BTC USD 50,064.3 Gold USD 1,822.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

isu MASJID CINA( pro dan kontra)

The Joker's

Banned
Joined
Jan 6, 2009
Messages
46
Reaction score
1
Points
11
MENARIK, ISU pembinaan masjid Cina yang dibangkitkan dan disarankan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin di Parlimen barui-baru ini. Ia kemudiannya disokong oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sebenarnya, Kerajaan Kelantan sudahpun membina masjid tersebut di Rantau Panjang yang perbelanjaannya melebihi RM9j. Idea membina masjid yang berkonsepkan seni bina Cina ini telah diilhamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat diawal-awal PAS memerintah Kelantan.

Rantau Panjang dipilih sebagai lokasi untuk tapak pembinaannya adalah kerana ia merupakan pintu masuk para pelancung asing dan juga kawasan tumpuan pelancung. Disamping dapat menarik kedatangan pelancung, tujuan utamanya adalah Uslub Dakwah. Ianya juga bagi mengajak manusia melihat dan berfikir tentang luasnya sikap dan keterbukaan Agama Islam yang sudah tentu ajarannya melampaui batas-batas kejumudan bangsa dan budaya sebagaimana amalan Umno.

Ketua Menteri Melaka yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah menolak permintaan golongan Cina Muslim untuk membina sebuah masjid Cina di Melaka. Rakyat nak bina masjid ditolak, Shah Rukh Khan yang merosakkan akidah umat Islam disanjungi dan dimuliakan. Inilah sikap jumud dan jahilnya pemimpin Umno.

Bagi pemimpin Umno/BN, sekiranya dibenarkan pembinaan masjid yang berkonsepkan seni bina cina maka tidak Islam lagilah masjid tersebut. Inilah ukuran yang ada dalam kepala pemimpin Umno. Nampak sangat yang jahil dalam Umno sekarang sedang memegang tampuk kekuasaan.



Aku setuju dengan pembinaan masjid seni bina cina di malaysia..
 
Sponsored Post

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
takbir!!!!
 

The Joker's

Banned
Joined
Jan 6, 2009
Messages
46
Reaction score
1
Points
11
apa yg pro apa yg kontranya?

Mkasud aku ada yang pro dan kontra dalam isu pembangunan masjid berseni bina cina ni...isu masjid cina memang selalu di bangkitkan oleh macma(persatuan cina muslim)..yela,sbb masjid pakistan dah ade,india dah ader,cina bile lagi?..islam ni kan agama universal bro...
 

iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
apa yg bagus kita kata bagus.usaha nik aziz buat kat rantau panjang harus dipuji. bagaimana pula dgn sistem perbankan islam pertama di malaysia? agensi pertama yg menguruskan haji yg pertama di dunia? bukan ke itu kerajaan BN melalui UMNO ke? sorry off topic. apapun,pembinaan masjid cina atau masjid india maupun masjid org asli sekalipun harus dipuji.
 

The Joker's

Banned
Joined
Jan 6, 2009
Messages
46
Reaction score
1
Points
11
apa yg bagus kita kata bagus.usaha nik aziz buat kat rantau panjang harus dipuji. bagaimana pula dgn sistem perbankan islam pertama di malaysia? agensi pertama yg menguruskan haji yg pertama di dunia? bukan ke itu kerajaan BN melalui UMNO ke? sorry off topic. apapun,pembinaan masjid cina atau masjid india maupun masjid org asli sekalipun harus dipuji.

Betul bro dan itu merupakan suatu dakwah cina muslim terhadap cina non muslim...kalau nak di kire berapa % je cina muslim kat malaysia ni dan mudah2an dengan terbinanya masjid cina akan memperbanyakan lagi saudara baru dikalangan cina...AMIN.
 

MyBroadband

Active Member
Joined
Sep 6, 2008
Messages
1,350
Reaction score
38
Points
30
ape2 utk islam,aku support.dah abis cite..kekekeek.
 

hgt422007

Active Member
Joined
Feb 28, 2008
Messages
1,364
Reaction score
155
Points
33
Ustaz Hj Ridhuan Tee Abdullah pernah rujuk kepada mufti sebelum tu tentang pembinaan masjid berkonsep cina tetapi ditolak bulat-bulat juga...masa tu bukan mufti ustaz Dr.Asri aku lupa nama mufti tu...
 

hgt422007

Active Member
Joined
Feb 28, 2008
Messages
1,364
Reaction score
155
Points
33
Betul bro dan itu merupakan suatu dakwah cina muslim terhadap cina non muslim...kalau nak di kire berapa % je cina muslim kat malaysia ni dan mudah2an dengan terbinanya masjid cina akan memperbanyakan lagi saudara baru dikalangan cina...AMIN.

cina Islam diseluruh Malaysia hanya lima puluh ribu lebih orangnya tak sampai enam puluh ribu orang...untuk tahun 2008
 

kambing gurun

Active+ Member
Joined
Mar 23, 2008
Messages
3,252
Reaction score
1
Points
25
Baguslah dibina camne skalipun senibinanya.. Lg pun, biar terdedah sedikit demi sedikit pasal Islam is universal..:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register