Isu laknat-melaknat, mari kita bincang-bincangkan

Recommended Brokers


Latest Threads

dhomnirhahs

Active+ Member
Joined
Jan 1, 2006
Messages
2,689
Reaction score
35
Points
35
Yang penat melawan forumer2 atau cybertroopers BN/PR adalah Admin. Aku dah lama perhatikan, mereka ni mengepost tanpa fikir dosa dan pahala, ingat bajet dah dia terbaik, maksum, solat tak tinggal, setaraf alim ulamak, yg terbaik semuanya dia la dan bg forumer jenis ini, forumer yg menentang dia adalah musuhnya dan akan diburukkan atau di cyber buli seteruknya.

tak perlu la aku petik nama sapa, semua yg kat forum ni kenal siapa yg aku maksudkan. bila di tegur, marah dan di label nya kita pulak. hormat? sesama forumer pun golongan ini tak hormat.

Ada trend di sini yg ketara, Ada leaders dan followers. leaders(cybertroopers) menimbulkan isu dan memperbesarkan nya dengan negatif statement, condemn dan mengguna reverse psikologi method. tujuan utk mempengaruhi forumer lain dan menarik followers. followers adalah forumer yg tiada wisdom menyokong statement leaders dan di samping itu followers mengampu leaders untuk mengelak di buli, mendapat sokongan ke atas statement followers dan berharap naik pangkat jadi leaders.

Sila matangkan diri bila berforum. Persekitaran forum yg berilmiah akan melahirkan forumer berilmiah.
inilah golongan yang self proclaimed "bijak pandai"
 
Sponsored Post

Kenit

Active+ Member
Joined
Aug 15, 2014
Messages
4,431
Reaction score
52
Points
30
tak puas hati betul bro ni dgn kuhik
tak baik dendam peribadi bro
hehe
Selalu dgr nama kuhik..legend ni..
Tapi skrg dh x nmpk..
Mcm tgk nama eboss kt top poster..
Tapi dh xde skrg..
 

ipp

Active+ Member
Joined
Jan 28, 2010
Messages
4,917
Reaction score
60
Points
30
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin Tidak Akan Melaknat

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَكُونُ الْمُؤْمِنُ لَعَّانًا

Dari Ibnu Umar RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: "Tidak boleh seorang mukmin menjadi orang yang suka melaknat." (HR Tirmizi No: 1942) Status: Hadits Hasan

Pengajaran:

1. Dalam menuturkan kata-kata mahupun yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan perlu sentiasa berhati-hati.

2. Seorang mukmin hanya akan menuturkan mahupun menulis sesuatu yang benar dan baik.

3. Seorang mukmin tidak boleh mencaci mahupun menyumpah laknat atau mendoakan keburukan ke atas orang lain.

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: Barangsiapa yang melaknat seorang muslim maka dia seperti membunuhnya, kerana jika dia melaknatnya maka seakan-akan dia mendoakan kebinasaan atasnya.

4. Abu Ad-Darda RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا لَعَنَ شَيْئًا صَعِدَتْ اللَّعْنَةُ إِلَى السَّمَاءِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ دُونَهَا ثُمَّ تَهْبِطُ إِلَى الْأَرْضِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُهَا دُونَهَا ثُمَّ تَأْخُذُ يَمِينًا وَشِمَالًا فَإِذَا لَمْ تَجِدْ مَسَاغًا رَجَعَتْ إِلَى الَّذِي لُعِنَ فَإِنْ كَانَ لِذَلِكَ أَهْلًا وَإِلَّا رَجَعَتْ إِلَى قَائِلِهَا

“Jika seorang hamba melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit, dan tertutuplah pintu-pintu langit. Kemudian laknat itu akan turun lagi ke bumi, namun pintu-pintu bumi telah tertutup. Laknat itu kemudian bergerak ke kanan dan ke kiri, jika tidak mendapatkan tempat berlabuh, dia akan menghampiri orang yang dilaknat, jika layak dilaknat. Namun jika tidak, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat.” (HR Abu Daud No: 4905) Status: Hadis Sahih

Semoga kita tidak memperkatakan atau medoakan serta menulis, sesuatu yang buruk dan menghina serta melaknat orang lain.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

22hb Mac 2018
04hb Rejab 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
 
Sponsored Post
Top
Log in Register