notepad
Legendary Member

- Messages
- 11,533
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 11,533
- Reaction score
- 1,264
- Points
- 206
Harga ayam naik mendadak: Pengusaha restoran tertekan


BERNAMA
Kuala Terengganu: Kenaikan mendadak harga ayam secara borong dalam tempoh sebulan menyebabkan pengusaha restoran dan katering di Terengganu kini tertekan kerana terpaksa menyerap kenaikan kos tersebut dalam perniagaan mereka.
Pemilik Pak Awi Nasi Ayam Muhammad Adam Zawawi, 27, berkata, harga ayam secara borong ialah RM5.80 satu kilogram (kg) pada 1 Ogos lalu namun naik kepada RM7.40 pada 1 Sept dan meningkat lagi hingga RM8 hari ini.
Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu memantau perkara itu, kerana kenaikan harga ayam ketika ini agak luar biasa kerana selalunya ia hanya berlaku pada musim perayaan.
"Kalau harga naik mendadak musim raya kita faham sebab permintaan yang terlalu banyak... tapi kali ini pembekal tidak memberi sebarang alasan munasabah.
"Saya guna 220kg ayam setiap hari untuk dua cawangan restoran... memang sangat terasa dengan situasi ini, kalau berterusan naik hingga RM9 mungkin saya terpaksa kurangkan pekerja untuk minimakan kerugian," katanya.
Pemilik restoran ayam goreng Matt Orie Corner Mohd Harun, 46, pula berkata, beliau sangat tertekan dan kecewa dengan kenaikan harga ayam kali ini, kerana perniagaannya sudah teruk terjejas sebelum ini akibat pandemik Covid-19.
"Kerugian akibat pandemik pun belum dapat ditampung, terpaksa pula berdepan masalah baharu (kenaikan harga ayam). Pembekal tidak boleh menaikkan harga ayam sesuka hati kerana memberi kesan besar kepada pengusaha restoran, terutama yang menggunakan ayam sebagai bahan utama dalam menu makanan.
"Sekarang pun boleh dikatakan saya berniaga dalam keadaan rugi... hanya bertahan kerana mengenangkan nasib pekerja sahaja... saya harap sangat isu kenaikan ini dapat dipantau dan diselesaikan segera demi 'survival' peniaga dan pekerja restoran," katanya yang menggunakan hampir 200kg ayam setiap hari untuk dua cawangan restorannya di Kuala Terengganu.
Sharifah Mariam Shariff Along, 42, yang mempunyai lima premis restoran dan katering pula berkata, beliau bercadang pergi ke Kelantan sebagai alternatif terakhir, sekiranya harga ayam di Terengganu kekal pada harga RM8 untuk belian borong.
"Harga borong di Kelantan cuma RM5.50... kalau pergi sana saya akan borong 500kg ayam sekali gus dan akan simpan di bilik sejuk beku. Sebelum ini pun memang saya akan borong dari Kelantan sekiranya harga di Terengganu naik mendadak," kata pemilik katering Pinggan2 dan Restoran Kunyek itu.
Pemilik TY Cafe Food Family & Friends Taoyebah Aziz, 62, pula berkata, pengusaha restoran kini berada dalam dilema, sama ada mahu menaikkan harga atau mengecilkan saiz ayam yang dijual.
"Harga makanan sudah ditetapkan dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati... mahu atau tidak terpaksa serap kos itu. Cuma bimbang kenaikan yang berterusan akan memberi impak yang teruk kepada perniagaan," katanya.
Sementara itu, tinjauan di Pasar Besar Kedai Payang mendapati harga ayam untuk jualan runcit ialah RM9.50 setiap satu kilogram.
Peniaga memaklumkan mereka terpaksa menjual pada harga itu kerana harga borong yang diperolehi juga mencecah RM8 dan berharap KPDNHEP segera memantau kenaikan tersebut.

Harga ayam naik mendadak: Pengusaha restoran tertekan
Kuala Terengganu: Kenaikan mendadak harga ayam secara borong dalam tempoh sebulan menyebabkan pengusaha restoran dan katering di Terengganu kini tertekan kerana terpaksa menyerap kenaikan kos tersebut dalam perniagaan mereka.
KENAPA HARGA AYAM MAHAL SEKARANG?
============================
Apa yang berlaku sekarang adalah LUAR BIASA.
Ada duit belum tentu boleh beli AYAM.
Harga ayam melonjak naik dan belum tunjuk tanda tanda nak turun. Ia akan ambil masa untuk nak turun.
Ini Punca Harga Ayam Naik :
i. Kenaikan harga bahan mentah untuk buat dedak seperti jagung dan lain lain. Bila dedak naik harga, ayam pun automatik akan naik harga.
Ini faktor luaran yang diluar kawalan kita. Jadi saya tak berminat nak hurai panjang.
ii. Harga ayam memang ditentukan antara "Demand Vs Supply".
Jika demand tinggi, harga akan naik. Confirm.
Jika supply tinggi, harga akan turun. Confirm.
Di Malaysia, jumlah ayam yang diternak adalah sekitar 60 juta ekor. Sehari, keperluan di Malaysia adalah sekitar 2 juta. Di tambah lagi dengan ayam Malaysia yang dieksport ke Singapura, Brunei dan lain lain negara.
Sebenarnya, ayam di Malaysia tidak mencukupi kalau dalam keadaan normal.
Kalau perasan, harga ayam menjunam teruk selepas kerajaan umumkan PKP 3.0 bermula 1 Jun 2021.
Kesannya, banyak aktiviti terkesan. Tiada jamuan, tiada kenduri, tiada makan luar, tiada pelajar di asrama, tiada pelajar di universiti.
Jadi, secara tak langsung, permintaan ayam waktu ni turun mendadak.
Harga ayam JAHANAM !!!!
Player ayam tiada pilihan. Mereka kena kurangkan kemasukan anak ayam bermula June.
Kiranya, kalau ayam dikurangkan kemasukan. Harga akan naik kembali selepas 40 hari. (1 Cycle Ayam)
Padahal, waktu tu. Anak anak ayam semua dah pun ditetas. Dah pun dieram dalam mesin di Hatchery.
So, apa jadi dengan anak anak ayam ni? Cuba teka. Saya malas nak cakap. Nanti orang marah saya.
Pihak kerajaan tahu. Tapi mereka buat buat tak tahu. Mereka langsung tak ambil tindakan terhadap "Kehilangan" anak anak ayam ini.
Bila ayam mula dikurangkan secara drastik pada June 2021, makanya kesannya mula terasa pada hujung Julai 2021.
Harga ayam naik naik naik dan terus naik.
Big player mula gembira sebab harga ayam naik tinggi dan mereka untung tinggi balik.
Pihak kerajaan buat apa waktu ni? Mereka mula "marah" peniaga di pasar jual ayam mahal mahal.
Padahal, peniaga di pasar tu untung berapa je.
Yang makan besar adalah "Big Player" atau orang tengah. Mereka dah supply ayam harga tinggi kepada peniaga di pasar, then kerajaan "expect" peniaga ni jual ayam murah.
STUPID !!!!
Peniaga ayam di pasar kebanyakkannya sangat sangat tersepit. Margin untung mereka sangat tipis. Dan ada yang rugi waktu ni.
Tapi mereka kena terus berniaga sebab kalau mereka berhenti nanti mereka akan kehilangan customer.
Yang untung siapa? Big Player. Big Player ni siapa? Anda tahu sendirilah.
iii. Awal Oktober, kes Covid mula menurun. Dah nampak tanda tanda ekonomi akan berkembang kembali.
Orang akan balik kampung, kawasan pelancongan mula di buka, restoran dah boleh beroperasi macam biasa.
Then apa yang jadi?
Demand ayam naik mencanak gila gila dalam seminggu dua ni.
Kesannya, ramai peniaga peniaga kecil "menggelupur".
Sebelum ni, mereka beli ayam dari A, dari B, dari C, dari D. Mana yang murah mereka beli.
Bila ayam tak cukup, A,B, C, D hanya beri ayam kepada mereka yang "KONSISTEN" beli dengan mereka saja.
Yang lompat lompat beli, mereka tak bagi.
Sejak awal bulan ni, ramai gila peniaga ayam PM saya nak beli ayam direct dari saya.
Which is tak boleh la, sebab saya buat kontrak. Memang kena jual kepada integrator yang kita dah kontrak.
Sekarang ni, ekonomi makin ok. Permintaan ayam semakin tinggi.
Harga pun naik.
Jadi, begitulah yang berlaku dalam situasi bisnes ayam di Malaysia.
Benda macam ni dah berlarutan sejak berpuluh tahun yang lalu.
Kerajaan "TIADA KUASA" nak tentukan harga ayam sebabnya kerajaan "TIDAK BERTINDAK" dari awal.
Pada saya, ini tindakan yang perlu KERAJAAN LAKUKAN :
a. Permudahkan urusan untuk pembinaan reban ayam baru. Sekarang ni, nak buat reban ayam. Bapak susah. Banyak prosedur yang perlu dilalui.
Jadi ramai orang yang minat nak ternak ayam, untuk bantu memastikan bekalan ayam mencukupi di Malaysia tidak mendapat sokongan padu dari kerajaan.
Pihak kerajaan semakin menyusahkan. Bukan dimudahkan.
Kesannya, pembinaan reban ayam baru berkurang sejak tahun 2018.
Pada masa sama, banyak reban reban uzur yang terpaksa dirobohkan.
Ayam semakin berkurang, tapi bila penternak nak buat reban ayam baru. Kerajaan SUSAHKAN !!!!
Memang betul, apa yang kerajaan buat sekarang iaitu susahkan kelulusan untuk menjaga pencemaran lalat dan bau. Itu saya ok.
Tapi, jangan disusahkan yang melampau lampau. Boleh tanya penternak ayam sekarang betul tak apa saya cakapkan ni.
b. Kerajaan perlu mengawal bahan mentah yang diimport seperti jagung, gandum dan soya yang digunakan untuk buat dedak.
Bila dedak ayam naik, tak ada cara nak turunkan harga ayam. Harga ayam akan naik sekali.
Caranya, mungkin kerajaan mula fikir cara nak tanam jagung di Malaysia secara skala besar.
Atau, boleh juga kerajaan kurangkan cukai import bahan mentah berunsur makanan.
c. Kerajaan perlu kawal Hatchery anak ayam. Mereka ni ada jumlah minimum dan maksimum yang mereka boleh hasilkan anak ayam.
Kerajaan perlu pantau. Dan ambil tindakan jika mereka "MENGHILANGKAN ANAK AYAM" yang tidak berdosa.
Jika anak ayam ini "dihilangkan" dalam skala yang besar. Harga ayam akan naik dalam tempoh 40 hari.
Saya tak pasti apa yang pihak kerajaan buat untuk pantau situasi ini.
d. Kerajaan perlu buat limit harga ladang ayam. Ini saya tengok Big Player macam suka suki naikkan harga bila ayam kurang.
Bila harga ayam di ladang dah naik, macam mana nak turunkan balik semasa di pasar. Memang tak la kan.
e. Ayam ni pun adakalanya harga akan turun sehingga Big Player ni rugi.
Big Player ni, kalau mereka rugi lama. Mereka akan "mengamuk" lama. Bila mereka "mengamuk", harga ayam akan naik tak turun turun untuk jangka masa yang lama.
Jadi, semasa harga ayam turun. Pihak kerajaan boleh bantu dengan buat promosi di media sosial untuk meningkatkan pembelian ayam.
Ini masa ayam jatuh harga, kerajaan ambil kredit cakap berjaya stabilkan harga ayam.
Tak usaha pulak untuk bantu Big Player yang rugi masa ni.
f. Idea yang seterusnya macam idea besar sikitlah. Pihak kerajaan melalui institusi GLC besar seperti PNB, Tabung Haji atau yang besar besar boleh melabur dalam industri ayam berskala besar.
Mereka akan ada "Kuasa" untuk tentukan harga ayam.
Mereka ada anak ayam sendiri, kilang dedak sendiri, dan boleh buat sistem integrator sendiri untuk cari penternak.
Kalau boleh invest sekitar RM300 juta. Boleh tambah kapasiti 10 juta ekor ayam dalam pasaran tempatan.
Atau pun, GLC tak perlu invest sebesar ni. Cukup mereka jadi "BIG PLAYER" jadi integrator.
Mereka akan ada kuasa untuk "KAWAL" jutaan anak ayam. Dan mereka juga ada final say untuk harga ayam.
Mereka boleh jadi integrator. Boleh buat kilang anak ayam sendiri, buat kilang dedak sendiri, buat kilang proses ayam sendiri.
Ayam pula, buat kontrak farming dengan penternak seluruh Malaysia.
Kalau GLC / Kerajaan boleh buat ni pun. Rasanya BIG PLAYER ayam akan goyang.
Waktu tu, GLC akan berkuasa untuk tentukan harga ayam agar ia lebih stabil di pasaran dan bantu rakyat Malaysia menikmati ayam pada harga berpatutan.
Percayalah, dari segi kepakaran. Ramai aja mereka yang bekerja dengan BIG PLAYER ni sudi untuk bekerja dengan GLC yang terlibat jika usaha ini dimulakan.
TAPI !!!!!
Sayangnya, kerajaan ambil jalan mudah. Mereka nak suruh BIG PLAYER turunkan harga ayam, mereka ugut dengan nak buka AP IMPORT Ayam dari luar negara.
Hmm. Bab AP ni, tok sah sembang lah. Kalau KRONI yang dapat AP tu jual AP sekor ayam 10 sen pun. Dah kaya KRONI tu.
Dan percayalah, jika AP ni semakin ditambah. Makin ramai penternak yang kecil kecil terpaksa gulung tikar dah.
Bila ini berlaku, tinggallah BIG BIG PLAYER yang akan terus hidup.
Dan selepas itu. BIG PLAYER akan terus "BERKUASA" dan ada FINAL SAY untuk menentukan harga ayam.
Masalah ini bukan masalah baru. Ini masalah dari dulu.
Tak ada pihak / kerajaan / yang cuba nak baiki keadaan ini. Tak kisahlah, BN ka, PH ka, PN ka. Sama ja.
Semua ugut nak tambah AP. Itu ja yang mereka mampu fikirkan.
Posting saya ini sedikit panjang, semoga ia membuka mata kita semua dan menjawab persoalan.
KENAPA HARGA AYAM MAHAL SEKARANG !!!
Dan masalah ni tak akan dapat diselesaikan secara tuntas. Melainkan ada tindakan segera dari kerajaan. #SalamSejahtera
Credit : Fb Prakash