ISU Nelayan Asing | APMM tahan kapal tangki dari Mongolia, bot nelayan Indonesia

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,739
Reaction score
3,839
Points
201
Nelayan Vietnam ditembak kerana menyerang anggota Maritim Malaysia


PASIR PUTEH: Nelayan Vietnam yang bertindak menceroboh perairan negara hingga seorang daripada mereka mati ditembak, menyerang hendap anggota pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kelantan, Kapten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob, berkata bot Penyelamat 7 yang membuat operasi Ops Kuda Laut diserang dua bot dinaiki 19 awak-awak termasuk dua tekong bot.

Beliau berkata, kebiasaannya bot nelayan asing terutamanya bot Vietnam, akan melarikan diri sebaik ternampak bot Maritim Malaysia, namun dua bot berkenaan bertindak sebaliknya apabila hanya membiarkan bot Maritim Malaysia menghampiri bot mereka.

Katanya, sebaik bot mereka berada dekat dengan kedua bot, nelayan Vietnam itu bertindak membaling botol berisi petrol dan diesel ke arah pegawai dan anggota serta bot pasukan keselamatan.

"Selepas membaling botol berisi minyak gas itu, mereka membaling getah yang dinyalakan api dengan niat mahu membakar bot kami, selain turut mencampak alatan keras seperti besi dan kayu.

"Melihat situasi mengancam nyawa, anggota kami melepaskan beberapa das tembakan ke udara, namun mereka masih bertindak ganas dan tembakan dihalakan ke kapal.

"Namun berlaku kejadian tidak diingini apabila serpihan tembakan amaran itu terkena salah seorang krew nelayan asing itu," katanya ketika ditemui dalam sidang media di Perairan Tok Bali, di sini.

Beliau berkata, kedua-dua bot nelayan asing itu dipercayai bertindak menyerang bot APMM, disyaki kerana beranggapan saiz mereka yang dua kali ganda mampu menumpaskan bot Maritim Malaysia.

Bagaimanapun katanya, tindakan mereka gagal apabila kecekapan anggota pasukan keselamatan berjaya menangkis serangan mereka dan pihaknya terpaksa mengejar bot berkenaan selama satu jam.

"Sebaik rakan mereka terkena tembakan, barulah mereka menyerah kalah dan kita berjaya tangkap mereka dengan hasil tangkapan membabitkan nilai bot dan hasil laut negara yang dicuri bernilai RM2 juta membabitkan ikan, udang dan sotong," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka ditangkap pada jarak lebih kurang 81 batu nautika atau 150 kilometer daripada Muara Tok Bali.

"Kami terpaksa melepaskan tembakan bagi menjaga keselamatan nyawa anggota dan menjaga aset negara, malah tindakan ganas mereka turut menyebabkan bot mengalami kerosakan di bahagian badan bot, cermin pecah dan cubaan yang memang berniat mahu menghapuskan kami yang menjalani operasi mengekang aktiviti kecurian hasil laut negara," katanya.

Muhd Nur Syam berkata, hasil siasatan awal mendapati kedua bot tidak memiliki permit menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985 dan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta kesemua mereka tidak mempunyai pengenalan diri.

Katanya, kedua bot berkenaan ditunda ke Jeti APMM Tok Bali dan tiba di jeti jam 3.45 petang tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang membawa hukuman denda sehingga RM6 juta ke atas tekong dan RM600,000 ke atas awak-awak serta Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 6(1)(c) yang membawa denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya serta boleh dikenakan sebatan tidak lebih daripada enam sebatan.

APMM juga akan menyiasat dan menuduh awak-awak di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Tangkapan itu menjadikan tangkapan ke 30 dan 31 operasi Ops Kuda Laut bagi mengekang jenayah pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing.

Terdahulu,seorang krew kapal nelayan asing warga Vietnam berusia 30an meninggal dunia apabila terkena tembakan ketika operasi Ops Kuda Laut.

Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk siasatan lanjut.
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,847
Reaction score
138
Points
33
Nelayan Vietnam tenggelamkan bot elak ditahan APMM

799545.jpg


CHUKAI -Nelayan Vietnam sanggup menenggelamkan bot mereka bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), selepas ditangkap menceroboh dan mencuri hasil laut.

Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Amran Daud berkata, taktik tersebut dikesan dilakukan awak-awak yang menaiki sebuah daripada sembilan bot Vietnam yang ditahan dalam Op Kuda Laut, di perairan pantai timur pada 16 dan 17 Ogos lalu.

Katanya tujuh buah bot ditahan pada jarak 68 hingga 147 batu nautika dari Kuala Kemaman, manakala dua tangkapan bot lagi dilakukan di negeri Kelantan petang, kelmarin.


== sinar harian
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,713
Reaction score
1,549
Points
101
Nelayan Vietnam tenggelamkan bot elak ditahan APMM

View attachment 273186

CHUKAI -Nelayan Vietnam sanggup menenggelamkan bot mereka bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), selepas ditangkap menceroboh dan mencuri hasil laut.

Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Amran Daud berkata, taktik tersebut dikesan dilakukan awak-awak yang menaiki sebuah daripada sembilan bot Vietnam yang ditahan dalam Op Kuda Laut, di perairan pantai timur pada 16 dan 17 Ogos lalu.

Katanya tujuh buah bot ditahan pada jarak 68 hingga 147 batu nautika dari Kuala Kemaman, manakala dua tangkapan bot lagi dilakukan di negeri Kelantan petang, kelmarin.


== sinar harian
NGO hak asasi dengan DAP dan beberapa lawyer sayang mereka ni
 

mohdnor

Active Member
Joined
Sep 11, 2008
Messages
2,140
Reaction score
80
Points
30
62 batu nautika ni kalu tak salah 11 km je, dekat dah dengan darat, selalu macam ni lah, bila baca berita yang lepas2 nelayan mengeluh buat aduan pencerobohan tapi tindakan dari pihak berwajib taktau macam mana. Padan kena ceroboh & rompak macam tu je hasil negara.
62 bang. bukan 6.2
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Polis Malaysia Siasat Insiden Maut Antara Pengawal Pantai, Bot Vietnam

Hadi Azmi, Nisha David & Drake Long

Kuala Lumpur & Washington
2020-08-17

6eeab6f4-beb6-445e-babb-a6752ef3e5b5.jpeg

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia merampas bot-bot Vietnam ini selepas kejadian
pertembungan yang menyebabkan kematian seorang awak-awak negara itu, 17 Ogos 2020.

Anggota pengawal pantai Malaysia menembak mati seorang awak-awak Vietnam semasa pertembungan ganas dengan bot nelayan yang memasang bendera negara itu yang disyaki menceroboh perairan Malaysia di Laut China Selatan, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Kejadian itu berlaku kira-kira 81 batu nautika (150 km) dari Tok Bali, sebuah jeti di utara negeri Kelantan, pada lewat Ahad ketika Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang melakukan rondaan dan memantau kapal-kapal nelayan dari Vietnam dan negara-negara lain yang cuba menceroboh masuk ke perairan Malaysia.

Ketua APMM Mohd Zubil Mat Som berkata Bot Penyelamat 7 agensi itu sedang menghampiri dua bot nelayan Vietnam untuk melakukan pemeriksaan apabila ia dirempuh dan diserang dengan bom diesel dan benda keras termasuk batang besi, bongkah kayu dan spanar.

"(Anggota kami) tidak punya pilihan dalam usaha mempertahankan diri, nyawa mereka, dan (bot) melainkan menggunakan senjata mereka ke arah bot nelayan itu," katanya, sambil menambah bahawa rempuhan bot nelayan itu menyebabkan bahagian depan kanan bot APMM remuk selain tingkap kacanya pecah.

Beliau memberitahu bahawa para pegawai berkenaan mematuhi peraturan pertembungan dengan melepaskan tembakan amaran, tetapi mendakwa, amaran itu tidak diendahkan. APMM akan memulakan siasatan mengenai kejadian itu.

"APMM mempunyai kuasa penuh untuk menyiasat sebarang kesalahan di bawah undang-undang Malaysia di zon maritim Malaysia," katanya.

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat memberitahu BeritaBenar bahawa mayat mangsa telah dihantar ke sebuah hospital di bandar Pasir Puteh untuk proses bedah siasat.

"Seramai 18 nelayan lagi dibawa ke darat oleh APMM untuk siasatan lanjut," katanya.

Di Hanoi, jurucakap Le Thi Thu Hang berkata Kementerian Luar Negeri Vietnam "amat bimbang" dengan kejadian tersebut dan mahu pihak Malaysia "mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota yang menyebabkan kematian nelayan Vietnam itu."

Kedutaan Vietnam di Malaysia akan mengatur pertemuan konsulat dengan nelayan-neayan yang ditahan itu, katanya kepada wartawan di Hanoi, menurut Tuoi Tre News.

“Pada masa sama, Kementerian Luar Negeri bekerjasama dengan agensi-agensi domestik untuk mengenal pasti identiti nelayan berkenaan dan mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kes tersebut bagi menyiasat sebarang salah laku, mengambil langkah-langkah untuk melindungi warganegara, dan melindungi hak-hak undang-undang dan kepentingan nelayan Vietnam,” katanya.


200817-MY-VN-boat-inside.jpg

Penyiasat menemui bom diesel dalam satu daripada bot Vietnam yang terlibat dengan pertembungan
dengan pengawal pantai Malaysia di Laut China Selatan, 17 Ogos 2020. [Ihsan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia]


Ratusan Di Tahan

Dalam kejadian berasingan, APMM Sarawak, sebuah negeri di Borneo Malaysia, mengumumkan pada Ahad bahawa pihaknya telah menahan 20 nelayan Vietnam yang menaiki dua bot di perairan wilayahnya di 225 batu nautika utara Tanjong Po dekat Kuching semasa melakukan Operasi Naga Timur.

"Pemeriksaan ke atas bot pertama menemui seramai 17 individu termasuk tekong manakala di dalam bot kedua terdapat tiga individu termasuk tekong sedang melakukan penangkapan hasil laut secara haram," kata pengarah maritime Sarawak Robert Teh Geok Chuan semasa mengumumkan penangkapan itu pada minggu lepas.

Agensi itu merampas 40 tan ikan, sebanyak 13,000 liter diesel dan dua bot berkenaan. Ia menganggarkan nilai rampasan sebanyak RM2.5 juta (AS$596,000).

Operasi Kuda Laut, yang dilancarkan pada 24 Jun, sehingga kini telah menahan 487 awak-awak Vietnam dari 43 bot. Operasi Naga Timur, yang dimulakan pada April 2019, pula menahan 1,411 awak-awak dari 135 bot nelayan asing. Pegawai tidak memberitahu negara asal mereka.

Ramli Dollah, penganalisis keselamatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), berkata sesetengah pihak di Vietnam beranggapan bahawa mereka berhak menangkap ikan di seluruh Laut China Selatan.

"Vietnam menganggap kawasan ini sebagai milik mereka kerana ia merupakan antara negara yang menuntut pulau-pulau di Laut China Selatan," kata Ramli kepada BeritaBenar.

Menurutnya faktor lain seperti industri perikanan Vietnam yang berkembang pesat selain sumber laut yang banyak di Laut China Selatan adalah antara punca berlakunya pencerobohan itu.

"Laut China Selatan adalah satu daripada zon penangkapan ikan yang besar di Asia terutamanya untuk tuna sirip biru dan spesies laut yang lain," katanya. "Berikutan adanya permintaan tinggi ikan dalam pasaran global, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Vietnam menjadi satu daripada pengeksport utama dunia."

Sementara itu, penganalisis pertahanan Abdul Rahmat Omar yang juga kapten bersara Tentera Darat Malaysia, berkata kes merempuh bot bukanlah perkara biasa.

"Tetapi, dahulu pernah berlaku kejadian di mana kapal-kapal Vietnam memasang tali agar enjin kapal peronda kami tersangkut. Ada juga kejadian di mana mereka merempuh bot-bot peronda Indonesia semasa menceroboh masuk sehingga ke kepulauan Natuna,” katanya kepada BeritaBenar.

Artikel asal BenarNews.MY
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,901
Reaction score
768
Points
121
kalo nak ikut... menceroboh ke dalam perairan negara lain tu.. dh layak kena tembak.. tapi malaysia ni... baik orangnya. tahan dulu.. penjara ...antar balik negara.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,183
Reaction score
1,096
Points
201
ceroboh perairan negara org x fikir plak.. da mampos baru nak bimbang.. ape punye perangai tol vietnam ni
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,020
Reaction score
913
Points
121
Polis Malaysia Siasat Insiden Maut Antara Pengawal Pantai, Bot Vietnam

Hadi Azmi, Nisha David & Drake Long

Kuala Lumpur & Washington
2020-08-17

View attachment 275140
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia merampas bot-bot Vietnam ini selepas kejadian
pertembungan yang menyebabkan kematian seorang awak-awak negara itu, 17 Ogos 2020.

Anggota pengawal pantai Malaysia menembak mati seorang awak-awak Vietnam semasa pertembungan ganas dengan bot nelayan yang memasang bendera negara itu yang disyaki menceroboh perairan Malaysia di Laut China Selatan, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Kejadian itu berlaku kira-kira 81 batu nautika (150 km) dari Tok Bali, sebuah jeti di utara negeri Kelantan, pada lewat Ahad ketika Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang melakukan rondaan dan memantau kapal-kapal nelayan dari Vietnam dan negara-negara lain yang cuba menceroboh masuk ke perairan Malaysia.

Ketua APMM Mohd Zubil Mat Som berkata Bot Penyelamat 7 agensi itu sedang menghampiri dua bot nelayan Vietnam untuk melakukan pemeriksaan apabila ia dirempuh dan diserang dengan bom diesel dan benda keras termasuk batang besi, bongkah kayu dan spanar.

"(Anggota kami) tidak punya pilihan dalam usaha mempertahankan diri, nyawa mereka, dan (bot) melainkan menggunakan senjata mereka ke arah bot nelayan itu," katanya, sambil menambah bahawa rempuhan bot nelayan itu menyebabkan bahagian depan kanan bot APMM remuk selain tingkap kacanya pecah.

Beliau memberitahu bahawa para pegawai berkenaan mematuhi peraturan pertembungan dengan melepaskan tembakan amaran, tetapi mendakwa, amaran itu tidak diendahkan. APMM akan memulakan siasatan mengenai kejadian itu.

"APMM mempunyai kuasa penuh untuk menyiasat sebarang kesalahan di bawah undang-undang Malaysia di zon maritim Malaysia," katanya.

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat memberitahu BeritaBenar bahawa mayat mangsa telah dihantar ke sebuah hospital di bandar Pasir Puteh untuk proses bedah siasat.

"Seramai 18 nelayan lagi dibawa ke darat oleh APMM untuk siasatan lanjut," katanya.

Di Hanoi, jurucakap Le Thi Thu Hang berkata Kementerian Luar Negeri Vietnam "amat bimbang" dengan kejadian tersebut dan mahu pihak Malaysia "mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota yang menyebabkan kematian nelayan Vietnam itu."

Kedutaan Vietnam di Malaysia akan mengatur pertemuan konsulat dengan nelayan-neayan yang ditahan itu, katanya kepada wartawan di Hanoi, menurut Tuoi Tre News.

“Pada masa sama, Kementerian Luar Negeri bekerjasama dengan agensi-agensi domestik untuk mengenal pasti identiti nelayan berkenaan dan mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kes tersebut bagi menyiasat sebarang salah laku, mengambil langkah-langkah untuk melindungi warganegara, dan melindungi hak-hak undang-undang dan kepentingan nelayan Vietnam,” katanya.


View attachment 275141
Penyiasat menemui bom diesel dalam satu daripada bot Vietnam yang terlibat dengan pertembungan
dengan pengawal pantai Malaysia di Laut China Selatan, 17 Ogos 2020. [Ihsan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia]


Ratusan Di Tahan

Dalam kejadian berasingan, APMM Sarawak, sebuah negeri di Borneo Malaysia, mengumumkan pada Ahad bahawa pihaknya telah menahan 20 nelayan Vietnam yang menaiki dua bot di perairan wilayahnya di 225 batu nautika utara Tanjong Po dekat Kuching semasa melakukan Operasi Naga Timur.

"Pemeriksaan ke atas bot pertama menemui seramai 17 individu termasuk tekong manakala di dalam bot kedua terdapat tiga individu termasuk tekong sedang melakukan penangkapan hasil laut secara haram," kata pengarah maritime Sarawak Robert Teh Geok Chuan semasa mengumumkan penangkapan itu pada minggu lepas.

Agensi itu merampas 40 tan ikan, sebanyak 13,000 liter diesel dan dua bot berkenaan. Ia menganggarkan nilai rampasan sebanyak RM2.5 juta (AS$596,000).

Operasi Kuda Laut, yang dilancarkan pada 24 Jun, sehingga kini telah menahan 487 awak-awak Vietnam dari 43 bot. Operasi Naga Timur, yang dimulakan pada April 2019, pula menahan 1,411 awak-awak dari 135 bot nelayan asing. Pegawai tidak memberitahu negara asal mereka.

Ramli Dollah, penganalisis keselamatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), berkata sesetengah pihak di Vietnam beranggapan bahawa mereka berhak menangkap ikan di seluruh Laut China Selatan.

"Vietnam menganggap kawasan ini sebagai milik mereka kerana ia merupakan antara negara yang menuntut pulau-pulau di Laut China Selatan," kata Ramli kepada BeritaBenar.

Menurutnya faktor lain seperti industri perikanan Vietnam yang berkembang pesat selain sumber laut yang banyak di Laut China Selatan adalah antara punca berlakunya pencerobohan itu.

"Laut China Selatan adalah satu daripada zon penangkapan ikan yang besar di Asia terutamanya untuk tuna sirip biru dan spesies laut yang lain," katanya. "Berikutan adanya permintaan tinggi ikan dalam pasaran global, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Vietnam menjadi satu daripada pengeksport utama dunia."

Sementara itu, penganalisis pertahanan Abdul Rahmat Omar yang juga kapten bersara Tentera Darat Malaysia, berkata kes merempuh bot bukanlah perkara biasa.

"Tetapi, dahulu pernah berlaku kejadian di mana kapal-kapal Vietnam memasang tali agar enjin kapal peronda kami tersangkut. Ada juga kejadian di mana mereka merempuh bot-bot peronda Indonesia semasa menceroboh masuk sehingga ke kepulauan Natuna,” katanya kepada BeritaBenar.

Artikel asal BenarNews.MY
Napa xjaga rakyat ang sendiri, tindakan amat tegas konon Vietnam nie pirah mabuk
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,847
Reaction score
138
Points
33
Nelayan Vietnam kurang ajar

BOT nelayan Vietnam yang melanggar bot ronda APMM Kudat ketika diarah untuk pemeriksaan. FOTO ihsan APMM


Kudat: Sebuah bot nelayan Vietnam bukan saja menceroboh dan mencuri hasil laut negara, malah bertindak agresif dengan melanggar bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat hingga berlaku kerosakan di beberapa bahagian.

Kejadian berlaku 7.30 pagi, 5 September lalu, ketika sepasukan APMM Kudat menjalankan Ops Pluto Timur di kedudukan 12.8 batu nautika timur laut Pulau Malawali, dekat sini.

Pengarah APMM Zon Maritim Kudat, Komander (M) Boon Chin Chau berkata, bot ronda APMM yang sedang melakukan rondaan mengesan sebuah bot nelayan tanpa nombor pendaftaran disyaki Vietnam yang sedang bergerak dan melakukan penundaan di kawasan perairan pulau berkenaan.

Katanya, ketika dihampiri dan diarah berhenti oleh anggota APMM, tekong bot tidak memberi kerjasama dan terus bergerak laju menyebabkan bot ronda mengekori bot berkenaan.

"Ketika bot ronda cuba untuk merapat, tekong bot Vietnam secara tiba-tiba mengubah haluan dan bertindak agresif melanggar bot ronda sehingga berlaku kerosakan di beberapa bahagian badan bot.

"Selepas hampir setengah jam cuba memintas, akhirnya bot ronda APMM Kudat berjaya menahan bot nelayan Vietnam berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong dan tujuh awak-awak warga Vietnam berusia antara 22 hingga 53 tahun berada di atas bot berkenaan.

"Tekong dan empat awak-awak didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri manakala tiga lagi mempunyai pasport.

"Selain itu, bot berkenaan mempunyai hasil tangkapan balat basah anggaran berat 200 kilogram serta muatan 6,000 liter diesal. Anggaran keseluruhan rampasan hampir RM500,000," katanya.

Boon berkata, bot berkenaan diiring masuk ke Jeti Marina dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Semua awak-awak termasuk tekong bot menjalani ujian saringan Covid-19 oleh kakitangan Klinik Kesihatan Kudat sebagai langkah berjaga-jaga. Semua anggota bot ronda APMM yang terbabit juga dipastikan untuk sentiasa mematuhi SOP Covid-19 sepanjang melakukan tugasan," katanya.


== hmetro
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,397
Reaction score
708
Points
121
cuba dorang g indon, tengok layanan baik cam malaysia tak...silap2 belum apa kena tembak
 
Sponsored Post
Top
Log in Register