BTC USD 49,207.4 Gold USD 1,786.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu kerakyatan anak separa pendatang asing yang di perjuangkan DAP??

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,721
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,721
Reaction score
15,473
Points
1,906
mohon kerajaan merayu je kes ni
lagipun ni peringkat Mahkamah Tinggi, ada 2 layer lagi kat atas
belum muktamad lagi keputusan YA. Hakim ni, dia peringkat Mahkamah Tinggi je baru

biar lawan betul betul kat peringkat mahkamah: Rayuan dan Persekutuan
ada ke taknak bagi kerajaan merayu lak


nak tengok apa hakim peringkat lagi atas define maksud ayah, bapa tu...
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,588
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,588
Reaction score
2,982
Points
201
Takyah la merayu
Kerajaan kene hormat keputusan hakim
Hakim hormat permintaan DAP
Bior jer 😂😂
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,721
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,721
Reaction score
15,473
Points
1,906
Takyah la merayu
Kerajaan kene hormat keputusan hakim
Hakim hormat permintaan DAP
Bior jer 😂😂

tn akudotcom, ada 2 lagi lapisan mahkamah
kat atas tu pun hakim hakim yg buat keputusan secara berpanel

takde masalah klu dengar keputusan yg lebih tinggi dibuat oleh Hakim Hakim jugak
 

pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,694
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,694
Reaction score
1,603
Points
151

Jangan rayu keputusan mahkamah mengenai kerakyatan, kerajaan diberitahu​


September 11, 2021 9:30 AM

saya-juga-anak-malaysia-KL-High-Court-fmt.jpg


Mahkamah Tinggi baru-baru ini memutuskan bahawa wanita rakyat Malaysia boleh menurunkan kerakyatan kepada anak yang lahir di luar negara walaupun berkahwin dengan warga asing.

GEORGE TOWN: Aktivis kanak-kanak menggesa kerajaan agar tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah baru-baru ini yang membenarkan wanita rakyat Malaysia menurunkan kerakyatan kepada anak yang lahir di luar negara.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Noor Aziah Mohd Awal berkata, beliau berharap kerajaan akan fokus kepada melaksanakan undang-undang seperti yang ditafsirkan oleh Mahkamah Tinggi.

Katanya, dalam hal ini, wanita Malaysia paling untung dan manfaat terbesar bagi mereka adalah kebebasan untuk berkahwin dengan warga asing tanpa perlu risau bergegas pulang ke tanah air untuk melahirkan anak.
“Keputusan itu juga sangat bermakna bagi anak-anak yang tidak mendapat kerakyatan Malaysia,” tambahnya.



Dr Hartini Zainudin daripada kumpulan aktivis Voice of the Children menyifatkan keputusan itu “satu kemenangan besar” bagi kesetaraan jantina dan hak kanak-kanak.

Katanya, bilangan kanak-kanak tanpa kerakyatan akan dapat dikurangkan dan akan ada perlindungan yang lebih baik untuk anak-anak yang dilahirkan oleh ibu-ibu dengan kerakyatan Malaysia.

“Keputusan ini mempunyai pengaruh dalam meminimumkan jurang jantina di negara kita dan menegakkan hak wanita Malaysia,” tambahnya.

Baru-baru ini, hakim Mahkamah Tinggi, Akhtar Tahir berkata, perkataan “bapa” dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan mesti bermaksud dan merangkumi ibu.

Beliau juga membuat beberapa relief perisytiharan seperti yang dipohon sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan enam ibu yang menegaskan peruntukan tertentu berkenaan kerakyatan dalam Perlembagaan bersifat diskriminatif, dengan berkata, seperti bapa, ibu-ibu juga mempunyai hak mengenai kerakyatan menurut kuat kuasa undang-undang dalam semua proses.

Pada Disember 2019, kerajaan mendedahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima 111,142 permohonan kerakyatan antara 2013 dan 2018.

Jabatan berkenaan menolak 26, 222 permohonan, manakala 54,222 sedang diproses, termasuk 27,835 kes membabitkan kanak-kanak.
Peguam Andrew Khoo berkata, menteri yang memegang portfolio undang-undang sebaliknya perlu segera memperkenalkan undang-undang untuk mengabadikan tafsiran mahkamah tersebut dan mengusulkan pindaan terhadap Perlembagaan untuk membetulkan sebarang kesamaran mengenai kerakyatan.

Katanya, langkah tersebut akan menjadikan klausa kerakyatan sejajar dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan, yang tidak membenarkan diskriminasi.

Kementerian Dalam Negeri dan JPN harus segera menyemak semula prosedur dalaman mereka agar tiada individu mengalami diskriminasi, tambahnya.

Srividhya Ganapathy daripada Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO) berkata, bukti anekdot menunjukkan bahawa bayi yang dilahirkan wanita Malaysia dengan suami warga asing pada 1980-an dan 1990-an diberi kerakyatan.
Situasi ini berubah dalam tempoh tiga dekad lalu, katanya, kerana tafsiran pembuat dasar mengenai Perlembagaan telah berubah.




Salah satu sebab aku tak sokong dah ismail sabri........... Terlalu lembut
 

pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,694
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,694
Reaction score
1,603
Points
151
mohon kerajaan merayu je kes ni
lagipun ni peringkat Mahkamah Tinggi, ada 2 layer lagi kat atas
belum muktamad lagi keputusan YA. Hakim ni, dia peringkat Mahkamah Tinggi je baru

biar lawan betul betul kat peringkat mahkamah: Rayuan dan Persekutuan
ada ke taknak bagi kerajaan merayu lak


nak tengok apa hakim peringkat lagi atas define maksud ayah, bapa tu...
Benda ni melibatkan perlembagaan kan......... Kenapa nak ikut....
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,721
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,721
Reaction score
15,473
Points
1,906
Salah satu sebab aku tak sokong dah ismail sabri........... Terlalu lembut

tn pelitaminyak, ni bukan kerajaan taknak merayu

diorang NGOs ni mintak kerajaan jangan merayu
kita belum tahu lagi pendirian kerajaan selepas keputusan ni keluar

mana tahu sebenarnya AGC tgh dlm proses failkan rayuan
rayuan ada beberapa hari yg ditetapkan utk difailkan. ada beberapa dokumen yg perlu disertakan semasa pemfailan rayuan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,721
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,721
Reaction score
15,473
Points
1,906
Benda ni melibatkan perlembagaan kan......... Kenapa nak ikut....
tn pelitaminyak, selama ni kita pegang yg 'bapa' dlm peruntukan perlembagaan tu bermaksud bapa
takde pulak dinisbah kepada mak pulak


tunggu kerajaan failkan rayuan dlm masa ditetapkan
kita amat berharap agar kerajaan failkan rayuan
 

pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,694
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,694
Reaction score
1,603
Points
151
tn pelitaminyak, selama ni kita pegang yg 'bapa' dlm peruntukan perlembagaan tu bermaksud bapa
takde pulak dinisbah kepada mak pulak


tunggu kerajaan failkan rayuan dlm masa ditetapkan
kita amat berharap agar kerajaan failkan rayuan
Dari mula memang tau undang2 malaysia macam tu, lagi mau fight kat court
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,721
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,721
Reaction score
15,473
Points
1,906
Kerajaan dah fail rayuan kan cmm?

ye tn pelitaminyak, alhamdulillah


The Malaysian Insight

2m ·

Rayuan untuk membatalkan penghakiman itu dikemukakan di Mahkamah Rayuan hari ini.

Kerajaan rayu batal hak kerakyatan automatik anak wanita tempatan​



Dikemas kini 15 minit yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 8:48PM · 0 Komen

baby_surrogate_afp__full.jpg
Pada 6 Disember lalu, enam wanita Malaysia dan serta Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) mencabar amalan yang hanya membenarkan lelaki Malaysia secara automatik memberikan status warganegara kepada bayi mereka yang dilahirkan di luar negara. – Gambar AFP, 13 September, 2021.

PUTRAJAYA telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status warganegara kepada bayi dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia dengan rakyat asing, kata peguam Gurdial Singh Nijar.

Rayuan untuk membatalkan penghakiman itu dikemukakan di Mahkamah Rayuan hari ini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register