BTC USD 29,130.7 Gold USD 1,816.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu kerakyatan anak separa pendatang asing yang di perjuangkan DAP??

Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,761
Joined
Jun 17, 2007
Messages
24,761
Reaction score
3,411
Points
261
Awards
1
Nanti da besar
Belajar kat skolah vernakukar ye dikkk 🤣
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,761
Joined
Jun 17, 2007
Messages
24,761
Reaction score
3,411
Points
261
Awards
1

Remaja 17 tahun yang ditinggalkan di hospital ketika bayi dapat taraf warganegara​

PUTRAJAYA: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditinggalkan oleh ibu kandungnya selepas dilahirkan di sebuah hospital kerajaan, layak memperoleh taraf warganegara Malaysia setelah rayuannya dan keluarga angkat dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim diketuai oleh Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepada mereka.

Beliau bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk P. Nallini, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Mahkamah mengisytiharkan remaja itu rakyat negara ini dan memerintahkan Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian Malaysia mengeluarkan sijil kelahiran baharu dan mendaftarkannya sebagai warganegara.

Remaja berkenaan ditinggalkan oleh ibu kandungnya ketika masih bayi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini dikenali Hospital Canselor Tunku Muhriz) pada Januari 2004 sebelum dipelihara oleh keluarga angkatnya.

Mereka menamakannya `CYM’ dan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan sijil kelahirannya dikeluarkan.

Hakim Tengku Maimun dalam keputusannya menyatakan, rayuan tersebut berkaitan persoalan sama ada seorang kanak-kanak yang ditinggalkan selepas dilahirkan, yang kemudian diambil sebagai anak angkat, layak diisytiharkan sebagai warganegara melalui peruntukan undang-undang.

Panel itu berpuas hati bahawa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tiada hak menolak permohonan mana-mana anak untuk mendapatkan kewarganegaraan jika mereka memenuhi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang.

Tengku Maimun berkata, fakta bahawa remaja itu ditinggalkan selepas dilahirkan di HUKM tidak dipertikaikan dan diakui oleh Mahkamah Tinggi seperti yang terkandung dalam sijil kelahiran ketiganya.

Panel itu juga berpendapat, tiada keterangan yang menunjukkan keluarga angkatnya mengetahui mengenai peristiwa anak itu ditinggalkan dan menyembunyikan fakta tersebut.

Pada hemat Ketua Hakim Negara, Perkara 19B Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan mentafsirkan bahawa beban untuk membuktikan bahawa ibu kandung kanak-kanak itu bukan pemastautin tetap di sini, terletak pada kerajaan.

Panel tersebut berpendapat, KDN memiliki segala jentera penting untuk mengesahkan identiti ibu kandung anak itu, jika bukan bapanya berdasarkan rekod kemasukan hospital.

Hakim Tengku Maimun berpendapat, oleh kerana bayi itu ditinggalkan di HUKM, anggapan boleh dibuat bahawa ibunya merupakan penduduk tetap berdasarkan Perlembagan.

Tengku Maimun menegaskan, kerajaan wajar memberi perhatian terhadap keputusan hari ini yang merupakan nas undang-undang (precedent) bagi menangani kes serupa pada masa akan datang.

Beliau menjelaskan, siasatan sewajarnya perlu dijalankan bagi menentukan status ibu bapa atau ibu kandungnya sewaktu menerima permohonan pendaftaran bayi yang baru dilahirkan.

Jelas panel tersebut, jika fakta didapati benar, mereka diwajibkan oleh undang-undang tertinggi negara untuk mengiktiraf permohonan kewarganegaraan berdasarkan undang-undang.

Pertikaian mengenai isu kewarganegaraan kanak-kanak itu bermula sewaktu usianya mencecah 12 tahun pada 2016, apabila JPN enggan mengeluarkan kad pengenalannya dengan menyatakan terdapat `sedikit ketidaktepatan’ yang mengaitkan nama kanak-kanak itu dan kakak angkatnya.

Pasangan berkenaan kemudian menyerahkan sijil kelahiran anak itu kepada JPN, namun JPN merekodkan maklumat ibu bapanya sebagai `maklumat tidak diperoleh’ dan status kewarganegaraan anak terbabit `belum ditentukan’ dalam sijil kelahiran kedua yang dikeluarkan.

Tidak berpuas hati dengan ketetapan tersebut, pasangan berkenaan memfailkan saman pemula Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 2017 dan memohon semula sijil kelahiran baharu.

Remaja itu diwakili oleh peguam Datuk Dr. Cyrus V. Das, Raymond Mah dan Jasmine Wong
manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, Liew Horng Bing dan Mazlifah Ayob mewakili kerajaan.- UTUSAN ONLINE
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
355,566
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
355,566
Reaction score
20,678
Points
2,836
Awards
1
SIJIL KERAKYATAN | Pemberian Perlu Ikut Undang-Undang

Kementerian Dalam Negeri akan meluluskan mana-mana permohonan sijil kerakyatan anak kepada pasangan warganegara ini yang berkahwin dengan warga asing jika mempunyai dokumen perkahwinan yang sah dan lengkap.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, peruntukan undang-undang telah menetapkan permohonan itu perlu mempunyai sijil perkahwinan sah dan yang didaftarkan di negara ini.

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,761
Joined
Jun 17, 2007
Messages
24,761
Reaction score
3,411
Points
261
Awards
1
Ibu lega anak dapat sijil warganegara

Ibu lega anak dapat sijil warganegara
Tiga ibu Adlyn Adam Teoh (dua kiri), Devi (tengah) dan Myra Eliza Mohd Danil (dua kanan) menunjukkan dokumen kewarganegaraan anak mereka selepas menerimanya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Penantian tiga ibu hampir sedekad untuk mendapatkan dokumen kewarganegaraan anak mereka yang dilahirkan di luar negara berakhir dengan kegembiraan.

Pemberian dokumen kewarganegaraan itu susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Disember lalu yang menolak permohonan kerajaan dan memerintahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan dokumen kewarganegaraan kepada kanak-kanak terbabit yang lahir di luar negara oleh ibu mereka yang juga rakyat Malaysia.

Berkongsi kepada pemberita, Adlyn Adam Teoh, berkata beliau sudah menunggu 10 tahun untuk mendapatkan dokumen berkenaan dan pemberian itu secara tidak langsung dapat mengubah hidupnya sekeluarga.

"Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana sudah mengiktirafkan anak saya sebagai rakyat Malaysia.

"Hari ini adalah hari yang sangat bermakna untuk saya. Pengiktirafan ini sangatlah penting untuk saya sekeluarga, kerana ia akan mengubah segala-galanya.

"Tanpa kerakyatan, semua urusan di tanah hair sudah tentu tidak boleh dilaksanakan, nak sekolah susah, nak ke klinik kesihatan susah dan kesukaran ini tidak sepatutnya wujud untuk golongan wanita," katanya kepada pemberita hari ini.

Edlyn berkata, beliau sudah mengharungi terlalu banyak cabaran selepas bergelar seorang ibu serta sudah 10 tahun memperjuangkan hak anaknya.

"Saya amat letih, namun bersyukur akhirnya semua ini berakhir. Disebabkan terdapat beberapa masalah yang terjadi tadi, saya kini hanya perlu menunggu panggilan telefon daripada pihak JPN untuk memaklumkan bahawa dokumen ini sudah masuk ke dalam sistem mereka.

"Itu yang paling penting kini, untuk apa saya sudah dapat dokumen ini namun ia tidak ada di dalam sistem mereka. Ia berkemungkinan akan memberi masalah di kemudian hari terutamanya untuk saya mendapatkan MyKad anak saya," katanya.

Terdahulu, Edlyn bersama dua lagi ibu iaitu Myra Eliza Mohd Danil dan seorang lagi yang mahu dikenali sebagai Devi hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada jam 2.30 petang tadi.

Kehadiran mereka turut ditemani Presiden Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor dan Kuala Lumpur (Family Frontiers), Suriani Kempe.

Namun, selepas dua jam menunggu untuk mendapatkan dokumen berkenaan, ketiga-tiga wanita itu dimaklumkan oleh JPN bahawa pihaknya tidak dapat mengeluarkan dokumen pengesahan itu kerana berdepan dengan masalah teknikal pada mesin pencetak milik jabatan.

Bagaimanapun, tindakan pantas yang diambil oleh JPN untuk menyelesaikan masalah berkenaan ternyata memberi kelegaan kepada semua ibu berkenaan.

Sementara itu, Myra Eliza berkata, sebelum ini beliau sudah berputus asa kerana sudah lapan tahun berjuang untuk kerakyatan anaknya.

"Namun, dengan adanya kata-kata semangat yang diberikan oleh keluarga, saya terus memperjuangkan untuk mendapatkan dokumen ini. Akhirnya syukurlah, anak saya kini sudah mendapatkan dokumen berkenaan dan dia (anak) kini boleh membuat pasport tanpa berdepan sebarang masalah lagi," katanya.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register