BTC USD 66,517.5 Gold USD 2,400.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu biasiswa: Pemuda MCA mahu Khairy ditahan di bawah ISA

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 18 Okt. - Pergerakan Pemuda MCA hari ini meluluskan usul meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap segelintir pemimpin politik Melayu yang berfikiran sempit dan tidak menunjukkan perasaan hormat kepada kaum lain.

Menurut usul itu, tindakan pemimpin berkenaan seperti Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang mendakwa bukan bumiputera telah mengambil kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bumiputera adalah bercanggah dengan keputusan kerajaan dan bersifat perkauman.

"Pergerakan ini mengutuk tindakan pemimpin politik berkenaan yang tidak menghormati hak setiap kaum seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan negara. Perbuatan ini akan menjejaskan hubungan antara kaum dalam negara majmuk ini yang terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama.

"Oleh yang demikian, Pemuda MCA menyeru pihak yang berkaitan untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan golongan ekstremis ini menjejaskan keharmonian negara," ujarnya.

Menurut usul itu, tindakan juga harus dikenakan terhadap Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail kerana mengeluarkan kenyataan kaum Cina adalah pendatang.

Usul politik berkenaan merupakan salah satu daripada 16 resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-45 di Wisma MCA di sini semalam.

Sementara itu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kesal ucapannya di Parlimen berhubung peningkatan kuota biasiswa JPA untuk pelajar bukan bumiputera disalahertikan dan dikaitkan dengan isu perkauman.

Mengulas desakan seorang perwakilan Pemuda MCA Perak, Ting Tai Fong supaya beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menegaskan adalah tidak adil perkara itu dibangkitkan sedangkan beliau tidak membuat kenyataan sedemikian.

''Yang saya kata, saya setuju dengan tindakan kerajaan untuk meningkatkan biasiswa kepada bukan Melayu tetapi jangan dikurangkan biasiswa untuk orang Melayu.

''Jadi saya minta supaya jumlah biasiswa itu dipertingkatkan agar nisbah 90/10 itu tidak jatuh terlalu mendadak kepada 55/45. Saya rasa tidak ada isu perkauman yang membawa kepada ketidakadilan kepada kaum lain," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Seri Menanti di Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Seri Menanti di sini hari ini.

Menurut Khairy, beliau telah membaca artikel portal berita itu dan meminta Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong membuat transkrip penuh ucapan wakil Pemuda MCA itu.

Tu dia...tahan ler...lepas tu kita tengok macam mana hati dan perasaan mak, bapa, anak bini dia bila kena kat diri sendiri...jangan lama tahan 10 tahun dah..

:eek::eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

x layak untuk ditahan ISA..pas tu pak hamid ckp sbb x ditahan adalah kerana Khairy tahu menjaga keselematan diri sendiri dan tak perlu bantuan polis..:D:D:D
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register