Isu Panas Felda, FGV, FIC & terbaru Synergy Promenade (update)

CG Sponsors




SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
2,610
Reaction score
525
Points
76
kan
Betul la awak ckp

“Hakim Wong Chee Lin membenarkan permohonan Yeap Kong Yeow selaku defendan ke-13 selepas mendengar hujahan daripada peguam Wong Hok Mun yang mewakili defendan”

hakim cha ya nun alip
Defendan pun sama

manakala pesalah2 lain melayu nama nya masih di dakwa :unsure:
Mahkamah batal saman FELDA terhadap peguam
Oktober 1, 2020 @ 3:23pm
View attachment 290925
Mahkamah membenarkan permohonan Kong Yeow atas alasan tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam syarikat guaman Yeap Yong & Amy, sebelum saman itu difailkan. - Gambar hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan seorang peguam untuk membatalkan saman difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan anak syarikat terhadapnya dan 20 yang lain, untuk mendapatkan perintah bagi membatalkan serta merta, semua instrumen pindah milik tanah di Jalan Semarak.
Hakim Wong Chee Lin membenarkan permohonan Yeap Kong Yeow selaku defendan ke-13 selepas mendengar hujahan daripada peguam Wong Hok Mun yang mewakili defendan dan peguam Kumar Kanagasingam yang bertindak bagi pihak FELDA dan FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
"Mahkamah membenarkan permohonan pembatalan saman oleh defendan dengan kos RM5,000," kata hakim.

Kumar ketika ditemui pemberita berkata, Kong Yeow memfailkan permohonan itu atas alasan tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam syarikat guaman Yeap Yong & Amy, sebelum saman itu difailkan.


Katanya, mahkamah menetapkan 18 November ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Bagaimanapun, nama 20 defendan lain masih kekal dalam saman yang difailkan FELDA dan FIC, selaku plaintif itu.

Antara yang dinamakan sebagai defendan ialah bekas Pengarah Besar FELDA, Datuk Faizoull Ahmad; bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil; Pengarah Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), Abd Rahman Soltan dan Noraini Soltan, SPSB dan Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd (SPKLVC); bekas Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada, bekas Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali; bekas Pengarah Tanah FELDA, Shahrizal Mohd Saleh dan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam writ saman dan penyataan tuntutannya, FELDA memohon perintah untuk mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan membatalkan dengan serta-merta semua instrumen pindah milik tanah di Jalan Semarak daripada agensi itu kepada SPSB dan SPKLVC dalam tempoh 30 hari dari tempoh perintah berkenaan.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Surat Tawaran FIC, Surat Tawaran FELDA, Perjanjian Pembangunan, Surat Kuasa Wakil, Perjanjian Sewa, empat Perjanjian Sewa Beli dan Memorandum Persefahaman tidak boleh dikuatkuasakan, batal atau tidak sah.

Dalam saman itu, FELDA dan FIC menuntut ganti rugi dan pampasan terhadap semua defendan untuk pelanggaran kewajipan fidusiari yang ditanggung terhadap FELDA, iaitu ganti rugi berjumlah RM1.062 bilion bagi nilai komersial tanah Semarak yang boleh diterima secara langsung daripada jualan tanah berkenaan.
Turut dimohon, antaranya pampasan dalam ekuiti untuk kerugian peluang komersial berjumlah RM562 juta, sekiranya FELDA menerima "MGR" berjumlah RM500 juta daripada Perjanjian Pembangunan itu.


Ia juga menuntut pampasan dalam ekuiti atas segala kos dan perbelanjaan yang akan ditanggung untuk merobohkan struktur yang dibina oleh SPSB dan untuk mengembalikan semula tanah kepada keadaan asal.

Kedua-dua plaintif turut menuntut ganti rugi RM1.5 bilion bagi keseluruhan liabiliti sewa di bawah Perjanjian Sewa jika ia tidak diketepikan, ganti rugi RM2.062 bilion, selain menuntut ganti rugi bagi nilai komersial 17 lot tanah yang kononnya dijual di bawah empat Perjanjian Sewa Beli itu serta kos. – BERNAMA

defendan lantikan org FGV zaman PH.

mesti la dapat keulusan menteri kewayangan MOF dan atok sbb dulu Felda dibawah JPM pejabat atok

#ikan bilis sekilo 30 ringgek:ROFLMAO:
#melayu tulin mudah lupa:ROFLMAO:
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,938
Reaction score
1,693
Points
151
defendan lantikan org FGV zaman PH.

mesti la dapat keulusan menteri kewayangan dan atok sbb dulu Felda under JPM

#ikan bilis sekilo 30 ringgek
#melayu tulin mudah lupa
Masalah nya hakim tu pun org dap jg ke?
Dia punya decision tu

apakata wakil ketuanan kita bantu pesalah melayu? Sbb Skrang bukan PH lg jd gomen:p
 

SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
2,610
Reaction score
525
Points
76
Masalah nya hakim tu pun org dap jg ke?
Dia punya decision tu

apakata wakil ketuanan kita bantu pesalah melayu? Sbb Skrang bukan PH lg jd gomen:p
Hakim tu org MCA tak pun gerakan.

kah kah kah. MCA kan ikan JAWS.

Hakim DAP jual ikan bilis je bang.

baca la dulu berita tu nak troll tapi tak baca berita sampai habis.:(paid
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,773
Reaction score
1,201
Points
201
Tak kesah la.. janji melayu jadi bos. Tgk la felda sekarng semua kaya3
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,907
Reaction score
11,099
Points
1,906
Mahkamah batal saman FELDA terhadap peguam
Oktober 1, 2020 @ 3:23pm
View attachment 290925
Mahkamah membenarkan permohonan Kong Yeow atas alasan tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam syarikat guaman Yeap Yong & Amy, sebelum saman itu difailkan. - Gambar hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan seorang peguam untuk membatalkan saman difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan anak syarikat terhadapnya dan 20 yang lain, untuk mendapatkan perintah bagi membatalkan serta merta, semua instrumen pindah milik tanah di Jalan Semarak.
Hakim Wong Chee Lin membenarkan permohonan Yeap Kong Yeow selaku defendan ke-13 selepas mendengar hujahan daripada peguam Wong Hok Mun yang mewakili defendan dan peguam Kumar Kanagasingam yang bertindak bagi pihak FELDA dan FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
"Mahkamah membenarkan permohonan pembatalan saman oleh defendan dengan kos RM5,000," kata hakim.

Kumar ketika ditemui pemberita berkata, Kong Yeow memfailkan permohonan itu atas alasan tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam syarikat guaman Yeap Yong & Amy, sebelum saman itu difailkan.

Katanya, mahkamah menetapkan 18 November ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Bagaimanapun, nama 20 defendan lain masih kekal dalam saman yang difailkan FELDA dan FIC, selaku plaintif itu.

Antara yang dinamakan sebagai defendan ialah bekas Pengarah Besar FELDA, Datuk Faizoull Ahmad; bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil; Pengarah Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), Abd Rahman Soltan dan Noraini Soltan, SPSB dan Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd (SPKLVC); bekas Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada, bekas Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali; bekas Pengarah Tanah FELDA, Shahrizal Mohd Saleh dan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam writ saman dan penyataan tuntutannya, FELDA memohon perintah untuk mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan membatalkan dengan serta-merta semua instrumen pindah milik tanah di Jalan Semarak daripada agensi itu kepada SPSB dan SPKLVC dalam tempoh 30 hari dari tempoh perintah berkenaan.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Surat Tawaran FIC, Surat Tawaran FELDA, Perjanjian Pembangunan, Surat Kuasa Wakil, Perjanjian Sewa, empat Perjanjian Sewa Beli dan Memorandum Persefahaman tidak boleh dikuatkuasakan, batal atau tidak sah.

Dalam saman itu, FELDA dan FIC menuntut ganti rugi dan pampasan terhadap semua defendan untuk pelanggaran kewajipan fidusiari yang ditanggung terhadap FELDA, iaitu ganti rugi berjumlah RM1.062 bilion bagi nilai komersial tanah Semarak yang boleh diterima secara langsung daripada jualan tanah berkenaan.
Turut dimohon, antaranya pampasan dalam ekuiti untuk kerugian peluang komersial berjumlah RM562 juta, sekiranya FELDA menerima "MGR" berjumlah RM500 juta daripada Perjanjian Pembangunan itu.

Ia juga menuntut pampasan dalam ekuiti atas segala kos dan perbelanjaan yang akan ditanggung untuk merobohkan struktur yang dibina oleh SPSB dan untuk mengembalikan semula tanah kepada keadaan asal.

Kedua-dua plaintif turut menuntut ganti rugi RM1.5 bilion bagi keseluruhan liabiliti sewa di bawah Perjanjian Sewa jika ia tidak diketepikan, ganti rugi RM2.062 bilion, selain menuntut ganti rugi bagi nilai komersial 17 lot tanah yang kononnya dijual di bawah empat Perjanjian Sewa Beli itu serta kos. – BERNAMA

Dalam kes ni,
FELDA & anors vs 20 Defendants, antaranya 13th Defendant, Yeap Kong Yeow
FELDA menyaman utk tujuan mendapatkan perintah bagi membatalkan serta merta, semua instrumen pindah milik tanah di Jalan Semarak.

manakala 13th Defendant, Yeap Kong Yeow failkan permohonan utk membatalkan (application to strike off) saman FELDA ini
atas alasan/hujah:
13th Defendant, Yeap Kong Yeow tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam syarikat guaman Yeap Yong & Amy, sebelum saman itu difailkan.

itu sahaja. ia bukan berkaitan dia dah menang kes atau apadia
tapi simply sebab sedari saman ni difailkan oleh FELDA, 13th Defendant, Yeap Kong Yeow dah tidak bekerja di firma guaman yg berkenaan, malah bukan lagi sebagai rakan kongsi Tetuan Yeap Yong & Amy
jadi sekaligus ni menjelaskan bahawa 13th Defendant, Yeap Kong Yeow tak terlibat dengan segala urusan yg menjadi isu utama kes FELDA vs 20 Defendants ni.

jadi saman FELDA terhadap dia dibatalkan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,907
Reaction score
11,099
Points
1,906
Masalah nya hakim tu pun org dap jg ke?
Dia punya decision tu

apakata wakil ketuanan kita bantu pesalah melayu? Sbb Skrang bukan PH lg jd gomen:p
Belum ape2 da menang kes.. hebak .. the power of dap..
kalau ni mmg salah DAP kih kih kih sbb suka sebar berita fitnah.

#ikan bilis
tn akudotcom, tn SMI6 dan tn GamezStar yg semuanya saya hormati,
Dalam kes ni,
13th Defendant, Yeap Kong Yeow failkan permohonan utk membatalkan (application to strike off) saman FELDA ini
atas alasan/hujah:
13th Defendant, Yeap Kong Yeow tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam syarikat guaman Yeap Yong & Amy, sebelum saman itu difailkan.

dia juga dapat membuktikan bahawa fail ofis yg berkaitan dengan segala urusan berkait isu utama kes FELDA ni bukan dihandle oleh dia
Dida dah tidak bekerja di firma guaman yg berkenaan, malah bukan lagi sebagai rakan kongsi Tetuan Yeap Yong & Amy sebelum kes ni difailkan
jadi sekaligus ni menjelaskan bahawa 13th Defendant, Yeap Kong Yeow tak terlibat dengan segala urusan yg menjadi isu utama kes FELDA vs 20 Defendants ni.

jadi saman FELDA terhadap dia dibatalkan
 

SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
2,610
Reaction score
525
Points
76
tn akudotcom, tn SMI6 dan tn GamezStar yg semuanya saya hormati,
Dalam kes ni,
13th Defendant, Yeap Kong Yeow failkan permohonan utk membatalkan (application to strike off) saman FELDA ini
atas alasan/hujah:
13th Defendant, Yeap Kong Yeow tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam syarikat guaman Yeap Yong & Amy, sebelum saman itu difailkan.

dia juga dapat membuktikan bahawa fail ofis yg berkaitan dengan segala urusan berkait isu utama kes FELDA ni bukan dihandle oleh dia
Dida dah tidak bekerja di firma guaman yg berkenaan, malah bukan lagi sebagai rakan kongsi Tetuan Yeap Yong & Amy sebelum kes ni difailkan
jadi sekaligus ni menjelaskan bahawa 13th Defendant, Yeap Kong Yeow tak terlibat dengan segala urusan yg menjadi isu utama kes FELDA vs 20 Defendants ni.

jadi saman FELDA terhadap dia dibatalkan
Sy ad quote berita siap highlight kenapa lawyer Tu hakim bg lepas.

#ikan bilis.

Bese le cik mek geng ikan bilis dia tak baca isi. Baca tajuk je.

Asal bukan #ikan bilis.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
FELDA mahu ambil semula tanah dipajak FGV
frgvvv_1603019886.jpg


KUALA LUMPUR: FELDA mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV) dalam usaha untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.


Pengerusi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata perkara itu sudah dipersetujui Lembaga Pengarah FELDA dan kini sedang menunggu keputusan kerajaan sebelum rundingan boleh dimulakan dengan FGV.

Katanya, langkah itu adalah sebahagian daripada transformasi yang ingin dijalankan FELDA menerusi pengenalan model perniagaan baharu yang lebih mapan dan berdaya saing untuk agensi itu.

Beliau menjelaskan, pendapatan FELDA daripada keuntungan operasi ladangnya mula merosot sejak 2012 selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia dengan yang terkini pada 2019, hanya merekodkan keuntungan sebanyak RM16.51 juta.

Jumlah itu, katanya, jauh berbeza daripada yang pernah dicatatkan FELDA sebelum itu dengan yang tertinggi pernah dicapai pada 2011, iaitu RM1.85 bilion.

"Sebelum ini, keuntungan berbilion ringgit bukan sesuatu yang baharu buat FELDA, malah sejak 2007, keuntungan operasi ladang FELDA semuanya melepasi paras RM1 bilion kecuali pada 2009 yang mencatatkan RM854 juta.

"Selepas (FGV) disenaraikan, ia (keuntungan FELDA) mula jatuh dengan banyak sehinggakan apabila kita tidak cukup duit, FELDA terpaksa berhutang dengan bank dan sehingga sekarang, hutang sudah mencecah RM10 bilion," katanya pada satu temu bual.

Idris berkata, FGV sepatutnya memulangkan hasil daripada tanah yang dipajak itu kepada FELDA pada kadar RM800 juta setahun, namun ia tidak berlaku dengan kadar purata yang diterima hanya RM250 juta.

"Dengan model perniagaan baharu nanti, kita percaya bukan saja dapat membayar hutang, tetapi menjana pendapatan yang lebih. Sebagai permulaan, kita mahu ambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajakkan kepada FGV," katanya.

Pada 2012, FELDA memajakkan 350,000 hektar tanah ladangnya kepada FGV menerusi Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) selama 99 tahun. Sebagai balasan, ia akan menerima RM250 juta setahun hasil pajakan itu dan perkongsian untung 15 peratus setahun daripada FGV.

FGV sudah membayar pajakan tetap dan perkongsian untung operasi ladang berjumlah RM1.9 bilion kepada FELDA sejak 2012 hingga 2017.

Sementara itu, pihak FGV ketika dihubungi BH semalam, menjelaskan syarikat itu akan memberi maklum balas selepas meneliti kenyataan Idris berhubung isu berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Idris berkata, model perniagaan baharu FELDA juga akan menjadikan organisasi berkenaan sebagai agensi rantaian bekalan perniagaan, tidak lagi hanya berkaitan perladangan.

"Agenda kita adalah melengkapkan rantaian bekalan perniagaan FELDA, daripada memiliki dan mengusahakan ladang hinggalah kepada mempunyai kilang pemprosesan dan seterusnya mengeluarkan produk kami sendiri.

"Ketika ini, model perniagaan sedia ada FELDA dilihat tidak mapan kerana tidak mempunyai rantaian bekalan yang lengkap dan hanya tertumpu di peringkat perladangan sahaja.

"Maka, kita memerlukan sebuah model perniagaan baharu seperti dicadangkan oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan kerajaan pada Julai lalu dan dipengerusikan Tan Sri Abdul Wahid Omar," katanya.

Beliau berkata, FELDA juga sedang meninjau peluang untuk menjual semua aset bukan teras seperti hotel di London dan Sarawak bagi mendapatkan mudah tunai untuk digunakan membayar hutang.

"Kita ada empat hartanah di London, antaranya Grand Plaza Serviced Apartments dan Park City Grand Plaza Kensington. Namun, pasaran hartanah sedang lembap ketika ini dan kita tidak dapat menjualnya lagi. Mungkin perlu menunggu sehingga tahun depan.

"Kita juga melihat opsyen jual PT Eagle High Plantations Tbk. Semua ini adalah usaha membetulkan balik sistem kewangan kita. Sekarang kita sedang bekerjasama dengan PWC (firma audit bebas, PricewaterhouseCoopers) dan semuanya akan selesai akhir tahun ini," katanya.

Idris berkata, FELDA juga perlu melakukan penstrukturan semula kewangan dengan penerbitan sukuk, termasuk bagi mengurangkan bebanan hutangnya yang tinggi ketika ini supaya dapat bertahan dan terus mapan.

"Melalui model perniagaan baharu juga, kita mahu pengurusan lebih efisien dan cekap. Kita lantik Pengarah Besar FELDA baharu, Datuk Amiruddin Abdul Satar, kita yakin kemampuannya, malah beliau anak bekas pekerja FELDA yang pasti ada semangat, dapat selami denyut nadi agensi ini," katanya.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Felda Yakin 2022 Boleh Kembali Untung Dengan Model Perniagaan Baru

18.10.2020 - Kuala Lumpur, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dibelenggu kerugian besar berbilion ringgit dan pembubaran beberapa anak syarikatnya, yakin dapat kembali mencatatkan keuntungan pada 2022 berlandaskan pelaksanaan model perniagaan baru.

Pengerusinya, Idris Jusoh berkata susulan pembentangan kertas putih mengenai Felda di Parlimen pada 10 April 2019, pasukan petugas diketuai Abdul Wahid Omar dibentuk untuk mencari jalan memperkemaskan lagi kertas putih itu bagi menangani pelbagai isu dihadapi Felda.

“Kita mengenal pasti usaha untuk maju ke depan dengan memahami di mana kedudukan Felda pada masa ini dan masa lepas, malah menetapkan model perniagaan baru dalam usaha menjadikan agensi ini lebih mampan, menguntungkan dan berdikari.

“Pasukan petugas juga mengesyorkan penstrukturan semula kewangan, bagaimana sistem pengurusan dapat ditingkatkan yang meliputi pendigitalan sistem kewangan, mengubah pemikiran peneroka, mendorong mereka meraih pendapatan tinggi dan pengurangan kos,” katanya kepada Bernama.

Mengenai model perniagaan baru, beliau berkata, Felda yakin model perniagaan tepat untuk agensi itu melangkah maju ialah mempunyai rantaian bekalan lengkap dari ladang, kilang hingga ke peringkat hiliran.

“Sebelum FGV Holdings Bhd disenaraikan di Bursa Malaysia, kita sudah memiliki kilang sendiri, dengan Felda pada masa itu mencatatkan keuntungan lebih RM1 bilion dan pada 2011 mencatat keuntungan RM1.85 bilion.

“Bagaimanapun, selepas penyenaraian FGV Holdings Bhd pada Jun 2012, keuntungan Felda jelas menyusut kerana pulangan daripada pelaburan FGV tidak sepadan apa yang diharapkan daripada mereka.”

FGV disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 pada harga RM4.45 sesaham, menjadikannya tawaran awam permulaan (IPO) ke-2 terbesar di dunia selepas Facebook, mengumpul kira-kira RM10.5 bilion.

Menurut kertas putih berkenaan, Felda merekodkan keuntungan bersih RM200 juta hingga RM1.1 bilion setiap tahun dari 2007 hingga 2011 berbanding kerugian bersih RM4.9 bilion yang dicatatkan syarikat utama perladangan bermasalah itu pada 2017.

Mengikut Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) antara Felda dengan FGV, ia seharusnya menerima bayaran RM248 juta setahun dan perkongsian keuntungan 15% untuk pajakan tanah komersialnya selama 99 tahun.

Idris berkata, bagi mencapai matlamat mengembalikan keuntungan Felda, agensi itu mahu mengambil semula tanah milik Felda seluas 350,000 hektar yang dipajakkan kepada FGV menerusi LLA.

Katanya, hasrat itu sudah dibincangkan dengan kerajaan dan masih menunggu jawapan.

“Ketika LLA dibuat, ada syarat yang menyatakan Felda boleh ambil semula tanah itu pada bila-bila masa dengan memberi mereka (FGV) tempoh 18 bulan selepas pemberian notis pengambilan semula tanah.

“Kita nak ambil balik tanah itu untuk perkasakan semula Felda. Pendapatan daripada keuntungan ladang Felda sebelum penyenaraian mencecah lebih RM1 bilion, tiada masalah untuk meraih angka bilion…ia boleh dibuat bagaimanapun pendapatan merosot sejak 2012 selepas penyenaraian FGV.”

Mengenai pampasan yang harus dibayar kepada FGV berikutan penamatan LLA, beliau berkata, ia belum dibincangkan secara terperinci, namun yang jelas keutamaan Felda ketika ini adalah mengambil semula tanah yang dipajakkan itu dan mewujudkan rantaian bekalan lengkap.

Katanya, kekurangan pendapatan selepas penyenaraian FGV turut memaksa Felda membuat pinjaman dengan institusi kewangan pada 2014.

Beliau berkata, hutang Felda ketika ini berjumlah RM10 bilion, untuk memberi wang pendahuluan kepada peneroka dan program penanaman semula.

Sebagai alternatif kepada penstrukturan semula hutang, katanya, Felda berhasrat menerbitkan sukuk dan ini akan dibincangkan dengan kerajaan sebagai penjamin, selain itu nilai yang akan diterbitkan bakal dimaklumkan.

Idris berkata, model perniagaan baru Felda turut menyentuh tempoh pinjaman tanaman semula peneroka yang akan dikurangkan daripada 8 tahun kepada 4 tahun/

Katanya, langkah ini dilaksanakan bagi mengurangkan tanggungan hutang peneroka serta menjadikan mereka lebih mampan dan berdaya saing.

“Kita mengenal pasti benih baru yang boleh dituai dalam 35 bulan dan mampu mengeluarkan hasil 25 tan sehektar serta meningkatkan kadar pengekstrakan minyak (atau kadar perahan minyak) sebanyak 23%.

“Ini akan memendekkan tempoh pinjaman tanam semula serta bantuan sara hidup kepada peneroka.”

Beliau berkata, Felda juga bercadang menggalakkan peneroka menceburi penanaman kontan di ladang bagi mempelbagaikan hasil keluaran yang secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan mereka.

Selain itu, katanya, Felda sedang berusaha membubarkan aset bukan teras di dalam dan luar negara, khasnya hotel, yang ditangguhkan kerana harga semasa rendah dan akan meneruskan tindakan itu selepas memastikan harga sesuai.

Mengenai 37% saham Felda dalam PT Eagle High Plantations TPK (Eagle High) bernilai RM2.3 bilion, beliau berkata, Felda berhasrat menggunakan opsyen jual mengikut harga dipersetujui pada Mei 2022 untuk mendapatkan kembali pelaburannya.

Felda juga akan mempertingkatkan keupayaan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dengan menjadikan Walmart Inc dan Fonterra Co-operative Group Ltd sebagai penanda aras.

Walmart merupakan syarikat pengendali rangkaian pasar raya, kedai serbaneka diskaun dan kedai runcit berpangkalan di Amerika Syarikat, manakala Fonterra ialah koperasi multinasional yang dimiliki kira-kira 10,500 peladang tenusu di New Zealand.

“KPF sebelum ini mampu membayar dividen serta memberi pendapatan tinggi kepada ahlinya serta pernah membayar dividen melebihi 15% pada 2011.

“Kita mahu kembalikan keupayaan seperti ini untuk terus meningkatkan taraf sosio ekonomi setiap ahlinya.”

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...-kembali-untung-dengan-model-perniagaan-baru/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register