Isu LTTE: Exco Melaka, Adun DAP ditahan polis

Recommended Brokers

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,357
Reaction score
5,790
Points
1,346

LTTE: AG jelaskan sebab 2 pertuduhan baru pada Adun DAP dibatal
Diterbitkan Hari ini 4:15 petang | Dikemaskini Hari ini 4:30 petang

Peguam Negara (AG) Tommy Thomas menjelaskan keputusan pendakwaan menggugurkan dua pertuduhan tambahan berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) terhadap adun DAP.

Menurutnya, Adun Seremban Jaya P Gunasekaran sudah pun berdepan pertuduhan yang serupa, yang jika disabit bersalah boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup.

"Jadi tiada keperluan untuk berlebih-lebihan. Maka dakwaan bahawa semua pertuduhan terhadap Gunasekaran digugurkan adalah satu pembohongan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Bagaimanapun tiada yang menghalang kita untuk mendakwanya lagi pada masa akan datang," katanya lagi.

Thomas mengambil makluma Gunasekaran adalah seorang daripada 12 tertuduh yang didakwa di mahkamah sesyen seluruh negara mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana didakwa terlibat dalam usaha menghidupkan semula LTTE.

"Gunasekaran didakwa di mahkamah sesyen di Ayer Keroh, Melaka dan Kuala Lumpur.

"Semalam, dua lagi pertuduhan tambahan patut dikenakan terhadapnya, mengikut peruntukan Sosma, di Mahkamah Sesyen Seremban.

"Tapi kita tidak teruskan kerana dia sudah berdepan pertuduhan (yang sama)," katanya.

Semalam hakim Mahkamah Sesyen Madihah Harullah membenarkan permohonan pembatalan oleh Aslinda Ahad. Pihak pendakwaan sebelum itu membuat e-filing untuk dua pertuduhan baru itu.

P Gunasekaran

Menurut pertuduhan tersebut, Gunasekaran didakwa memiliki item berkaitan dengan LTTE di pejabat dan kediamannya di Seremban masing-masing pada pukul 9.58 pagi dan 11.50 pagi, 10 Oktober lalu.

Bagaimanapun dia akan kekal ditahan kerana tidak dibenarkan ikat jamin untuk pendakwaan terdahulu.

Susulan perkembangan itu, beberapa pemimpin Umno mempersoal sama ada pemimpin DAP mendapat layanan berbeza berbanding pihak lain yang ditahan atas tuduhan berkaitan keganasan.

Kenapa AG bertindak 'double standard' kepada mereka yang disyaki dalam kes LTTE yang melibatkan pendakwaan Sosma, berbanding mereka yang ditangkap, didakwa dan dihukum sebelum ini yang melibatkan tuduhan kesalahan yang lebih kecil?

Apakah kerana mereka yang ditahan kali ini merupakan pemimpin dan pengikut DAP?" soal Zahid di Facebook.

Selain Gunasekaran, seorang lagi adun DAP yang didakwa berhubung kes LTTE ialah G Saminathan.

Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,357
Reaction score
5,790
Points
1,346
Ni komentar dari peguam jenayah tn Hasif Hasan

Hasif Hasan

· 13 min

CORETAN PEGUAM

Apabila anakguam saya telah dituduh di tiga mahkamah yang berbeza, A B dan C atas tiga kesalahan yang sifatnya adalah sama, A1, B1 dan C1 dan tidak dibenarkan jaminan oleh ketiga tiga mahkamah, anakguam saya akan berada di penjara sehingga perbicaraan ketiga tiga kes selesai.

Apabila anakguam saya dibawa ke mahkamah yang ke empat, D bagi dituduh atas kesalahan yang sifatnya juga sama D1, walaupun pihak pendakwaraya menggugurkan pertuduhan, D1 maka anakguam saya tetap tidak boleh dijamin dan perlu berada di penjara sehingga pertuduhan A1, B1 dan C1 selesai dibicarakan.

Pihak pendakwaraya mempunyai kuasa untuk menggugurkan pertuduhan D1 di mahkamah D berdasarkan alasan anakguam saya sudah mempunyai pertuduhan di mahkamah A,B dan C.

Apabila anakguam sudah mempunyai tiga pertuduhan A1 B1 dan C1 di tiga mahkamah sebenarnya satu ‘hukuman’ dan bebanan kerana anakguam perlu menang di ketiga tiga mahkamah agar hukuman gantung atau penjara seumur hidup dapat diketepikan untuk anakguam lepas dan bebas dan kembali ke pangkuan keluarga.

Jika anakguam menang pertuduhan A1 dan B1 dan kalah C1, anakguam tetap akan dihukum oleh mahkamah C.

Adalah amat dikesali apabila pihak ketiga membuat dan berkongsi posting yang mereka tidak ketahui fakta dan menyebabkan orang lain percaya bahawa anakguam saya sudah digugurkan daripada kesemua pertuduhan walaupun anakguam saya masih ditahan di penjara bagi menghadapi tiga petuduhan A1, B1 dan C1 di tiga mahkamah iaitu A B dan C.

Sekian.

Luke

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
3,805
Reaction score
165
Points
33

Cek Mek maknanya katalah hukuman yg sama dikenakan iaitu hukuman gantung. Kesalahan kedua pun hukuman gantung. Bila satu kes sudah jatuh hukuman maka tak bermaknalah pertuduhan tambahan seterusnya jika hukumannya sama?
 
cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,357
Reaction score
5,790
Points
1,346
Cek Mek maknanya katalah hukuman yg sama dikenakan iaitu hukuman gantung. Kesalahan kedua pun hukuman gantung. Bila satu kes sudah jatuh hukuman maka tak bermaknalah pertuduhan tambahan seterusnya jika hukumannya sama?
tn Luke, gini deh, awalnya tertuduh A didakwa dengan
-satu pertuduhan kat Mahkamah 1, hukuman jika sabit kesalahan adalah hukuman gantung
-satu pertuduhan kat Mahkamah 2, hukuman jika sabit kesalahan adalah hukuman gantung

berkenaan pertuduhan tambahan tu diMahkamah 3, hukuman jika sabit kesalahan adalah hukuman gantung

oleh kerana pertuduhan di Mahkamah 3 tu bersifat pertuduhan tambahan dan hukumannnya sama dengan yg kat Mahkamah 1 dan 2, maka AG berhak gugurkan pertuduhan tersebut di awal kes sebelum bicara (atau semasa bicara sebelum pengadu bagi keterangan, ni dlm sesetengah kes)
tn Luke, kalau nak tarik balik pertuduhan tambahan tu biasanya diawal kes, bukan selepas perbicaraan.

namun jika pertuduhan diMahkamah 3 tu bukan bersifat pertuduhan tambahan namun hukumannya sama iaitu gantung jika sabit kesalahan, biasanya AG takkan tarik balik pertuduhan tu. tertuduh kena dibicarakan jugak dengan pertuduhan di Mahkamah 3 tu.

pastu kes di Mahkamah 1, dah keluar keputusan yg tertuduh A dijatuhkan hukuman gantung, tapi hukuman tu ditangguh sementara utk bagi laluan ada kes sedang dibicara kat Mahkamah 2. misalnya tertuduh A menang kes, hukuman gantung tu tetap jugak akan dijalankan

pada masa ni pertuduhan tambahan tu dah ditarik balik awal awal oleh AG (pertuduhan tambahan ditarik balik pada awal kes )

gitu la kiranya tn Luke, saya alu alu kan soalan dari tn Luke jika huraian saya ni kurang jelas:)
 
Ya jelas. Cukup jelas dengan penerangan Cek Mek dapatlah kami orang awam ni memahami, tak menjadi hakim di media sosial dan tak tuduh sembarangan isu2 berbangkit cth melibatkan bias bangsa, parti dll. TQ.
 
cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,357
Reaction score
5,790
Points
1,346
SOSMA kekal, tempoh tahanan 28 hari akan disemak – Muhyiddin

8 November 2019

MGF08112019_MINUM-PETANG-BERSAMA-WARGA-PDRM19

Menteri Dalam Negeri merangkap Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap semasa sesi sidang media pada Program Minum Petang Bersama PDRM bagi membantu calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Balai Polis Pekan Nenas, Johor. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2019

PEKAN NANAS – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian kerajaan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak akan dimansuhkan sama sekali seperti yang didesak kebanyakan pihak.

Sebaliknya SOSMA akan melalui proses pindaan selepas kajian beberapa peringkat melibatkan pandangan dan input semua pemegang taruh secara langsung dan tidak langsung dalam perkara ini.

Ini termasuklah mempertimbangkan semula tempoh tahanan selama 28 hari yang diperuntukkan dalam SOSMA sehingga hari ini.

“Setakat ini daripada pandangan saya mendapati keputusan dibuat PH termasuk apa yang termaktub dalam manifesto adalah kekal.

“Maknanya kita tidak akan memansuhkan SOSMA tapi kita akan buat pindaan dan ini saya telah maklumkan beberapa kali di sidang Dewan Rakyat iaitu langkah-langkah dimulakan kajian penambahbaikan sudah selesai satu pusingan dan telah dirujuk ke kabinet.

“Namun perlu melalui satu lagi pusingan kerana perlu mendapatkan inpout dan pandangan pelbagai pemegang taruh, pakar perundagan, NGO, pakar akademik dan sebagainya dalam sektor keselamatan.

“Kemudian ia akan dibawa semula ke kabinet supaya kabinet dapat membuat keputusan muktamad,” katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan dan minum petang bersama warga polis di Balai Polis Pekan Nanas petang tadi sempena kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai.

Dalam perkembangan berkaitan tambah beliau, terdapat beberapa perkara juga yang diminta diberikan tumpuan utama.

Menurutnya ada pihak yang mendakwa tempoh tahanan selama 28 hari agak panjang dan menyeksakan tahanan sambil mendesak KDN semak semula untuk mengurangkannya.

“Macam-macam perkara lain dalam pindaan SOSMA perlu diambil kira termasuk pandangan penguatkuasa polis itu senditi yang menguatkuasakan undang-undang itu.

“Ada yang sokong dan berpendapat tempoh 28 hari itu mencukupi dan sesuai mengikut keadaan keselamatan semasa. Pun begitu contohnya 14 hari disiasat dan mahu sambung 14 hari lagi reman kepada hakim di mahkamah supaya ada proses semak dan imbang dalam soal ini.

“Maka kalau kita lihat dalam sudut itu memang kerajaan hendak mempertahankan SOSMA kerana ini bukan hanya melibatkan Gerakan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) sahaja, tetapi mencakupi soal keganasan merentasi sempadan di peringkat antarabangsa yang bukan bayangan tetapi realiti,” ujarnya.

Tegas beliau, dunia tanpa sempadan hari ini melibatkan Malaysia yang agak luas menjadi antara negara yang menjadi sasaran puak militan keganasan antarabangsa untuk menjadikan pengkalan dan mempromosikan aktiviti mereka.

“Jadi kita perlukan kerjasama antarabangsa tingkatkan penguatkuasaan dengan teknologi baharu, berkongsi kepakaran dan risikan bersama negara sependapat kerana soal keselamatan tidak boleh diangap enteng lagi,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,357
Reaction score
5,790
Points
1,346
Kerajaan pertahan Sosma sebab realiti keganasan, kata Muhyiddin

November 8, 2019 9:47 PM

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang meneliti beberapa cadangan meminda Sosma.
.
PEKAN NANAS: Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata kerajaan mempertahankan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) kerana realiti keganasan hari ini, mengatakan Malaysia sudah menjadi pangkalan mempromosi keganasan.

“Ini bukan soal Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sahaja tapi isu keganasan. Ini bukan soal bayangan, ini realiti – Malaysia dijadikan pangkalan untuk mempromosikan keganasan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau memberi contoh rakyat Malaysia yang berada di Syria dan keganasan rentas sempadan.

“Maklumlah hari ini dunia terbuka, sempadan Malaysia memiliki luas -macam-macam boleh berlaku,” tambahnya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata kerajaan sedang meneliti beberapa cadangan meminda undang-undang itu daripada sesi libat urus dengan ahli-ahli Parlimen, ahli akademik, polis dan pengamal undang-undang, antaranya memendekkan tempoh penahanan 28 hari tanpa bicara kepada 14 hari.

“Kalau nak sambung bawa ke mahkamah, baru sambung 14 hari lagi,” tambah beliau dan menambah sesi libat urus dibuat melibatkan pelbagai pihak seperti ahli-ahli Parlimen, ahli akademik dan polis.

“Namun, ada pihak berpandangan kalau tangkapan berkaitan keganasan, mereka memerlukan masa lebih lama untuk mengkaji supaya keputusan dibuat itu tepat.”

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,357
Reaction score
5,790
Points
1,346
Haniff Khatri
Semalam jam 6:17 PTG

TAHNIAH KEPADA PEGUAM NEGARA DALAM MEMBERI PENJELASAN BERKAITAN PENGGUGURAN DUA PERTUDUHAN TERHADAP ADUN SEREMBAN JAYA GUNASEKARAN !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada hari semalam, 06.11.2019 pihak media telah melaporkan tentang pengguguran DUA (2) PERTUDUHAN berbentuk jenayah terrorisme oleh Pejabat Peguam Negara terhadap ADUN Seremban Jaya GUNASEKARAN di Mahkamah Sesyen Seremban.

(Link Laporan : https://www.straitstimes.com/…/malaysia-a-g-drops-charges-a…)

2. Disebabkan kewujudan latarbelakang fakta hubungkait tertuduh sebagai Ahli dan ADUN dari parti DAP, ramai pihak telah memberikan kenyataan seolah-olah keputusan pengguguran DUA (2) PERTUDUHAN itu terhadap GUNASEKARAN (bebas daripada kewujudan DUA (2) PERTUDUHAN lain terhadapnya) di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh dan Kuala Lumpur), adalah kononnya di atas campur tangan salah pihak tertentu untuk akibatkan pengguguran DUA (2) PERTUDUHAN di Mahkamah Sesyen Seremban itu.

Link Laporan : https://umno-online.my/…/rakyat-biasa-didakwa-pemimpin-dap…/)

3. Ianya adalah amat terpenting dalam mana-mana keputusan berkaitan pendakwaan jenayah, yang menjadi budibicara mutlak Peguam Negara, mana-mana persepsi songsang dan negatif seperti yang dinyatakan di Perenggan 2 di atas, WAJIB dibendung melalui pemberian kenyataan rasmi dari Pejabat Peguam Negara dengan menyatakan alasan-alasan kukuh keputusan terbabit, agar Rakyat faham dan yakin bahawa prinsup kedaulatan undang-undang di negara tercinta ini tidak dicemari sama sekali.

4. Justeru, saya mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada Peguam Negara TOMMY THOMAS dalam memberikan kenyataan rasmi berkaitan perkara ini dengan menghuraikan alasan tepat dan kukuh berhubung pengguguran DUA (2) PERTUDUHAN segar terhadap ADUN Seremban Jaya GUNASEKARAN pagi semalam, yang sekaligus juga mengesahkan setakat pada kini bahawa Pejabat Peguam Negara masih berhasrat dan masih meneruskan dengan pendakwaan di bawah baki DUA (2) PERTUDUHAN bersabit jenayah terrorisma terhadap ADUN Seremban Jaya GUNASEKARAN di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh dan Kuala Lumpur yang dibawa sebelum ini.

(Link Laporan : Ruang Bawah)

5. TOMMY THOMAS juga disarankan agar sentiasa bersedia dalam memberi penjelasan lengkap berkaitan mana-mana keputusan ataupun tindakan Pejabat Peguam Negara terutamanya dalam kes-kes kepentingan awam seperti TERRORISME LTTE ini dari masa ke semasa agar kedaulatan undang-undang sentiasa terjamin.

Sponsored Post
Top
Log in Register