Isu Panas Felda, FGV, FIC & terbaru Synergy Promenade (update)

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,939
Reaction score
1,695
Points
151
Tu modus operandi org politik sakau duit utk side income

mereka guna fund negeri bantu jaga air bersih dgn beli drone

Mereka bantu pekebun, mara, TH dengan beli hotel..

minum sambil menyelam :p
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,778
Reaction score
1,201
Points
201
862675.jpg

Najib persoal jual FGV di ambang keuntungan
MOHD HAFIZ ISMAIL | | 24 Oktober 2020

Najib mempersoalkan adakah sekarang masa yang sesuai untuk FGV Holdings Berhad (FGV) dijual kepada pihak ketiga tatkala syarikat itu diambang kembali mencatatkan keuntungan.
A
A
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan adakah sekarang masa yang sesuai untuk FGV Holdings Berhad (FGV) dijual kepada pihak ketiga tatkala syarikat itu di ambang kembali mencatatkan keuntungan.


Beliau berkata, harga sawit dunia pada masa kini sudah memulih dan mencecah RM3,100 satu tan iaitu sama harga ketika FGV disenaraikan pada tahun 2012.

"Saya ingin utarakan juga iaitu FGV adalah pemilik syarikat gula terbesar negara MSM, manakala Tradewinds milik Syed Mokhtar adalah pemilik syarikat gula kedua terbesar negara iaitu CSR.

"Kedua-dua syarikat ini menguasai 90 peratus pasaran gula Malaysia. Adakah pembelian ini akan mewujudkan satu monopoli yang bakal menaikkan harga gula dan akhirnya merugikan pengguna?" soalnya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, pada minggu lalu, syarikat FGV Berhad menerima notis daripada syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary untuk menjadi pemilik saham terbesar FGV.

"Kaedah ini ialah dengan FGV membeli syarikat Tradewinds milik Syed Mokhtar dengan bayaran dalam bentuk saham FGV. Dengan ini, Syed Mokhtar akan menjadi pemilik saham terbesar FGV.

"Minggu lepas, lembaga pengarah FGV umumkan hasrat mereka untuk pertimbangkan tawaran Tan Sri," katanya.

Najib berkata, Usaha Syed Mokhtar membeli FGV sebenarnya dimulakan pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Dr Mahathir pada ketika itu menyatakan bahawa beliau tidak melihat penjualan FGV kepada pihak lain sebagai satu masalah jika ia boleh mendatangkan keuntungan kepada kerajaan.

“Kata Dr Mahathir, kalau serah (kepada pihak lain) saya bantahlah, tetapi kalau jual dapat duit banyak kepada kerajaan, kerajaan nak cari duit. Apa yang boleh jual, kita juallah, tinggal kita tidak jual Malaysia sahaja.

“Soal jualan harta tanah, harta kerajaan memang kita buat selalu. Pasal kita ada banyak tanah dan kita sendiri tak dapat nak bangunkan. Dia (FGV) rugi berjuta (ringgit). Kalau nak jual syarikat rugi, hak milik kerajaan pun, juallah,” katanya merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri itu.

Najib berkata, biarpun harga saham FGV turun dari RM4.55 semasa ia disenaraikan pada tahun 2012 ke RM2 pada awal tahun 2018 setelah harga sawit dunia turun dari kemuncaknya, akan tetapi FGV tak pernah rugi sebelum Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Sepanjang tempoh itu, FGV tetap untung dan tetap membayar dividen tahunan kepada Felda serta menanggung kos penanaman semula sebanyak RM300 juta atas tanah Felda yang disewa.

"Tapi selepas PH ambil alih, FGV terus rugi setiap tahun sehingga ini setelah banyak menjual aset FGV termasuk perniagaan mereka di China.

"Secara am, saya tak membantah cadangan Lembaga Pengarah FGV dan kerajaan untuk pertimbangkan tawaran Syed Mokhtar," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...l/Najib-persoal-jual-FGV-di-ambang-keuntungan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,939
Reaction score
1,695
Points
151
Fgv tgh untung ke?

tp saham di buka dulu 2013 rm5
la ni tinggal rm1

1603553327980.png
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
Pajakan kepada FGV tidak babit tanah peneroka FELDA
felda-keratan20okt_1603772724.jpg


KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) menjelaskan bahawa tanah yang dipajakkan kepadanya menerusi Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) tidak membabitkan tanah yang diusahakan oleh peneroka FELDA.

Syarikat perladangan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, LLA yang ditandatangani pada 1 November 2011 menetapkan bahawa aset-aset yang terbabit adalah ladang-ladang yang tidak termasuk tanah yang diusahakan oleh peneroka Felda sedia ada, dan juga tidak termasuk kilang-kilang kelapa sawit milik FGV.

"Merujuk kepada kenyataan media yang dibuat pada 20 Oktober lalu, FGV ingin memberi penjelasan lanjut mengenai LLA antara FGV dengan FELDA. Tanah yang dipajakkan kepada FGV tidak membabitkan tanah yang diusahakan oleh peneroka FELDA.

"Pada masa ini keluasan tanah FELDA berjumlah lebih daripada 850,000 hektar dan tanah yang dimiliki oleh peneroka Felda berjumlah 450,632 hektar. Tanah milik FELDA yang dipajakkan kepada FGV berjumlah 350,733 hektar," katanya.

Mengulas mengenai hubungan di antara FGV dan FELDA selepas Tawaran Awam Permulaan (IPO), syarikat perladangan itu berkata, sehingga 28 Ogos 2020, pegangan saham FELDA adalah sebanyak 21.24 peratus dan pegangan saham Felda Asset Holdings Company Sdn Bhd (FAHC) adalah sebanyak 12.42 peratus.

Oleh itu katanya, wakil FELDA berada di dalam Lembaga Pengarah FGV.

"Pegangan saham Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) pula adalah sebanyak 4.751 peratus. Pada 29 Jun 2018, nama syarikat telah ditukar menjadi FGV Holdings Bhd dengan persetujuan semua pemegang-pemegang saham.

"FGV menyediakan perkhidmatan, sokongan teknikal dan bahan penanaman untuk ladang-ladang, peneroka-peneroka dan pekebun kecilnya. Peneroka FELDA pula membekalkan Tandan Buah Segar (TBS) ke kilang-kilang kelapa sawit milik FGV," katanya.

Di dalam LLA, telah dinyatakan bahawa jumlah yang perlu dibayar kepada FELDA adalah RM248 juta (berdasarkan jumlah hektar tanah) serta 15 peratus daripada keuntungan operasi dari tanah LLA setiap tahun.

"Bermula dari 2016, terdapat penurunan pembayaran tetap LLA kepada FELDA kerana penyesuaian jumlah hektar tanah yang dipajakkan.

"Penurunan ini disebabkan oleh beberapa perkara termasuk pengambilan tanah oleh FELDA, penyerahan tanah kepada FELDA untuk tujuan perlombongan, pencerobohan ke tanah pihak ketiga, pertindihan tanah kilang serta proses perdamaian antara hak milik tanah dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

"Kami ingin memaklumkan bahawa buat masa ini, FELDA masih belum menghubungi FGV mengenai LLA. FGV bersedia mengikuti prosedur yang telah digariskan dalam LLA, sekiranya kami menerima notis daripada FELDA mengenai perkara ini.

"Kami akan membuat pengumuman yang sewajarnya pada waktu yang sesuai sekiranya terdapat perkembangan mengenai perkara ini," katanya.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,778
Reaction score
1,201
Points
201
Ingatkan salah dap.. melayu pantang bab2. Jual2 ni
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
Kabinet restu FELDA ambil semula ladang dipajak FGV

KUALA NERUS: Kerajaan merestui cadangan FELDA untuk mengambil semula 350,000 hektar ladangnya yang dipajak kepada FGV Holdings Berhad (FGV) bagi mengukuhkan semula kedudukan kewangannya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata cadangan itu sudah dibincang pada mesyuarat Kabinet dan pada dasarnya kerajaan bersetuju serta merestuinya.

"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang memperincikan cadangan pengambilalihan itu dan (keputusan muktamad) akan diumumkan menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali," katanya selepas majlis sarapan bersama rakyat di Teluk Pasu, di sini, hari ini.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika mengulas cadangan FELDA untuk mengambilalih termasuk mengambil semula 350,000 hektar ladang yang dipajak kepada FGV.

Ahad lalu, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan berkata, agensi itu bercadang mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV dalam usaha mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,939
Reaction score
1,695
Points
151
Maksudnya fgv tak guna sepenuh nya manfaat tanah la tu
Tak menguntungkan :p
Hanya buat duit drp pekerja asing masuk

satg jatuh lg rege saham
Bg cina la jaga buat tanam doyan atau perumahan hehe
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,939
Reaction score
1,695
Points
151
Beban hutang Felda RM10.6 bilion, pulih pada 2023
Antara masalah utama yang dihadapi ialah struktur modal yang tidak mapan dan bebanan hutang yang tinggi berjumlah RM10.6 bilion.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memiliki struktur modal yang tidak mapan dan bebanan hutang yang tinggi berjumlah RM10.6 bilion.

Ini antara masalah serius dihadapi agensi berkenaan yang dikenal pasti pasukan petugas khas bagi menangani isu Felda, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed.

Pasukan petugas khas itu diterajui Abdul Wahid Omar dan pengerusi Felda Idris Jusoh turut terlibat.

Kata Mustapa, keadaan ini berpunca daripada sumber pendapatan Felda yang berkurangan terutamanya penerimaan bayaran pajakan bagi 351,000 hektar tanah ladang dan perkongsian keuntungan yang rendah berbanding jangkaan di bawah Perjanjian Pajakan Tanah (LLA).

"Kelemahan tadbir urus dan pengurusan kewangan turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi oleh Felda," jelasnya.

Menurut Mustapa laporan pasukan petugas khas itu telah dibentang kepada kabinet pada 14 Oktober lalu.

Antara cadangan yang diterima oleh kabinet, katanya ialah penstrukturan semula hutang dengan institusi kewangan, meningkatkan pendapatan teras daripada tanah ladang Felda dengan menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dan meningkatkan daya berdikari peneroka.

"Jemaah menteri telah meluluskan cadangan penerbitan sukuk oleh Felda bernilai RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan bagi melaksanakan pelan pemulihan Felda yang dikemukakan.

"Kedudukan kewangan Felda juga dijangka mencatat aliran positif bermula tahun 2023 dengan pelaksanaan inisiatif berkenaan. Felda akan kembali ke landasannya sebagai sebuah badan yang dihormati dan berdaya maju.

"Penyelesaian isu-isu yang dihadapi oleh Felda tidak akan lengkap tanpa pengukuhan tadbir urus serta kecekapan dalam menguruskan ladang.

"Sehubungan itu, Lembaga Pengarah serta pengurusan Felda hendaklah komited meningkatkan kecekapan pengurusan dan menambahbaik tadbir urus," katanya lagi.

Mustapa menegaskan inisiatif ini akan dipantau dengan teliti oleh jawatankuasa pengawas yang melapor terus kepada perdana menteri.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
FGV masih belum terima notis tamat pajakan tanah FELDA

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) menegaskan masih belum menerima notis bertulis berkenaan penamatan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

FGV dalam satu kenyataan berkata, merujuk kepada kenyataan media yang dibuat pada 28 Oktober lalu mengenai rancangan pemulihan FELDA, FGV memberi penjelasan pihaknya akan mengikuti prosedur yang telah digariskan dalam LLA setelah menerima notis rasmi daripada FELDA.

"Seperti yang disyaratkan di bawah LLA, FGV akan mengikuti prosedur memulakan proses penamatan dan menentukan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada FGV yang akan mengambil masa selama 18 bulan untuk diselesaikan.

"LLA merujuk kepada ladang milik FELDA seluas 350,733 hektar yang dipajakkan kepada FGV selama 99 tahun bermula dari 1 November 2011.

"Jumlah pampasan yang dijangka perlu dibayar kepada FGV kerana penamatan LLA antara RM3.5 bilion hingga RM4.3 bilion berdasarkan penilaian dalaman yang akan berbeza bergantung kepada prestasi kewangan FGV untuk tahun 2020 dan 2021 serta pelbagai faktor lain," katanya.

FGV berkata, rantaian bekalan ladang FGV tetap utuh kerana ladang-ladang LLA hanya mewakili 30 peratus Tandan Buah Segar (TBS) yang diproses di 68 kilang kelapa sawit FGV.

Oleh kerana lokasi kilang kelapa sawit yang berdekatan dengan ladang LLA, FGV berkata pihaknya tidak menjangkakan sebarang perubahan kepada susunan bekalan TBS ketika ini.

Katanya, rangkaian nilai bersepadu FGV yang selebihnya di perniagaan pertengahan dan hiliran akan kekal tidak terganggu dengan penamatan LLA.

"Oleh kerana penamatan LLA sering dibicarakan, perniagaan dan operasi FGV telah bersedia untuk kemungkinan ini.

"Lantaran itu, strategi jangka panjang keseluruhan FGV untuk terus berkembang dan mengukuhkan aktiviti perniagaan bernilai tinggi.

"Kami akan terus memberi tumpuan kepada makanan dan produk pengguna berjenama tetap utuh dan berpotensi dengan cepat untuk memberikan jangkaan pulangan yang lebih tinggi kepada pemegang saham hasil daripada penamatan LLA," katanya.

FGV katanya akan sentiasa melindungi kepentingan para pemegang saham FGV dan membuat pengumuman yang sewajarnya pada waktu yang sesuai sekiranya berlaku perkembangan mengenai perkara ini.
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,591
Reaction score
271
Points
96
Ambik semula la FGV letak bawah felda directly.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register