Isu ****: Pas tidak mampu bersuara - Dr. Mahathir

CG Sponsors




kall

Active Member
Joined
Sep 5, 2007
Messages
1,461
Reaction score
71
Points
30
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan **** di kawasan kampung orang Melayu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas rela menerima perkara itu, malahan tidak lagi berani untuk bercakap mengenai penubuhan negara Islam.

Oleh itu kata beliau, orang Melayu juga tidak boleh mengharapkan Pas untuk melindungi hak-hak keistimewaan mereka memandangkan parti itu lebih kecil daripada DAP walaupun mempunyai penyokong yang ramai.

Jelasnya, inilah dilema yang dihadapi oleh orang Melayu terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sama ada untuk memilih UMNO dan Barisan Nasional (BN) ataupun Pas dan pembangkang.

''Orang Melayu berpendapat kalau mereka mengundi UMNO dan BN bermakna mereka akan memilih pemimpin yang rasuah dan jika mengundi Pas bermakna mengundi pembangkang yang pasti tidak akan meneruskan pembangunan orang Melayu dan bahasa Melayu ," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja mengenai 'Dilema Melayu' pada Siri Wacana Gapena V anjuran Gabungan Penulis Nasional (Gapena) di sini hari ini.

Ujar beliau, ini adalah dilema orang Melayu, tetapi menegaskan ia tidak bermakna mereka membenci orang Cina atau India.

Dilema itu katanya, bagi mempertahankan kedudukan orang Melayu kerana tidak harus menjadi hamba di negara sendiri.
 
Last edited:
Sponsored Post

aHmadDaniEL

Banned
Joined
Jul 20, 2008
Messages
18,080
Reaction score
6
Points
115
''Orang Melayu berpendapat kalau mereka mengundi UMNO dan BN bermakna mereka akan memilih pemimpin yang rasuah dan jika mengundi Pas bermakna mengundi pembangkang yang pasti tidak akan meneruskan pembangunan orang Melayu dan bahasa Melayu ," katanya.
yer la ko.....:(scam
 

kall

Active Member
Joined
Sep 5, 2007
Messages
1,461
Reaction score
71
Points
30
dunia akhir zaman "org yang bukan ahli bercakap seperti ahlinyer"
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
satu soalan utk TUN..UMNO MAMPU BERSUARA TAK?? TGK DI MELAKA,NEGERI SEMBILAN..BANYAK LADANG ****...SAPE YG PERINTAH?? UMNO KAN??

So 2x5 je la..
 

kall

Active Member
Joined
Sep 5, 2007
Messages
1,461
Reaction score
71
Points
30
satu soalan utk TUN..UMNO MAMPU BERSUARA TAK?? TGK DI MELAKA,NEGERI SEMBILAN..BANYAK LADANG ****...SAPE YG PERINTAH?? UMNO KAN??

So 2x5 je la..
2x5=rakyat yang terrimer
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
''Orang Melayu berpendapat kalau mereka mengundi UMNO dan BN bermakna mereka akan memilih pemimpin yang rasuah dan jika mengundi Pas bermakna mengundi pembangkang yang pasti tidak akan meneruskan pembangunan orang Melayu dan bahasa Melayu ," katanya.
sejak bila TUN membela bahasa melayu??? dulu asyik bergaduh dgn sek2 dewan bahasa je..tgk la sains dan math di ajar dlm bhsa BI...kononnya utk kemajuan...di jepun,korea,dan lain2 x guna BI pun lebih maju dri kita....
 

hudud

Fun Poster
Joined
May 14, 2008
Messages
469
Reaction score
1
Points
15
Harap2 PAS dapat bergerak sendirian dan TERUS KUAT MELAUNGKAN NEGARA ISLAM
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
ntahla..
macam malas nk komen politik ni..
pasal politik, kita bergduh sesama bangsa..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register