Isu Panas Felda, FGV, FIC & terbaru Synergy Promenade (update)

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Saham FGV Naik 1.80% Susulan Minat PLSB

18.10.2020 - Kuala Lumpur, Saham-saham FGV Holdings Bhd meningkat pada awal dagangan hari ini susulan hasrat Perspective Lane (M) Sdn Bhd (PLSB) menjadi pemegang saham dalam syarikat perladangan itu menerusi suntikan aset perladangan.

PLSB merupakan syarikat milik penuh Restu Jernih Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia minggu lepas, FGV berkata ia akan meneliti cadangan PLSB sebagai potensi pemegang saham terbesarnya dan akan membuat pengumuman sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting mengenainya.

Pada 10.17 pagi ini, saham-saham FGV naik dua sen atau 1.80 peratus kepada RM1.13 dengan 1.70 juta juta saham saling berpindah tangan.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1891316
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
Pengambilan semula tanah langkah tepat

KUALA LUMPUR: Hasrat FELDA untuk mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV) mampu mengembalikan kegemilangan agensi pembangunan rancangan tanah berkenaan.

Langkah itu juga diharap dapat meneruskan manfaat yang sebelum ini diperoleh peneroka awal dan generasi selepas mereka, sekali gus meletakkan FELDA kembali ke landasan yang betul menerusi pengukuhan semula kedudukan kewangan tanpa perlu lagi bergantung kepada kerajaan.

Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Mohamad Fadzli Hassan, berkata rancangan pengambilalihan itu adalah perkara pertama dicadangkan pihaknya ketika sesi bersama Pasukan Khas Menangani Isu FELDA, diketuai Tan Sri Abdul Wahid Omar pada Julai lalu.

Katanya, hasil ladang adalah sumber pendapatan utama FELDA yang membawa pendapatan antara RM1.2 hingga RM1.6 bilion setahun, namun selepas dipajak kepada FGV, FELDA hanya memperoleh RM250 juta setahun hasil pajakan, selain perkongsian untung 15 peratus.

"Jurang perolehan itu terlalu besar. Pengambilan semula ini kaedah paling baik jika mahu mengembalikan kegemilangan FELDA. Mungkin ada jumlah tertentu perlu dibayar FELDA, namun saya percaya FELDA sebagai badan berkanun dan kerajaan ada formula penyelesaian," katanya.

Semalam, BH memetik Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata agensi berkenaan mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV dalam usaha mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.

Mohamad Fadzli berkata, bagi mengukuhkan lagi usaha itu, MBFM mencadangkan supaya 68 kilang pemprosesan sawit milik FGV turut diambil alih FELDA kerana ia nadi bagi industri sawit untuk memastikan hasil dikeluarkan dari ladang mendapat nilai optimum.

"Pengambilalihan kilang tersedia di kawasan tanah rancangan, 60 peratus buah tandan segar (BTS) disumbang peneroka, wajar diteliti," katanya menambah, kesan kewangan dihadapi FELDA tidak begitu dirasai pada beberapa tahun pertama selepas ladang dipajak FGV.

Namun kini, katanya, ia begitu ketara selepas banyak program dan bantuan tidak lagi dinikmati peneroka dan generasinya seperti tajaan dan pinjaman pendidikan untuk anak FELDA melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara serta pembangunan usahawan dan komuniti di tanah rancangan.

"Sebelum ini, setiap tahun, hampir 4,000 anak FELDA mampu dibiaya dalam bidang pendidikan. Anak FELDA yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga menikmati pengurangan bayaran balik 30 peratus.

"FELDA membayar jumlah berkenaan jika mereka mendapat keputusan baik. Namun kini, keistimewaan itu sudah tidak disediakan untuk generasi pelapis yang kini sudah pun sampai generasi kelima.

"Program untuk belia FELDA tak dapat dianjur dalam skala besar kerana sumber kewangan bergantung pada Kementerian Belia dan Sukan," katanya menegaskan, pimpinan dan ahli MBFM bersolidariti menyokong hasrat FELDA mengambil balik tanah dipajak kepada FGV itu.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Suara Generasi Baru FELDA, A Rashid Ridha Muhamad, berharap kerajaan akan campur tangan dalam proses pengambilan semula tanah yang dipajak FELDA kepada FGV.

"Tindakan memajak ladang FELDA kepada FGV sebelum ini, memang memberi kesan besar kepada kelangsungan pendapatan peneroka," katanya.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
FELDA dianggar perlu bayar pampasan lebih RM4 bilion

KUALA LUMPUR: FELDA perlu membayar pampasan dianggarkan sehingga RM4.3 bilion jika mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah ladangnya yang dipajakkan kepada FGV Holdings Bhd (FGV).

Pampasan itu berikutan langkah menamatkan lebih awal tempoh pajakan 99 tahun tanah terbabit yang bermula pada 2012.

Mengikut bank pelaburan, AmInvest dalam nota penyelidikannya, anggaran itu berdasarkan liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) yang berada pada paras RM4.3 bilion setakat akhir Disember 2019.

"Jika diteliti dalam LLA, pampasan yang perlu dibayar juga boleh ditentukan sebahagiannya oleh keuntungan setiap hektar matang dan saiz tanah. Jika FELDA mahu menamatkan LLA, ia perlu memberi notis 18 bulan kepada FGV.

"Selepas itu, jumlah pampasan akan dikira dan kemudian aset yang dipajak akan dikembalikan kepada FELDA," kata bank pelaburan berkenaan, semalam.

AmInvest menjelaskan, jika urus niaga itu terlaksana, FGV berpeluang menggunakan tunai daripada pampasan berkenaan untuk meninjau peluang pelaburan lain.

Sementara itu, sumber rapat FGV pula menganggarkan pampasan yang perlu dibayar FELDA jika meneruskan hasrat mengambil balik tanah yang dipajakkan itu, mungkin sekitar RM3 bilion.

Katanya, ini setelah mengambil kira kos penanaman semula RM300 juta setiap tahun, kerja pembajaan sehingga RM300 juta setahun, pembinaan kediaman pekerja RM270 juta dan gaji pekerja ladang RM590 juta.

Dalam maklum balas menerusi e-mel kepada BH, sumber berkenaan berkata, setakat ini, FELDA belum lagi menghubungi FGV untuk berunding mengenai LLA berkenaan.

"Sekiranya FELDA mengeluarkan notis mengenai perkara itu, FGV akan mengikut prosedur yang digariskan dari segi proses dan bayaran pampasan FELDA kepada FGV. Sebarang cubaan untuk membeli kilang sawit milik FGV juga harus berlaku atas dasar 'sedia beli, sedia jual'.

"Ia juga perlu merujuk kepada nilai pasaran terkini dan mendapat kelulusan pemegang saham lain melalui Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM). Dalam hal ini (EGM), FELDA tidak boleh mengundi kerana ia adalah pihak berkepentingan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, semua kegiatan perniagaan di dalam kumpulan perladangan berkenaan akan berjalan seperti biasa.

Pada sesi temu bual bersama BH dan Harian Metro pada Ahad lalu, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata agensi berkenaan mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV dalam usaha mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.

Beliau juga dilaporkan berkata, perkara itu sudah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah FELDA dan kini sedang menunggu keputusan daripada kerajaan sebelum boleh memulakan rundingan dengan FGV.

Pengambilan balik tanah terbabit adalah sebahagian daripada transformasi yang ingin dijalankan FELDA menerusi pengenalan model perniagaan baharu dianggap lebih mampan dan berdaya saing untuk agensi itu.

Pada 2012, FELDA memajakkan 350,000 hektar tanah ladangnya kepada FGV menerusi LLA selama 99 tahun. Sebagai balasan, ia akan menerima RM250 juta setahun hasil pajakan itu dan perkongsian untung 15 peratus setahun daripada FGV.

FGV sudah membayar pajakan tetap dan perkongsian untung operasi ladang berjumlah RM1.9 bilion kepada FELDA sejak 2012 hingga 2017.

Sementara itu, ahli ekonomi secara umumnya menyokong langkah berkenaan yang menurut mereka memberi manfaat kepada semua pihak.

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, antara lain mencadangkan FELDA mengambil alih FGV sepenuhnya, sekali gus menjadikannya anak syarikat 100 peratus milik FELDA.

Katanya lagi, cadangan itu memberi kelebihan kepada FELDA kerana pengurusan operasi FGV dapat disatukan dengan agensi berkenaan dan segala aktiviti syarikat perladangan terbabit adalah di bawah pemantauan FELDA.

Timbalan Presiden Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof Dr Jamal Othman pula berpendapat, FELDA perlu memastikan langkah mengambil semula tanah itu dapat memberi pulangan lebih baik selepas mengambil kira semua aspek kos, termasuk bayaran pampasan, prasarana baharu dan risiko perolehan hasil.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
Bekas pengurus besar kanan FGV Holdings didakwa setuju terima rasuah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar kanan FGV Holdings Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan bersetuju menerima rasuah wang tunai RM10,000, berhubung pelantikan sebuah syarikat untuk kerja pengauditan bagi Pensijilan Kelestarian dan Karbon Antarabangsa (ISCC), milik FGV Palm Industries Sdn Bhd.

Norazam Abdul Hameed, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Tertuduh didakwa bersetuju menerima suapan itu daripada Mohd Rizal Md Kassim sebagai dorongan bagi mengesyorkan pelantikan Syarikat MRA Sustainable Solution untuk kerja pengauditan ISCC untuk Kompleks Keratong 9, Kompleks Palong Timur, Kompleks Maokil, Kompleks Bukit Sagu, Kompleks Lepar Hilir, Kompleks Serting Hilir, Kompleks Lepar Utara 06 dan Kompleks Serting milik FGV Palm Industries.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane di sini antara 3.45 hingga 3.55 petang pada 1 Mac 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

– LAGI

MAHKAMAH-RASUAH 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nor Diana Nor Azwa menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Peguam Mohd Hisyam Mad Nen yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya kehilangan kerja sejak tahun lepas dan merupakan penanggung tunggal keluarga serta mempunyai tiga anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM dan menetapkan 20 Nov untuk sebutan semula kes.

Difahamkan tertuduh belum menerima wang RM10,000 itu.

– BERNAMA
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,941
Reaction score
1,695
Points
151
FELDA dianggar perlu bayar pampasan lebih RM4 bilion

KUALA LUMPUR: FELDA perlu membayar pampasan dianggarkan sehingga RM4.3 bilion jika mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah ladangnya yang dipajakkan kepada FGV Holdings Bhd (FGV).

Pampasan itu berikutan langkah menamatkan lebih awal tempoh pajakan 99 tahun tanah terbabit yang bermula pada 2012.

Mengikut bank pelaburan, AmInvest dalam nota penyelidikannya, anggaran itu berdasarkan liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) yang berada pada paras RM4.3 bilion setakat akhir Disember 2019.

"Jika diteliti dalam LLA, pampasan yang perlu dibayar juga boleh ditentukan sebahagiannya oleh keuntungan setiap hektar matang dan saiz tanah. Jika FELDA mahu menamatkan LLA, ia perlu memberi notis 18 bulan kepada FGV.

"Selepas itu, jumlah pampasan akan dikira dan kemudian aset yang dipajak akan dikembalikan kepada FELDA," kata bank pelaburan berkenaan, semalam.

AmInvest menjelaskan, jika urus niaga itu terlaksana, FGV berpeluang menggunakan tunai daripada pampasan berkenaan untuk meninjau peluang pelaburan lain.

Sementara itu, sumber rapat FGV pula menganggarkan pampasan yang perlu dibayar FELDA jika meneruskan hasrat mengambil balik tanah yang dipajakkan itu, mungkin sekitar RM3 bilion.

Katanya, ini setelah mengambil kira kos penanaman semula RM300 juta setiap tahun, kerja pembajaan sehingga RM300 juta setahun, pembinaan kediaman pekerja RM270 juta dan gaji pekerja ladang RM590 juta.

Dalam maklum balas menerusi e-mel kepada BH, sumber berkenaan berkata, setakat ini, FELDA belum lagi menghubungi FGV untuk berunding mengenai LLA berkenaan.

"Sekiranya FELDA mengeluarkan notis mengenai perkara itu, FGV akan mengikut prosedur yang digariskan dari segi proses dan bayaran pampasan FELDA kepada FGV. Sebarang cubaan untuk membeli kilang sawit milik FGV juga harus berlaku atas dasar 'sedia beli, sedia jual'.

"Ia juga perlu merujuk kepada nilai pasaran terkini dan mendapat kelulusan pemegang saham lain melalui Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM). Dalam hal ini (EGM), FELDA tidak boleh mengundi kerana ia adalah pihak berkepentingan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, semua kegiatan perniagaan di dalam kumpulan perladangan berkenaan akan berjalan seperti biasa.

Pada sesi temu bual bersama BH dan Harian Metro pada Ahad lalu, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata agensi berkenaan mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV dalam usaha mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.

Beliau juga dilaporkan berkata, perkara itu sudah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah FELDA dan kini sedang menunggu keputusan daripada kerajaan sebelum boleh memulakan rundingan dengan FGV.

Pengambilan balik tanah terbabit adalah sebahagian daripada transformasi yang ingin dijalankan FELDA menerusi pengenalan model perniagaan baharu dianggap lebih mampan dan berdaya saing untuk agensi itu.

Pada 2012, FELDA memajakkan 350,000 hektar tanah ladangnya kepada FGV menerusi LLA selama 99 tahun. Sebagai balasan, ia akan menerima RM250 juta setahun hasil pajakan itu dan perkongsian untung 15 peratus setahun daripada FGV.

FGV sudah membayar pajakan tetap dan perkongsian untung operasi ladang berjumlah RM1.9 bilion kepada FELDA sejak 2012 hingga 2017.

Sementara itu, ahli ekonomi secara umumnya menyokong langkah berkenaan yang menurut mereka memberi manfaat kepada semua pihak.

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, antara lain mencadangkan FELDA mengambil alih FGV sepenuhnya, sekali gus menjadikannya anak syarikat 100 peratus milik FELDA.

Katanya lagi, cadangan itu memberi kelebihan kepada FELDA kerana pengurusan operasi FGV dapat disatukan dengan agensi berkenaan dan segala aktiviti syarikat perladangan terbabit adalah di bawah pemantauan FELDA.

Timbalan Presiden Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof Dr Jamal Othman pula berpendapat, FELDA perlu memastikan langkah mengambil semula tanah itu dapat memberi pulangan lebih baik selepas mengambil kira semua aspek kos, termasuk bayaran pampasan, prasarana baharu dan risiko perolehan hasil.
da pernah Cerita sbelum ni

 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,941
Reaction score
1,695
Points
151
Belum runding

Kuala Lumpur: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) masih belum menghubungi FGV Holdings Bhd bagi memulakan rundingan mengenai Perjanjian Pajakan Tanah (LLA).
FGV dalam kenyataan berkata, di bawah terma perjanjian, penamatan LLA dibolehkan.
"Sekiranya Felda mengeluarkan notis mengenai perkara ini, FGV akan mengikut prosedur yang digariskan dalam LLA.
"Aset yang terbabit dalam LLA membabitkan estet, tetapi tidak termasuk kilang sawit FGV," katanya.
Menurutnya, jika Felda ingin membeli kilang sawit FGV, ia sepatutnya dibuat berdasarkan 'kerelaan pembeli serta penjual' dan mengikut nilai pasaran semasa yang memerlukan kelulusan pemegang saham melalui mesyuarat agung luar biasa.
"Kami juga ingin menjelaskan mengenai kenyataan dibuat oleh Felda, yang menyatakan sebelum tawaran awam permulaan (IPO) pada 2012, Felda mempunyai keuntungan melebihi RM1 bilion dan selepas kewujudan FGV sebagai syarikat senaraian awam, Felda mengalami kerugian setiap tahun dan jumlah hutangnya meningkat.

"Apabila LLA ditandatangani pada 2011, harga minyak sawit mentah sekitar RM3,000 setan dan unjuran pendapatan Felda (melalui LLA) berpaut pada harga RM2,800 setan.

"Harga MSM memainkan peranan paling penting dalam menentukan keuntungan atau kerugian syarikat. Selepas IPO pada 2012, pembayaran FGV kepada Felda tidak memenuhi unjuran Felda disebabkan oleh penurunan harga MSM," katanya.
Katanya, perbelanjaan penanaman semula bagi kawasan 15,000 hektar itu mencecah sehingga RM300 juta setahun dan selain ini, kos pembajaan termasuk pemulihan memakan belanja RM300 juta secara tahunan.
"IPO FGV sering didakwa sebagai punca kegagalan dan kejatuhan Felda. Isu sebenar adalah penggunaan pendapatan daripada IPO, dan bukan IPO itu sendiri. Felda sudah memperolehi RM5.7 bilion daripada IPO manakala FGV mendapat RM4.5 bilion.
"FGV tidak boleh mengulas bagaimana Felda menggunakan hasil daripada IPO. Malangnya untuk FGV, sebahagian daripada hasil kutipan ini tidak dilaburkan dengan baik. Sehingga akhir 2018, FGV telah membuat kemerosotan besar berjumlah RM780 juta bagi pelaburan baharu terbabit," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 7:20 AM
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
FGV nafi jadi punca kegagalan FELDA
hm0304fgv_1603175912.jpg


KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd menolak dakwaan bahawa tawaran awam permulaan (IPO) syarikat perladangan itu menjadi punca kegagalan dan kejatuhan FELDA.


Sebaliknya, FGV menegaskan bahawa isu sebenarnya ialah penggunaan hasil pendapatan daripada IPO terbabit dan bukan IPO itu sendiri.

FGV berkata, FELDA memperoleh RM5.7 bilion daripada IPO itu, manakala FGV memperoleh RM4.5 bilion.

"FGV tidak dapat mengulas bagaimana FELDA menggunakan hasil daripada IPO.

"Malang bagi FGV, sebahagian daripada hasil tidak dilaburkan dengan baik. Sehingga akhir 2018, FGV telah mencatatkan rosot nilai besar berjumlah RM780 juta untuk pelaburan baharu," katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata demikian bagi menjelaskan kedudukan sebenar kenyataan FELDA bahawa sebelum IPO pada 2012, FELDA mempunyai keuntungan lebih RM1 bilion, namun selepas FGV wujud sebagai syarikat senaraian awam, FELDA mengalami kerugian setiap tahun dan jumlah hutang meningkat.

FGV berkata, kenyataan FELDA bahawa ia harus menerima RM800 juta setahun daripada Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) adalah tidak benar.

Syarikat perladangan itu menjelaskan, dalam perjanjian dinyatakan bahawa jumlah yang perlu dibayar kepada FELDA adalah RM248 juta setahun serta 15 peratus keuntungan operasi daripada tanah LLA.

"Sehingga ke hari ini, tanggungjawab FGV kepada FELDA (menurut LLA) berjumlah RM248 juta setahun telah dipenuhi sepenuhnya. FGV telah membayar lebih RM2.5 bilion kepada FELDA dari 2012 hingga 2019.

"Kami akan membuat pengumuman yang sewajarnya pada waktu yang sesuai sekiranya berlaku perkembangan mengenai perkara ini," katanya.

FGV berkata, ketika LLA ditandatangani pada 2011, harga minyak sawit mentah (MSM) berada pada paras sekitar RM3,000 satu tan dan unjuran pendapatan FELDA melalui LLA menggunakan harga RM2,800 satu tan.

Ia berkata, harga MSM memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan keuntungan atau kerugian syarikat.

Jelasnya, selepas IPO pada 2012, pembayaran kepada FELDA daripada FGV tidak menepati unjuran FELDA kerana penurunan harga MSM.

Katanya, hasil tandan buah segar (TBS) lebih rendah daripada yang dijangkakan kerana 50 peratus pokok yang diwarisi oleh FGV pada 2012 dianggap sebagai pokok tua iaitu melebihi 21 tahun.

"Tambahan pula, 15,000 hektar tanah setiap tahun diperuntukkan untuk penanaman semula yang menyumbang kepada pengurangan pendapatan FGV.

"Perbelanjaan penanaman semula untuk kawasan seluas 15,000 hektar adalah dalam lingkungan RM300 juta setahun. Di samping itu, kos pembajaan dan pemulihan adalah RM300 juta setahun," katanya.

FGV berkata, ia memilih untuk menanam semula dan menaik taraf ladang untuk mencapai kelestarian jangka panjang.

Hasilnya, syarikat perladangan itu berkata, FGV telah berjaya mengurangkan peratusan pokok tua sekitar 30 peratus.

"Tanah LLA lebih elok dan bertambah baik berbanding dengan apa yang diberikan kepada FGV semasa IPO," katanya.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
FGV tegaskan aset LLA hanya membabitkan ladang

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) menegaskan aset yang terbabit dalam Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) antara FELDA dan syarikat itu adalah ladang dan tidak termasuk kilang kelapa sawit miliknya.

Syarikat perladangan itu menjelaskan, sekiranya FELDA berhasrat ingin membeli kilang kelapa sawit FGV, ia harus berdasarkan 'pembeli bersedia, penjual bersedia' dan pada nilai pasaran semasa.

Malah, ia juga memerlukan kelulusan pemegang saham yang lain melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

"Buat masa ini, FELDA belum lagi menghubungi pihak FGV untuk berunding perkara berkaitan LLA. Di bawah syarat perjanjian, penamatan LLA dibenarkan.

"Sekiranya FELDA mengeluarkan notis tentang perkara ini, FGV akan mengikuti prosedur yang telah dinyatakan dalam LLA berkenaan," katanya dalam satu kenyataan menjelaskan LLA antara FELDA dan FGV.

Ahad lalu, BH melaporkan bahawa FELDA mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV dalam usaha untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh, dipetik sebagai berkata, perkara itu sudah dipersetujui Lembaga Pengarah FELDA dan kini sedang menunggu keputusan kerajaan sebelum rundingan boleh dimulakan dengan FGV.

Katanya, langkah itu adalah sebahagian daripada transformasi yang ingin dijalankan FELDA menerusi pengenalan model perniagaan baharu yang lebih mapan dan berdaya saing untuk agensi itu.

Beliau menjelaskan, pendapatan FELDA daripada keuntungan operasi ladangnya mula merosot sejak 2012 selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia dengan yang terkini pada 2019, hanya merekodkan keuntungan sebanyak RM16.51 juta.

Jumlah itu, katanya, jauh berbeza daripada yang pernah dicatatkan FELDA sebelum itu dengan yang tertinggi pernah dicapai pada 2011, iaitu RM1.85 bilion.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,129
Reaction score
2,082
Points
201
patutlah tanah peneroka den lalu felda haritu banyak dah tukar jadi FGV. anak2 melayu ok je kot.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,667
Reaction score
21,084
Points
1,671
orang2 fgv besar kepala. apa yg felda buat skang ni ibarat 'pembersihan' la
 
Sponsored Post
Top
Log in Register