BTC USD 39,783.6 Gold USD 1,827.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu projek gas: Upko kaji kedudukan dalam BN

ejalmlk

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 8, 2008
Messages
10,523
Reaction score
43
Points
120
Isu projek gas: Upko kaji kedudukan dalam BN

PENAMPANG: Pertubuhan Kebangsaan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko)membayangkan kemungkinan menilai semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya projek saluran paip gas Sabah-Sarawak dari Kimanis ke Kompleks Gas Asli Cecair Petronas di Bintulu diteruskan.

Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok, berkata tiada guna parti itu kekal dalam BN jika suara rakyat yang cuba disampaikan kepada Kerajaan Pusat diabaikan.

Ketika ini, katanya, Upko akan meneruskan rundingan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bagi mengekalkan projek itu di Kimanis.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan membawa isu itu ke mesyuarat mingguan Kabinet, hari ini.

"Upko akan memutuskan kedudukannya dalam BN selepas cadangan projek saluran paip gas Sabah-Sarawak itu dimuktamadkan oleh Kerajaan Pusat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kaunter Aduan Bergerak Berpadu (KABB) Biro Pengaduan Awam (BPA) di Buhavan Square, Donggonggon di sini, hari ini.

Ahad lalu, Abdullah mengesahkan projek pembinaan saluran gas dari Kinamis ke Bintulu akan diteruskan seperti dirancangkan dan Sabah bakal menerima keseluruhan royalti yang wajar diterimanya.

Dompok bagaimanapun mendakwa, Sabah akan mengalami kerugian besar jika gas itu disalurkan ke Sarawak.

Antara lain, katanya, ia akan menjejaskan peluang pekerjaan, manakala rakyat setempat tidak berpeluang meraih manfaat industri hiliran daripada projek itu.

wah UPKO plak yang gertak nak kuar nieeeee:-?:-?:-?
 
Sponsored Post

niedzal

Active+ Member
Joined
Mar 6, 2007
Messages
2,686
Reaction score
15
Points
25
tak lama lagi.. bulan mac tahun depan je.
 

Zul.H

Active+ Member
Joined
Dec 5, 2007
Messages
2,754
Reaction score
21
Points
25
projek x dpt kt dia kot...
 

brozul

Super Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
sian BN...
pas satu satu...
hahaha...
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
ini lebih kepada taktik membuncitkan perut....
 

steveorlando79

Active+ Member
Joined
Jul 8, 2007
Messages
3,880
Reaction score
56
Points
30
ini lebih kepada taktik membuncitkan perut....

Kan dah mentioned kat paper tu JELAS dan TERANG.... kalau gas asli yg dikaut di Sabah, dihantar ke Sarawak, secara langsung kilang pemprosesannya juga di sarawak, jadi rakyat Sabah rugi tak dapat kilang dan peluang kerja. Berkenaan paip pulak, pada pendapat saya bukak kilang lebih murah daripada nak bikin paip gas sepanjang itu, bukan senang nak bikin paip merentas hutan belantara bergunung ganang area sipitang, sindumin, lawas, brunei, limbang, miri............... kalau ikut laut pun sama jugak kosnya tetap tinggi........... jadi, keputusan UPKO sebenarnya bukan utk rakyat sabah semata-mata tp kita semua rakyat msia, projek ni percayalah dah ada yg pasang kaki...........:D
 

Emie

Legendary Member
Joined
Jul 19, 2007
Messages
11,955
Reaction score
71
Points
120
baguslah bersuara dr jadi pak turut ajer..
 

edagangnetwork

Active Member
Joined
Jun 25, 2008
Messages
2,097
Reaction score
15
Points
25
Nampak sangat BN dah terlalu lemah... boleh kena gertak lagi... Susah2... bubar jer la Parlimen tu...
 

bangzaf

Legendary Member
Joined
Mar 8, 2007
Messages
14,855
Reaction score
33
Points
120
puaka puaka ameno ni mmg dah lama perbuduhkan org2 sabah

sabah pada tahun 1964 adalah negari terkaya di malaysia skrg sabah pada tahun 2008 adalah negari termiskin di malaysia:-?
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
Kan dah mentioned kat paper tu JELAS dan TERANG.... kalau gas asli yg dikaut di Sabah, dihantar ke Sarawak, secara langsung kilang pemprosesannya juga di sarawak, jadi rakyat Sabah rugi tak dapat kilang dan peluang kerja. Berkenaan paip pulak, pada pendapat saya bukak kilang lebih murah daripada nak bikin paip gas sepanjang itu, bukan senang nak bikin paip merentas hutan belantara bergunung ganang area sipitang, sindumin, lawas, brunei, limbang, miri............... kalau ikut laut pun sama jugak kosnya tetap tinggi........... jadi, keputusan UPKO sebenarnya bukan utk rakyat sabah semata-mata tp kita semua rakyat msia, projek ni percayalah dah ada yg pasang kaki...........:D

btl tu bro,
kawasan nie pn dekat gak ngan kmpung mak aku..
kalo kata kawasan x ckup luas,
aku tgk siap dh tambak kt tepi laut tu...

sape tk panas hati bila suara org sni kena buat tk endah..:mad:
ketua scammer pn,ketua menteri sndiri..:(scam

dh ler pluang p'kejaan kurang..
ade pn gaji ciput gila kalo mengikut situasi ekonomi skrg..:mad:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register