BTC USD 95,769.0 Gold USD 2,894.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu pinjam motosikal, lelaki cedera ditikam rakan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,610
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,610
Reaction score
6,736
Points
881
Awards
1
Isu pinjam motosikal, lelaki cedera ditikam rakan

Bernama
Ogos 18, 2024 03:50 MYT

Isu pinjam motosikal, lelaki cedera ditikam rakan
Polis sedang mengesan seorang lelaki lingkungan 30-an bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera dengan empat kesan tikaman pada bahagian badan dalam insiden perselisihan faham dengan rakannya di sebuah pangsapuri di Semenyih, Selangor petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan pada 2.52 petang berhubung kejadian terbabit dan siasatan awal mendapati perselisihan faham itu berpunca daripada tindakan suspek yang gagal memulangkan motosikal milik mangsa yang dipinjam bulan lepas.

"Akibat dimarahi, suspek mengambil pisau sebelum mengejar dan mencederakan mangsa semasa pertemuan mereka di rumah kakak mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata mangsa berusia 23 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu kuari, mengalami kecederaan di bahagian belakang pinggang dan bahu sebelah kiri dan kini masih dirawat di Hospital Kajang serta dilaporkan stabil.

Berikutan itu, polis katanya sedang mengesan seorang lelaki lingkungan 30-an bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Masyarakat dinasihatkan sentiasa tenang dalam menyelesaikan apa jua permasalahan dan tidak mengambil tindakan yang melanggar undang-undang di Malaysia," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau suspek, boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes Insp Mohamad Faeez Norzah menerusi talian 013-2773407 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA

#pinjam motosikal #kes tikam #pergaduhan rakan #kes polis
 
Sponsored Post

Kiamat nak dekat daaa

Hasil baksin zombie

Len kali pegi buat qardhul hassan dgn parti isle

Mula2 mmg rasa lawak bila semua benda org kaitkan dgn baksin ni

Tapi bila lama2 bnyk sgt org gila smpi sanggup tikam dgn potong kepala ni rasa mcm betul jgk

Mungkin ada sorg dua yg kena efek lain mcm dgn baksin ni 🤣🤣🤣
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register