BTC USD 35,181.8 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu dasar kabotaj: Siaran langsung debat Wee-Guan Eng malam esok

Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,191
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,191
Reaction score
3,196
Points
261
Awards
1
Masalah produk vernakular yg mana tu bang

Isu sekolah komunis dpt bantuan
Mereka sendiri nak teruskan

Elok debat dgn peguam melayu dulu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,501
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,501
Reaction score
17,706
Points
2,536
Awards
1

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Menteri Pengangkutan itu berkata, sekiranya Ong Kian Ming masih bertegas dirinya betul, beliau tiada pilihan kecuali mendedahkan hal sebenar.

Ahli Parlimen DAP silap, Wee sangkal semakan fakta berhubung dasar kabotaj​


November 6, 2021 10:00 AM

wee-ka-siong-n-lim-guan-eng-debate-021121-2.jpg


Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang pada program ‘Debat Kabotaj Negara’ yang disiarkan secara langsung di TV3 dan Astro Awani pada 2 Nov lalu.
PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong membalas dakwaan seorang Ahli Parlimen pembangkang bahawa beliau mengelirukan orang ramai dengan fakta yang tidak tepat atau menyembunyikan fakta penting semasa debat mengenai dasar kabotaj yang diadakan baru-baru ini.
Wee berkata, perkara yang dibangkitkan oleh Ong Kian Ming daripada DAP semalam adalah “secara faktanya, salah dan semakan fakta yang lebih baik diperlukan”.

Beliau turut menasihatkan Ong, bekas timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, agar menghubungi NTT Ltd secara langsung supaya syarikat telekomunikasi gergasi Jepun itu dapat menolak dakwaan berkaitnya.
“Jika kamu masih menegaskan fakta kamu tepat, saya tiada pilihan kecuali untuk dedahkan hal sebenar. Pilihan kamu!” kata Wee di Twitter.



Semalam, Ong berkata, Wee kerap kali mahu mewujudkan tanggapan bahawa syarikat kabel dasar laut global dan telekom gergasi Jepun NTT Ltd adalah pemilik tunggal cadangan projek kabel dasar laut Apricot yang memintas Malaysia.

Namun Ong berkata, ini “sangat mengelirukan” kerana terdapat beberapa pemegang saham lain dalam projek itu, termasuk Google, Facebook, PLDT (syarikat telekomunikasi terbesar Filipina) dan Chunghwa Telecom (syarikat telekomunikasi Taiwan).

Mendakwa Wee “sengaja tidak menyebut” nama Facebook dan Google, Ong berkata, ini kerana kedua-dua syarikat teknologi gergasi itu adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat (tempatan dan antarabangsa) yang menghantar dua surat kepada bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan satu surat kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meminta dasar kabotaj Wee diketepikan.

Katanya, syarikat-syarikat ini juga mahukan pengembalian dasar pengecualian kabotaj bekas Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berhubung pembaikan kabel dasar laut.

Ahli Parlimen Bangi itu turut membetulkan Wee mengenai jawatan Yoshio Sato di NTT. Sato hanya seorang pengurus, bukan naib presiden seperti yang didakwa Wee, katanya.

Beliau berkata, Wee silap apabila mendakwa Sato menjadi perunding bagi “Projek Kabel Ekspres Intra-Asia” kerana Sato tidak lagi bersama NTT.
Sato, menurut Ong, telah meninggalkan NTT untuk menubuhkan syarikatnya sendiri bernama Orient Link Pte Ltd, yang berdaftar di Singapura.

Ong kemudian membalas hantaran Wee, dengan berkata, beliau tegas mempertahankan komennya dan mencabar Presiden MCA itu untuk membuktikan sebaliknya.
“Mana-mana menteri yang ada maruah akan mahu mendedahkan kebenaran bagi menyangkal semakan fakta saya dan membersihkan namanya.
“Saya pertahankan apa yang saya sebut di Twitter dan dalam kenyataan media saya semalam.
“Tolong buktikan kepada rakyat bahawa saya silap, jika kamu kononnya ada ‘fakta sebenar’ itu,” katanya di Twitter pagi tadi.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register