Isu kicap soya KR1M terlebih kandungan asid benzoik 20MG

CG Sponsors




ZONDA

Legendary Member
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,905
Reaction score
46
Points
120

KOTA KINABALU 28 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meminta Kementerian Kesihatan untuk mengkaji dan membuat keputusan sama ada jualan produk kicap soya masin di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) seluruh negara ditarik semula atau sebaliknya.

Demikian dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek susulan arahan menarik semula jualan produk itu di kesemua 30 KR1M di Sarawak.

“Kalau kita hendak buat (tindakan) kepada semua (KR1M), kita minta Kementerian Kesihatan kaji dan buat keputusan.

“Bagi kita, kuasa menarik semula (produk) adalah kuasa Kementerian Kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Pesta Kaamatan di Pasar Besar Kota Kinabalu di sini hari ini.

Beliau mengulas arahan kepada 30 KR1M di Sarawak menarik semula jualan produk kicap soya masin jenama KR1M yang dikesan mengandungi bahan pengawet berlebihan.

Arahan itu dibuat selepas hasil ujian pensampelan oleh Jabatan Kimia mendapati kicap tersebut terlebih kandungan asid benzoik sebanyak 20 miligram. - UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

alberq

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2009
Messages
11,735
Reaction score
37
Points
120
tak pernah jgk....unproven kicap2 ni hahaha
 

xerocracker

Active+ Member
Joined
Oct 3, 2007
Messages
2,946
Reaction score
33
Points
30
den beli kicap cap kipas udang je selama hidup ni.. huhuhu
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
580
Points
161
Kalau tak beli pun tak menjamin kita tak merasa bila makan di luar.
 

dyla shahri

CG Top Poster Club
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,908
Reaction score
1,040
Points
191
Barang2 di kedai 1 msia ni byk x berkualiti,harga xde murah mane pun.
Elok survey online promosi supermarket2 sblm beli brg.
 

m_radd

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2013
Messages
2,517
Reaction score
311
Points
41
Tak bole la ckp tak berkualiti brg2 dlm KR1M ni...aku selalu beli tepung susu coklat KR1M 2kg...harga dlm rm22...boleh tahan sedap...campur dgn milo...jadi lebih sedap...cuma aku cadangkan jgn beli roti KR1M ni...keras...mcm lebih bhn pegawet je...gardenia dan massimo lebih baik
 

AuraSuccess_88

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 3, 2010
Messages
69,868
Reaction score
185
Points
528
Kebanyakannya dok tgk brg krim kureng bermutu...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register