BTC USD 50,256.0 Gold USD 1,826.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu kepala **** - 500 penduduk demonstrasi lagi

<amir>

Fun Poster
Joined
Oct 30, 2008
Messages
346
Reaction score
1
Points
15
ALOR GAJAH 23 Nov. - Kira- kira 500 penduduk berhimpun di hadapan Pasar Kuala Sungai Baru, di sini hari ini bagi mendesak pihak berkuasa menahan individu yang meletakkan kepala **** di kampung itu baru-baru ini.

Mereka termasuk 30 ahli Pergerakan Puteri UMNO Melaka berhimpun seawal pukul 9 pagi di sepanjang jalan raya di situ sambil memegang sepanduk mendesak kerajaan negeri dan polis menyiasat kejadian itu.

Demonstrasi hari ini merupakan yang kedua selepas demonstrasi pertama diadakan Selasa lalu oleh 20 penduduk Kampung Kuala Sungai Baru yang berarak ke balai polis berdekatan Masjid Tanah di sini, ekoran penemuan bangkai **** di pantai Kemunting, Pengkalan Balak dekat sini.

Wakil penduduk, Rozamri Kambol berkata, kejadian yang berlaku jelas menghina masyarakat Islam yang merupakan majoriti terbesar penduduk di kampung itu dan pihak berkenaan jelas ingin mencabar kesabaran penduduk.

Katanya, polis wajar mengambil tindakan tegas dengan mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan individu yang terlibat.

''Tindakan individu ini jelas mewujudkan suasana kekacauan dan menimbulkan perasaan perkauman.

''Saya tidak nampak apa sebabnya kenapa pihak berkuasa tidak boleh mengenakan ISA terhadap mereka ini," katanya di sini hari ini.

Pada 14 November lalu, seorang penduduk di Kampung Ujong Padang, Masjid Tanah terkejut apabila menemui kepala **** tergantung di pagar rumahnya ketika hendak menunaikan solat Subuh di surau berhampiran, kira-kira pukul 5.30 pagi.

Tiga hari selepas itu, seorang pengusaha chalet di kampung tersebut menemui kepala **** di tepi pantai di kampung tersebut.

Kejadian penemuan bangkai **** itu pernah berlaku di daerah ini iaitu pada 17 Oktober lalu, juga di pantai yang sama.

Menurut Rozamri, penduduk di situ amat kesal dan marah atas kejadian tersebut memandangkan ia telah beberapa kali berlaku.

''Perkara ini tidak boleh dibiarkan memandangkan **** merupakan perkara yang terlalu sensitif kepada orang-orang Islam," katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Melaka, Mas Ermieyati Samsudin berkata, kehadiran lebih 30 ahli pergerakan itu pada demonstrasi hari ini adalah sebagai tanda sokongan kepada penduduk kampung berkenaan.

''Puteri berharap polis dapat segera mengheret mereka yang bertanggungjawab dalam perkara ini ke mahkamah," katanya.

sumber - utusan malaysia


Sekali lagi maruah orang Islam dimalaysia dicabar.. Kalau la aku tahu siapa punyer keje nih,...:mad:
 
Sponsored Post

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
"ini bukan budaya kita...." kata seseorang...

"ini dah macam perangai beruk.." juga kata seseorang...
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
jgnkan puteri umno, polis pun marah....
x lama lg dpt la tangkap...... polis dah ada maklumat 2...
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,181
Reaction score
1,689
Points
201
x do depa ada lesen utk demo
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
well, agak pelik sebab tak kecoh sangat sebab ia berlaku di dalam negeri BN...tapi kalau berlaku dalam negeri PR, memang dapat agak dah camner jadinya..

mana pemuda UMNO Melaka? pendekar-pendekar Melayu ke? Pekida ke? Skuad Naga ke? keh keh keh keh...
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
well, agak pelik sebab tak kecoh sangat sebab ia berlaku di dalam negeri BN...tapi kalau berlaku dalam negeri PR, memang dapat agak dah camner jadinya..

mana pemuda UMNO Melaka? pendekar-pendekar Melayu ke? Pekida ke? Skuad Naga ke? keh keh keh keh...

wah...dah jadi naga la pulak :eek:
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Asik-asyik negeri Melaka je kecoh pasal 'baby'!
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register