Isu kerakyatan anak separa pendatang asing yang di perjuangkan DAP??

CG Sponsors

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,997
Reaction score
1,239
Points
111
DAP kini sibuk perjuangkan hak kerakyatan bayi wanita tempatan yang diceraikan lelaki asing yang di lahirkan anak di luar negara atau ambil anak angkat di luar negara.

Isunya jika kita longgarkan law, akan wujud opening of floodgate. Akan ramai yang ambil kesempatan thru the crackhole. Manipulasi akan berlaku. Tambah lagi status anak angkat pendatang yang di bela wanita tempatan yg berkahwin dgn lelaki foreigners di luarnegara yang di ceraikan, ini juga di perjuangkan DAP.

AKAN WUJUD MANIPULASI.

Situasi 1

Wanita tempatan ada anak angkat dari China, kahwin dgn Chinaman. Pastu cerai, nak bawak balik anak angkat, nak dapatkan status kerakyatan malaysia untuk anak angkat.

Adakah anda setuju???

Ini adalah pintu kepada manipulasi tahap tertinggi.

Baik kita ikut UAE. Lahir di Dubai pun belum layak dapat kerakyatan UAE bang.
 
Sponsored Post

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,997
Reaction score
1,239
Points
111
Solusinya, wanita tempatan yang lahirkan anak bersama bekas suami foreigners di luar negara, kn apply taraf warganegara untuk anak di negara bekas suami tersebut.
Kenapa DAP tak guna solusi ini?
 
Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,186
Reaction score
2,359
Points
201
DAP tetap cari peluang..kita sedia maklum...dan akan disokong hingga hujung nyawa oleh Parti Kuali...goreng sampai jadi....inilah pengknianat bangsa....
 
Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,186
Reaction score
2,359
Points
201
Solusinya, wanita tempatan yang lahirkan anak bersama bekas suami foreigners di luar negara, kn apply taraf warganegara untuk anak di negara bekas suami tersebut.
Kenapa DAP tak guna solusi ini?
kahwin dgn chinaman...pi lah minta warganegara sana....kan syiok...negara pun luasa....byk tempat nak duduk
 
biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,997
Reaction score
1,239
Points
111
NASIONAL
Isu kanak-kanak tanpa pengenalan, pelarian dibangkit Ahli Parlimen
July 27, 2020 @ 8:28pm

Isu kanak-kanak tanpa pengenalan, pelarian dibangkit Ahli Parlimen
Sekumpulan anak-anak Bajau Ubian bermain di dahan pokok kayu yang kering di tepi laut dekat Kampung Sibugah Pulau Pulau Banggi, Kudat. - Foto hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu mengenai dokumen pengenalan diri kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, pelarian dan pendatang tanpa izin, adalah antara perkara yang dibangkitkan Ahli Parlimen pembangkang ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Hannah Yeoh (PH-Segambut) menekankan, perkara itu perlu diberi keutamaan kerajaan, terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Isu ini memberi kesan masa panjang kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, yang akan mengakibatkan mereka tercicir daripada mendapat pendidikan dan perkhidmatan kesihatan sewajarnya, serta membesar tanpa berpeluang mendapat pekerjaan atau tidak boleh ke luar negara," katanya sambil memberitahu bahawa perkara itu sebelum ini, sudah dibawa ke KDN.

Justeru, Yeoh yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertanya, apakah status kajian atau adakah satu keputusan telah dicapai mengenai laporan ujian DNA dijadikan bukti konklusif, sebagai penganugerahan kewarganegaraan kepada kanak-kanak terbabit.

Beliau juga mencadangkan kepada KDN agar mempermudahkan cara dan memberi keutamaan terhadap permohonan kewarganegaraan, yang dikemukakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Senada dengan Yeoh, Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) turut meminta kerajaan mengemukakan syarat, prosedur dan proses permohonan kewarganegaraan, bagi kanak-kanak tempatan tanpa dokumen dalam negara, di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga ingin tahu mengenai cabaran kerajaan dalam menangani isu ini, selain perancangan kerajaan untuk memberi bantuan kepada permohonan kewarganegaraan kanak-kanak di Sabah, memandangkan topografi negeri itu adalah kebanyakannya kawasan pedalaman.

Perkara 15A memperuntukkan kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak, di mana Kerajaan Persekutuan boleh dalam apa-apa hal keadaan yang difikirkannya patut, menyebabkan mana-mana orang di bawah usia 21 tahun didaftarkan sebagai warganegara.

Menyentuh hal berkaitan pendatang tanpa izin di Sabah pula, Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) berkata ia mampu memberi impak serius sekiranya kerajaan tidak bertindak menangani permasalahan itu.

Menurutnya, berdasarkan statistik rasmi Jabatan Perangkaan 2019, daripada 3.9 juta penduduk di Sabah, 28.9 peratus yang berdaftar adalah bukan warganegara, iaitu kira-kira 1.13 juta penduduk negeri itu didaftarkan sebagai bukan warganegara sama ada pemegang IMM13, Kad Burung-burung, Sijil Banci, tanpa negara dan seterusnya.

Wong berkata, pas IMM13 pada awalnya dikeluarkan untuk pelarian dari Selatan Filipina, yang lari ke Sabah pada awal tahun 1970-an, akibat pergolakan awam di Wilayah Mindanao.

"Pejabat United Nations High Commissioner for Refugees di Sabah juga telah ditutup pada 1987, ...dan 30 tahun kemudian, kenapa kita masih keluarkan pas pelarian," soalnya.

Dalam pada itu, beliau juga ingin tahu garis panduan pendatang tanpa izin, yang berhak untuk memohon pas IMM13, sama ada anak dan cucu pemegang pas itu juga layak menjadi pemegang IMM13, dan adakah anak-anak mereka dibenarkan hadir ke sekolah kebangsaan, serta menerima rawatan di hospital kerajaan.

KDN pada Jun lalu dilapor bercadang menyeragamkan dokumen pendatang asing tanpa izin di Sabah, dengan hanya menggunakan satu dokumen iaitu IMM13, sebagai antara strategi memudahkan untuk mengenal pasti golongan itu di negeri ini.

Sementara itu Mohammad Sabu (PH-Kota Raja), meminta kerajaan supaya terus memerangi sindiket yang mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi warga asing, khususnya golongan pelarian. – BERNAMA
 
biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,997
Reaction score
1,239
Points
111
kahwin dgn chinaman...pi lah minta warganegara sana....kan syiok...negara pun luasa....byk tempat nak duduk
Tu contoh. Sebab Hanbah Yeoh perjuangkan anak foreigners lelaki dgn wanita tempatan yg anaknya lahir di luar negara patut dapat tahap warganegara. Aku tak setuju.
Sebab situasi yg aku cakap tadi.

Contoh. Wanita malaysia kahwin chinaman. Duduk beijing 5 tahun. Ada anak lahir di Shenzen. Pastu Cerai. Wanita tempatan tu nak balik Tanjung Bungah, nak bawak balik anak separa pendatang, tapi nak taraf warganegara. Tapi anak lahir di Beijing. Mana boleh. Lagi teruk jika budak tu cuma anak angkat. Wanita tu patut apply taraf warganegara China lah.
 
biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,997
Reaction score
1,239
Points
111
Kanak-kanak yang tidak bersalah bukan dan tidak akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara, kata Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh hari ini.

Menanggapi pendirian kerajaan terhadap hak bagi wanita rakyat Malaysia untuk menganugerahkan kewarganegaraan kepada anak meraka, Yeoh menyifatkan dasar ketika ini mendiskriminasikan anak yang dilahirkan oleh ibu warga Malaysia yang mempunyai pasangan warga asing.

"Izinkan saya mengingatkan Kementerian Dalam Negeri bahawa apa yang menjadi ancaman yang lebih besar terhadap keamanan negara adalah rasuah dalam sistem penguatkuasaan mereka seperti yang dilihat dalam penangkapan pegawai imigresen dan polis baru-baru ini.

"Anak-anak yang tidak bersalah bukan dan tidak akan menjadi ancaman kepada negara kita," kata bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu.
 
Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamad Said di Dewan Rakyat semalam berkata terdapat kebimbangan terhadap keselamatan dan kedaulatan negara yang timbul dari isu dua kewarganegaraan di kalangan anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia dengan suami warga asing.

Ismail mendakwa kebanyakan negara mempunyai dasar serupa di mana anak yang dilahirkan di luar negara akan mengikuti kewarganegaraan ayah mereka, dan oleh itu kerajaan harus lebih berhati-hari untuk mengelakkan isu dua kewarganegaraan.
 
biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,997
Reaction score
1,239
Points
111
Solusi dah ada. Tapi Hannah Yeoh saja nak buat isu ke?
 
Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,186
Reaction score
2,359
Points
201
Tu contoh. Sebab Hanbah Yeoh perjuangkan anak foreigners lelaki dgn wanita tempatan yg anaknya lahir di luar negara patut dapat tahap warganegara. Aku tak setuju.
Sebab situasi yg aku cakap tadi.

Contoh. Wanita malaysia kahwin chinaman. Duduk beijing 5 tahun. Ada anak lahir di Shenzen. Pastu Cerai. Wanita tempatan tu nak balik Tanjung Bungah, nak bawak balik anak separa pendatang, tapi nak taraf warganegara. Tapi anak lahir di Beijing. Mana boleh. Lagi teruk jika budak tu cuma anak angkat. Wanita tu patut apply taraf warganegara China lah.
gerakkan nak tambahkan warga china jadi rakyat malaysia saja....satu je...kerajaan patut tegas jgn benarkan...tak yah fikir undi sgt...takut apa..org melayu ramai lagi nak undi......ini taktik saja.....byk lagi isu boleh perjuangkan ....dasar betul punya manusia
 
Sponsored Post
Top
Log in Register