ISU Nelayan Asing | APMM tahan kapal tangki dari Mongolia, bot nelayan Indonesia

CG Sponsors




azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,702
Reaction score
829
Points
86
cuba dorang g indon, tengok layanan baik cam malaysia tak...silap2 belum apa kena tembak
Setahu saya pihak Indonesia pun dah tak tembak tenggelam kapal asing.
Masa mula2 Jokowi naik jadi presiden je mereka beria2 buat begitu.
Mungkin manifesto Jokowi kot.
Orang muda kata “Sembang Kari” 😝
Yang saya tahu mereka akan tenggelam kan kapal nelayan jika nelayan asing tu sudah terbukti salah di mahkamah.
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,727
Reaction score
3,839
Points
201
APMM tahan kapal tangki dari Mongolia, bot nelayan Indonesia
830059.jpg


KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki kira-kira 14 batu nautika timur Tanjung Siang dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Tan Ah Bik berkata, kapal yang ditahan pada jam 1.35 petang ketika pemeriksaan rutin Op Benteng Laut itu dikendalikan enam lelaki warga Indonesia berumur lingkungan 24 hingga 63 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kapal didaftarkan di Ulaanbaatar, Mongolia dan mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 kerana berlabuh tanpa pemakluman Pengarah Laut Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, sebuah bot nelayan asing tanpa nama turut ditahan disyaki dari Indonesia pada jam 3.02 petang pada kedudukan 14.2 batu nautika timur Tanjung Siang.

Menurut Ah Bik, pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan dua kru warga Indonesia berumur 35 dan 45 tahun.

"Kes akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana berada dalam perairan Malaysia dan Akta Imigresen 1959 Seksyen 5 kerana cubaan memasuki perairan Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan.

"Ini termasuk Akta Perikanan 1985 Seksyen 16(3) iaitu memasuki perairan Malaysia tanpa notifikasi," jelasnya.

APMM katanya, akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Johor timur selamat.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...al-tangki-dari-Mongolia-bot-nelayan-Indonesia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,847
Reaction score
138
Points
33
Nelayan asing rodok 250kg gamat

ANGGOTA APMM memeriksa gamat setelah menahan sebuah bot nelayan Vietnam tanpa nombor perdaftaran. FOTO Nik Abdullah Nik Omar


Pasir Puteh: Tidak cukup dengan mengaut hasil ikan dan sotong, nelayan Vietnam semakin melampau apabila merodok dasar laut negara untuk mengaut gamat bagi mendapatkan pulangan lumayan.

Tindakan itu dikesan apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan asing terbabit pada 10.15 pagi semalam.

Bot nelayan tanpa nombor pendaftaran itu ditahan pada jarak 54.2 batu nautika daripada muara Tok Bali ketika APMM melaksanakan operasi Op Kuda Laut.

Pengarah APMM Negeri Kelantan, Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, nelayan asing itu menggunakan tangguk besi seperti jentera menggembur tanah untuk merodok permukaan laut negara bagi mengeluarkan gamat.

Katanya, penggunaan peralatan besi itu menyebabkan kemusnahan marin termasuk batu karang yang menjadi komponen penting kepada pembiakan hidupan laut.

"Dalam operasi semalam, kita temui 250 kilogram gamat basah dinaikkan nelayan asing dengan kaedah rodok itu dan sekiranya dikeringkan harga pasaran sekilogram gamat boleh mencecah RM300 hingga RM1,000 bergantung pada saiz dan lokasi pasaran.

"Keuntungan tinggi ini menyebabkan nelayan asing mengejar gamat, malah mereka dikesan mengambil gamat bermutu tinggi seperti spesies Holothuria Scabra yang dipercayai lebih berkhasiat dan tinggi nilai jualan," katanya pada sidang media di Jeti Maritim Jalan Pak Mayong, Tok Bali, di sini, hari ini.

Nur Syam berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan lima nelayan Vietnam tanpa pengenalan diri berusia antara 40 hingga 49 tahun termasuk tekong bot.

Beliau berkata, pihaknya merampas gamat, diesel dan peralatan menangguk bernilai RM300,000 yang menjadi tangkapan ke-49 menerusi Op Kuda Laut.

Menurutnya, jumlah tahanan sehingga kini seramai 544 orang dengan majoriti adalah nelayan Vietnam.

"Kami mengesan beberapa faktor menyebabkan bot gamat nelayan asing semakin aktif di perairan Kelantan antaranya kes tumpahan toksik di Wilayah Ha Tinh pada 2016 menjejaskan 190 kilometer penduduk pesisir Vietnam dan aktiviti tangkapan gamat di sana.

"Berikutan itu, mereka mencari alternatif dengan menangkap gamat di perairan negara kita bagi memenuhi permintaan pasaran.

"Satu lagi faktor, mereka (nelayan Vietnam) mengaku dahulu mampu kumpul gamat sehingga tiga tan sehari tapi sekarang hanya 300 kilogram sahaja kerana sudah diambil dengan rakus sedangkan gamat memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk capai tumbesaran saiz 100 gram.

"Berikutan itu, gamat kini dianggap spesies terancam dan kita akan berjuang habisan bagi mengelakkan kecurian hasil laut negara dan menjaga ekosistem marin," katanya.

Beliau berkata, nelayan bot gamat menggunakan bot buruk dan uzur serta berkelajuan rendah antara tujuh hingga lapan knot sahaja, namun menggunakan taktik memasang tali sauh sebagai 'ekor' bot bagi mengelakkan ditahan.

Menurutnya, contohnya dalam operasi kali ini, bot nelayan asing membuat gerakan zigzag di laut bagi membolehkan 'ekor' tali sauh itu terkena bot APMM dan melekat pada kipas bot.

"Namun hasil kecekapan APMM berjaya membaca gerakan bot mereka sebelum kami menahan bot dan awak-awak serta tekong hanya dalam tempoh 10 minit dan bot ditunda ke jeti Tok Bali.

"Selain modus operandi merosakkan kipas bot penguat kuasa dengan tali sauh, nelayan asing pencuri gamat ini dipercayai menjalani aktiviti mengaut gamat secara berkumpulan dengan bot buruk digunakan untuk merodok dan mengaut gamat, manakala satu lagi bot lebih besar dan canggih menunggu di satu lokasi dan membawa pulang hasil tangkapan ke negara mereka," katanya.


== hmetro
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,847
Reaction score
138
Points
33
66 bot nelayan asing Vietnam tersadai

 
Last edited by a moderator:

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,847
Reaction score
138
Points
33
Bot nelayan Vietnam karam sewaktu dikejar kapal peronda APMM

WhatsApp-Image-2020-09-23-at-18.31.29.jpeg


KUALA TERENGGANU – Sebuah bot nelayan Vietnam yang dipercayai sarat dengan hasil ikan karam selepas mengalami kebocoran serius ketika dikejar kapal peronda Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Terengganu pada kelmarin.

Terdahulu, Kapal Maritim (KM) Langkawi yang melakukan rondaan telah terserempal dengan bot nelayan Vietnam itu sedang leka menangkap ikan menggunakan pukat gading bersama sebuah bot lain dari negara sama pada kedudukan kira-kira 94 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu pada pukul 9 pagi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kedua-dua bot nelayan itu bertindak memotong pukat gading sebelum cuba melepaskan diri.

“Hanya sebuah berjaya melepaskan diri sebelum mengalami kebocoran serius lalu karam kira-kira 15 minit selepas dikejar KM Langkawi.

“Anggota penguat kuasa APMM berkenaan berjaya menyelamatkan 14 nelayan Vietnam terlibat sebelum bertindak menahan mereka,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.

Muhammad Sufi berkata, pemeriksaan mendapati kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 52 tahun tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

Menurut beliau, sebuah bot kecil yang hanya membawa bekalan diesel sebanyak 1,000 liter dianggarkan bernilai RM3 juta telah ditunda ke Jeti Pejabat Maritim Terengganu di sini untuk disita.

“Kesemua suspek nelayan Vietnam terlibat ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963.

“Setakat ini Ops. Kuda Laut yang dilancarkan sejak 27 Jun lalu berjaya menahan 558 nelayan Vietnam dan 49 bot melibatkan rampasan hampir RM100 juta,” katanya.


== kosmo online
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,727
Reaction score
3,839
Points
201
PPM tahan 28 nelayan Vietnam di Tanjung Payung
nitnammm_1601549163.jpg

PPMW5 Sarawak menjalankan pemeriksaan terhadap nelayan Vietnam yang menangkap ikan secara haram di Tanjung Payung, Bintulu. - NSTP/Erika George

BINTULU: Seramai 28 nelayan Vietnam dalam dua bot yang leka menangkap hasil laut di perairan negara ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak petang semalam.


Komander PPMW5, ACP Shamsol Kassim, berkata tangkapan dibuat ketika pasukan itu sedang menjalankan rondaan khas di kawasan Tanjung Payung sekitar jam 4.45 petang itu.

"Kapal rondaan PPMW5 yang sedang menjalankan rondaan di kawasan 36 batu nautika dari Tanjung Payung itu kemudiannya menghampiri kedua-dua bot yang berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menjalankan pemeriksaan terhadap dua bot nelayan terbabit," katanya.

Ketika ditahan, nelayan asing berkenaan sedang leka menangkap hasil laut cuba untuk melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun berjaya dikepung oleh kapal pasukan peronda.

Pemeriksaan lanjut mendapati dua bot nelayan terbabit turut menggunakan nombor pendaftaran palsu serta menggunakan dua nama tempatan iaitu Baram 4 dan Bakun 9 bagi mengaburi mata pihak penguatkuasaan.

"Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengetahui sama ada aktiviti perikanan secara haram yang menggunakan kaedah pukat tunda ini mempunyai kaitan dengan warga tempatan," katanya.

Kes ini akan disiasat di bawah Sekyen 16 Akta Perikanan 1895 kerana memasuki dan menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register