ISU Nelayan Asing | APMM tahan kapal tangki dari Mongolia, bot nelayan Indonesia

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,736
Reaction score
3,839
Points
201


DUA bot termasuk sebuah milik nelayan Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Kemaman, Chukai pada petang semalam.

Kedua bot berkenaan didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 ketika pemeriksaan dijalankan hasil Ops Perkasa Timur.

Bot pertama milik nelayan Vietnam ditahan kira-kira 62 batu nautika dari Kuala Kemaman pada 3.50 petang dan pemeriksaan terhadapnya terdapat 15 awak-awak termasuk tekong yang berusia 15 hingga 48 yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Pemeriksaan lanjut juga mendapat bot berkenaan tidak mempunyai sebarang permit untuk menangkap ikan di kawasan perairan negara ini.

Siasatan mendapati bot berkenaan sudah beberapa hari melakukan aktiviti menangkap ikan di dalam kawasan perairan negara ini.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Maritim Timur (Operasi) Kapten Maritim V Pannir Selvan berkata, bot kedua yang ditahan kira-kira 15 minit kemudian tidak jauh dari lokasi bot nelayan Vietnam menangkap ikan di kawasan itu dikenal pasti milik nelayan tempatan.

Menurutnya, pemeriksaan terhadapnya mendapati lesen bot itu agak mencurigakan dan menyebabkan lima awak-awak dan tekongnya yang berusia 21 hingga 36 tahun terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kedua-dua bot terbabit bersama kesemua awak-awak dan tekongnya dibawa ke Pangkalan Maritim Kemaman untuk disiasat," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut merampas hasil tangkapan kedua-dua bot terbabit yang dianggarkan seberat 4,500 kilogram membabitkan nilai rampasan hampir RM1.5 juta

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...-vietnam-dengan-hasil-tangkapan-rm15j-ditahan
 
Last edited:
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,510
Reaction score
1,601
Points
596
Pergh kaya la nelayan nie

Kenapa tak tangkap kat negera dia sampai Trengganu mai

Mesti kat sini ikang lagi sodap abe weiiihhh
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,887
Reaction score
2,046
Points
206
hasil tangkapan tu boleh jual murah2 terus pada pengguna akhir.
 

Jackhalid

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 24, 2008
Messages
6,461
Reaction score
1,028
Points
151
boleh ek bot gitu tampung berat sampai 4.5 tan
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191
hasil tangkapan 1.5juta ? nelayan dlm forum ni boleh tlg sahkan ke?
giler... baru sy tau yg nelayan pn senang2 urusan juta2.. tp kenapa x ramai pilih utk jd nelayan? :-?

kekadang bab hasil rampasan atau tangkapan semuanya gah.. rokok seludup modal x seberapa pn bila announce 'rampasan puluh2 juta'..
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,397
Reaction score
708
Points
121
cam biasa, aku nak tanya hasil tangkapan tu ke mana lepas tu??
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191
Musim sotong 'undang' kehadiran nelayan asing


KAPTEN Maritim V Pannir Selvan. - Foto NSTP



CHUKAI: Musim sotong yang sudah bermula menarik nelayan asing untuk menceroboh perairan negara ini bagi mendapatkan hasil laut itu yang berkualiti tinggi.

Terbaharu, sebuah bot nelayan Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) bersama 60 kilogram sotong yang sudah dikeringkan, pada kedudukan 62 batu nautika dari Kuala Kemaman di sini, jam 3 petang, semalam.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur (Operasi), Kapten Maritim V Pannir Selvan berkata, nelayan terbabit sanggup mengambil risiko ditahan berikutan kualiti sotong di negeri ini mampu dijual sehingga RM200 sekilogram (sekg) di luar negara.

"Bot terbabit dipercayai baru tiba di perairan kita dan hasil siasatan mendapati 60 kilogram sotong yang baru dikeringkan dirampas," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, tujuh awak-awak termasuk tekong bot berusia 23 hingga 32 tahun yang ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Siasatan juga mendapati mereka gagal mengemukakan permit menangkap ikan di negara ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menahan semua awak-awak terbabit bersama hasil rampasan bernilai RM600,000, termasuk bot.

"Ini adalah tangkapan ke-20 yang kita lakukan sejak Januari hingga Mac tahun ini dan kita akan memperhebatkan operasi bagi mengelak mereka menceroboh dan mencuri hasil perikanan negara ini," katanya.










sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/03/403174/musim-sotong-undang-kehadiran-nelayan-asing



.
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,591
Reaction score
2,975
Points
201
Uik...

bley tahan nelayan vietnam rupanya..

selama ni buat xtau je..
 

abang gendut

Active Member
Joined
Jun 16, 2015
Messages
2,066
Reaction score
154
Points
33
62 batu nautika ni kalu tak salah 11 km je, dekat dah dengan darat, selalu macam ni lah, bila baca berita yang lepas2 nelayan mengeluh buat aduan pencerobohan tapi tindakan dari pihak berwajib taktau macam mana. Padan kena ceroboh & rompak macam tu je hasil negara.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register