BTC USD 62,114.7 Gold USD 1,767.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu pendaftaran Pakatan: ROS masih membisu

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,282
Reaction score
32
Points
70
1cbb0a68d7d12bfea767094a9d0c5fef.jpg

Pertubuhan Pendaftar Syarikat (ROS) masih berdiam mengenai status penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik walaupun permohonan itu dibuat lebih setahun lalu, lapor TV Selangor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendaftar ROS hanya mengadakan satu perjumpaan dengan gagasan itu dan kemudian tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

"Pendaftar hanya jumpa hanya sekali lepas itu dia tak layan langsung, tak peduli, jadi kita akan ambil tindakan susulan," kata Anwar di ibu pejanat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu entiti telah tertangguh sejak tahun lalu.

Bulan lalu Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution bahawa Pakatan Rakyat akan membincangkan logo baru bagi gabungan itu.

Beliau berkata parti-parti komponen bersetuju atas logo bersama untuk gagasan itu namun kesal dengan tindakan Pendaftar ROS yang terus melengahkan kelulusan.

"Ia tidak berbangkit sekarang sebab kita dah terima tiga-tiga parti ini. Kalau ada cadangan lain kita boleh anjurkan tapi setakat ini logo seperti di dada saya ini," katanya lagi.

Sementara itu Anwar menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih memperlengkapkan senarai calon dan pengagihan kerusi untuk pilihanraya umum akan datang yang dijangka diadakan pada suku pertama tahun depan.

"Pengarah pilihan raya dah jumpa dari segi kerangka kerja tentang memperinci pemberian kerusi itu mengambil masa," tambahnya lagi.
Sumber
---------
Apa la yg lembap sgt nak luluskan tu? Ni mesti ada arahan atasan yg suruh. Benda senang mcm ni pun lembap. Sama mcm SPRM kalau melibatkan kes rasuah pemimpin BN. Kes Khir Toyo pengecualian mcm ada sesuatu disebaliknya.
 
Sponsored Post

usahOne

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2007
Messages
7,192
Reaction score
11
Points
65
ROS ni ada strategi ni...depa buat diam aje...bila pR menang adalah isu akn keluar kata x PR x sah huhuhu ni semua game amco aje
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register