Isu Panas Felda, FGV, FIC & terbaru Synergy Promenade (update)

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
Sukuk mungkin mampu akhiri kemelut kewangan FELDA - MBFM

KUALA LUMPUR: Terbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh FELDA, khususnya untuk mengambil semula tanah ladang yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV), diyakini mampu mengakhiri kemelut kewangan dihadapi agensi itu sejak beberapa tahun lalu.

Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzli Hasan, berkata tanah seluas 350,733 hektar itu akan membolehkan FELDA memiliki aset yang mendatangkan pendapatan, sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan institusi itu sebelum ini.

Beliau juga yakin FELDA mampu menguruskan tanah dan aset lain dengan baik, sekali gus tidak bermasalah untuk menebus sukuk terbabit, serta melangsaikan hutang sedia ada yang menghampiri RM10.6 bilion.

"Rekod FELDA ketika menguruskan ladang sawit menunjukkan kita mampu meraih antara RM1.2 bilion hingga RM1.8 bilion setahun, namun apabila diserahkan kepada FGV, kita hanya dapat sekitar RM248 juta serta 15 peratus keuntungan FGV mengikut Perjanjian Pajakan Tanah (LLA).

"Dalam tempoh enam tahun iaitu antara 2012 hingga 2017, FGV membayar RM1.9 bilion, sedangkan FELDA mampu mendapat jumlah itu dalam setahun hingga dua tahun jika ladang itu diurus sendiri.

"Disebabkan itu, MBFM yakin pengambilan semula tanah daripada FGV adalah langkah tepat dan berdasarkan rekod sebelum ini, FELDA tidak akan berdepan masalah untuk menebus sukuk berkenaan.

"Harapan kami, khususnya generasi baharu FELDA supaya dengan bantuan (jaminan) kerajaan melalui sukuk ini dapat mengembalikan semula kegemilangan dan kecemerlangan FELDA," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan berkata, Kabinet meluluskan cadangan terbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh FELDA dengan jaminan kerajaan bagi membolehkan agensi itu melaksanakan pelan pemulihan seperti yang dibentangkan oleh Pasukan Petugas Khas.

Menurut kenyataan itu, penerbitan sukuk itu bagi melaksanakan pelan pemulihan FELDA yang dikemukakan Pasukan Petugas Khas, iaitu penstrukturan semula hutang dengan institusi kewangan, meningkatkan pendapatan teras daripada tanah ladang FELDA dengan menamatkan LLA dan meningkatkan daya berdikari peneroka.

Muhammad Fadzli berkata, MBFM yakin harga minyak sawit mentah (CPO) mampu kekal stabil seperti ketika ini, berdasarkan dasar kerajaan sedia ada yang memulihkan hubungan dengan beberapa negara luar seperti China dan India.

Ditanya mengenai keperluan FELDA menggunakan tanah dipajak kepada FGV itu untuk meneroka peluang perniagaan baharu, Muhammad Fadzli berpandangan, FELDA perlu memberi tumpuan pada sektor sawit buat masa ini.

"Langkah FGV membuat pelaburan dalam aset bukan ladang dilihat menjadi faktor penurunan nilai saham. Ini diakui beberapa pembeli saham yang menyifatkan FGV tidak fokus pada perniagaan utamanya, iaitu perladangan sawit.

"Jika mahu meneroka bidang lain, FELDA perlu bermula secara kecilan atau berfasa memandangkan ia memerlukan kepakaran baharu dan akan mengambil masa yang panjang untuk melihat hasilnya.

"Lagi pun, peluang pendapatan selain sawit untuk peneroka sudah bermula menerusi Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang digariskan dalam Kertas Putih FELDA. Jadi, sebaiknya FELDA tumpu pada sawit dahulu buat masa ini," katanya.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
FELDA perlu RM1.5 bilion setahun untuk tebus sukuk

KUALA LUMPUR: FELDA perlu meneroka bidang perniagaan baharu seperti pembangunan hartanah untuk mewujudkan sumber pendapatan berdaya maju bagi memastikan ia mampu memenuhi komitmen kira-kira RM1.5 bilion setiap tahun untuk melunaskan pembayaran sukuk yang diterbitkannya.

Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, menganggarkan FELDA perlu mengetepikan kira-kira RM1.5 bilion setahun daripada pendapatan tahunannya untuk membayar faedah dan menebus terbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Selain itu FELDA juga perlu mempunyai kemampuan kewangan untuk melunaskan bebanan hutang sedia ada berjumlah RM10.6 bilion.

Katanya, jumlah RM1.5 bilion itu membabitkan pembayaran faedah tahunan sukuk itu sekitar RM400 juta pada kadar dianggarkan antara empat hingga lima peratus, serta pembayaran penebusan sukuk berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, FELDA perlu merangka perancangan jangka panjang untuk memastikan kemapanan aliran pendapatannya, khususnya membabitkan 350,733 hektar tanah ladang yang bakal diperoleh kembali daripada FGV Holdings Berhad (FGV) apabila Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) antara kedua-dua entiti itu dibatalkan.

"Cabaran kini kepada FELDA adalah memastikan mereka mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos pembiayaan dan penebusan sukuk setiap tahun.

"Sebahagian besar sumber itu dijangka datang daripada pengurusan semula tanah ladang sawit yang dipajak kepada FGV dan FELDA mungkin berupaya melunaskan komitmen itu jika harga minyak sawit mentah (CPO) berterusan stabil melebihi RM3,000 satu tan seperti ketika ini.

"Namun untuk jangka panjang, FELDA perlu memikirkan sumber pendapatan baharu berdaya maju yang boleh diteroka untuk menebus sukuk itu," katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, Kabinet meluluskan cadangan terbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh FELDA dengan jaminan kerajaan bagi membolehkan agensi itu melaksanakan pelan pemulihan seperti yang dibentangkan oleh Pasukan Petugas Khas.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata, FELDA masih boleh bergantung pada pendapatan daripada jualan sawit untuk jangka pendek dan pertengahan, namun dalam jangka panjang, FELDA perlu mencari sumber lain, khususnya menerusi 350,000 hektar tanah yang sebelum ini dipajak kepada FGV.

Sumber pendapatan baharu itu, katanya, boleh dilakukan menerusi projek pembangunan hartanah sebagaimana yang dilakukan syarikat seperti Guthrie dan Sime Darby, antaranya menerusi pembangunan bandar baharu.

Jika itu berlaku, katanya, FELDA berpotensi menjadi pemain utama dalam industri sawit dan pembangunan hartanah, selain mengembalikan objektif asalnya untuk membangunkan wadah ekonomi kumpulan sasarnya.

"350,000 hektar tanah adalah sangat besar. Jika dianggarkan seekar tanah itu bernilai RM200,000, keseluruhan tanah itu memiliki nilai sekitar RM170 bilion.

"Namun, FELDA perlu melakukan pembangunan hartanah ini secara berfasa dan memutuskan jumlah tanah yang akan digunakan untuk tujuan ini," katanya.

Sementara itu, penganalisis ekonomi bebas, Prof Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid, berharap rundingan pembatalan pajakan tanah itu perlu mengutamakan kemampuan FELDA berbanding keuntungan FGV.

"FELDA perlu memastikan pembayaran pampasan kepada FGV untuk mengambil semula 350,000 hektar ladang yang dianggarkan membabitkan kos hingga RM4.3 bilion, perlu berbaloi dengan kemapanan pendapatan dan keuntungan jangka panjang FELDA.

"Kita tidak mahu episod 'rundingan berat sebelah' antara FELDA dan syarikat Indonesia sebelum ini berulang," katanya
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
Pelabur ikuti rapat saham FGV

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd, antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia mungkin mengalami situasi sukar berikutan langkah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dengan kumpulan itu.

Susulan laporan mengenai penamatan LLA itu pada dua minggu lalu, FGV berkata ia masih belum menerima notis bertulis daripada FELDA mengenai penamatan LLA itu.

Menurut FGV, setelah menerima notis rasmi daripada FELDA seperti yang disyaratkan berdasarkan LLA itu, pihaknya akan mengikut prosedur yang telah digariskan dalam LLA untuk memulakan proses penamatan dan menentukan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepadanya yang akan mengambil masa selama 18 bulan untuk diselesaikan.

"Oleh kerana penamatan LLA sering dibicarakan, perniagaan dan operasi FGV telah bersedia untuk kemungkinan ini," menurut pengeluar minyak sawit mentah terbesar negara itu.

Menurut FGV, jumlah pampasan yang dijangka perlu dibayar kepadanya susulan penamatan LLA adalah RM3.5 bilion hingga RM4.3 bilion berdasarkan penilaian dalaman yang akan berbeza bergantung kepada prestasi kewangan FGV bagi 2020 dan 2021 serta pelbagai faktor lain.

LLA berkenaan merujuk kepada ladang-ladang milik FELDA seluas 350,733 hektar yang dipajakkan kepada FGV selama 99 tahun bermula 1 November 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menerusi kenyataan pada Rabu berkata penamatan LLA dan cadangan penerbitan sukuk oleh Felda bernilai RM9.9 bilion untuk melaksanakan pelan pemulihan merupakan antara cadangan yang telah diluluskan oleh Kabinet.

Mengenai prestasi saham, saham FGV terus stabil walaupun Amerika Syarikat (AS) menyekat produknya pada masa ini.

Setakat ini, titik harga tertinggi adalah RM1.56 seunit iaitu pada awal tahun ini sebelum merosot kepada 72 sen pada Mac akibat penutupan ekonomi global bagi memerangi COVID-19.

Sepanjang bulan lalu, ia telah stabil sehingga melepasi RM1.00 walaupun perbincangan yang berterusan dengan AS mengenai sekatan produk itu.

Pada 10.02 pagi hari ini, saham FGV menambah satu sen kepada RM1.09, dengan 796,100 saham diniagakan.

-BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
FELDA batal LLA, ambil alih 68 kilang sawit FGV

KUALA LUMPUR: Selain menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA), FELDA akan turut mengambil alih kilang sawit milik FGV Holdings Bhd (FGV) bagi melengkapkan rantaian perniagaan, sekali gus mengukuhkan kembali kedudukan kewangan agensi itu.

Langkah itu yang bertujuan meningkatkan pendapatan teras daripada tanah FELDA, adalah antara enam perkara dicadangkan Pasukan Petugas Khas yang sudah dibentang dan mendapat kelulusan Kabinet pada 14 Oktober lalu.

Pengerusi pasukan petugas itu, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata pengambilalihan kilang sawit FGV akan dilaksanakan bersama dengan pembatalan LLA membabitkan tanah seluas 351,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV.

"Susulan mendapat mandat kerajaan, FELDA akan menjalankan perbincangan bersama dengan FGV selepas ini. Ia bukan saja membabitkan aset ladang di bawah LLA, tetapi turut merangkumi kilang sawit.

"Kami mengharapkan perbincangan akan berjalan dengan lancar," katanya selepas taklimat khas perkembangan terkini FELDA yang turut dihadiri Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengarah Besar FELDA, Datuk Amiruddin Abdul Satar di sini, hari ini.

FGV ketika ini mempunyai 68 kilang kelapa sawit di seluruh negara yang dikendalikan menerusi anak syarikatnya, FGV Palm Industries Sdn Bhd.

Syarikat itu dalam kenyataan sebelum ini telah menegaskan aset yang terbabit dalam LLA antara FELDA dan syarikat itu adalah 351,000 hektar ladang dan tidak termasuk kilang kelapa sawit miliknya.

FGV menjelaskan jika FELDA berhasrat memberi kilang sawitnya, ia harus berdasarkan 'pembeli bersedia, penjual bersedia' dan pada nilai pasaran semasa.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai nilai pampasan yang perlu dibayar untuk mengambil semula tanah dan kilang itu dan adakah akan menggunakan terbitan sukuk RM9.9 bilion, Abdul Wahid berkata, nilainya tidak seperti yang dinyatakan FGV sebelum ini.

Beliau berkata nilai pampasan LLA kurang daripada dinyatakan FGV iaitu antara RM3.5 bilion hingga RM4.3 bilion.

"FELDA akan membayar nilai yang kurang daripada diunjurkan FGV susulan penamatan LLA," katanya tetapi tidak menyatakan nilai anggaran itu.

LLA merujuk kepada ladang-ladang milik FELDA seluas 350,733 hektar yang dipajakkan kepada FGV selama 99 tahun bermula 1 November 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menerusi kenyataan pada Rabu berkata penamatan LLA dan cadangan penerbitan sukuk oleh FELDA bernilai RM9.9 bilion untuk melaksanakan pelan pemulihan adalah antara cadangan yang sudah diluluskan oleh Kabinet.

Mengulas hasil terbitan sukuk dengan jaminan kerajaan itu, Abdul Wahid berkata, sebahagian besar akan digunakan untuk pembiayaan semula pinjaman dengan institusi kewangan komersial yang mana ketika ini berjumlah RM10.6 bilion serta sebagai modal kerja.

Cadangan pasukan petugas itu juga turut merangkumi rancangan penjualan aset dalam dan luar negara yang tidak mendatangkan pulangan mencukupi.

Mengulas isu itu, Idris pula berkata, aset hartanah FELDA di dalam negara dan luar negara selain beberapa hotel akan diteliti dari semasa ke semasa dari segi harga dan tawaran yang diterima.

Idris berkata, baru-baru ini FELDA menerima tawaran menjual aset hartanahnya di London, namun berikutan penularan COVID-19 mengganggu sektor hartanah dan menyaksikan penurunan harga hartanah di luar negara.

"Untuk melepaskan aset ini kita perlu melihat nilai yang sebaiknya. Seperti aset hartanah di London, FELDA menerima tawaran sebanyak 300 juta pound.

"Tapi kami berpendapat jika menunggu dalam tempoh beberapa tahun lagi, nilai aset ini akan meningkat kepada 500 juta pound. FELDA akan melepaskan aset-aset ini bila tiba masanya dengan harga yang sesuai," katanya.

FELDA ada empat hartanah di London termasuk Grand Plaza Serviced Apartments dan Park City Grand Plaza Kensington.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
FELDA sasar kembali untung mulai 2023

KUALA LUMPUR: Pelan kemandirian dan kelestarian kewangan FELDA akan memfokuskan kepada langkah mengurangkan kos kewangan dan jumlah pinjaman serta melupuskan pelaburan tidak menguntungkan.

Pelan itu dijangka membolehkan FELDA mengukuhkan kedudukan kewangannya dengan peningkatan dana pemegang saham secara berperingkat kepada RM15 bilion sekali gus membolehkannya kembali mencatatkan keuntungan dalam tempoh tiga tahun akan datang bermula 2023.

Pelan kemandirian itu dirumus Pasukan Petugas Khas FELDA dan ia sudah mencadangkan enam perkara kepada Kabinet bagi memulihkan agensi itu termasuk meneruskan inisiatif Kertas Putih 'Ke Arah Kelestarian FELDA' yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April 2019.

Antara aspek bagi penyelesaian menyeluruh isu FELDA adalah mengurangkan kos kewangan dan pinjaman yang kini berjumlah RM10.6 bilion. Langkah itu akan dilaksanakan menerusi terbitan sukuk RM9.9 bilion, menjual aset dan melaksanakan opsyen jual bagi 37 peratus pegangan dalam Eagle High Plantation (EHP) kepada Kumpulan Rajawali.

Berhubung opsyen jual EHP, Pengerusi Pasukan Petugas Khas FELDA, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata ia akan dilakukan apabila opsyen itu boleh dilaksanakan pada Mei 2022.

FELDA membeli kepentingan dalam EHP pada Disember 2016 pada harga AS$505 juta dan sudah memfailkan notis pada April tahun lalu untuk menjual kembali kepada Rajawali.

Pada April tahun lalu, FELDA membuat laporan polis mendakwa ditipu dalam urusan jual beli saham EHP pada harga AS$505 juta (RM2.3 bilion). Harga pembelian itu dikatakan 300 peratus lebih tinggi nilai pasaran.

Selain mengurangkan kos kewangan dan pinjaman, Abdul Wahid berkata, FELDA juga akan meningkatkan daya berdikari peneroka dan mengurangkan pinjaman mereka. Ini termasuk mengurangkan pinjaman sara hidup dan memansuhkan pendahuluan hasil. Model ini berlandaskan perkongsian untung di peringkat rancangan atau wilayah.

"Selain itu, jika tanah peneroka tidak sesuai dengan tanaman kelapa sawit, ia perlu diteruskan dengan pembangunan alternatif lain yang bersesuaian," katanya pada taklimat di sini, hari ini.

FELDA juga dicadangkan mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti kerana berdasarkan penanda aras, kos overhed yang wajar antara tujuh hingga 15 peratus berbanding pendapatan.

Ketika ini kos overhed bagi perbelanjaan pengurusan dan operasi FELDA adalah tinggi pada RM600 juta setahun berbanding penanda aras pada RM300 juta.

"Pelaksanaan cadangan lain adalah meningkatkan pendapatan teras dari tanah FELDA dengan menamatkan perjanjian LLA dan mengambil alih kilang sawit FGV Palm Industries Sdn Bhd.

"Tetapi yang penting, selain penstrukturan semula modal dan perubahan model perniagaan, FELDA juga perlu meningkatkan pengurusan kewangan dan tadbir urusnya," katanya.

Abdul Wahid berkata, ia termasuk penubuhan jawatankuasa pelaburan dan kewangan yang kukuh, dengan ahli daripada institusi pelaburan profesional seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Beliau berkata, mereka akan bertanggungjawab meneliti sebarang cadangan untuk pelaburan, penjualan aset, pinjaman yang melebihi RM100 juta serta jalinan usaha sama.

Transaksi melebihi RM50 juta pula katanya diwajibkan mendapat pandangan profesional dari firma perunding berlesen.

"Pasukan Petugas Khas juga mencadangkan transformasi kewangan dengan mengasingkan perakaunan aset di bawah pengurusan (tanah peneroka) dan pengurus aset iaitu FELDA dan Felda Technoplant Sdn Bhd (FTP).

"Sistem juga perlu dikukuhkan dengan mendapatkan maklumat daripada transaksi sumber serta mengelakkan 'direct GL posting'. Pengukuhan integrasi data turut penting dilaksanakan supaya maklumat terkini dan konsisten boleh digunakan untuk mengawal operasi.

"Cadangan lain adalah pengukuhan kepimpinan operasi teras di peringkat pengurusan utama serta Lembaga Pengarah yang perlu mempunyai kepakaran dalam kewangan, undang-undang dan operasi ladang," katanya.

Katanya, selain struktur modal yang tidak mapan, FELDA berhadapan dengan tiga punca utama masalah kewangannya sebelum ini iaitu penurunan pendapatan terutamanya daripada FGV akibat hasil ladang yang sedikit, kenaikan kos pengeluaran serta harga minyak sawit mentah yang rendah.

"Selain itu, masalah dihadapi FELDA adalah pengurusan ladang peneroka dan kos sosio-ekonomi yang tidak optima serta perbelanjaan pengurusan dan operasi yang tinggi," katanya.

Sementara itu, bagi memantau pelaksanaan dan keberkesanan pelan pemulihan itu, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan. Jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh wakil daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Peguam Negara.

Selain itu, jawatankuasa turut akan dianggotai oleh dua wakil profesional bebas yang masing-masing mempunyai kepakaran dalam perladangan kelapa sawit dan kewangan korporat.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
LLA Felda-FGV tidak diteruskan jika pampasan lebih RM3.5 bilion
fgv1_1604306578.jpg


KUALA LUMPUR: Penyelidikan oleh CGS-CIMB Securities Sdn Bhd mengandaikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) tidak akan meneruskan penamatan perjanjian pajakan tanah (LLA) dengan FGV Holdings Bhd (FGV) sekiranya jangkaan pampasan oleh FGV berjumlah RM3.5 bilion sehingga RM4 bilion.

"Justeru, mungkin lebih murah untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian FELDA berasaskan permodalan pasaran semasa.

"Kos bagi FELDA untuk mengambil alih baki pegangan yang ia tidak miliki dalam FGV adalah RM2.6 billon berdasarkan kepada pemodalan pasaran terakhir FGV," menurut firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.

Pada 28 Oktober lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Kabinet meluluskan cadangan Felda untuk menamatkan LLA dengan FGV Holdings Bhd.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh FELDA kepada FGV, yang mana ia memegang pegangan berjumlah 33.66 peratus susulan penamatan LLA itu.

FGV berkata, jumlah pampasan yang dijangka perlu dibayar kepadanya adalah RM3.5 bilion hingga RM4.3 bilion berdasarkan penilaian dalaman kepada prestasi kewangannya bagi 2020 dan 2021 serta pelbagai faktor lain.

CGS-CIMB berkata, jumlah pampasan akan tinggi bergantung kepada tahun kewangan yang digunakan bagi pengiraannya.

Katanya, jika ia berdasarkan kewangan FGV pada 2019, pampasan dijangka rendah atau minimum, manakala jika ia berasaskan kepada kewangan 2020 atau 2021, ia dijangka lebih tinggi, namun, jumlah akhir akan bergantung kepada prestasi estet FGV dan harga minyak sawit mentah.

"Penentu utama sama ada potensi penamatan LLA ini adalah positif atau negatif kepada FGV adalah bergantung kepada jumlah pampasan yag akan dipersetujui.

"Kami berpendapat jumlah yang dijangkakan oleh FGV itu adalah optimistik, mengambil kira trend sejarah pembayaran LLA dan pemahaman semasa kami mengenai formula pampasan," katanya.

CGS-CIMB berkata, ia mengandaikan estet di bawah LLA bernilai RM2.55 bilion atau 70 sen sesaham.

"Bagi tempoh jangka sederhana dan panjang, kami melihat penamatan LLA itu sebagai negatif kerana ia bermakna FGV tidak dapat menuai hasil daripada penanaman semulanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini," kata firma itu.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'neutral' ke atas FGV dengan harga sasaran RM1.21 sesaham.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,626
Reaction score
1,392
Points
201
FELDA sasar kembali untung mulai 2023

KUALA LUMPUR: Pelan kemandirian dan kelestarian kewangan FELDA akan memfokuskan kepada langkah mengurangkan kos kewangan dan jumlah pinjaman serta melupuskan pelaburan tidak menguntungkan.

Pelan itu dijangka membolehkan FELDA mengukuhkan kedudukan kewangannya dengan peningkatan dana pemegang saham secara berperingkat kepada RM15 bilion sekali gus membolehkannya kembali mencatatkan keuntungan dalam tempoh tiga tahun akan datang bermula 2023.

Pelan kemandirian itu dirumus Pasukan Petugas Khas FELDA dan ia sudah mencadangkan enam perkara kepada Kabinet bagi memulihkan agensi itu termasuk meneruskan inisiatif Kertas Putih 'Ke Arah Kelestarian FELDA' yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April 2019.

Antara aspek bagi penyelesaian menyeluruh isu FELDA adalah mengurangkan kos kewangan dan pinjaman yang kini berjumlah RM10.6 bilion. Langkah itu akan dilaksanakan menerusi terbitan sukuk RM9.9 bilion, menjual aset dan melaksanakan opsyen jual bagi 37 peratus pegangan dalam Eagle High Plantation (EHP) kepada Kumpulan Rajawali.

Berhubung opsyen jual EHP, Pengerusi Pasukan Petugas Khas FELDA, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata ia akan dilakukan apabila opsyen itu boleh dilaksanakan pada Mei 2022.

FELDA membeli kepentingan dalam EHP pada Disember 2016 pada harga AS$505 juta dan sudah memfailkan notis pada April tahun lalu untuk menjual kembali kepada Rajawali.

Pada April tahun lalu, FELDA membuat laporan polis mendakwa ditipu dalam urusan jual beli saham EHP pada harga AS$505 juta (RM2.3 bilion). Harga pembelian itu dikatakan 300 peratus lebih tinggi nilai pasaran.

Selain mengurangkan kos kewangan dan pinjaman, Abdul Wahid berkata, FELDA juga akan meningkatkan daya berdikari peneroka dan mengurangkan pinjaman mereka. Ini termasuk mengurangkan pinjaman sara hidup dan memansuhkan pendahuluan hasil. Model ini berlandaskan perkongsian untung di peringkat rancangan atau wilayah.

"Selain itu, jika tanah peneroka tidak sesuai dengan tanaman kelapa sawit, ia perlu diteruskan dengan pembangunan alternatif lain yang bersesuaian," katanya pada taklimat di sini, hari ini.

FELDA juga dicadangkan mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti kerana berdasarkan penanda aras, kos overhed yang wajar antara tujuh hingga 15 peratus berbanding pendapatan.

Ketika ini kos overhed bagi perbelanjaan pengurusan dan operasi FELDA adalah tinggi pada RM600 juta setahun berbanding penanda aras pada RM300 juta.

"Pelaksanaan cadangan lain adalah meningkatkan pendapatan teras dari tanah FELDA dengan menamatkan perjanjian LLA dan mengambil alih kilang sawit FGV Palm Industries Sdn Bhd.

"Tetapi yang penting, selain penstrukturan semula modal dan perubahan model perniagaan, FELDA juga perlu meningkatkan pengurusan kewangan dan tadbir urusnya," katanya.

Abdul Wahid berkata, ia termasuk penubuhan jawatankuasa pelaburan dan kewangan yang kukuh, dengan ahli daripada institusi pelaburan profesional seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Beliau berkata, mereka akan bertanggungjawab meneliti sebarang cadangan untuk pelaburan, penjualan aset, pinjaman yang melebihi RM100 juta serta jalinan usaha sama.

Transaksi melebihi RM50 juta pula katanya diwajibkan mendapat pandangan profesional dari firma perunding berlesen.

"Pasukan Petugas Khas juga mencadangkan transformasi kewangan dengan mengasingkan perakaunan aset di bawah pengurusan (tanah peneroka) dan pengurus aset iaitu FELDA dan Felda Technoplant Sdn Bhd (FTP).

"Sistem juga perlu dikukuhkan dengan mendapatkan maklumat daripada transaksi sumber serta mengelakkan 'direct GL posting'. Pengukuhan integrasi data turut penting dilaksanakan supaya maklumat terkini dan konsisten boleh digunakan untuk mengawal operasi.

"Cadangan lain adalah pengukuhan kepimpinan operasi teras di peringkat pengurusan utama serta Lembaga Pengarah yang perlu mempunyai kepakaran dalam kewangan, undang-undang dan operasi ladang," katanya.

Katanya, selain struktur modal yang tidak mapan, FELDA berhadapan dengan tiga punca utama masalah kewangannya sebelum ini iaitu penurunan pendapatan terutamanya daripada FGV akibat hasil ladang yang sedikit, kenaikan kos pengeluaran serta harga minyak sawit mentah yang rendah.

"Selain itu, masalah dihadapi FELDA adalah pengurusan ladang peneroka dan kos sosio-ekonomi yang tidak optima serta perbelanjaan pengurusan dan operasi yang tinggi," katanya.

Sementara itu, bagi memantau pelaksanaan dan keberkesanan pelan pemulihan itu, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan. Jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh wakil daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Peguam Negara.

Selain itu, jawatankuasa turut akan dianggotai oleh dua wakil profesional bebas yang masing-masing mempunyai kepakaran dalam perladangan kelapa sawit dan kewangan korporat.
Jgn yakin sgt.. byk negara da start tolak sawit.. fikirkan alternative lain skrg
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,459
Reaction score
1,883
Points
201
Biarpun tersingkir, hutang perlu dilunaskan
uk4_1604462699.jpg
Proses penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat UKM FC dan FELDA United gagal.
Terjawab sudah akhirnya persoalan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan UKM FC dan FELDA United gagal dalam penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat berikutan kedudukan kewangan pelabur baharu tidak cukup kukuh untuk menampung kos pengendalian kedua-dua pasukan itu.

Nampaknya tidak kesampaian usaha dan kerja keras pegawai kedua-dua pasukan sama ada menerusi jalan pintas dengan kuasa mutlak yang diberikan selain atas inisiatif sendiri dan tidak berunding terlebih dahulu dengan pengurusan tertinggi pemilik pasukan.


Saya juga difahamkan terdapat pelbagai strategi rundingan tanpa restu semata-mata untuk menyelamatkan kelab masing-masing hingga akhirnya terkandas selepas kedudukan kewangan rakan pelabur 'bidan terjun' yang mungkin juga tidak begitu serius untuk menjadi rakan kongsi.

Atau mungkin juga ada 'perjanjian lain' yang terselindung selepas proses penswastaan ini diluluskan oleh FAM. Ini hanya tindakan drastik kerana tempoh semakin suntuk bagi menyelamatkan pasukan untuk kekal beraksi di Liga Super dan Liga Perdana musim depan.

Dan kalau pun diluluskan saya mengandaikan menjelang musim depan proses penjualan kepada pemilik lain pula akan berlaku.

Bagi saya, jika pelabur baharu yang dipilih benar-benar serius dan bukan hanya satu proses transisi, sudah pasti bukti kedudukan kewangan yang diserahkan kepada FAM 19 Oktober lalu sudah benar-benar mantap untuk menampung perbelanjaan sepenuh musim dan pasti diluluskan oleh FAM.

Saya juga difahamkan Jawatankuasa FAM yang bertanggungjawab terhadap proses penswastaan ini turut melakukan siasatan terhadap tadbir urus kedua-dua pasukan dan berasa agak pelik dan mempersoalkan beberapa perkara berkaitan dengan pemilik kelab dan punca kuasa atau autoriti kelab yang agak bercelaru.

Ini turut menjadi persoalan yang ditimbulkan oleh FAM. Umpamanya, bagaimana jurulatih UKM FC menerusi proses penswastaan ini pada awalnya dinamakan sebagai pemilik tunggal kelab daripada institusi pengajian tinggi (IPT) itu. Memang tak salah rasanya, namun ia sesuatu yang agak pelik dan sudah pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Tambahan pula tiada jaminan kukuh pihak manakah yang akan menyelesaikan gaji tertunggak pemain dan juga caruman kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) yang tertunggak empat bulan.

Pengurusan Tertinggi FELDA pula menerusi siaran media 5 Oktober lalu menyatakan FELDA United menarik diri daripada beraksi di Liga Super atau Liga Perdana mulai 2021. Namun tiba-tiba pula muncul cerita Rakyat United yang digembargemburkan sebagai pengganti FELDA United.

Walau apa sekalipun samada inisatif dan kerja keras disaat akhir ini menyembunyikan sesuatu yang tersurat dan tersirat, kedua-dua kelab serta penyokong setia pasukan wajar mengucapkan terima kasih kepada yang terbabit dalam usaha untuk mempertahankan UKM FC dan FELDA United agar dapat beraksi pada musim depan.

Namun usaha itu terhenti di sini sahaja, dan lenyaplah harapan bersama cita-cita pemain serta generasi pewaris untuk mewarisi satu lagi episod malang untuk kedua-dua pasukan.

Namun saya ingin mengingatkan khususnya UKM FC, walau tersingkir dari beraksi di Liga Malaysia, hutang gaji pemain dan caruman wang KWSP perlu dilunaskan. Pemain dikatakan sudah membuat laporan, tindakan oleh FAM atau FIFA pasti akan menyusul. Jangan sampai ada pengurusan tertinggi atau pegawai terbabit yang dipertanggungjawabkan dan sekiranya gagal dilunaskan, tindakan muflis boleh diisytiharkan oleh mahkamah.

* Penulis adalah Pengulas Sukan ASTRO Arena & Foxs Sport Channel
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
FGV, DCE batal pelan kerjasama niaga hadapan sawit

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd membatalkan rancangan untuk bekerjasama dengan Dalian Commodity Exchange (DCE) menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dua tahun lalu bagi projek pengantarabangsaan niaga hadapan sawit.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, lembaga pengarah FGV mengumumkan bahawa MoU itu tamat pada 14 November lalu dan tidak menjadi keperluan untuk melanjutkannya pada masa ini.

"Matlamat MoU ini adalah untuk menzahirkan hasrat kami bekerjasama dalam projek pengantarabangsaan niaga hadapan sawit, memandangkan objektif DCE adalah untuk mengembangkan lokasi penghantaran di peringkat serantau, termasuk Malaysia," kata syarikat perladangan itu.

FGV berkata, tiada mana-mana pengarah, pemegang saham utama syarikat atau individu yang berkaitan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam MoU terbabit.

"Luputnya MoU tidak akan mempunyai sebarang impak kewangan ke atas kumpulan," katanya.

MoU itu dimeterai pada November 2018.

DCE adalah bursa niaga hadapan pertanian, plastik, arang batu dan bijih besi terbesar di dunia.

MoU itu tertumpu kepada perkhidmatan ditawarkan oleh anak syarikat FGV, Felda Johor Bulkers Sdn Bhd (FJB).

FJB mempunyai pengalaman luas perniagaan pukal dengan kapasiti simpanan 860,000 tan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register