Isu Panas Felda, FGV, FIC & terbaru Synergy Promenade (update)

CG Sponsors




GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,287
Reaction score
1,542
Points
201
#KualaLumpur Pihak berkenaan sedang menunggu harga yang munasabah untuk menjual aset Felda di luar negara.
https://www.hmetro.com.my/.../felda-tunggu-masa-sesuai...

Felda tunggu masa sesuai jual aset di luar negara


IBU pejabat Felda di Menara Felda, Kuala Lumpur (gambar fail). FOTO Arkib NSTP

IBU pejabat Felda di Menara Felda, Kuala Lumpur (gambar fail). FOTO Arkib NSTP



Kuala Lumpur: Pengurusan tinggi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) masih menunggu masa yang sesuai untuk menjual aset mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihak berkenaan sedang menunggu harga yang munasabah untuk menjual aset Felda di luar negara.


"Aset di luar negara Felda tunggu masa yang sesuai untuk dijual dalam harga munasabah.
"Tanggungjawab pengurusan Felda dan peneroka penting dalam memastikan pelan pemulihan dan tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) mengenai inisiatif kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan juga hutang Felda.

Mustapa berkata, terdapat tiga pihak bertanggungjawab dalam memastikan pelan pemulihan Felda iaitu kerajaan, Felda dan peneroka.
"Kerajaan meluluskan penerbitan sukuk RM9.9 bilion dan ini membabitkan bayaran balik sebanyak RM1 bilion setahun.

"Ini tanggungjawab kerajaan yang besar, bantuan yang diberikan kerajaan dalam tempoh 10 tahun bagi memastikan kemampanan kewangan Felda," katanya.

Mustapa berkata, Felda mula berdepan dengan masalah kewangan sejak 2013 apabila menghadapi kerugian dan pendapatan sebelum cukai yang semakin merosot.

"Ini disebabkan antara lain, penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 2012 apabila Felda kehilangan sumber pendapatan yang penting serta harga kelapa sawit yang kurang memberangsangkan.
"Bagi memastikan operasi harian dan komitmen perkhidmatan kepada warga peneroka berjalan dengan lancar, Felda terpaksa membuat pinjaman dan kini menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion.

"Pada September tahun ini, Felda memaklumkan kerajaan ia tidak mampu membayar balik beberapa hutangnya dan mempunyai masalah kecairan sebanyak RM1.3 bilion," katanya ketika menjawab soalan lisan Ahmad Nazlan di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium selama dua tahun kepada Felda untuk salah satu daripada hutangnya dan sebuah institusi yang lain memberi Felda moratorium selama enam bulan.
"Di samping itu, hutang peneroka yang tinggi serta kadar kutipan hutang yang tidak memberangsangkan turut memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan kedudukan kewangan Felda.

"Bagi memastikan Felda mencapai kemampanan kewangan dan kelestarian, jemaah menteri pada 14 Oktober lalu meluluskan pelan pemulihan Felda dengan syor yang diluluskan adalah penerbitan sukuk yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM9.9 bilion yang mana RM6 bilion akan digunakan bagi mengurangkan beban hutang Felda dan bakinya akan digunakan untuk meningkatkan pendapatan teras iaitu melalui pengambilalihan pegangan saham FGV serta melaksanakan penamatan Perjanjian Pajakan Tanah," katanya.

Katanya, bagi memastikan petunjuk prestasi utama yang ditetapkan dicapai, Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan dan Keberkesanan Pelan Pemulihan Felda ditubuhkan dengan dipengerusikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang akan memantau pelaksanaan langkah ini dengan rapi supaya ia dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lancar.
"Langkah pemulihan ini dijangka membawa hasil positif ke atas Felda pada 2023.

"Ini bagi memastikan Felda mencapai kejayaan seperti syarikat perladangan utama yang lain dan berada di landasan yang lebih teguh bagi melunaskan tanggungjawabnya sebagai agensi yang membela nasib lebih daripada 100,000 keluarga peneroka tanpa kebergantungan kepada kerajaan," katanya


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2020 @ 11:08 AM

Bagus la tu jual time2 gawat
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,448
Reaction score
2,002
Points
201
Fgv sejak mula bukak rm5
Tak penah jejak rm7 pun

Celah mana yg kata slalu untung?
1607922945552.png

org melayu tak pandai meniaga ka?
 

Maestro

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,207
Reaction score
489
Points
51
kalau Felda(gov) gentle nak tolong

privatize dgn harga munasabah sikit...2.5~3.00

ni tak nampak nk naik sikit umum nk takeover dgn harga 1.3...menjunam terus yg baru nk naik..

time ko jual ke public 4.55...lps tu nk beli balik 1.30..

lps tu geng korang KWAP push lagi harga turun supaya harga takeover 1.3 tu nampak resonable..

majoriti pemegang saham Fgv sapa? rakyat malaysia kan?

kalau bukan game rakyat sendiri nak panggil apa ni
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,448
Reaction score
2,002
Points
201
Cuba ko tanya menteri2
Diorg sendiri invest tak dlm fgv?

ke hanya jadi ceo saja hahaha
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,977
Reaction score
12,077
Points
1,906
Najib Razak



Sebentar tadi ·

Pada tahun 2019 semasa Menteri PH bentang kertas putih FELDA, dia kata hutang FELDA masa itu adalah sebanyak RM8 bilion.

Masa itu, PH asyik kata saya telah jahanamkan atau rompak duit FELDA RM8 bilion.

Selepas saya perhatikan kertas putih FELDA tersebut, saya tunjukkan bukti bahawa RM7.5 bilion daripada hutang FELDA tersebut sebenarnya dipinjam semula kepada peneroka untuk pelbagai skim faedah rendah seperti penananam semula, pembesaran rumah pertama, rumah generasi kedua, pendidikan anak peneroka dan sebagainya.

Masa itu saya tanya Menteri. Adakah saya jahanamkan FELDA sebab kita memberi pelbagai kemudahan kepada lebih 110,000 keluarga peneroka?

Akhirnya, pengerusi FELDA lantikan PH sendiri yang keluarkan kenyataan untuk mengesahkan RM7.5 bilion daripada hutang RM8 bilion FELDA sebenarnya dipinjam semula dan dihutang peneroka kepada FELDA.
Dia tak jawab.

Hari ini, Menteri PN pula kata hutang FELDA telah cecah RM10.7 bilion - iaitu penambahan RM2.7 bilion dalam masa dua tahun.

Mengikut logik PH dahulu, siapakah yang jahanamkan FELDA dengan penambahan hutang sebanyak RM2.7 bilion itu?

Boleh saya tuduh juga bahawa PH telah rompak RM2.7 bilion itu sebagaimana mereka pernah tuduh saya rompak RM8 bilion duit FELDA?

1607927341492.png
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,287
Reaction score
1,542
Points
201
Najib Razak



Sebentar tadi ·

Pada tahun 2019 semasa Menteri PH bentang kertas putih FELDA, dia kata hutang FELDA masa itu adalah sebanyak RM8 bilion.

Masa itu, PH asyik kata saya telah jahanamkan atau rompak duit FELDA RM8 bilion.

Selepas saya perhatikan kertas putih FELDA tersebut, saya tunjukkan bukti bahawa RM7.5 bilion daripada hutang FELDA tersebut sebenarnya dipinjam semula kepada peneroka untuk pelbagai skim faedah rendah seperti penananam semula, pembesaran rumah pertama, rumah generasi kedua, pendidikan anak peneroka dan sebagainya.

Masa itu saya tanya Menteri. Adakah saya jahanamkan FELDA sebab kita memberi pelbagai kemudahan kepada lebih 110,000 keluarga peneroka?

Akhirnya, pengerusi FELDA lantikan PH sendiri yang keluarkan kenyataan untuk mengesahkan RM7.5 bilion daripada hutang RM8 bilion FELDA sebenarnya dipinjam semula dan dihutang peneroka kepada FELDA.
Dia tak jawab.

Hari ini, Menteri PN pula kata hutang FELDA telah cecah RM10.7 bilion - iaitu penambahan RM2.7 bilion dalam masa dua tahun.

Mengikut logik PH dahulu, siapakah yang jahanamkan FELDA dengan penambahan hutang sebanyak RM2.7 bilion itu?

Boleh saya tuduh juga bahawa PH telah rompak RM2.7 bilion itu sebagaimana mereka pernah tuduh saya rompak RM8 bilion duit FELDA?

View attachment 322538
Najib nye statment ni nak kata yg felda ni untung berganda2 tak penah lost ke.. tak paham aa statment dia ni
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
FGV biayai kemudahan penghantaran pulang pekerja asing tamat kontrak

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) menyediakan kemudahan kebajikan penghantaran pulang pekerja asingnya yang tamat kontrak.

FGV dalam satu kenyataan berkata, sebagai syarikat pengeluar produk berasaskan minyak sawit global, hak asasi pekerja asing tetap menjadi keutamaannya.

Katanya, bagi pekerja yang sudah menamatkan tempoh perkhidmatan dengan FGV, kos penghantaran pulang ke negara asal termasuk tambang penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh kumpulan.

Meskipun FGV komited memastikan kepulangan pekerja asingnya dengan selamat, kumpulan katanya berdepan dengan sedikit masalah disebabkan pandemik COVID-19 yang menyebabkan sekatan perjalanan di seluruh dunia bermula Mac 2020.

"Dari Mac hingga Julai 2020 yang lalu, terdapat penerbangan terhad dari Malaysia ke negara lain termasuklah ke negara asal pekerja FGV khususnya ke Indonesia, India dan Bangladesh.

"Bagaimana pun, apabila lebih banyak penerbangan dibuka ke Indonesia dan Bangladesh pada hujung Ogos 2020, jadual penerbangan pula seringkali ditunda atau dibatalkan ekoran peningkatan penularan COVID-19 di seluruh dunia," katanya.

FGV berkata, walaupun berdepan cabaran, kumpulan telah membantu seramai 1,084 orang pekerja asing pulang antara Mac hingga Disember 2020.

Daripada 1,084 orang ini katanya, seramai 661 daripadanya adalah dari Indonesia, India (295), Bangladesh (126) dan Nepal (2).

Bagi pekerja asing India, kepulangan mereka diuruskan menerusi Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur di sepanjang tempoh berkenaan.

Pandemik ini juga katanya menyebabkan kelewatan dalam pembaharuan dokumen seperti permit kerja dan pasport pekerja ekoran penutupan pejabat pihak berkuasa serta kedutaan yang berkaitan.

"FGV tidak mengamalkan penyimpanan pasport pekerja asing, malah menyediakan sebanyak 32,250 peti keselamatan di semua 68 buah kompleksnya sebagai pilihan kepada pekerja asingnya menyimpan sendiri passport mereka dengan selamat," katanya.

Pada masa yang sama, FGV kekal komited melaksanakan pelan tindakan dengan kerjasama Fair Labor Association (FLA).

Pelan tindakan ini katanya sudah diguna pakai sejak 31 Mac 2020 ketika situasi COVID-19 semakin buruk di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Pelan Tindakan FLA 2020 boleh didapati di laman sesawang FGV di www.fgvholdings.com, dengan laporan kemajuan seterusnya akan diterbitkan pada 31 Mac 2021.

Komitmen FGV dalam menghormati standard buruh katanya adalah selari dengan komitmennya terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Panduan mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGPs).

Katanya, agenda kelestarian dan hak asasi manusia tetap menjadi keutamaan dan sentiasa diteruskan dalam meningkatkan lagi amalan buruh di FGV.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
Tawaran pengambilalihan manfaatkan FELDA, FGV

KUALA LUMPUR: Langkah menjadikan FGV Holdings Bhd (FGV) sebagai syarikat persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh FELDA akan memudahkan urusan penstrukturan organisasi, tadbir urus korporat dan pengurusan strategi kedua-kedua entiti.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata langkah itu lebih sesuai dan bermanfaat untuk kedua-dua entiti berbanding cadangan pengambil alih tanah FELDA yang diusahakan FGV.

Katanya, tidak akan berlaku pertindihan dari segi kepentingan perniagaan, malah sinergi organisasi juga akan lebih positif dan berkesan dari sebelum ini.

"Disebabkan itu potensi FGV untuk mula mencatatkan kembali keuntungan akan menjadi lebih cerah, sekali gus memberi pulangan yang lebih tinggi kepada FELDA.

"Ini juga akan memberi limpahan kepada peneroka FELDA sekali gus turut membantu memperkasakan sektor perladangan negara.

"Apa yang penting sekarang ialah untuk FELDA memastikan FGV akan kekal diterajui dan diuruskan oleh pengurusan profesional yang mematuhi tadbir urus korporat yang tinggi, supaya tidak lagi berlaku ketirisan serta pelaburan yang tidak memberi pulangan yang memberangsangkan," katanya.

FELDA sudah mengemukakan tawaran pengambilalihan mandatori ke atas semua baki saham dalam FGV yang belum dimiliki dengan pertimbangan tunai RM1.30 sesaham.

Tawaran itu dibuat selepas FELDA mengambilalih dua blok saham daripada agensi berkaitan kerajaan negeri, Urusharta Jamaah Sdn Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Pada 8 Disember lalu, FELDA memeterai dua perjanjian pembelian saham bersyarat (CSPA) dengan dua agensi berkenaan untuk mengambil alih saham dengan pertimbangan tunai RM658.05 juta.

Pengambilalihan itu dimuktamadkan semalam selepas dua CSPA menjadi tidak lagi bersyarat.

Dua blok membabitkan 506.19 juta saham atau pegangan 13.88 peratus itu meningkatkan pegangan langsung FELDA kepada 35.12 peratus, di atas pegangan tidak langsung berjumlah 12.42 peratus.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata FGV boleh merangka strategi baharu untuk menjadi peneraju dalam sektor agro makanan jika cadangan menjadi syarikat persendirian direalisasikan.

Beliau berkata, sektor agro makanan menawarkan potensi perniagaan yang positif kepada FGV memandangkan negara banyak bergantung kepada import barangan sektor terbabit.

"Agro makanan adalah sektor yang boleh difikirkan oleh FGV bagi kelangsungan model perniagaan mereka. Dari segi perniagaan memang ketara. Negara kita banyak mengimport makanan dari luar, baik segi daging dan juga sayur-sayuran," katanya kepada BH.

Mohd Afzanizam berkata, dengan jangkaan dana yang bakal peroleh FGV, maka pelaburan boleh dibuat bagi mengambil peluang dalam sektor agro makanan secara komprehensif dengan mengambil kira rantaian perniagaan dari industri huluan dan hiliran.

"Di samping itu, FGV juga boleh memberi perhatian kepada faktor teknologi yang boleh diguna pakai bagi meningkatkan produktiviti bagi sektor agro makanan.

"Kerjasama dengan agensi kerajaan juga boleh dilaksanakan bagi memastikan FGV dapat mengoptimumkan peluang yang ada bagi meningkatkan nilai perniagaan serta pulangan kepada pemegang taruh," katanya.

Saham FGV mengakhiri dagangan hari ini 7.63 peratus atau sembilan sen lebih tinggi kepada RM1.27 sesaham.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register