points
15
Aku tunggu YB Iswarahijau komen dulu...
 
kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,271
Points
196
lembu punya susu GERAK dpt nama.... #:-S
 
Sponsored Post
Top
Log in Register