InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 52,128
- Reaction score
- 4,421
- Points
- 601
FELDA beli 22 juta saham FGV di pasaran terbuka
KUALA LUMPUR: FELDA memperoleh 22 juta saham FGV Holdings Bhd di pasaran terbuka dengan harga RM28.38 juta semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) yang juga penasihat utama kepada FELDA bagi pengambilalihan tawaran saham FGV berkata, saham berkenaan diperoleh dengan harga RM1.29 sesaham.
Pada 12 Januari lalu, FELDA mengeluarkan dokumen berkaitan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat bagi baki saham di FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.
Tawaran RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang 2 Februari depan, melainkan dilanjutkan atau disemak semula dengan satu pengumuman akan dibuat oleh Maybank IB dua hari sebelum tarikh tutup.
Pada 8 Disember, FELDA, yang sudah mempunyai 21.24 peratus saham dalam FGV, meningkatkan pegangannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus.
Sebanyak 13.88 peratus saham sudah diperoleh iaitu 6.1 peratus daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus).
Saham FGV jatuh 0.01 sen kepada RM1.28 pada tengah hari ini.
-BERNAMA