BTC USD 42,548.3 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Hartal - Pegawai Perubatan Kontrak KKM

hero_99

Fun Poster
Joined
Jun 28, 2011
Messages
137
Reaction score
54
Points
30
Belajar susah nak mati, bila kerja pon penat nak mati, memang patut lah mati-matian diserap sebagai jawatan tetap bukan kontrak.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,435
Reaction score
4,153
Points
236
Jangan Tunggang Sumpah Hipokratik Untuk Nafi Suara Doktor Kontrak

28.07.2021 - Kuala Lumpur, Isu hartal doktor kontrak adalah krisis berganda yang melibatkan sektor ekonomi dan kesihatan. Maka, dalam menghadapi dua krisis ini, sikap yang paling tepat yang harus dilakukan oleh kerajaan bukanlah dengan menunggang ayat Sumpah Hipokratik seperti ‘do no harm’ semata-mata. Sebaliknya, pihak pengurusan dan politikus yang memegang kuasa harus mendengar saranan dan nasihat daripada pakar bidang kesihatan awam dan pakar ekonomi kesihatan. Antara pakar ekonomi kesihatan yang telah memberikan pendapatnya adalah Professor Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, pakar kesihatan awam khususnya dalam bidang ekonomi kesihatan.

Ketika ditemuramah oleh Astro Awani pada 13 Julai lalu, dengan tanpa berselindung dia mengatakan, “kalau benar kerajaan memerlukan peruntukan RM2 bilion setiap tahun untuk memberikan lantikan tetap kepada kakitangan kesihatan kontrakmaka, ini tak sampai pun 10 peratus daripada belanjawan keseluruhan Kementerian Kesihatan.

“KSU (Ketua Setiausaha Negara) perlu ambil langkah yang positif kerana kita memang sangat perlukan tenaga teknikal seperti doktor untuk membantu. Mereka tidak akan mampu bekerja dengan moral yang baik tanpa diberikan suasana perkhidmatan yang begitu baik. Mereka adalah doktor-doktor muda yang bertenaga dan punya kelayakan. Sekarang moral mereka berada di tahap rendah jika hanya berada dalam status kontrak. Ini perlu kita selesaikan,” katanya.

Jadi ini adalah persoalan keutamaan pihak kerajaan dalam memastikan perkhidmatan diberikan dengan berkesan dan berkualiti, terutama dalam suasana wabak Covid-19 yang telah melebihi sejuta kes. Syed Mohamed Aljunid bukanlah tokoh yang calang-calang. Professor ekonomi kesihatan dan felo penyelidik kanan di United Nations University - International Institute for Global Health (UNU-IIGH) ini merupakan rakyat Malaysia yang pertama memperolehi ijazah PhD dalam bidang ekonomi dan pembiayaan kesihatan pada 1995.

Fokus penyelidikannya adalah mengenai dasar, ekonomi dan pembiayaan kesihatan bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan di negara-negara membangun. Syed Mohamed Aljunid merupakan pelopor dalam pelaksanaan sistem casemix untuk kaedah bayaran kepada penyedia perkhidmatan di bawah program insuran kesihatan nasional. Dia pernah dilantik sebagai pakar perunding dalam bidang dalam ekonomi dan pembiayaan kesihatan kepada agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Kesatuan Eropah, Bank Dunia, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Bank Pembangunan Asia.



Bukan Setakat "Do No Harm"

Sumpah Hipokratik bukan semata-mata kalimat “do no harm” yang ditujukan kepada para barisan hadapan yang sedang menuntut hak mereka melalui hartal. Apatah lagi, ia disalah guna demi menafikan hak rakan-rakan sejawat yang kini semakin menipis moral dan semangat kerja, gara-gara berada dalam kasta terendah dalam sektor kesihatan. Lebih daripada itu, sumpah Hipokratik menuntut seorang doktor untuk mempertahankan hak pesakit dan rakan-rakan sejawat daripada ketidakadilan.

Ini diperkukuhkan dengan Deklarasi Geneva yang sudah disemak sebanyak enam kali sejak diperkenalkan pada 1948. Terbaru, deklarasi ini menyatakan “saya akan berikan penghormatan dan penghargaan kepada guru, rakan sekerja dan pelajar seperti yang layak diterima mereka”. Pada 23 Julai lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan melanjutkan tempoh kontrak kepada dua tahun lagi, dan empat tahun bagi mereka yang sudah diterima untuk pengajian sarjana. Bagaimanapun, hartal doktor kontrak menyifatkan reaksi kerajaan ini bersifat janggal, memandangkan sekurang-kurangnya minimum empat tahun (bergantung kepada bidang pengkhususan) diperlukan untuk pegawai perubatan menyelesaikan program sarjana.

Ini belum termasuk tempoh menunggu bagi pegawai perubatan untuk digazet yang boleh mencapai enam hingga 18 bulan. Maka, boleh dikatakan yang tempoh empat tahun sebagai tambahan untuk melanjutkan kepakaran adalah tidak munasabah Maka, tidak ada pilihan lain. Apa yang diperlukan oleh doktor kontrak bahkan juga sektor kesihatan Malaysia dan rakyat yang menghadapi krisis tidak lain adalah penjawatan tetap kepada doktor, doktor gigi dan ahli farmasi kontrak. Seperti kata Syed Mohamed Aljunid, hal ini berbalik kepada kerajaan dan pihak berkuasa di Kementerian Kesihatan. Mana lebih penting, jimat 2 billion ringgit atau nyawa rakyat menjadi taruhan?
1627445372596.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,435
Reaction score
4,153
Points
236
Adham Jamin Tiada Tindakan Tapi Polis Soal Petugas MAEPS Sampai 3 Pagi

28.07.2021 - Kuala Lumpur, Doktor, jururawat dan petugas perubatan lain di pusat kuarantin Covid-19 di Maeps Serdang disoal siasat oleh polis malam tadi, kata peguam Asheeq Ali yang mewakili kumpulan itu. Ini selepas tindakan perusahaan Hartal Doktor Kontrak (HDK) serentak di seluruh negara pada jam 11 pagi hari Isnin di sekitar 20 hospital. Ini perkembangan di luar jangkaan kerana tidak seperti kakitangan di hospital lain, petugas di Maeps tidak terlibat dalam Hartal Doktor Kontrak susulan ancaman tindakan tatatertib jika terbabit "perhimpunan haram."

Asheeq pertama kali berkongsi hal ini pada ciapan tengah malam tadi apabila dia diberitahu pegawai polis sedang dalam proses merakam kenyataan dari jururawat dan doktor di Maeps mengenai mogok kerja Hartal Doktor Kontrak.

"Ini kerja gila! PDRM perlu henti ambil keterangan segera! Sudah jam 12.15 tengah malam," ciapnya.

Asheeq kemudian memberitahu Malaysiakini polis mengambil pernyataan penuh mengenai keseluruhan kejadian dan menemubual kakitangan secara individu. Asheeq sendiri kemudian pergi ke Maeps untuk menemani doktor berkenaan dan soal siasat selesai hampir jam empat pagi tadi. Bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad pagi ini mengulang semula hantaran gerakan Hartal Doktor Kontrak yang menyoal mengapa doktor berkenaan disoal kerana mogok di Maeps dibatalkan.

"Setelah (Menteri Kesihatan) Dr Adham Baba beri jaminan tidak akan ambil apa-apa tindakan, saya harap beliau pastikan Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) serta kabinetnya akan bertindak mengikut janji yang diucapkan. Tolonglah keyakinan terhadap kerajaan PN kini sangat terhakis, jika masih ada yang tersisa," kata kata Dzulkefly.

Pada hari Isnin, doktor di Maeps memutuskan untuk membatalkan cadangan hartal dengan melakukan 'walk out' apabila diancam penangkapan. Ketika itu, polis juga memasuki ruang media di Maeps untuk memberitahu anggota media bahawa hanya Jabatan Penerangan Selangor yang dibenarkan'membuat liputan' acara dan bahkan media rasmi seperti RTM dan Bernama tidak dibenarkan. Seorang wartawan video Malaysiakini, yang telah memulakan siaran langsung, diarahkan untuk berhenti berbuat demikian dan kakitangan media diperintahkan keluar dari premis itu.

Pegawai Maeps kemudian menjelaskan sebab wartawan dikeluarkan dari kawasan itu, mendakwa tidak ada seorang pun wartawan yang mengikuti SOP untuk memasuki dewan itu. Selain pernyataan Adham bahawa tidak ada tindakan tatatertib terhadap mereka yang mengambil bahagian dalam tindakan itu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani juga berkata tidak ada makluman hartal doktor kontrak akan mengancam ketenteraman awam.

Bagaimanapun, Ketua Polis Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah memberitahu Malaysiakini polis akan menyiasat hartal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), tidak dibenarkan berkumpul atau terlibat dalam perhimpunan di mana-mana tempat untuk tujuan sama ada agama, sosial, sukan, perkahwinan atau budaya tanpa kebenaran ketua pengarah kesihatan.

Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang Dr Zulkarnain Mohd Rawi pada 27 Julai berkata, pihaknya akan meminta peserta mogok kerja itu mengemukakan surat tunjuk sebab menjelaskan perlakuan mereka. Pun begitu, Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini terhadap hartal doktor kontrak. Arjunadi menjelaskan ini kerana polis tidak mengesan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang hartal berlangsung. Bawah sistem semasa, doktor kontrak berdepan ketidakpastian setelah tamat lima tahun tempoh khidmat wajib mereka kerana kerajaan tidak mempunyai peruntukan untuk menawarkan mereka jawatan tetap.

Akibatnya, ramai doktor kontrak terpaksa berpindah ke sektor swasta atau meneruskan latihan kepakaran mereka di luar negara. Selepas berbulan-bulan melobi, kerajaan pada 23 Julai lalu menawarkan untuk melanjutkan kontrak mereka sehingga enam tahun tetapi masih tidak menawarkan jawatan tetap. Namun, kerajaan berjanji untuk memastikan doktor kontrak juga menikmati faedah serupa dengan doktor tetap. Hartal Doktor Kontrak menyifatkan tawaran kerajaan itu "separuh masak" menegaskan lanjutan kontrak bukan penyelesaian terhadap tuntutan untuk jawatan tetap
Pengurusan hospital awam telah memberi amaran kepada doktor kontrak untuk tidak terlibat hartal itu.

Kelmarin, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berharap kerajaan tidak mengambil tindakan tatatertib kepada petugas barisan hadapan yang terlibat. Katanya, ini kerana doktor kontrak berkenaan hanya mahu permasalahan mereka didengari dan diselesaikan oleh kerajaan.​

1627445750009.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,435
Reaction score
4,153
Points
236
Polis Siasat Dakwaan Media Masuk Pusat Kuarantin Waktu Protes Doktor Kontrak

28.07.2021 - Kuala Lumpur, Polis menyiasat dakwaan enam orang petugas media masuk ke kawasan Pengurusan Hospital Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid Bersepadu (PKRCB) MAEPS Serdang ketika protes doktor kontrak, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang SUPT Md Noor Aehawan Mohamed mereka merakam keterangan 17 kakitangan Kementerian Kesihatan, terdiri daripada doktor dan jururawat bagi membantu siasatan dan mengesahkan kehadiran.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan (menceroboh), Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Ingkar SOP) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (membuat rakaman dalam kawasan yang dilarang).

Siasatan itu dibuat susulan laporan polis pengurusan Hospital PKRCB Maeps Serdang, semalam.​

1627451878547.png
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,489
Reaction score
800
Points
171
PAda Hemat saya.. sudah tima masanya sektor kesihatan diswasta ataupun dijadikan BANDAN BERKANUN dimana rakyat diwajibkan memiliki Insuran kesihatan berkelompok ( setiap Keluarga) yg ingin mendapatkan perkhidmatan di klinik dan hospital, kos ubat ubatan separuh akan ditanggung pihak insuran dan selebihnya adalah orang awam,
p/s: insuran 1st tak perlu bayar apa apa.. insuran yang bayar... pendapat aku lah.. jadi takkan timbul lagi isu pekerja kontrak...
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,199
Reaction score
2,420
Points
201
Polis Siasat Dakwaan Media Masuk Pusat Kuarantin Waktu Protes Doktor Kontrak

28.07.2021 - Kuala Lumpur, Polis menyiasat dakwaan enam orang petugas media masuk ke kawasan Pengurusan Hospital Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid Bersepadu (PKRCB) MAEPS Serdang ketika protes doktor kontrak, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang SUPT Md Noor Aehawan Mohamed mereka merakam keterangan 17 kakitangan Kementerian Kesihatan, terdiri daripada doktor dan jururawat bagi membantu siasatan dan mengesahkan kehadiran.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan (menceroboh), Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Ingkar SOP) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (membuat rakaman dalam kawasan yang dilarang).

Siasatan itu dibuat susulan laporan polis pengurusan Hospital PKRCB Maeps Serdang, semalam.​

1627451878547.png
Menteri dh arah tp xdk Surat, polis plk duk ligan sapa terlibat, xcaca merba kt pentadbiran kt, a kata ambik b kata jgn, b kuasa lg tinggi, tp b buat kerja semua pakai lisan sapa nk ikut.....
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,435
Reaction score
4,153
Points
236
Kalau Polis Bertimbang Rasa, Patut Bagi Doktor Pilih Masa Soal Siasat

29.07.2021 - Kuala Lumpur, Seorang peguam yang bertindak bagi pihak gerakan Hartal Doktor Kontrak membidas penjelasan polis bahawa mereka bertimbang rasa dengan menyoal pekerja kesihatan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) pada awal pagi. Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi berkata pekerja kesihatan di kemudahan kuarantin Covid-19 itu tidak pernah diberi pilihan mengenai masa untuk polis merakam kenyataan mereka.

"Sebaliknya diarahkan untuk memberikan kenyataan sebaik ketibaan polis pada awal pagi tersebut. Jika benar PDRM bertimbang rasa dengan doktor-doktor tersebut, sepatutnya mereka harus diberikan pilihan untuk memilih masa yang sesuai untuk mereka memberikan keterangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa 17 kakitangan Kementerian Kesihatan termasuk doktor dan jururawat di Maeps telah disoal siasat oleh polis mulai jam 11.30 malam tadi hingga jam 3.45 pagi ini. Polis mengatakan soal siasat itu bukan mengenai mogok yang berlangsung pada hari Isnin. Untuk rekod, kakitangan kesihatan di Maeps tidak menyertai mogok itu kerana diancam akan ditangkap. Sebaliknya, kata polis siasatan dilakukan terhadap enam pekerja media yang didakwa menceroboh kawasan ketika mogok itu dijangka berlangsung. Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed juga mendakwa siasatan dilakukan pada lewat malam untuk memudahkan mereka yang bekerja syif malam.

"Kita bertimbang rasa. Kami soal mereka satu persatu semasa syif mereka dengan izin dari pasukan pengurusan Maeps,” katanya.

Namun, Asheeq membantah bahawa tindakan polis tidak dapat dimaafkan dan bertentangan dengan undang-undang.

"Keterangan yang diambil sewaktu lewat malam atau awal pagi adalah bertentangan dengan undang-undang dan tindakan tersebut tidak boleh dipertahankan. Apatah lagi dalam kes ini sewaktu para doktor itu sedang bekerja di pusat kuarantin Covid-19. KKM dan PDRM sepatutnya sedar dan tahu akan tekanan dan bebanan kerja yang dihadapi oleh doktor-doktor tersebut. Kerana itu saya menyatakan dengan tegas bahawa pengambilan keterangan tersebut adalah bertentangan dengan undang-undang dan satu intimidasi terhadap doktor-doktor tersebut. PDRM harus menghentikan tindakan mengambil kenyataan dalam waktu-waktu ganjil seperti itu," katanya.​

1627517312348.png
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,489
Reaction score
800
Points
171
nak serap masuk ke jawatan kekal... JPA kena wujudkan pos baru.. disebabkan sudah langgar dinding.. tak boleh wujud pos baru lagi// ada baikkan jika kerajaan mansuhkan kontrak secara berperingkat.. tidak perlu jawatan kontrak... jadi tidak timbul isu pekerja kontrak lagi...
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,258
Reaction score
483
Points
91
PAda Hemat saya.. sudah tima masanya sektor kesihatan diswasta ataupun dijadikan BANDAN BERKANUN dimana rakyat diwajibkan memiliki Insuran kesihatan berkelompok ( setiap Keluarga) yg ingin mendapatkan perkhidmatan di klinik dan hospital, kos ubat ubatan separuh akan ditanggung pihak insuran dan selebihnya adalah orang awam,
p/s: insuran 1st tak perlu bayar apa apa.. insuran yang bayar... pendapat aku lah.. jadi takkan timbul lagi isu pekerja kontrak...
setuju jgk,kos perubatan gov nk tangung terlalu tinggi..skrg kalu g klinik bayar rm1 je utk jumpa Dr dan lain2 prosedur sampai la amik ubat.kadang org kita ni amik kesempatan bende2 mcm ni.

kalu diswastakan munkin leh cover mana2 yg kurang
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,199
Reaction score
2,420
Points
201
nak serap masuk ke jawatan kekal... JPA kena wujudkan pos baru.. disebabkan sudah langgar dinding.. tak boleh wujud pos baru lagi// ada baikkan jika kerajaan mansuhkan kontrak secara berperingkat.. tidak perlu jawatan kontrak... jadi tidak timbul isu pekerja kontrak lagi...
Yg penting sekali ada waran xdk yg tu apa pun xleh buat apa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register