ISU Nelayan Asing | APMM tahan kapal tangki dari Mongolia, bot nelayan Indonesia

CG Sponsors

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,699
Reaction score
310
Points
91
time musim tengkujuh gini laaa geng2 vietnam mengganas... laut gelombang pun selamba redah...hati kering
depa tau musim nih ikan masuk..n nelayan kita tak keluar kelaut....
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,734
Reaction score
3,839
Points
201
Tidak cukup sekadar usir nelayan asing

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu berharap pihak berkuasa mengambil tindakan lebih tegas terhadap nelayan asing yang menceroboh perairan negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, tindakan mengusir tanpa tangkapan tidak cukup kerana nelayan asing akan kembali ke perairan Malaysia mencuri hasil laut negara.

“Beberapa kawasan perairan yang kaya dengan hasil laut seperti perairan Pulau Tenggol, Dungun antara yang menjadi sasaran. Bukan lagi satu atau dua buah bot nelayan asing.

“Mereka menggunakan pukat ganding yang menjahanamkan segala apa yang ada di laut kita. Malah saya terima laporan, ada yang berani menunjukkan senjata tajam kepada nelayan kita bila aktiviti mereka cuba dihalang,” katanya hari ini.

Menurutnya, beliau telah mengemukakan pendapat mengenai masalah itu kepada pengurusan tertinggi pihak berwajib dengan harapan nelayan asing ditahan supaya penguatkuasaan negara tidak dilihat lemah dalam tempoh PKP berlangsung.

“Tindakan pengusiran sahaja bot nelayan asing tanpa penangkapan dan penahanan dalam tempoh PKP ini menyebabkan mereka semakin berani menceroboh perairan negara dan mencuri khazanah hasil laut secara besar-besaran.

“Saya berpendapat, tindakan lebih tegas perlu diambil. Tidak cukup dengan sekadar usir sahaja kerana mereka hanya akan lari sekejap, kemudian datang balik.

“Walaupun kita berhati-hati untuk mengelakkan penularan wabak koronavirus (Covid 19), tapi jangan sampai kita dilihat lemah dimata penceroboh, penjarah dan perompak hasil laut ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pihak berkuasa tidak akan menahan, sebaliknya mengusir bot nelayan asing yang menceroboh perairan Terengganu sepanjang PKP.

Tindakan itu diambil sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,734
Reaction score
3,839
Points
201
12 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

vietnam_1594364548.jpg

Bot nelayan asing Vietnam yang menceroboh Perairan negara ditahan oleh Maritim Kelantan termasuk 12 nelayan berusia antara antara 14 hingga 42 tahun bersama hasil tangkapan yang mereka perolehi. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

PASIR PUTEH: Seramai 12 nelayan Vietnam termasuk dua remaja berusia 14 dan 15 tahun ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana menceroboh perairan Malaysia, di 79.7 batu nautika dari muara Tok Bali jam 11.40 pagi semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob, berkata kesemua mereka yang ditahan berusia antara 14 hingga 42 tahun termasuk tekong selain Maritim Malaysia turut merampas hasil laut, peralatan menangkap ikan dan bot bernilai RM1.5juta.

"Kita mengesan bot berkenaan pada jam 11 pagi sebelum mereka cuba melarikan diri. Pihak kami mengambil masa 40 minit mengejar mereka sebelum berjaya menahan pada jarak empat batu nautika dari lokasi mereka dikesan.

"Kami mengambil masa 18 jam untuk membawa balik bot ke jeti dan tiba di Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali jam 6 pagi tadi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kelantan di Pak Mayong, Tok Bali, di sini, hari ini.

Muhd Nur Syam berkata, bot nelayan asing jenis pukat tunda itu mengambil masa yang lama untuk dibawa ke jeti kerana jarak yang jauh.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600,000 kepada awak-awak," katanya.

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,734
Reaction score
3,839
Points
201
BH-maritim1_1594440323.jpg

Tiga nelayan Vietnam ditahan kerana menceroboh perairan Sarawak, Khamis lalu. - Foto ihsan Maritim Malaysia

3 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak berjaya menahan sebuah bot nelayan asing di lokasi 56 batu nautika di utara Tanjung Sirik, petang Khamis lalu.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan, berkata bot nelayan Vietnam itu ditahan aset Maritim Malaysia Tanjung Manis yang melakukan rondaan dalam operasi khas pada jam 6.40 petang.

Beliau berkata, tiga nelayan termasuk tekong berusia 33 hingga 42 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

"Ketika disoal, tekong dan dua orang awak-awak gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

"Hasil pemeriksaan terhadap bot berkenaan menemui kira-kira 100 kilogram ikan pelbagai jenis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

BH-maritim2_1594440325.jpg

Geok Chuan berkata, berdasarkan keadaan dan jumlah hasil tangkapan, bot berkenaan dipercayai baru memasuki perairan negara.

"Bot berserta hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan dianggar bernilai RM1 juta serta tiga nelayan terbabit dibawa ke Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis untuk menjalani ujian saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan.

"Selepas pemeriksaan itu, mereka diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut," katanya.

BH-maritim3_1594440328.jpg

Tiga nelayan Vietnam ditahan kerana menceroboh perairan Sarawak, Khamis lalu. - Foto ihsan Maritim Malaysia

Katanya lagi, kes itu akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai permit untuk melakukan sebarang aktiviti penangkapan ikan di perairan negara.

Tiga nelayan itu juga akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

"Maritim Malaysia meningkatkan kawalan dan rondaan penguatkuasaan bagi membanteras pencerobohan nelayan asing di perairan negeri ini.

"Justeru, orang ramai diminta untuk terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah berlaku di perairan Sarawak menerusi talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam," katanya.
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
KDN Akan Pertimbang Hukuman Sebat Ke Atas Nelayan Asing

18.07.2020 - Kuala Lumpur, Kementerian Dalam Negeri akan mempertimbang cadangan mengenakan hukuman sebat ke atas nelayan asing yang didapati menjalankan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata ia bagi membendung masalah pencerobohan nelayan asing ke negara ini yang berlarutan sejak sekian lama dan hukuman denda serta penjara sedia ada dilihat tidak mencukupi untuk memberi pengajaran sewajarnya.

“Contohnya Akta Perikanan 1985, kesalahan menceroboh serta menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran melibatkan denda tidak melebihi RM6 juta ke atas tekong atau pemilik kapal manakala denda RM600,000 ke atas setiap kru atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Hukuman itu sudah berat tetapi mereka lebih memilih untuk dipenjarakan. Cuba bayangkan mereka duduk dalam laut dipukul ombak berbulan-bulan tiba-tiba dapat mendarat dalam keadaan kita bagi makan dan tempat tinggal percuma, sebab itu mereka memilih untuk dipenjarakan.

“Bagaimanapun, cadangan ini (hukuman sebat) bergantung kepada perbincangan kita di peringkat kementerian nanti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Maritim Negeri di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail melakukan tinjauan udara dengan menaiki pesawat Bombardier CI-415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sekitar perairan negara bagi melihat sendiri kaedah penundaan bot nelayan asing ke Pengkalan Maritim Kuala Terengganu.

Turut serta Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim, Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dan Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli.

Ismail turut mencadangkan agar tindakan menyenarai hitam turut dikenakan ke atas rakyat tempatan yang didapati menyalahgunakan lesen bot mereka dengan memberi dan menyewakannya kepada warga asing untuk menangkap ikan di perairan negara.

“Ini hanyalah cadangan kita, yang mengeluarkan lesen ialah Jabatan Perikanan, jadi kita cadangkan kepada Jabatan Perikatan untuk menyenarai hitam mereka yang didapati bersalah. Kalau kita hanya batalkan permit atau lesen bot, mereka boleh memohon semula menggunakan bot baharu,” katanya.

Beliau turut menggesa pemilik atau pemegang lesen bot tempatan agar tidak menyewakannya kepada warga asing untuk menangkap ikan demi memelihara hasil pendapatan nelayan tempatan dan menjaga kedaulatan perairan negara.

Ismail juga berkata pihaknya akan mempertimbang pemberian dua aset kepada APMM iaitu Kapal Misi Pelbagai Guna dan Pesawat Peninjau Maritim bagi memperkukuhkan lagi aktiviti penguatkuasaan serta pertahanan di perairan negara.

Beliau berkata Kapal Misi Pelbagai Guna yang dilengkapi enam bot bersama dron dengan teknologi pesawat udara tanpa pemandu (UAV) amat diperlukan memandangkan dua kapal besar milik APMM kini telah berusia 25 tahun dan memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Pesawat Peninjau Maritim pula boleh berada di udara sehingga tujuh hingga lapan jam berbanding pesawat yang kita ada sekarang ini (Bombardier) hanya bertahan lima atau enam jam sahaja. Jadi dengan adanya pesawat baharu itu, kita boleh lakukan pemantauan di perairan Sabah dan Sarawak dalam masa yang sama,” katanya.

Ismail juga berkata sehingga kini, APMM telah berjaya menahan 26 bot nelayan Vietnam sejak Operasi Kuda Laut dilancarkan pada 24 Jun lepas, melibatkan rampasan bernilai RM40 juta.

Katanya tangkapan itu melibatkan 21 kes di perairan pantai timur Terengganu, tiga di perairan Sabah dan dua di perairan Sarawak.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1861883
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
APMM Terengganu Sita 7 Bot, Tahan 83 Nelayan Vietnam

19.07.2020 - Kuala Terengganu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu merampas tujuh bot nelayan Vietnam berserta 83 orang termasuk tekong dan awak-awak berusia antara 16 hingga 68 tahun dalam Ops Kuda Laut.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata nelayan asing yang menceroboh perairan negara tanpa kebenaran itu ditahan di dalam operasi selama tiga hari bermula Khamis lepas di sekitar lokasi antara 117 hingga 135 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Beliau berkata nilai rampasan termasuk tujuh bot, lima tan hasil tangkapan, 10,000 liter diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM10.5 juta.

"Semua nelayan Vietnam telah dibawa menjalani ujian saringan COVID-19 dan kita jangka akan dapat keputusan ujian sekitar jam 5 petang hari ini.

Selain itu dalam perjalanan mengiringi sebuah bot ke jeti maritim, berlaku satu insiden pergaduhan antara dua awak-awak yang berakhir dengan seorang daripadanya cedera parah kerana ditikam. Bagaimanapun mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya pada sidang media di Jeti Maritim Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata pemeriksaan awal juga mendapati dua daripada awak-awak terbabit pernah ditangkap dan dipenjarakan di negara ini atas kesalahan sama.

"Mereka (awak-awak) tidak serik untuk kembali semula menangkap ikan secara haram di sini kerana hukuman yang dikenakan hanya enam bulan. Selepas menjalani hukuman, mereka akan datang semula dan menjadi pesalah tegar," katanya.

Terdahulu, APMM melupuskan dua bot nelayan Vietnam yang telah dilucutkan hak untuk dijadikan tukun di Pulau Redang.

Menurut Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hassan, sebanyak 153 bot nelayan Vietnam telah dilupuskan APMM Terengganu dalam tempoh 10 tahun.

Menurut beliau proses pelupusan itu adalah isyarat ketegasan kerajaan dalam memerangi ancaman nelayan asing sekali gus memastikan kedaulatan serta sumber perikanan negara terus terpelihara.

"Selain itu secara tidak langsung (pelupusan bot sebagai tukun) ia juga memberi pelbagai manfaat lain iaitu memperkayakan khazanah hidupan laut dan menggalakkan pelancongan maritim.

"Kita akan meneruskan usaha ini dengan kerjasama daripada pihak lain seperti Jabatan Perikanan, Taman Laut dan Institut Sumber Marin Asia Tenggara yang sentiasa memberi sokongan padu kepada APMM," katanya selepas menyaksikan proses pelupusan bot di perairan Pulau Redang, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1862098
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,179
Reaction score
1,094

da mcm vietnam ni sebelah2 negara plak.. duk dia org je dtg
 
mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,734
Reaction score
3,839
Points
201
Empat warga asing ditahan bersama bot pukat tunda
795921.jpg

Bot pukat tunda dikendalikan warga asing ditahan di Endau Johor semalam kerana melanggar syarat sah lesen perikanan.

KOTA TINGGI - Sebuah bot pukat tunda nelayan tempatan di Endau, Johor telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Zon Maritim Tanjung Sedili petang semalam setelah didapati melanggar syarat sah lesen perikanan.

Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, bot nelayan tempatan Kelas C itu ditahan ketika sedang menunda pukat pada jam 1.50 petang di kedudukan 8.7 batu nautika timur Tanjung Balau.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot nelayan tersebut dikendali empat lelaki warga Indonesia termasuk tekong berumur 23 hingga 44 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua mereka bersama bot dibawa ke Jeti Zon Maritim Tanjung Sedili untuk disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

"Mereka didapati melanggar syarat sah lesen kerana menangkap ikan kurang dari 12 batu nautika, yang mana sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau keduanya.

"Kes juga boleh disiasat di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 kerana kru bot tiada pas kerja serta telah tamat tempoh pas lawatan dan boleh didenda tidak kurang RM10 ribu atau penjara tidak kurang lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...t-warga-asing-ditahan-bersama-bot-pukat-tunda
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register