BTC USD 57,050.7 Gold USD 1,773.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu pijak gambar Rosmah dan Najib pd malam Merdeka 30 Ogos 2012

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
191
http://www.youtube.com/watch?v=_RnAN3ecgxI


image.jpg

Tindakan sekumpulan peserta himpunan yang memijak gambar pemimpin adalah tidak wajar.

image.jpg

Risalah yang diedarkan semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka kelmarin.

SUNGAI PETANI - Kementerian Dalam Negeri akan bertindak tegas dan menyegerakan proses undang-undang terhadap pelaku tindakan biadap melakukan provokasi mahu menukar Jalur Gemilang, memijak gambar Perdana Menteri serta memaki hamun pemimpin negara pada satu perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau mahu dalang dan 'desperado' atau golongan terdesak politik ini dihadapkan ke muka pengadilan kerana kepentingan rakyat yang majoritinya mahu melihat mereka diadili mengikut peraturan dan undang-undang yang ada.

"Rakyat kebanyakannya kini sudah jemu dan meluat dengan tindakan desperado politik ini yang sudah merasa mereka akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lantas bertindak dan mencipta isu membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan kini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Merbok yang dihadiri kira-kira 300 perwakilan di Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata polis sedang giat menjalankan siasatan dan pihak Peguam Negara pula akan mendakwa jika terdapat bukti kukuh mereka yang terlibat.

Katanya pihak pembangkang sering menuding jari menjadikan Umno sebagai kambing hitam segala aktiviti liar tetapi pembangkang akan menyaksikan kebenaran setelah siasatan selesai dijalankan.

" Kita tidak akan bertolak ansur dengan kerja-kerja negatif yang cuba menyemarakkan semangat bencikan pemimpin kerajaan yang selamanya dijadikan bahan cercaan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata pihak berkuasa Malaysia bekerjasama dengan pihak keselamatan Thailand bagi memantau aktiviti pihak pemisah di sana yang dikatakan memacak Jalur Gemilang pada lokasi-lakosi selepas pengeboman dilakukan di Selatan Thailand baru-baru ini.

Beliau berkata Kementerian Luar juga turut memainkan peranannya dalam menangani isu sama. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kdn-segera-tangani-isu-jalur-gemilang-pijak-gambar-pm-1.81138
sumber:


Seorang gadis berusia 19 tahun, yang merupakan salah seorang daripada 11 orang individu yang dikehendaki berhubung kelakuan mereka semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam lalu hari ini menyerah diri kepada polis.

Gadis tersebut hadir ke satu balai polis di Johor Bahru hari ini dengan ditemai pemimpin DAP termasuk MP Bakri Er Teck Hwa dan timbalan pengerusi DAP negeri Norman Fernandez.

Beliau seterusnya ditahan dan digari oleh polis dan akan dibawa ke balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur yang menyiasat kes tersebut.

Menurut Norman, beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu.

sumber


image.jpg

Pelajar berusia 19 tahun ini ditahan polis sebaik tiba dari kampungnya berkaitan tindakan menunjuk punggung pada gambar pemimpin negara pada 30 Ogos lalu

KUALA LUMPUR - Polis malam tadi membebaskan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta yang ditahan petang semalam berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pelajar lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita dah ambil keterangan pelajar terbabit. Tuduh atau tidak terpulang kepada bukti dan undang-undang yang kita ada," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ku berkata polis kini menjejaki baki 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera 'baharu' Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan sama katanya setakat hari ini polis menerima 172 laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera 'baharu' Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan. - Bernama


Laporan Sebelum Ini:




470x275x37f2b03a0a27c9bae9673b9aa9828a8b.jpg.pagespeed.ic.zYgjaN-tBi.jpg


Kuala Lumpur: Pelajar yang ditahan polis semalam kerana didakwa menunjukkan punggung pada gambar perdana menteri dan isteri minggu lalu masih belum didakwa di mahkamah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata, sama ada pendakwaan akan dibuat atau tidak bergantung kepada siasatan lanjut dan bukti yang terkumpul.

Pelajar kolej itu ditahan semalam dan dibebaskan malam tadi dengan jaminan selepas percakapannya dirakam.

Setakat ini, kata Ku, sebanyak 172 laporan polis dibuat berhubung perkara itu dan siasatan masih berlangsung.

Beliau juga menggesa orang ramai membantu mengenalpasti sepuluh lagi individu yang dipercayai memijak gambar perdana menteri dan isteri selepas insiden menunjukkan punggung itu.

POKOK SENA: Satu pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pelajar yang menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara itu, Muhammad Ammar A Rahman, 19, pada malam Ambang Merdeka, baru-baru ini, bakal diadakan dengan disertai ahli keluarganya.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, setakat ini, masa dan tempat bagi pertemuan berkenaan belum dapat diputuskan Jabatan Perdana Menteri berikutan perlu melihat kepada kelapangan Perdana Menteri.


Menurutnya, Najib sebelum ini sudah menyatakan kesediaan untuk memaafkan dan berjumpa Ammar dan bapanya, tetapi belum menentukan tarikhnya kerana sibuk dengan urusan rasmi negara.

“Sekarang ini pun beliau berada di Russia bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk membincangkan isu dua hala.


“Bagaimanapun, seperti yang pernah dikatakan Perdana Menteri sebelum ini, kesalahan tetap kesalahan dan kita tidak boleh berkompromi dalam proses undang-undang, “ katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, di sini, semalam.


Shahlan berkata, masyarakat seharusnya mengambil iktibar terhadap kejadian itu dengan tidak melakukan sesuatu tindakan semborono tanpa memikirkan kesannya pada diri sendiri. “Masyarakat di negara ini harus lebih sensitif terhadap perkara yang menyalahi etika dan undang-undang serta berfikiran matang, “ katanya.


Terdahulu, Ammar ditahan polis di Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa lalu selepas menyerah diri di kolejnya sejurus tiba bersama ibu bapanya dari kampungnya di Batu Pahat, Johor.

Berikutan itu, bapa remaja terbabit A Rahman Abdullah, 53, melalui media, semalam menyatakan hasratnya untuk bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi.


Ammar juga menyatakan permohonan maafnya kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia serta ingin bertemu Najib untuk menyatakan kekesalan itu.
 
Last edited by a moderator:
Sponsored Post

none

Super Active Member
Messages
8,230
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,230
Reaction score
335
Points
91
apa faedah yg pr dapat ???
 

wellfxsystem

Active Member
Messages
1,672
Joined
Mar 12, 2012
Messages
1,672
Reaction score
4
Points
25
faedah seterusnya yang akan korang dapat :)
207105_466879610010467_1108606727_n.jpg


Syabas kepada pembangkang :)
 

wellfxsystem

Active Member
Messages
1,672
Joined
Mar 12, 2012
Messages
1,672
Reaction score
4
Points
25
extra more faedah :)
Jalur%2BGemilang%2BG.jpg


+ Bonus Free Education :) +Free Water + extra!!Petrol Rm 1

banyaknya bonus tu kan? :D
 
Last edited:

none

Super Active Member
Messages
8,230
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,230
Reaction score
335
Points
91
Xda kena-mengena ngan pr......

betul tu bro..
tapi percaya lah.. majoriti org akan pikir itu org pr punya kerja..
politik dlm malaysia ni mmg mencabar sungguh..
ikut emosi..kita akan terperangkap.
 

anasz

Active+ Member
Messages
3,582
Joined
Nov 8, 2007
Messages
3,582
Reaction score
43
Points
30
faedah seterusnya yang akan korang dapat :)
207105_466879610010467_1108606727_n.jpg


Syabas kepada pembangkang :)

ni bukan geng pembangkang..ramai yg marah geng ni.even geng pembangkang pun x setuju ngan tindakan diorg ni.cek dulu sblm tuduh.
 

budakpandai

Active Member
Messages
1,918
Joined
Mar 9, 2009
Messages
1,918
Reaction score
0
Points
20
kalau perangai orang yang sokong bersih ni sama je dengan perangai orang BN, apa bezanya? lol.
 

none

Super Active Member
Messages
8,230
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,230
Reaction score
335
Points
91
faedah seterusnya yang akan korang dapat :)
207105_466879610010467_1108606727_n.jpg


Syabas kepada pembangkang :)

ni satu lagi tindakan politik yg nampak bod0..
kita tidak tau disebalik gambar ini..
pepatah "A picture is worth a thousand words" tak leh pakai dah..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register