Isu Panas Felda, FGV, FIC & terbaru Synergy Promenade (update)

CG Sponsors




Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,060
Reaction score
4,388
Points
601
FGV ambil pelbagai langkah batal sekatan

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) komited untuk mengambil semua langkah yang diperlukan untuk membatalkan Perintah Pelepasan Tahan (WRO) terhadap terhadap produk kelapa sawit dan minyak sawitnya berikutan dakwaan penggunaan buruh paksa.

Syarikat perladangan itu dalam satu kenyataan, berkata FGV memutuskan untuk mengambil pendekatan sistematik dalam memastikan hak pekerjanya dihormati dan dilindungi dengan menghapuskan amalan yang menunjukkan eksploitasi buruh.

"Ini untuk memastikan bahawa amalan buruh terbaik dipatuhi sesuai dengan piawaian antarabangsa merangkumi keseluruhan operasinya.

"FGV komited untuk memastikan usaha berterusannya untuk meningkatkan lagi infrastruktur kemudahannya dalam jangka masa penyelesaian yang munasabah, untuk kepentingan pekerja.

"Ini termasuk penambahbaikan tambahan pada perumahan, klinik, sekolah, kedai, dan tempat ibadat," katanya.

Pada 30 September lalu, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat mengeluarkan WRO terhadap produk kelapa sawit dan minyak sawit FGV.

Pengeluaran WRO itu terhadap FGV adalah berdasarkan maklumat hasil dari siasatan selama setahun yang secara munasabah menunjukkan penggunaan buruh paksa.

FGV turut mengulangi bahawa semua isu yang dibangkitkan oleh CBP telah menjadi bahan wacana umum sejak 2015 dan ia berusaha dengan gigih untuk meningkatkan amalan tenaga buruhnya.

"Usaha berterusan FGV dalam memastikan pelaksanaan dasar hak asasi manusia dan buruh kami di lapangan dibuktikan dengan pelbagai inisiatif dan program yang telah dilaksanakan khususnya kerjasama dengan Fair Labor Association (FLA).

"FGV juga telah melantik Panel Penasihat Bebas (IAP) untuk menasihati syarikat mengenai perkara yang berkaitan dengan tadbir urus dan kelestarian termasuk hal buruh," katanya.

Pada 8 Oktober lalu, FGV telah berkomunikasi dengan CBP melalui panggilan persidangan untuk meminta penjelasan mengenai tuduhan buruh paksa di ladang miliknya FGV.

FGV menjelaskan, CBP, bagaimanapun, tidak mendedahkan maklumat mengenai penemuan siasatannya kecuali telah mengenal pasti 11 indikasi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai buruh paksa dalam amalan FGV.

"CBP tidak mendedahkan maklumat lebih lanjut mengenai hasil siasatannya termasuk sifat atau lokasi kejadian yang berkaitan dengan indikasi berkenaan," katanya.

Pada 15 Oktober lalu, FGV telah menyatakan bahawa ia akan melantik firma audit pihak ketiga yang bebas dalam menjalankan audit bagi operasi FGV dengan segera.

"Setelah pertimbangan lebih lanjut oleh Lembaga Pengarah, FGV telah memutuskan untuk mengkaji semula pelantikan ini setelah FGV berpuas hati bahawa semua langkah telah diperkukuhkan dan dilaksanakan dengan sewajarnya," kata GFGV.

Sementara itu, FGV akan terus berhubung dengan CBP untuk memastikan agensi terus mengikuti perkembangan berbagai langkah yang diambil dan inisiatif lain yang berterusan khususnya berkaitan dengan hak buruh dan hak asasi manusia pada umumnya.

"Pada masa yang sama, FGV tetap komited untuk melaksanakan pelan tindakannya di bawah afiliasinya dengan FLA. Pelan tindakan FLA boleh diakses di laman web FGV di www.fgvholdings.com.

"Laporan kemajuan seterusnya mengenai pelan tindakan ini akan diterbitkan pada 31 Mac 2021.

"FGV akan membuat pengumuman lebih lanjut sekiranya terdapat perkembangan material yang berkaitan dengan perkara ini," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,060
Reaction score
4,388
Points
601
Kerajaan selamatkan FELDA supaya tanah peneroka tak tergadai - PM

MUAR: Kerajaan bersetuju untuk menyelamatkan FELDA supaya tanah milik peneroka tidak tergadai kepada orang asing, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, pelbagai langkah dirangka bagi memulihkan kembali FELDA selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan.

Katanya, beliau sendiri pernah menentang penyenaraian FELDA sebagai syarikat awam menerusi FGV Holdings Bhd ketika berada dalam Kabinet, sebelum langkah berkenaan dibuat.

"Isu FELDA bukan masalah kecil. Ia masalah cukup besar dengan jumlah peneroka sahaja hampir dua juta dan ia adalah ladang terbesar di dunia membabitkan keluasan 1.2 juta hektar. Kerajaan ambil langkah selamatkan FELDA untuk kembalikan hak sebenar peneroka.

"Paling penting komitmen semua pihak untuk memastikan hartanah berbilion ringgit tidak tergadai kepada orang asing atau pada orang yang bukan berhak. Sebab itu menjadi komitmen kerajaan PN untuk berbuat apa sahaka untuk menyelamatkan hak orang Melayu dalam negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Pemimpin bersama Masyarakat Parlimen Pagoh, di Dewan Serbaguna Felda Sri Jaya, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri.

Oktober lalu, Kabinet dilaporkam meluluskan cadangan terbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh FELDA dengan jaminan kerajaan bagi membolehkan agensi itu melaksanakan pelan pemulihan seperti yang dibentangkan oleh Pasukan Petugas Khas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, dilaporkan berkata laporan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu FELDA sudah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Oktober lalu.

Antara cadangan yang diterima oleh Jemaah Menteri ialah penstrukturan semula hutang dengan institusi kewangan, meningkatkan pendapatan teras daripada tanah ladang FELDA dengan menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dan meningkatkan daya berdikari peneroka.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, pemulihan FELDA adalah usaha amat penting PN untuk pertahankan hak orang Melayu.

"Hak bangsa bukan Melayu kerajaan tidak sentuh dan jika mereka memerlukan bantuan, kita akan bantu.

"Kerajaan tidak akan ambil hak orang lain namun akan pelihara jika ia milik orang Melayu. Itu komitmen PN," katanya.

Sementara itu, beliau juga mahu FELDA mula mencatatkan keuntungan semula dalam masa terdekat selepas pelbagai langkah dirangka bagi menyelamatkan FELDA.

"Saya sudah maklumkan Pengerusi Pasukan Petugas Khas FELDA, Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh supaya pulihkan segera FELDA dan penerokanya.

"Saya mahu FELDA kembali catatkan keuntungan dalam masa terdekat dan mereka memberi jaminan mulai 2023, FELDA akan kembali untung," katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,487
Reaction score
11,774
Points
1,906
Najib Razak



13j ·

Isu FELDA akan mengundangkan banyak propaganda menipu sebab ianya penting dari sudut politik Melayu negara.

Jika kita perhatikan, penipu yang sering buat propaganda terhadap saya dan kerajaan BN kenapa FGV diwujudkan dan disenaraikan pada tahun 2012 tidak akan menyebut tiga isu penting:
NOMBOR 1. Masalah paling besar FELDA pada tahun 2012 adalah lebih 50% daripada pokok Sawit FELDA sudah dikategorikan sebagai terlalu tua dan kurang berhasil serta ketidakinginan generasi kedua dan ketiga peneroka untuk meneruskan pengurusan ladang peneroka asal yang semakin berusia.

Jika kedua masalah ini tidak diselesaikan maka FELDA tidak akan wujud lagi dalam masa 10 tahun hingga 20 tahun lagi.

Masalah FELDA wujud selepas kerajaan PM4 membuat keputusan pada tahun 1996 untuk tidak lagi memberi peruntukan tahunan dan FELDA diminta cari dana sendiri.

Ladang sawit bawah rancangan FELDA dimilik FELDA sendiri serta dimilik peneroka.

Hanya tanah FELDA disewa (bukan digadai) kepada FGV dengan bayaran RM250 juta setahun serta 15% keuntungan tahunan FGV.

Tanah itu tidak pernah lepas kepada mana-mana pihak ketiga dan sentiasa berada dalam pemilikan FELDA sebab FELDA dan koperasi FELDA adalah pemegang saham terbesar FGV sejak ianya disenaraikan.
Tanah disewa oleh FELDA kepada FGV. FELDA pula ialah pemilik terbesar FGV.

Jadi bagaimana pula tanah milik FELDA telah digadaikan atau sudah hilang kepada pihak lain? Sesiapa yang membuat kenyataan begitu adalah seorang pembohong.

FGV pula disyaratkan untuk menanam semula, memulih infrastruktur dan membaja pokok sawit di ladang milik FELDA.

Setelah berbelanja RM600 juta setahun untuk menanam semula tanah sekitar 15,000 hektar setahun dan FGV berjaya menurunkan peratusan pokok lama dari 53% semasa disenarai ke kurang 30% pada tahun 2020 ini.
https://www.insage.com.my/ir/FGVV2/oilpalmprofile.aspx

Buat kali pertama, peratusan pokok yang muda dan matang FGV adalah lebih tinggi berbanding pokok tua.
"For the first time this year, we have a higher percentage of young and prime trees."
https://themalaysianreserve.com/.../fgv-to-dispose-of.../

Yang atas untuk ladang milik FELDA disewa kepada FGV.

Untuk pokok tua dimilik dan dikendalikan oleh peneroka pula, dana yang diperolehi dari penyeneraian FGV dipinjam kepada peneroka dalam skim penanaman semula yang juga membayar kos sara hidup bulanan bagi menampung kekurangan pendapatan peneroka semasa menunggu pokok matang dan mula mengeluarkan hasil.

Pokok sawit tua adalah kurang berhasil (yield rendah), lebih tinggi kos pengurusan sebab pokoknya lebih tinggi dan menyusahkan kerja memetik buah tandan segar dan memerlukan baja yang lebih.
Pokok yang ditanam semula pula lebih muda dan ditanam dengan baka yang lebih berhasil. Sebab itu, masa depan FELDA dan FGV adalah lebih cerah.

NOMBOR 2. FGV disenaraikan pada masa paling sesuai iaitu pada masa harga sawit paling tinggi masa itu. Ianya disenaraikan pada harga RM4.55 dan menaik ke RM5.35 dan berada di tahap lebih tinggi berbanding harga senarai selama setahun (masa harga lebih tinggi, takde pulak sesiapa yang puji saya pulak. Harga turun baru nak tuduh dan kecam saya) sebelum turun ke paras RM1.80 hingga RM2.00 sebelum PRU14 akibat penurunan harga minyak sawit dari harga tertinggi.

Sepanjang masa sebelum PRU14, FGV tidak pernah rugi. Hanya selepas PRU14, FGV rugi memanjang akibat harga sawit yang amat rendah serta kurang membaja di bawah pentadbiran PH sehingga pengeluaran sawit masih belum memulih berbanding sebelum PRU14.

Sebagai contoh, FGV baru mengumumkan pengeluaran minyak sawit mentah bagi bulan Oktober 2020 sebanyak 260,311 MT.

Bandingkannya dengan bulan Oktober tahun-tahun sebelum itu:
2019: 272,146 MT
2018: 274,429 MT
2017: 302,951 MT
Akibatnya, harga FGV terus menjunam selepas PRU14 dari sekitar RM1.80 hingga RM2.15 ke 63 sen sebelum memulih ke RM1.23 sekarang (tengok carta graf).

NOMBOR 3: Kebajikan dan keselesaan hidup peneroka tidak pernah tergadai.
FELDA menjana dana sebanyak RM5.7 bilion pada tahun 2012 semasa FGV disenaraikan dan juga dibayar RM2.5 bilion lagi oleh FGV dari tahun 2012 hingga 2019 dalam bentuk sewa tahunan, perkongsian 15% keuntungan tahunan FGV dan dividen.

Sebaik sahaja disenaraikan, setiap peneroka FELDA dibayar RM15,000 bonus. Peneroka juga dibayar bonus raya dan pelbagai insentif lain setiap tahun.
Dana yang diperolehi juga dipinjam semula kepada peneroka melalui pelbagai skim seperti skim penanaman semula, skim pinjaman pembesaran rumah pertama sebanyak RM40,000 setiap keluarga tanpa faedah, skim rumah generasi kedua, skim latihan dan pendidikan anak peneroka dan sebagainya.

Sebab itu, jumlah hutang lebih 110,000 peneroka kepada FELDA cecah RM7.5 bilion.
"25 Feb 2019: Peneroka hutang Felda RM7.5 bilion: Felda"
https://www.sinarharian.com.my/.../Peneroka-hutang-Felda...

Selain itu, penambahbaikan infrastructure kawasan FELDA juga merupakan prioriti selepas penyenarian FGV untuk menarik minat generasi kedua dan ketiga untuk terus tinggal di FELDA dan menggalak mereka mengambil alih ladang milik orang tua mereka.

Setiap kawasan FELDA dibina dewan serbaguna, gelanggang futsal, kedai FELDA dan lain-lain. FELDA united dan stadium STAR di Jengka juga antara usaha untuk menaikkan kegiatan sosial dan komuniti FELDA.
Wang tidak dibazirkan atau dicuri tetapi semua digunakan ke atas peneroka dan untuk menjamin masa depan FELDA.

Pada saya, FELDA adalah sebuah Lembaga kerajaan. Ianya bukan sebuah syarikat yang perlu menjana keuntungan setiap tahun.

Kerajaan juga mendapat hasil cukai dari pelbagai kegiatan FELDA seperti duti export sawit, cukai pendapatan, cukai korporat FGV dan sebagainya.

Sebab itu, saya tak rasa ianya masalah untuk kerajaan membantu FELDA dari segi kewangan jika FELDA terpaksa rugi untuk sementara waktu semasa masalah FELDA yang saya senaraikan di atas sedang diselesaikan dan kebajikan peneroka sentiasa terbela.


Tiada seorang pun dalam Kabinet pernah membantah atau pernah kata dia kurang bersetuju dengan penyenaraian FGV masa itu. Boleh check balik minit mesyuarat jemaah menteri masa itu.
Malah semua menteri-menteri kabinet amat menyokong keputusan tersebut sebab ianya banyak menjaga kebajikan peneroka.

Saya juga pelik kenapa kerajaan PN perlu pinjam RM9 bilion kepada FELDA sekarang. Sebenarnya tidak perlu pinjam. Bayar sahaja RM8.4 bilion yang merupakan hasil penjualan sebahagian 16% saham IHH Berhad oleh kerajaan PH dahulu.

Saya sering dikatakan telah menjanamkan FELDA apabila FGV disenaraikan pada tahun 2012 sebab harga FGV turun dan saya dituduh telah rompak kerugian RM6 bilion dalam nilai saham itu.

Namun pada tahun 2012 itu juga, syarikat milik kerajaan IHH Healthcare Berhad juga disenaraikan dengan nilai pasaran RM22.5 bilion atau harga RM2.80 setiap saham.

Sebelum PRU14, harga saham IHH sekitar RM6.10 atau kenaikan nilai pasaran sekitar RM32 bilion ke lebih RM55.4 bilion.

Takde pulak siapa sebut kenaikan RM32 bilion atau puji Najib jana keuntungan RM32 bilion?

Malah kerajaan PH telah jual 16% daripada pegangan kita dalam IHH Berhad dengan harga RM8.42 bilion kepada Jepun selepas PRU14.

Yang rugi RM6 bilion, Najib yang rompak dan jananamkan.

Yang untung RM32 bilion, tak mahu sebut pulak?
FELDA milik kerajaan. IHH Berhad pun milik kerajaan.

Tak kan kenaikan RM32 bilion IHH itu tak boleh cover penurunan RM6 bilion FGV?

Sebenarnya, FELDA telah mula memulih dan mencatat sedikit keuntungan pada tahun 2017.

Tetapi selepas PH menang PRU14, menteri yang jaga FELDA masa itu (yang juga menteri low definition) mula memainkan propaganda dengan merosotkan segala nilai aset-aset milik FELDA.

Sebab itu pada tahun 2019, PH mengeluarkan akaun FELDA untuk menunjukkan FELDA rugi RM6 bilion pada tahun 2017.

Takkan perbelanjaan FELDA tiba-tiba naik 5 kali ganda pada tahun 2017 berbanding tahun-tahun sebelum itu?
Ini terkandung dalam laporan tahunan FELDA 2017.

Tak percaya? Check laporan tahunan FELDA tahun 2017 dan 2018:
https://www.felda.gov.my/en/public/corporate/annual-report

Penyata penyata akaun terperinci dalam laporan tahun 2017 (iaitu bermula dari muka surat 90) semua dikaburkan (seperti video Sandakan) supaya kita tak nampak dari mana datangnya kerugian besar.

Laporan tahunan 2018 (dikeluarkan tahun 2020) yang sepatutnya dokumen umum pula tidak dapat dibuka sebab perlu password.

check sendiri

1607914492743.png


1607914507858.png

1607914519178.png

1607914543107.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,487
Reaction score
11,774
Points
1,906
Najib Razak



11j ·

Ini senarai pemegang saham terbesar FGV pada bulan Mac 2018 sebelum PRU14.

FELDA/Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan: 33.67%

Koperasi FELDA: 5.18%

FELDA dan Koperasi FELDA sudah menjadi pemegang saham terbesar.

Lain-lain pemegang saham termasuk:
- Kerajaan Pahang: 5.00%
- Kerajaan Sabah: 4.07%
- Tabung Haji: 7.78%
- KWAP: 7.43%
- LTAT: 1.25%

Tanah milik FELDA disewa (bukan digadai) kepada FGV dengan bayaran RM250 juta setahun serta 15% keuntungan tahunan FGV.
(Tanah milik peribadi peneroka tetap milik peneroka. Tak disentuh FGV)

FELDA dibayar RM2.5 bilion oleh FGV dari tahun 2012 hingga 2019 dalam bentuk sewa tahunan, perkongsian 15% keuntungan tahunan FGV dan dividen.

Tanah itu tidak pernah lepas kepada mana-mana pihak ketiga dan sentiasa berada dalam pemilikan FELDA sebab FELDA dan koperasi FELDA adalah pemegang saham terbesar FGV sejak ianya disenaraikan.

Tanah disewa oleh FELDA kepada FGV. FELDA pula ialah pemilik terbesar FGV.

Jadi bagaimana pula tanah milik FELDA telah digadaikan atau sudah hilang kepada pihak lain?

Sesiapa yang membuat kenyataan begitu adalah seorang pembohong.

Laporan tahunan FGV tahun 2017 (page 315):
http://fgv.investors-centre.com/.../publication.pdf...

1607914654674.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,487
Reaction score
11,774
Points
1,906
KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ibu diberitahu FELDA telah menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan FELDA mula berhadapan dengan masalah kewangan sejak tahun 2013 ekoran kerugian dan kemerosotan pendapatan sebelum cukai. "Bagi memastikan operasi harian dan komitmen perkhidmatan kepada warga peneroka berjalan dengan lancar, FELDA terpaksa membuat pinjaman dan kini menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion secara keseluruhannya....
http://malaysiagazette.com/.../felda-tanggung-hutang.../

FELDA tanggung hutang RM10.7 bilion


14 December 2020

logo-felda.jpg


KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ibu diberitahu FELDA telah menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan FELDA mula berhadapan dengan masalah kewangan sejak tahun 2013 ekoran kerugian dan kemerosotan pendapatan sebelum cukai.

“Bagi memastikan operasi harian dan komitmen perkhidmatan kepada warga peneroka berjalan dengan lancar, FELDA terpaksa membuat pinjaman dan kini menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion secara keseluruhannya.

“Pada bulan September tahun ini, FELDA telah memaklumkan Kerajaan bahawa ia tidak mampu membayar balik beberapa hutangnya dan mempunyai masalah kecairan sebanyak RM1.3 bilion,” katanya menjawab pertanyaan lisan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut).

Ahmad Nazlan mengutarakan persoalan apakah pelan perancangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi memulihkan kembali aliran tunai dan juga hutang korporat FELDA.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, jumlah hutang yang tinggi itu antara lain disebabkan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada tahun 2012.

Langkah itu katanya mengakibatkan FELDA kehilangan sumber pendapatan yang penting serta harga kelapa sawit yang kurang memberangsangkan.

Justeru itu, beliau berkata, krajaan telah bersetuju untuk memberikan moratorium selama 2 tahun kepada FELDA untuk salah satu daripada hutangnya dan sebuah institusi lagi memberi FELDA moratorium selama enam bulan.

“Di samping itu, hutang peneroka yang tinggi serta kadar kutipan hutang yang tidak memberangsangkan turut memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan kedudukan kewangan FELDA,” katanya.

Dalam pada itu ujar Mustapa, bagi memastikan FELDA mencapai kemampanan kewangan dan kelestarian, Jemaah Menteri pada 14 Oktober 2020 telah meluluskan pelan pemulihan FELDA.

Antara syor yang diluluskan adalah penerbitan sukuk yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM9.9 bilion di mana RM6.0 bilion akan digunakan bagi mengurangkan beban hutang FELDA.

Tambah Mustapa, bakinya akan digunakan untuk meningkatkan pendapatan teras iaitu melalui pengambilalihan pegangan saham FGV serta melaksanakan penamatan Perjanjian Pajakan Tanah.

Mustapa juga berkata proses pemulihan FELDA dengan merangka Model Baharu FELDA.

“Sehubungan dengan ini, pihak pengurusan FELDA telah merangka Model Baharu FELDA yang berteraskan kepada penambahbaikan tadbir urus, operasi ladang yang lebih cekap, warga peneroka, pendidikan, R&D dan penggunaan teknologi serta keberkatan bagi memastikan FELDA berada di tahap yang lebih mandiri dan lestari.

“Bagi memastikan petunjuk prestasi utama yang ditetapkan dicapai, Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan dan Keberkesanan Pelan Pemulihan FELDA telah ditubuhkan,” katanya lagi.

Jelas Mustapa lagi, langkah-langkah pemulihan tersebut di atas dijangka membawa hasil positif ke atas FELDA pada tahun 2023. – MalaysiaGazette

 

Maestro

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,195
Reaction score
486
Points
51
IPO 4.55...

Felda nak takeover 1.30...

Kalau bukan game rakyat sendiri x tau la
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,487
Reaction score
11,774
Points
1,906
#KualaLumpur Pihak berkenaan sedang menunggu harga yang munasabah untuk menjual aset Felda di luar negara.
https://www.hmetro.com.my/.../felda-tunggu-masa-sesuai...

Felda tunggu masa sesuai jual aset di luar negara


IBU pejabat Felda di Menara Felda, Kuala Lumpur (gambar fail). FOTO Arkib NSTP

IBU pejabat Felda di Menara Felda, Kuala Lumpur (gambar fail). FOTO Arkib NSTP



Kuala Lumpur: Pengurusan tinggi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) masih menunggu masa yang sesuai untuk menjual aset mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihak berkenaan sedang menunggu harga yang munasabah untuk menjual aset Felda di luar negara.


"Aset di luar negara Felda tunggu masa yang sesuai untuk dijual dalam harga munasabah.
"Tanggungjawab pengurusan Felda dan peneroka penting dalam memastikan pelan pemulihan dan tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) mengenai inisiatif kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan juga hutang Felda.

Mustapa berkata, terdapat tiga pihak bertanggungjawab dalam memastikan pelan pemulihan Felda iaitu kerajaan, Felda dan peneroka.
"Kerajaan meluluskan penerbitan sukuk RM9.9 bilion dan ini membabitkan bayaran balik sebanyak RM1 bilion setahun.

"Ini tanggungjawab kerajaan yang besar, bantuan yang diberikan kerajaan dalam tempoh 10 tahun bagi memastikan kemampanan kewangan Felda," katanya.

Mustapa berkata, Felda mula berdepan dengan masalah kewangan sejak 2013 apabila menghadapi kerugian dan pendapatan sebelum cukai yang semakin merosot.

"Ini disebabkan antara lain, penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 2012 apabila Felda kehilangan sumber pendapatan yang penting serta harga kelapa sawit yang kurang memberangsangkan.
"Bagi memastikan operasi harian dan komitmen perkhidmatan kepada warga peneroka berjalan dengan lancar, Felda terpaksa membuat pinjaman dan kini menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion.

"Pada September tahun ini, Felda memaklumkan kerajaan ia tidak mampu membayar balik beberapa hutangnya dan mempunyai masalah kecairan sebanyak RM1.3 bilion," katanya ketika menjawab soalan lisan Ahmad Nazlan di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium selama dua tahun kepada Felda untuk salah satu daripada hutangnya dan sebuah institusi yang lain memberi Felda moratorium selama enam bulan.
"Di samping itu, hutang peneroka yang tinggi serta kadar kutipan hutang yang tidak memberangsangkan turut memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan kedudukan kewangan Felda.

"Bagi memastikan Felda mencapai kemampanan kewangan dan kelestarian, jemaah menteri pada 14 Oktober lalu meluluskan pelan pemulihan Felda dengan syor yang diluluskan adalah penerbitan sukuk yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM9.9 bilion yang mana RM6 bilion akan digunakan bagi mengurangkan beban hutang Felda dan bakinya akan digunakan untuk meningkatkan pendapatan teras iaitu melalui pengambilalihan pegangan saham FGV serta melaksanakan penamatan Perjanjian Pajakan Tanah," katanya.

Katanya, bagi memastikan petunjuk prestasi utama yang ditetapkan dicapai, Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan dan Keberkesanan Pelan Pemulihan Felda ditubuhkan dengan dipengerusikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang akan memantau pelaksanaan langkah ini dengan rapi supaya ia dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lancar.
"Langkah pemulihan ini dijangka membawa hasil positif ke atas Felda pada 2023.

"Ini bagi memastikan Felda mencapai kejayaan seperti syarikat perladangan utama yang lain dan berada di landasan yang lebih teguh bagi melunaskan tanggungjawabnya sebagai agensi yang membela nasib lebih daripada 100,000 keluarga peneroka tanpa kebergantungan kepada kerajaan," katanya


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2020 @ 11:08 AM

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,591
Reaction score
1,902
Points
201
Felda jual vaksin aje la lepas ni
Buat mcm myeg :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register