BTC USD 34,580.8 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU Nelayan Asing | 11 kru Vietnam candat sotong ditahan

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,184
Reaction score
13,599
Points
2,376
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,919
Reaction score
1,898
Points
201
Memang tak selesai selagi tiada tindakan tegas dan radikal macam negara jiran
Betoi abg depa xhairan ngn undang2 kt pun
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,086
Reaction score
712
Points
126
EU set to lift ‘yellow card’ on Vietnam fisheries next year
By Dat Nguyen June 27, 2018 | 02:44 pm GMT+7
20170404T064452Z1LYNXMPED330AP-5523-9594-1530010480_r_680x408.jpg
Vietnam will have to continue waiting until January 2019 to see EU considering lifting up the yellow card imposed on the country's fisheries in October 2017 due to illegal fishing. Photo by Reuters

European bloc sees improvements in tackling illegal fishing, but a lot of work remains.

Vietnam will have to wait another six months for the European Union to consider lifting a ‘yellow card’ restriction slapped last year because of illegal fishing.

After an evaluation done May 15-24 this year, the EC decided that they would consider lifting the yellow card in January next year, as Vietnam has shown “improvement,” according to a statement issued by the Directorate of Fisheries under the Ministry of Agriculture and Rural Development.

The European Commission (EC), executive body of the 28-nation bloc (including the U.K.), had issued an official warning on October 23 last year that it would ban seafood imports from Vietnam unless Hanoi did more to tackle illegal fishing carried out by Vietnamese vessels in other countries’ territories.

The directorate, however, admitted that problems continued to dog the sector, especially in controls of fishing and tracing origins.

Vietnam currently has around 33,000 offshore fishing vessels, but only 3,000 of them, or 9 percent, are equipped with satellite navigation devices, it said, adding that the high cost of installation was a constraining factor.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,184
Reaction score
13,599
Points
2,376
APMM & MARITIM | Lelong Hasil Rampasan, Elak Pembaziran

Hasil rampasan daripada kegiatan pencerobohan nelayan asing akan dikembalikan untuk manfaat masyarakat.

Elaun bot nelayan asing dilupus sebagai tukun, rampasan hasil laut pula dilelong dengan harga murah bagi mengelakkan pembaziran sumber berkenaan.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721

11 kru Vietnam candat sotong ditahan​


vietnam2_1624844180.jpg

Dua tekong dan sembilan kru warga Vietnam ditahan kesalahan mencandat sotong di kawasan 10 batu nautika perairan Pekan dekat Kuala Pahang.- Foto NSTP/Rafi Mamat

KUANTAN: Dua tekong dan sembilan kru warga Vietnam ditahan bersama dua bot tempatan kerana kesalahan mencandat sotong di kawasan 10 batu nautika perairan Pekan dekat Kuala Pahang, semalam.


Mereka yang ditahan berusia antara 23 hingga 49 tahun dan kira-kira 500 kilogram (kg) sotong turut dirampas.


Pengarah Jabatan Perikanan, Pahang Abdullah Jaafar, berkata kehadiran dua bot itu disedari anggota Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) jabatan berkenaan ketika melakukan rondaan pada 5.15 pagi.


Katanya, aktiviti menangkap sotong bagi kelas bot berkenaan hanya dibenarkan di kawasan 12 batu nautika ke atas sahaja namun ketika ditahan ia berada di kawasan 10 batu nautika.

"Bagi kesalahan melanggar syarat lesen itu mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985, sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM20,000 atau penjara tidak melebih dua tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 25 akta sama," katanya, di sini semalam.


Abdullah berkata, semalam CPS turut menahan sebuah bot tempatan dengan hasil tangkapan 100kg ikan bersama seorang tekong dan empat awak-awak tempatan yang menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kawasan tujuh batu nautika perairan Kuala Pontian, Endau Rompin.


"Aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda hanya boleh dilakukan di kawasan 12 batu nautika ke atas, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 11, 3 (b) Akta Perikanan 1985, sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 25 akta sama," katanya.


Katanya, dua bot bersama dua tekong dan sembilan kru warga Vietnam kini ditempatkan di pangkalan CPS Jabatan Perikanan Pahang, Padang Lalang, di sini manakala bot pukat tunda ditempatkan di jeti nelayan Endau untuk proses tindakan undang-undang.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721
vietnam_1626484203.jpg

Maritim Malaysia menahan 14 nelayan Vietnam dan merampas sebuah bot kerana menceroboh perairan Sarawak, semalam. FOTO NSTP/NORSYAZWANI NASRI

14 nelayan Vietnam ceroboh perairan Sarawak ditahan​


MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak menahan 14 nelayan Vietnam dan merampas sebuah bot disyaki menangkap ikan di perairan negara pada jarak kira-kira 36 batu nautika dari barat Tanjung Lobang, di sini, kelmarin.


Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim, Zin Azman Md Yunus berkata, tangkapan pada jam 2.45 petang itu hasil aduan komuniti nelayan tempatan mengenai pencerobohan nelayan asing di di perairan negeri.


"Dalam Operasi Permai sekitar jam 1.45 petang, Kapal Maritim (KM) Kota Kinabalu mengesan sebuah bot mencurigakan di lokasi dilaporkan itu.


"Berdasarkan struktur fizikal disyaki bot nelayan Vietnam, KM Kota Kinabalu mengejar bot hampir satu jam sebelum berjaya dipintas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pemeriksaan mendapati bot berkenaan tidak memiliki dokumen serta lesen dari Ketua Pengarah Perikanan untuk melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara.


"Seramai 14 kru termasuk tekong warga Vietnam berusia lingkungan 19 hingga 54 tahun juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa.


"Susulan itu, bot dan kesemua kru diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Pulau Melayu, Miri untuk siasatan lanjut," katanya.


Katanya, peralatan menangkap ikan, bekalan diesel lebih kurang 3,000 liter serta hasil tangkapan sekitar 800 kilogram ikan campur turut dirampas.


"Keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai RM1 juta. Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia tanpa kebenaran serta Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,086
Reaction score
712
Points
126

5 nelayan Vietnam lolos lokap diberkas​

Bernama
-
July 25, 2021 10:00 AM
Nelayan-Vietnam-diberkas.jpg

Semua nelayan itu antara 13 nelayan Vietnam yang ditahan pada 28 Jun lepas atas kesalahan menceroboh perairan, menangkap ikan tanpa permit serta tiada dokumen pengenalan diri yang sah. (Gambar Facebook APMM)
SIBU: Lima nelayan warganegara Vietnam yang meloloskan diri dari lokap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri pada 15 Julai lepas berjaya diberkas semula semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri Md Fauzi Othman berkata semua mereka yang meloloskan diri melalui tingkap tandas lokap tersebut ditahan pada 11 malam di sekitar kawasan semak berhampiran muara Sungai Miri.

Beliau berkata semua nelayan itu antara 13 nelayan Vietnam yang ditahan pada 28 Jun lepas atas kesalahan menceroboh perairan, menangkap ikan tanpa permit serta tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Lokasi persembunyian mereka dikesan ekoran pergerakan sebuah kenderaan mencurigakan memasuki kawasan loji kumbahan berhampiran muara Sungai Miri dan meletakkan bungkusan disyaki makanan sebelum keluar meninggalkan lokasi.

“Tidak lama selepas itu, muncul lima individu dari arah pantai menyelinap masuk ke semak berhampiran pantai tersebut. Intipan mendapati bungkusan disyaki makanan tersebut telah hilang dengan dipercayai telah diambil oleh kesemua individu itu,” katanya dalam kenyataan.

Md Fauzi berkata susulan itu, pihak penguat kuasa bertindak mengepung kawasan tersebut dan menyerbu semua lima nelayan itu.

“Semua mereka berjaya diberkas semula selepas seorang daripada mereka menyerah diri, dipercayai akibat keletihan dan kelaparan.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Batu Niah untuk diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut manakala dalang dipercayai bersubahat dan memberi bantuan makanan kepada mereka kini diburu bagi membantu siasatan,” katanya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register