Isu LTTE: Exco Melaka, Adun DAP ditahan polis

Recommended Brokers


cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,944
Reaction score
5,763
Points
1,346
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

· 2 jam

Saya telah berhubung dengan sahabat saya Ketua Pemuda MIC Saudara Thinalan T Rajagopalu berkenaan dengan berita yang tular mengenai kesediaan MIC memberi bantuan guaman percuma kepada 5 tahanan kes LTTE. Menurut Saudara Thinalan, pihak keluarga tahanan-tahanan terbabit datang merintih dan merayu agar MIC dapat membantu mereka yang susah dan menyatakan bahawa anggota keluarga mereka yang ditahan itu tidak sama sekali. menyokong pihak Pengganas LTTE. Maka atas DASAR KEMANUSIAAN, MIC telah menyatakan kesediaan membantu. Mereka berpegang kepada prinsip undang-undang bahawa selagi mahkamah tidak menghukum dan mensabitkan kesalahan, mereka tidak harus dilabelkan sebagai pesalah.

Pandangan saya selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional, MIC sebagai parti yang mewakili kaum India dan telah sekian lama memperjuangkan kebajikan orang India sejak sebelum merdeka lagi mengambil keputusan yang bijaksana dan wajar untuk membantu keluarga India yang datang merayu untuk dibantu. Ini tidak bermakna MIC mendokong perjuangan LTTE sebagaimana pemimpin-pemimpin DAP.

Perkara yang sama kalau ada keluarga Melayu dan Islam yang datang meminta pertolongan daripada UMNO, Pemuda UMNO akan turut mengambil tanggungjawab yang sama atas dasar Kemanusiaan dan prinsip Islam ‘Al Aslu Bara’atu Zimmah’ iaitu ‘Seseorang kekal tidak bersalah selagi mahkamah tidak mensabitkan dan menghukumnya bersalah’.




 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,944
Reaction score
5,763
Points
1,346
kalau suspek Melayu Muslim ditahan atas sebab siasatan utk DAESH ISIS, dan keluarga suspek datang merintih menangis mintak tolong dari PAS& UMNO utk memberi servis guaman pada suspek, adakah PAS & UMNO sanggup memberi bantuan kepada suspek?
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,944
Reaction score
5,763
Points
1,346


Peguam cabar penahanan 5 individu di bawah Sosma

Diterbitkan Hari ini 2:55 tengahari


Dua Adun DAP dan tiga individu lain akan memfail untuk mencabar penahanan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) selepas dikaitkan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Peguam Ramkarpal Singh (di atas) memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan memfailkan permohonan habeas corpus di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur esok bagi pihak Adun Seremban Jaya P Gunasekaran, Adun Gadek G Saminathan dan tiga yang lain.

"Kami akan memfailkan permohonan itu sejurus sebelum tengah hari, dan mengadakan sidang akhbar selepas itu," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor kepada Malaysiakini hari ini.

The Star sebelum ini mengenal pasti tiga lagi tahanan Sosma itu sebagai S Chandru, V Suresh Kumar dan S Arivainthan

Permohonan habeas corpus adalah prosedur undang-undang untuk mencabar di mahkamah suatu penahanan atau pemenjaraan yang disifatkan menyalahi undang-undang.

Kedua-dua Adun DAP itu adalah sebahagian daripada sekumpulan tujuh individu yang ditangkap pada 10 Okt kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE.

Susulan itu, pada 12 Oktober, lima lagi suspek telah ditangkap di Melaka semasa operasi polis.

Minggu lalu, Ramkarpal dilaporkan berkata beliau akan mencabar untuk mendapatkan hak meletakkan jaminan bagi pihak individu yang ditahan kerana perkara itu tidak dibenarkan di bawah Sosma.

Suspek yang ditahan di bawah Sosma boleh ditahan tanpa perbicaraan selama 28 hari. Polis, bagaimanapun, mempunyai kuasa untuk menahan mereka secara berkala 28 hari setiap kali.

 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
3,671
Reaction score
897
Points
71
TERKINI : Hina PM dan KPN : Polis Kerjasama dengan Interpol Jejaki Naavin Pillai

IMG_20191020_181513.jpg


#DAPterrorist #DAPpengganas #DAPpemberontak #DAPantikeamanan #DAPancamanNEGARA #DAPextremist #DAPsembahAK47 #biaDAP #justice4adib
 
Last edited:

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
26,924
Reaction score
568
Points
171
kalau suspek Melayu Muslim ditahan atas sebab siasatan utk DAESH ISIS, dan keluarga suspek datang merintih menangis mintak tolong dari PAS& UMNO utk memberi servis guaman pada suspek, adakah PAS & UMNO sanggup memberi bantuan kepada suspek?
rase2 mcm x penah je...
 

2618918

Active Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,262
Reaction score
1,165
Points
101
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KHIDMAT PEGUAM MIC - PAS TIDAK ANGGAP MIC SOKONG AKTIVITI PENGGANAS

1. PAS berpandangan langkah MIC memberi khidmat Peguam kepada saspek yang ditahan kerana disyaki terlibat menyokong Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) bukanlah bermakna MIC menyokong keganasan oleh mana-mana pihak. Apatah lagi sehingga kini dalam kes ini tiada bukti seorang pun ahli MIC yang ditahan.

2. Bagi PAS langkah memberi khidmat Peguam adalah bagi memastikan seseorang yang ditahan mendapat haknya sebagaimana dijamin di sisi undang- undang selaras dengan prinsip “seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”. Sekiranya mereka dibuktikan bersalah dan disabitkan oleh mahkamah, maka semua pihak perlu akur dan menyerahkannya kepada proses undang-undang untuk dilaksanakan.

3. Pada masa yang sama PAS atas dasar kepentingan awam (public interest) dan keselamatan negara (national security), terus mendesak Kerajaan mengemukakan Kertas Putih di Parlimen mengenai kegiatan berbentuk sokongan kepada aktiviti keganasan di negara ini supaya mana- mana pihak terutama pimpinan politik yang memesongkan pemikiran rakyat diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 20 Oktober 2019
 
Sponsored Post
Top
Log in Register